Semalam masak lagi. Fuhhh..dah kekeringan idea untuk memasak la sekarang.
Balik keja semalam kul 10.30 pagi. Alhamdulillah, tender siap awal. Jadinya, boleh la balik awal. Cadangan asal...nak balik umah dan tido aje memula tuh. Yer la..malamnya tuh rasa ngantuk tahap gaban. X tau la nape kali ni rasa ngantuk sesangat. Mungkin sebab berpuasa..bangun pun awal. Sebab tu la ngantuk semedang.
Tapi kisah yang jadi selepas menjejakkan kaki ke rumah adalah tidak seperti yang dirancang.
Cadangan asal untuk menyegarkan badan sudah ilang entah ke mana.
Bersihkan kipas syiling di dalam kedua2 bilik + ruang tamu. Memanjat la wehhh...berpeluh2 lak jadinya. Sudah bersih ketiga2 kipas itu..kena la bersihkan habus2 yang berguguran itu. Wahhh..bawah2 katil sekali kite terjah. Sesudah itu...mop lak seluruh rumah...kasi bersih itu lantai..baru la besttt.
Pastu, bersihkan sliding door yang sudah berdebu itu..lap habuk2 yang bertamu kat kabinet tv..sofa..meja makan..sapu lagi sekali umah. Fuhhh..kepenatan sudah bertamu. Clearkan sinki...kuarkan lauk untuk main masak2 petang nanti.
Pegi mandi..sms hubby suruh kejutkan pukul 4. Pastu..masa untuk tido la.
Hubby tepon kali pertama...diriku tidak sedar...penat sangat gamaknya. Kali kedua hubby col..beberapa minit selepas tu, baru la daku sedar. Hik3...kelam kabut mandi ala kadar n solat zohor + asar sekali. Hik3...melampau lak.
Sudah selesai urusan yang satu itu..terus main2 kat dapo. Apa yang berjaya di masak hari tu...Bawal Sweet Sour, Bendi Goreng Belacan, Ayam Masak Kicap kering + Ikan Masin + Bawang dan cili. Air lak sirap cincau.
Ohhh..meh nak kongsi resepi Ikan Bakar n Air Asam kite nyer versi.
- Ikan cencaru x yah bakar. Letak atas kuali leper jer..buka api kecik aje la...ha3..umah tinggi...camana nak bakar membakar..
- Air asam lak camni caranya :
* Tumbuk cili + garam + gula + belacan...tumbuk hingga lumat
* Masukkan bawang merah yang dimayang..tumbuk jangan bagi hancur..tumbuk memain jer untuk bagi berair skit
* Masukkan perahan limau kasturi + kulit limau yang dah dipotong halus. Tumbuk lagi
* Masukkan tomato yang dah didadukan
* Keluarkan dr lesung..masuk lam mangkuk
* Gaul2 lagi..kalau nak bagi kuah lebih..masukkan skit cuka..kalau x nak cuka..boleh ganti ngan perahan limau kasturi
* Siap untuk disantap
Slurppp...sedapnya ikan bakar...cam teringin lak..hik3...*
Thursday, August 19, 2010
Ini Cara Saya..Anda Bagaimana..*
Posted by C-Tiey Hamid at 11:18 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment