Ha..kan dah kata. Kembali lagi dengan cerita yang lain. X nak dah sambung cerita tadi...
Menulis..itu kegemaran saya. Itu adalah kebenaran. Sejak dahulu saya pernah bercita-cita untuk menulis novel sendiri. Jangan gelak ok. Itu cita-cita dan cita-cita tidak semestinya menjadi kenyataan. Kalau tak, tidaklah saya mempunyai berbelas-belas cita-cita sejak Darjah 1 tetapi akhirnya cita-cita yang berbelas-belas itu tidak menjadi kenyataan. Itu adalah kenyataan.
Semasa sekolah dahulu, jika cikgu meminta pelajarnya membuat karangan, saya cukup seronok sebab di waktu itu saya boleh berimaginasi sendiri untuk menghasilkan karangan saya. Ha3...nampaknya saya memang seorang manusia yang suka berangan-angan. Jangan angan-angan mat jenin sudah la.
Pernah cikgu meminta saya membacakan karangan saya di dalam kelas untuk kawan-kawan sekelas dengar. Iya, karangan saya pernah menjadi karangan terbaik. Bangga jap walaupun ketika itu karangan itu hanyalah latihan biasa di dalam kelas dan bukannya soalan peperiksaan.
Mungkin sebab saya suka menulis, saya mampu meneruskan mata pelajaran sastera semasa Tingkatan 6. Sebelum ini, saya tidak pernah sekalipun belajar subjek berkenaan dan kerana itulah, saya ada ketikanya tidak yakin untuk mendapat keputusan yang baik setiap kali peperiksaan. Tapi, alhamdulillah...akhirnya keputusan peperiksaan tidak mengecewakan.
Semasa Tingkatan 4, saya pernah menggabungkan 2 buku tulis nipis untuk dijadikan sebagai medan untuk saya meluahkan imaginasi saya di atas kertas putih itu. Saya menulis ketika saya bosan dan ketika saya bersendirian di rumah. Dan, percayalah...hasil tulisan itu tidak pernah saya tunjukkan pada sesiapa sebab malu dan merasakan ianya hanyalah khayalan bodoh saya sahaja.
Dan, sejak itu, saya mula meninggalkan hobi saya yang suka berangan-angan itu. Itu juga adalah kebenaran.
Sejak itu juga, saya hanya suka membaca novel-novel yang ditulis oleh mereka2 yang mempunyai kreativiti yang tinggi berbanding diri saya sendiri. Tapi, saya malas nak beli novel la. Saya hanya suka baca novel dan Kak Zati merupakan peminjam novel yang setia meminjamkan novelnya kepada saya. I Love U la Kak Zati.
Sejak 2 bulan yang lepas, saya tergerak hati untuk kembali menulis. Bezanya kini, saya tidak lagi menjadikan buku sebagai tempat untuk saya berimaginasi. Skrin putih dan keyboard menjadi alat untuk saya berangan-angan. Tak tau la tulisan yang masih belum siap itu akan saya kongsi dengan kengkawan atau tidak. Segan sebenarnya. Sekarang hanya 50 muka surat lebih baru siap. Masih banyak lagi yang perlu saya lakukan. Dan, sudah lebih sebulan saya tidak menyambung imaginasi saya di skrin putih berkenaan. Insyaallah, jika rajin, mukasurat pada skrin itu akan bertambah. Jika malas, terbiarlah ianya di situ.
Nak stop dulu. Jumpa lagi yer
Salam.....*
Monday, April 1, 2013
Menulis...Itu Kegemaran Saya...*
Posted by C-Tiey Hamid at 9:53 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment