Cakkkk..meh nak gebang2 kosong barang empat enam kerat..
Alhamdulillah..hingga ke saat ini, Harraz masih menyusu badan. Walaupun susu x semeriah orang2 lain (yang membuatkan kite jelous), itu la rezeki buat Harraz buat masa ni. Insyaallah, semakin Harraz membesar, harap2 rezeki buat dia akan makin bertambah. Uhuksss..tetiba sayu lak (dalam masa yang sama dgr layu raya daaa)
Pernah minum susu lembu?...pernah weh. Ni kite ngaku tp rasanya beberapa kali jer. Susu Anmum kotak paling kecik sampai sekarang masih ada lagi separuh isinya tuh. Sebab apa bagi susu lembu oiiii...sebabnya kite sebagai ibu ni x setabah ibu2 yang lain. Penat skit x tahan...nipple pecah, luka n berdarah..mula la fed-up. x cukup tido..Harraz asyik nak melekap jer...tu la antara sebab2nya. Tp walaupun benda2 di atas berlaku...akal kite menetapkan..dlm sehari hanya 1 - 3 kali Harraz di beri minum susu botol. Paling banyak adalah 2oz. Harraz minum susu lembu rasanya dlm tempoh 5 hari je kot.
Pastu, bila Harraz dimasukkan ke dalam NICU Hospital Ampang sebab jaundis yang agak teruk (ikut abang Luqman la), kita dah setkan...x der susu lembu lagi dlm diet harian Harraz. Hanya susu ibu semata2. Titik dan noktah. Dan, di situ bermula la cabaran untuk kita yang sudah menetapkan untuk menyusukan susu ibu sepenuhnya pada Harraz.
Sebenarnya, masa ngandungkan Harraz lagi kite dah tanamkan azam tuk bagi susu ibu kat bb nanti. Mungkin azam itu yang menguatkan kita bila terasa down. Yer la...masa pantang..Harraz cukup kuat melekap..cukup kuat menangis dan cukup kuat meragam. Kite pernah x tido dlm satu hari. Rasa nak nangis tp alhamdulillah masih mampu bertahan. Jaga Harraz x sama ngan jaga Luqman dulu. Tersangat la berbeza. Tp tu la kan...lain anak lain ragamnya...
Dalam tempoh sebulan berpantang..stok EBM memang x der pun lagi. Kepala otak ni masih berbelah bahagi antara nak beli BP yang mana satu. Nak beli yang mahal risau kot2 susu x der nanti. Lama gak dok tercongok kat kedai tuh. Last2...tutup mata jer la beli SPECTRA 3. Alhamdulillah...satu keputusan yang berbaloi2. X menyesal membelinya kerana ianya amat la serasi ngan kite. Meh nak tepuk tangan skit...
Bermula la sesi mengepam di rumah. Penuh ngan cabaran gak nih. Harraz tido x menentu. Jadi waktu makan..waktu mandi...waktu menyusu dan waktu mengepam adalah tidak menentu. Huk3..sekali pam paling banyak 1oz. Sedih...
Tp kite pam tiap2 hari la. Makin lama makin banyak plastik hasil tenusu tp kalau nak ikutkan kuantiti hasilnya skit je la. Alhamdulillah..makin lama makin la meningkat hasilnya. Tp cam x leh nam bangga kat sini la. Kalau takat paling banyak 3oz pun nak bangga ke. Ha3...
Bila dpt 3oz ni rasa cam...oooohhhh...bestnya. Tp tu la...jarang2 je nak dpt 3oz ni. Harraz kan kuat menyusu. Kejap2..uwekkk...uwekkk..tanda nak susu la tuh. Memalam pun sama.
Tp bila dah masuk keja..hasilnya makin meningkat. Harraz pun dpt susu ibu...stok dah makin banyak hasilnya walaupun plastiknya makin skit. Sebab apa plastik makin skit...kite kan bekalkan bbsitter 2oz setiap botol. Setiap hari botol bersamaan 14oz. Pastu bekalkan gak susu beku ( yang ni kena pilih plastik yang banyak skit la). Jadinya..plastik2 yang mengandungi susu yang x sampai 2oz tu terpaksa la kite combinekan. Jadinya, makin menyusut la kuantiti plastik itu.
Apa yang bestnya BF ni. Sekarang ni la baru kite terasa menyesal tak BFkan Luqman lelama dulu. Betapa syahdunya hati bila Harraz diam dan cepat berenti menangis bila ngan kite. Betapa syahdunya bila tengok Harraz yang menangis tetiba diam bila tengok kite selak baju n pandang kite ngan matanya yang bersinar tu (oh, saya nak nangis). Pandangan mata dia tu paling kite x tahan. Betapa seronoknya melihat Harraz dengan rakusnya ngap rezeki anugerah Allah buat dia dan akhirnya tertido kekenyangan. Maafkan ibu yer Luqman. Ibu x dpt memberikan yang terbaik buat Luqman suatu ketika dahulu. Ibu teramat2 la jahil waktu itu.
Insyaallah...selagi ada daya..selagi ada hasilnya, kite akan meneruskan usaha ini. Percayalah..saat2 BFkan anak merupakan saat yang tersangat la indah...*
Monday, August 15, 2011
Pengalaman Ini Amat Manis...*
Posted by C-Tiey Hamid at 2:48 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment