BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 24, 2012

Berbaur-baur...*

As salam

Hari ni macam nak menconteng skit. Tapi x tau la skit mana plak nanti jadi ni menaip. Maklum la...bila dah jari syok mengetuk keyboar ni...x sedar yang dah byk huruf di taip di sini

Selalunya kite dok bercerita pasal anak2 aje. Yer la...nak cerita pasal apa lagi kalau bukan pasal anak. Betul tak. Lagipun sape la yang nak baca kalau bukan anak2 kite bila diaorang dah besar nanti. Insyaallah.

Ohhhh..melalut plak.

Kite nak bercerita pasal banyak benda. Nak luahkan apa yang ada dalam hati ni. Tapi, banyak benar hati2 dan perasaan manusia keliling yang perlu dijaga. Iye....banyak sangat. Daripada hati2 mereka ini terluka..ada baiknya kite diamkan aje.

Tahun 2012 dah hampir ke penghujungnya. Bulan November pun dah hampir menjengah. Bermakna...umur kita ni pun makin lama makin meningkat. Mungkin kite tak sedar diri ini sudah hampir di mamah usia. Tapi, angka tidak mampu menipu.

Kekadang kite cuba merenung kembali. Di usia sebegini...apa yang dah kita buat. Apa yang dah kita ada untuk menuju ke dunia yang kekal abadi.

Sana sini kite baca dan dengar pasal kematian. Kematian yang kita tidak fikir akan berlaku kerana usia mereka2 ini masih muda. Masih kuat untuk mengharungi arus masa kini. Tapi siapa kita untuk menidakkan hukum Allah. Andai DIA kata sudah sampai masanya kamu meninggalkan dunia yang sementara ini...tidak boleh tidak. Tidak boleh kita menyekat takdirNya.

Sedar akan kekurangan diri ini. Sedar akan amalan2 kite selama ini. Ya Allah..takut pulak bila mengenangkan kekurangan diri ni. X cukup bekalan lagi untuk menuju ke dunia yang kekal abadi. Apa la balasan Dia di dunia itu nanti.

Mohon kite, adalah sinar yang mampu membimbing kite menjadi umatNya yang sebenar2Nya. Kite x nak menjadi umat yang hanya menghuni dunia ini semata2. Kite nak menjadi umat yang bersama2 menghuni syurgaNya. Mungkin ini seperti khayalan kite tapi itu yang kite inginkan. Semacam kite x layak ke SyurgaNya tapi kite seboleh2nya ingin menghindari NerakaNya.

32 tahun di Bumi Allah. Selama itulah kite mengsia2kan peluang yang Dia berikan. Selama itulah kite alpa dan leka. Selama itulah kite angkuh dan lupa diri.

Mohon moga kite dijauhkan dari sifat2 bongkak dan angkuh. Iri hati dan bangga diri. Moga Dia sentiasa memelihara anak2 kite walau dalam apa jua sekalipun. Moga impian kite untuk melihat mereka membesar sebagai anak2 yang soleh termakbul. Moga jalan untuk menuju ke jalan itu dipermudahkan olehNya.

Selalu Luqman bertanya pada kite. Kadang2 sampai dia menangis. Sebak hati ni bila dengar soalan dia tu. X tau nak jawab camana.

"Ibu, nanti ibu ngan ayah meninggal...Luqman nak dok dengan sapa. Sapa nak buatkan susu Harraz"

Dia akan peluk kite. Tenung kite sungguh2. Terkedu dan tersenyap kejap. Nak mencari jawapan kepada soalan tu sebenarnya.

" Luqman doakan la ibu dan ayah panjang umur "

Apa lagi yang mampu kite cakap pada kanak2 yang berumur 6 tahun. Nak terangkan panjang lebar....x faham plak budak tu.

Semoga Allah tunjukkan jalan yang sebenar2nya. Jalan yang ada jika tidak dicari tidak akan ditemui. Moga urusan untuk melalui jalan itu dipermudahkan olehNya kelak. Insyallah.....




0 comments: