Assalamualaikum
Makin lama cam makin malas nak menconteng.
Meh la nak citer pasal Harraz skit. Wat kenang2an bila dia dah besar nanti. Wan Luqman Harraz..yang dulunya dilahirkan seberat 4kg kini sudahpun seberat 9kg++. Ha3...kitaorang sebagai ibubapa ni rasa cam biasa la bila tengok size dia tu. Tapi, bila orang keliling tanya berapa kg..umo berapa...bila ckp berat n umur dia...semua ckp semangatnya. Dan, bila orang lain pegang atau dukung dia..baru la kitaorang nampak kesemangatan dia tuh.
Kite memang serahkan 100% kat hubby bab2 nak dukung Harraz kalau g memana. Kejap tu boleh la...sib baik la Harraz ni jenis senang nak handle. Dok dlm stroller pun x banyak ragam kalau nak dibandingkan ngan Luqman dedulu. Asyik nak berdukung n x nak dok dlm stroller.
Dedulu masa awal2 ajar dia makan...cam nak x nak je dia nganga mulut. Siap tutup mulut n larikan muka bila nak bagi makan. Kite naik risau bila dia x nak makan sangat waktu tu. Sekarang ni, ambik ko. Lambat bagi makan mula la meragam. Lambat suap...mulut tu akan bunyi. Semangkuk penuh bubur habissss...hubby plak yang risau kot2 overload. Ha3...
Kite masih belum kenalkan ayam atau ikan pada Harraz. Tunggu la dia besar skit lagi. Sekarang ni buatkan bubur yang sama jer ari2. Kalau ada beza pun setakat bayam atau sawi. Bahan2 lain masih sama. Carrot + brokoli + bunga kobis + kentang. Tu la menu Harraz hari2..kekadang tambah ngan sawi atau bayam.
Bab menyusu, alhamdulillah..hingga kini kite masih menjadi pembekal susu yang berjaya untuk Harraz. Sila bangga dengan diri sendiri...
Harraz masih meniarap. Tapi dah angkat badan n goyang2 ke depan n kebelakang. Menyusur ke depan x berapa cekap lagi...tp kalau ke belakang n pusing 360 darjah...cukup la cekap. Dan, kalau masuk dalam kereta, cukup gilakan stereng. Ha3...
Ok..nak stop sini dulu...
Thursday, January 5, 2012
Harraz 7 Bulan...*
Posted by C-Tiey Hamid at 11:37 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment