BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 30, 2010

Laksa dan Spaggeti....*

Salam korang...agak lama x update blog kan. Mood mengarang x der..keja pun byk skrg nih..ermmm..

Niat di hati tu nak jadi menulis tegar tp x mampu la. Bila kat ofis..masa untuk mengarang cerita hanya boleh dilakukan sebelum kul 9 pagi dan selepas jam 6 petang. Jadinya, x kuasa kite nak mengarang dalam tempoh yang agak singkat itu.

Orait..abaikan la kisah penulis tegar tu. Skrg ni nak citer pasal laksa dan spaggeti. Masuk bab makan pulak kali nih.

Sebenarnya, kengkawan ofis kite ni nak wat potluck. Email dah keluar minggu lepas. Jadinya, fikir la engkau nak masak apa. Kite bukannya pakar memasak. Jadinya, cam x der idea nak masak apa. Yer la..nak bagi orang makan ni bukan senang. Kalau setakat nak lepaskan batuk di tangga..baik x yah kan. Dah namanya potluck...xkan la nak order ajer.

Akhirnya, tingggg....otak berfikir untuk membuat laksa. Uissss...peberet tuh.

Semalam petang..balik dr keja terus la ke pasar malam berhampiran ofis nih untuk membeli barang2 basah. Balik ke rumah...bertungkus lumus la membersihkan ikan..mengasingkan tulang n isi dan bermula la proses menyiapkan kuah laksa. Abis satu episod...meh nak citer episod lain lak.

Minggu lepas juga..hubby ada ckp..ofis dia nak wat potluck minggu nih. Maknanya...harinya sama ngan potluck ofis kite. Tanya hubby..nak bw laksa ker...tp leceh la kan nak bw benda2 nih...orang lelaki ni pepaham la..mana nak bw benda2 camnih..leceh katanya.

Oleh itu, kite syorkan hubby bw aje spaggeti. Senang nak wat n x der la susah sangat nak membawanya ke ofis.

Makanya, malam tadi juga kite bertungkus lumus menyiapkan kuah spaggeti.Walaupun x susah...tp sebab ada benda lain gak nak kena wat..benda yang senang jd lambat. Kite kalau masak spaggeti..harus tumis bawang besar...bawang putih..cili merah potong n tomato potong...Makan masa gak la nak menumis benda2 tuh semua.

Semua kerja settle kul 11.30 malam n bila nak masuk tiso jer..mata lak x nak lelap. Masalah la plak kan. Ermmm...nak wat camana...mmh camtu la pesennya.

Pagi tadi..bangun panaskan balik kuah2 tu semua...rebus laksa n spaggeti. Sesambil tu masak air panas....masukkan lam bekas..basuh semua bekas2 yang digunakan...dan siapkan beg Luqman lak.

Dah siap mandi...kejutkan Luqman..mandikan Luqman...siapkan air untuk hubby minum..baru la dtg keja...

Hasilnya..skrg ni kekeyangan memakan makanan yang pelbagai...perut kenyang..mata pun dah layu...*

0 comments: