Ohhh..dah agak lama tidak menconteng. Disebabkan kemalasan melanda..jadinya, biar la blog yang tidak seberapa ini bersawang.
Minggu lepas..seminggu kite cuti. Bukan g mana pun. Dok je la melepak kat umah. Sib baik la ada Luqman. Ada gak la orang untuk kite berbual dan melayan. Ari senin pegi sekolah dia. Settlekan balance yuran sekolah dan ambik uniform. Pegi tuh, hubby yang hantar. Balik plak..kena la sendiri2 yer. Naik teksi jer la.
Luqman ngajak g Jusco. Layankan je la walaupun waktu masih awal. Naik teksi..turun kat stesen LRT Taman Melati...pastu naik LRT ke Wangsa Maju. Melepak jap la kat bus stand kat Jusco tuh sementara menunggu Jusco tu buka.
Masuk dalam...ronda2 la kejap. Dah x tau nak g mana kan. Layan Luqman makan...pastu beli barang skit.
Balik umah melepak...dah petang2 skit tu masak ala kadar. Nak masak beria...kemalasan dan kelemauan melanda....
Ari Selasa...pegi KliniK Kesihatan yang berhampiran ngan umah. Pegi hubby hantar. Alhamdulillah..urusan kat sana kejap jer. Sblm kul 9.30 pagi dah siap. Luqman plak ngajak g Jusco lagi. Aduiii...parah kalau gini. Apa yang best kat Jusco tu x tau la.
Nak x nak...pegi gak la ke Jusco. Tapi, kali ni x g Jusco Wangsa Maju tuh...pegi lak kat Jusco AU2. Bukan buat apa pun...Luqman beli menan..pastu kite beli buah..makan2 dan balik umah. Tu je la aktivitinya kat sana. Aktiviti kat umah la...lepak...ha3..best sangat kan aktivitinya. Ari Rabu hingga Khamis..x g memana. Dok umah jer la.
Ari Jumaat lak...sepatutnya kite keja. Tapi, terima kasih pada pasukan bola kita. Dapat la cuti free. Terus buntu x tau nak g mana.
Ari Sabtu..disebabkan kerajinan dan ditambah dengan kelesuan...kite buat la laksam. Alhamdulillah...menjadi. Tapi penat yang amat pas siap kukus laksam. Makan pun jadi x sedap. Bila dah ilang penat tuh...sedap plak rasanya. Ha3...
Ari Ahad..pegi tengok wayang citer Hantu Kak Limah. Pastu lepak je la kat Melawati dan balik umah. Cam x best kan aktivitinya.
Ala..nama jer cuti...tp x g memana pun. Hubby dah kehabisan cuti...kite lak cuti banyak lagi...nak x nak kena la habiskan cuti tu gak...
Langkah kanan ~ Nasi Dagang Klate sedap do'oh
2 hours ago

0 comments:
Post a Comment