BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 19, 2011

Orang itu...*

Sekarang ni kepala otak sangat la bercelaru dan berserabut. Dalam masa yang sama sangat sedih dengan apa yang berlaku.

Bukan x redha dengan apa yang terjadi. Setiap kali terkenangkan apa yang terjadi, kite cecepat usir perasaan itu. Tetapi, sebagai seorang manusia...memang tidak dapat lari dari terus mengenang apa yang terjadi. Nak2 bila lepas satu2 hal terjadi. Sedih sesangat...depan hubby memang kite cam biasa walaupun kekadang monyok..tapi belakang hubby...hujan jugak la...sedih

Tapi tu la...nak diluahkan...x daya rasanya bila melibatkan darah daging. Walaupun bukan darah daging sendiri..tp tetap ada ikatan.

Kalau sebelum ni kite diamkan aje disebabkan nak jadi hati orang itu...tapi setakat mana la kite boleh berdiamkan diri. Mungkin bukan direct pada orang itu...tapi bila luahkan di sini..kurang2nya berkurang la skit rasa sakit hati ni.

Bukan x tau orang itu juga kekadang jenguk blog yang x seberapa ni. Tapi sampai bila kite harus mengambil langkah berdiam diri. Bila berdiam diri..orang itu anggap kami ni x kisah dengan apa yang dia buat tu. Salah tu..kami berdiam diri supaya keadaan yang jernih ni x bertukar keruh. Kami x nak bergaduh disebabkan benda ni kerana kami x suka benda2 cam tu jadi.

Mungkin silap kami juga..berdiam diri..tp kenapa orang itu tidak mengambil inisiatif untuk perbetulkan apa yang jadi. Kami susah..kami x susahkan orang lain. Kerana kami sedar, kesusahan kami ni adalah berpunca dari kesilapan kami sendiri. Kami x suka menyusahkan orang lain kerana kami tahu orang lain itu juga ada susahnya cuma kami x suka orang lain tahu susah kami. Kami ikhtiar untuk cuba atasi kesusahan tu tanpa melibatkan orang lain.Kami jalani hidup dengan apa yang kami ada. Itu cara kami.

Tapi kenapa orang itu susah..dan menyusahkan orang lain juga. Tolong la...jangan la jadi hipokrit dan tidak mengakui kesusahan sendiri. Tolong la jangan sama-sama mengheret orang lain sama. Kudrat ada...tapi kenapa masih menanti buah yang tidak pasti bila akan gugurnya. Atau..buah itu mungkin akan rosak di atas sana dan tiada la buah yang akan gugur.

Mengharapkan sesuatu yang x pasti..menjanjikan masa yang akhirnya x dapat dikotakan. Apa nihhhhh....

Ermmm....sudah la. Malas dah nak terus bercerita. Buat sakit hati aja. Tapi...hati adalah sedikit lega bila menconteng serba sedikit pasal orang itu....*

0 comments: