BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 13, 2011

Cepatnya Masa Berlalu....5 Tahun Sudah...*

Assalamualaikum semua..

Lama tul x menceceh kat sini. Malas la nak menconteng walaupun cerita tu banyak. X tau la nape mood nak memblog semakin lama semakin menjunam turun. Mungkin faktor utama, ada mata2 yang memerhati..jadinya cam x bebas sangat nak bercerita. Ermmm..

12 November 2006...zuriat pertama hasil perkahwinan kami suami isteri telah lahir ke dunia. Seronok dan teruja...mungkin itu perkataan yang sesuai digunakan kerana ianya merupakan cahaya mata yang pertama bagi kami suami isteri. Debaran untuk melahirkan bayi ini ke dunia tidak la terasa sangat. Mungkin itulah kelebihan yang ada pada kite.

Kami suami isteri mula membina hidup berkeluarga dalam serba kekurangan. Pergi keja pun naik LRT dan bas. Kami tidak ada motosikal atau kereta untuk bergerak ke sana ke sini. Bayi ini la yang berada dalam rahim kite dan sama2 merasakan kesusahan itu. Bayi inilah yang kite usung ke hulu ke hilir. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Walaupun agak sukar...tetapi kehadiran benih di dalam rahim kite tidak sedikitpun mengubah apa2 rutin harian kite baik di tempat kerja atau di rumah.

Walaupun dalam keadaan yang sarat..kite mampu lagi pulang ke kampung hubby di Terengganu untuk bersalin. Hari ni sampai kampung...esok petang dah bersalin. Hu3...sunggup hebat aturan yang ditetapkan oleh Allah kan.

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit kami mula merangkak membina hidup berkeluarga. Kehadiran permata hati yang kami namakan WAN LUQMAN HARITH sedikit sebanyak memberi curahan rezeki kepada kami.

Andainya blog ini masih wujud satu ketika nanti, akan ibu tunjukkan pada Luqman. Andai Luqman baca blog ini, percayalah yang ibu sangat sayangkan Luqman. Ibu sanggup gadaikan nyawa ini untuk Luqman. Ibu nak Luqman ingat semua ni. Ibu nak Luqman tau yang suatu ketika dulu, kite bukan seperti sekarang.

Ermmm...tiada kata yang mampu ibu coretkan selain perkataan sayang untuk Luqman. Selamat Menyambut Kelahitan ke 5 Tahun sayang ibu. Moga Allah merahmati Luqman selamanya. Moga Luqman menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. Belajar rajin2 kerana hanya ilmu yang mampu ibu berikan untuk Luqman. Ibu tiada harta yang bernilai untuk diberikan kepada Luqman selain dari kasih sayang yang tiada hadnya.

0 comments: