Jumaat lepas..x ke mana2 pun. Dok umah jer. Petangnya g umah kawan kat Tmn Bolton. Melawat bb dia yang dah berusia 3 bulan. Disebabkan kelesuan yang terlampau...Jumaat lepas gagahkan gak ke umah dia. Luqman hepi la sebab dpt jumpa kawan dia tuh.
Sblm tu pegi melawat mak mertua bbsitter Luqman yang terjatuh. Dah keluar hospital dah. Melawat kat umah jer. X lama sangat sebab ketidakselesaan badan ni dah melampau2. Pegi umah kawan tu nasib la ok skit. Sbb dok atas kerusi kot...jadi ketidakselesaan itu agak berkurangan. Ari ni berjaya memasak sup sayur campur yang di makan ngan mee kuning yang dah dicelur.
Ari Sabtu keluar g tengok wayang. Tu pun dah petang...makan tengahari kat umah SIL. Ni akibatnya bila badan x daya memasak..
Ari Ahad...gagahkan diri memasak. Untuk bekpes wat cekodok udang + sosej. Hu3..seksa ok nak menyiapkan hidangan nih. Siap tutup hidung n kejap2 ke toilet sebab x tahan baunya yang sungguh menusuk ke lubang hidung. Akhirnya hubby ambil alih tugas menggoreng. Kite lak melepek atas kerusi. Cekodok yang kite wat tu pun hanya hubby dan Luqman yang makan. Kite x leh bau pun benda alah tuh.
Disebabkan perut dah lapar..gagahkan diri masak tengahari. Lauk yang dirancang hanyalah ikan cencaru goreng tawar cicah air asam (dah siap sedia ada lam peti ais), ikan kerisi masak lemak kuning + daun kesom dan sotong masak kicap.Alhamdulillah...kali ni x la teruk sangat rasanya. Masih mampu menyiapkan 3 menu nih tanpa rasa seksa.
Makanya, berjaya la kite masak yer. Sesetengah masakan x leh masak...tp sesetengah masakan leh di masak. Pas2 nih kalau nak masak...kena la pilih jenis masakan yang akan di masak.
Monday, November 8, 2010
Berjayakah..*
Posted by C-Tiey Hamid at 1:26 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment