Bahagian 1
Aku tersenyum bahagia melihat suami dan
anak-anakku bergurau riang di halaman rumahku. Perut boyotku menghalang aku
untuk turut serta bersama-sama mereka berlari riang di laman itu. Hatiku
tercuit melihat kebahagiaan mereka. Hatiku pilu mengenang kembali saat-saat
lalu yang amat perit aku rasakan.
Aku seorang perempuan. Yang punya hati dan
perasaan yang cukup halus. Andai ianya terluka, terlalu payah untuk diubati.
Mengimbau kenangan lalu, aku sendiri tidak
sangka bahawa sudahnya kisah hidupku begini. Tidak terjangkau dek
fikiranku..aku akan punya suami dan anak-anak yang comel. Siapa sangka, dalam
deritaku meniti hari-hari yang berlalu, sinar bahagian akhirnya menjengah.
Bahagia yang tidak pernah aku duga.
Kadang-kadang aku berfikir, mampukah aku
melalui hari-hari mendatang dengan tabah seandainya kisah laluku kembali
menjengahku. Mampukah aku kehilangan seorang suami dan anak-anak yang
melengkapkan hari-hariku. Mampukah aku terus tersenyum tanpa mereka disisiku
lagi. Aku mengeleng dalam tidak sedar. Tahu akan setakat mana kemampuan diriku
kini.
“Ibu, jom la join kitaorang”, suara anak
sulungku menganggu imbauan kisah silamku. Aku tersenyum melihat Hana berlari-lari mendapatkan aku yang berada di bangku kayu itu.
“Jom bu, ayah dan abang dan tunggu ibu kat
sana. Kami tengah siapkan puzzle ni.”, anak sulungku terus berusaha menarik
minatku untuk turut serta bersama-sama suami dan anak keduaku.
Aku yang kasihan melihat kesungguhan Hana mengajakku akhirnya bangun dan melangkah mendekati mereka di halaman itu.
Langkahku agak berlahan akibat membawa perut yang sudah mencecah 8 bulan itu.
Sesampainya di sana, aku lihat suamiku dan
Luth leka menyiapkan jigsaw puzzle yang terpampang lukisan pemandangan yang
amat cantik. Akhirnya, Lana juga turut serta bersama mereka.
Suamiku yang sedar akan kehadiranku menggamit
aku mendekatinya. Aku tersenyum dan akhirnya menuju ke arah suamiku yang tidak
lepas memandang diriku.
Tanganku diraih dan perutku dikucup. Aku
tersenyum bahagia bila dilayan sebegitu. Ya, bahagia itu akhirnya menjadi
milikku.

0 comments:
Post a Comment