BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 11, 2010

Ulam oh Ulam...*

Cadangnya semalam nak menconteng kat sini. Tapi kemalasan tahap hape tah. Jadinya, berhabuk la blog ini buat seketika. Tapi apa nak dikisahkan...bukannya ramai benar pembaca blog ini. Jangan2...x der sape pun sudi menjenguk di sini. Ha3....x per la...tuan blog x kisah pun.

Nak cite hal ulam la nih. Sape yang suka makan ulam sila angkat tangan. Haaaa...ramai pun yang angkat tangan. Kalau nak diikutkan..kite ni bukan lah seorang penggemar ulam yang tegar. Hanya ulam2 tertentu yang dibenarkan dikunyah oleh mulut nih.

Tapi, kakak ipar kite memang la penggemar ulam yang cukup tegar. Bagi la apa2 je ulam..mesti dia makan. Kalau kite nih, jenis2 ulam yang baru diperkenalkan..susah skit nak terima dek tekak. Disebabkan was2 untuk mencubanya, sampai ke sudah x mencuba. Kakak ipar kite ni lain skit. Bagi je la apa jenis ulam..mesti dia cuba dan akhirnya akan menjadi kegemarannya.

Sabtu lepas...kite gi Sri Gombak untuk menikmati makanan tengahari. Bukan malas (hakikatnya ada skit malas)...tp disebabkan kat umah tu kehabisan stok barang2 basah. Makan kat restoran (yer ke restoran...x dapat dipastikan lak)...Sri Ayu. Fulamakkkk..bukan main mewah dengan lauk pauk...ulam2an la. Disebabkan nak makan ulam..kite ambik la pucuk gajus dan jantung pisang rebus. Jantung pisang tu khas untuk hubby sebab dia penggemar yang paling setia. Ambik skit budu dan ikan bakar tawar. Memang terangkat tau. Sedap la sangat dan sungguh menyelerakan. Puas hati makan kat situ.

Sudahnya...ari ahad pun kite mencadangkan pada hubby menuju ke tempat yang sama untuk menikmati makan tengahari. Ha3..memang dasar pemalas kan. Ketidakadaan barang basah itu hanyalah alasan semata2.

Cadangnya nak ambik ulam yang sama. Tetapi agak kecewa kerana jantung pisang rebus telah habis. Wahhh...ramai gak penggemar jantung pisang yer. Ohhhh...cite pasal jantung pisang, camana korang wat nak elakkan jantung pisang tuh putih bersih jer bila direbus. Apa petuanya eh..Sila la kongsi ngan kite yer.

Ok..berbalik pada kisah makan kat restoran tuh...kite ambik ulam pucuk gajus 2 ikat n seikat ulam pegaga. Budu dan ikan bakar tawar sudah semestinya. Benda2 ni la yang membuatkan selera makan terbuka tuh.

Kenyang perut..senang hati. Lepas makan, pegi la Melawati jap sebelum balik ke rumah untuk berehat...*

0 comments: