BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 22, 2010

Sekadar Cerita Biasa...*

Agak lama gak tak menconteng. Waaaa...mood...ke mari la dikau. Siyes oooo...memang x der mood nak menconteng.

Sebenarnya..banyak cerita nak diceritakan tapi disebabkan mood x kunjung tiba...abaikan la cerita2 itu. Bukannya penting sangat kan. Lagipun...cam x der sape2 nak baca blog x seberapa nih. Ha3..jadinya, suka hati tuan punya blog la nak menconteng bebila. Orang kata..ikut mood..kalau mood ada...banyak la hasil contengan...kalau x..berjanggut la menunggu.

Ari tuh g tengok teater Uda dan Dara. Kat mana lagi kalau x kat Istana Budaya. Kitaorang g tengok ari Sabtu malam. Kebetulan dapat tiket free...pegi jer la. Ha3..kebetulan tuh..padahal setiap kali g tengok teater kat Istana Budaya...x pernahnya berbayar. Semuanya free...kalau nak kena bayar..minta maaf la hamba...x kuasa.

Pasal teater nih malas nak komen sangat. Ha3..mana la tau kot2 ada pihak yang berkecik hati bila baca komentar kite kat sini. Oleh itu..baik diamkan ajer...mana yang rasa x best..simpan dalam hati or sembang2 ngan hubby..

Ni la kali pertama dok kat Upper Circle kat dalam Istana Budaya. X berapa best sebab tinggi. Uhukkksss...kan best kalau dapat dok kat Grand Circle. Ermmm...tp jangan nak berangan yer tuan umah..dah namanya tiket free...dok la kat atas tuh..

Luqman memula tu excited bila tau nak jumpa ngan Abang Qayyum n Kakak Ain. Tapi, disebabkan oleh panjangnya teater ini ditambahkan lagi dengan waktu rehat selama 15 minit...budak kecik tu keboringan. Terpaksa la pujuk2 dengan kata2 ugutan. Ha3..camana tuh..Ok puan2..camni la caranya yer. Kite cakap kat dia...kiri kanan pintu masuk tuh ada security..kalau diaorang tengok Luqman dok bising n x dok dendiam..diaorang akan tepon police. Jadinya, dengan cara ini bolehlah kitaorang menyaksikan Uda dan Dara sehingga habis walaupun x berapa nak tenang disebabkan oleh pertanyaan2 daripada Luqman. Teater tamat kul 11.30 malam. Inilah teater pertama yang kite tengok yang ada waktu rehat. Hebat x..ha3..

Paginya sebelum g tengok teater..kitaorang pegi ke Hospital Ampang. Melawat kawan yang warded kat situ akibat denggi. Ni la kali kedua Kak Zati kena. Sebelum gerak..kite dah siap2 masak lunch. Ayam Goreng Kicap, Telur masin dan Sup Ketam. Sup n ayam tu bawa skit tuk Kak Zati. Dah orang cakap..sup ketam baik untuk sembuhkan denggi...gagah gak la mencari ketam balik dr keja Jumaat tuh. Tp..ketam x berapa fresh. Jenuh la rendam kat dalam air gandum nak bagi ilang bau n mana2 yang patut. Sib baik la Kak Zati cakap sedap. Kalau x...kesian dia terpaksa makan sup yang x best.

Rupa2nya...kanak2 di bawah umur 12 tahun x dibenarkan melawat ek. Baru ku tahu. HKL tu pun x camtuh. Pastu..waktu melawat ari Sabtu dan Ahad pun sama ngan waktu2 ari biasa. Aduyaiii..sian kat Luqman n hubby yang terpaksa menunggu kat bawah. Sib baik la pastu ada kengkawan yang sama2 ada anak yang datang melawat. Lepak la diaorang kat bawah sambil menunggu kaum2 wanita melawat kat atas.

Dah panjang berjela gak cite nih kan. Dalam x der mood...boleh la menconteng. Pedulikan..

Nak citer pasal Luqman lak. Budak tuh dah 3 tahun 8 bulan. Kejap kan masa berlalu. Tup2..budak ni dah pandai menjawab n memberikan alasan. Ha3...layankan jer la

Sekarang ni...tiap kali naik keta...mesti nyanyi lagu Ibu Ratu Hatiku n Kereta Merah. Kekadang dok kat bilik dia pun..dia suka nyanyi lagu ibu tuh. Syahdu jer ibu dengar sayang...

Ari tu masa g Hospital Ampang..kite pegang la anak buah kawan kite yang berumur 3 bulan. Baby boy. Bila nampak kite pegang..Luqman suruh kite duduk sebab dia nak kiss. Elok jer dia main ngan baby tuh (sama cam pengasuh dia cakap). Ikutilah perbualan singkat Luqman n ibu yer

Ibu : Luqman nak bb x
Luqman : Nak
Ibu : Ibu bawa balik bb Khalish eh
Luqman : Bb ni eh Bu
Ibu : Yer la..Luqman nak x
Luqman : X nak la Bu
Ibu : Nape pulak..Luqman x nak bb eh
Luqman : Luqman x nak bb nih...Luqman nak bb ibu ( sambil tepuk2 perut kite)
Ibu Luqman hanya mampu sengih jer

Luqman sayang..ibu tau Luqman suka bb. Tapi nak wat camana..belum ada rezeki untuk Luqman bergelar Abang Long. Satu hari nanti yer sayang.

Ari tu kan pernah cakap..kite dalam usaha pisahkan tempat tido Luqman. Korang nak tau..x berjaya la nak tidokan dia lam bilik sendiri. Tapi, apa yang kite wat sekarang ialah..asingkan tempat tido dia n kite. Kite tido atas katil..dia tido kat tilam kat bawah.

Ada satu malam tuh..dia tertido kat bilik dia. Awal lak tu. Jadinya...kite biarkan jer la dia kat bilik dia. X tau la kul berapa..tetiba dengar suara dia..Ibu... ibuu.. tengok2 Luqman dah masuk bilik kite sambil peluk bantal dia. Jadinya, tu la kisahnya.

Umah sekarang lum lagi susun atur bebaik. X sempat n belum lengkap lagi perabot kat umah tu. Cadangnya nak beli meja makan..pastu leh la deco2 setakat yang mampu...

Ok la yer..mood menconteng dah abis...dah x tau nak citer pasal apa lagi..babai..*

3 comments:

C-Tiey Hamid said...

testing...

makcikpc said...

hah bau boleh komen....lawa la layout baru ni...ceria!!!!

C-Tiey Hamid said...

waaa...ceria yer...boleh la kan...*