Bahagian 2
Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa
pagi ini riuh rendah dengan pelajar-pelajarnya. Biasalah, hari Ahad merupakan
hari perhimpunan di perkarangan sekolah itu. Sudah pastinya pelajar-pelajarnya
riuh bercerita tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang cuti hujung minggu
kepada kawan-kawan.
Aku tidak terkecuali. Sambil berjalan bersama
kawan-kawan, mulut rancak bercerita sambil bergelak ketawa. Sesampainya di
kawasan perhimpunan, kami mula berada di dalam barisan seperti kebiasaannya.
Pengawas bertugas pula mundar mandir di
sekitar kawasan perhimpunan itu untuk memantau keadaan sebelum bermulanya
perhimpunan.
Akhirnya, perhimpunan pagi itu bermula dengan
ucapan daripada Puan Pengetua. Kami yang berada di situ mendengar dengan tekun
apa yang diperkatakan.
Dari hal berkenaan disiplin pelajar hinggalah
kepada aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang tahun. Sekali sekala
kawasan itu hinggar disebabkan oleh lawak jenaka yang diperkatakan oleh
guru-guru semasa memberikan ucapan. Kami yang hanya mendengar ini tidak bosan
untuk terus mendengar taklimat dan amanah oleh guru berkenaan.
Jam 8.30 pagi, perhimpunan akhirnya selesai
juga. Pelajar-pelajar bergegas ke kelas masing-masing untuk memulakan sesi
pembelajaran pertama untuk minggu ini.
Aku melangkah menaiki tangga untuk ke kelas
yang tidak jauh dari kawasan perhimpunan itu. Melalui kelas 4 Sains, mataku
tiba-tiba terpandang kelibat seorang pelajar lelaki yang sedang berdiri di
pintu belakang kelasnya. Hatiku bergetar melihat renungan matanya yang tajam.
Terus aku larikan mataku dari memandang ke arah itu. Aku kenal pelajar itu,
cukup mengenalinya.
“Mia, kenapa dengan kau ni..kau sakit ke”,
teguran Nita itu membuatkan aku tersedar. Kembali ke alam realiti.
“Tak la Ta, aku teringat pasal semalam jer”,
aku terdalih. Tidak mahu Nita mengesan riak mukaku tadi.
“Yer ke kau ni, aku tengok semacam jer masa
kat tangga tadi. Kau tengok apa tadi hah!”, Nita terus bertanya.
Nasib baik la kawan-kawan yang lain tidak
mendengar perbualan kami. Jika tidak, pasti lagi kecoh jadinya. Bukan aku tak
kenal kawan-kawan aku yang seramai 6 orang tu.
“ Tak ada apa la Ta”, aku terus mengelak dari
menjawab. Tidak mahu keadaan menjadi kecoh disebabkan mulut kepoh Nita.
Nita ingin terus membuka mulut untuk
bertanya. Nasib baik ketika itu Cikgu Aisyah masuk ke dalam kelas. Aku menarik nafas lega. Tapi tidak pada
Aznita. Dia memandangku seperti tidak puas hati. Aku membiarkan renungan itu
dan terus menumpukan perhatian kepada matapelajaran Bahasa Melayu yang telah
bermula sebaik kami memberikan salam kepada Cikgu Aisyah.
Kami tidak mempunyai masa untuk terus berbual
selepas itu kerana guru-guru yang bertugas masuk memulakan tugas mereka
mengikut masa yang ditetapkan.
Pukul 10.30 pagi. Loceng berbunyi menandakan
waktu rehat.
Aku bangun malas ke arah meja kawan-kawanku
yang lain. Kelas kembali bising dengan suara pelajar-pelajar seramai 25 orang
itu.
“Weh Nita, engkau nak makan tak nih”, Nani
bertanya sebaik sahaja kami berada di mejanya.
“Entah la, aku tak lapar sangat. Engkau nak
makan tak Mia”, Nita bertanya kembali kepada aku.
“Aku ikut korang la, kalau korang nak pegi kantin
aku ikut aje”, aku menjawab. Nak diikutkan, perutku belum lapar lagi.
“ Jom la kita pegi koperasi, beli gula-gula
dan snack aje la”, Elly akhirnya memutuskan.
Kami melangkah menuju ke koperasi sekolah
yang terletak di tingkat bawah. Bukannya jauhpun dari kelas 4 Perdagangan.
Hatiku kembali berdebar apabila terpandangkan
pelajar itu. Ya, pelajar lelaki yang sama ku lihat pagi tadi. Kaki aku jadi
kaku. Tidak mampu untuk terus melangkah mendekati kaunter yang menempatkan
gula-gula dan snack.
“Eh Mia. Kenapa dengan engkau ni”, suara Nita
itu mengejutkan aku. Aku hanya mengeleng kepala.
“Ta, engkau tolong belikan aku gula-gula
Hutson purple dan Apolo snack ek”, aku meminta pertolongan daripada Nita.
Nita terus memandangku tapi aku malas
melayannya. Terus aku hulurkan RM1 kepadanya. Sementara menunggu Nita di sudut
koperasi itu, aku melayan perasaan ku. Perasaan berdebar itu masih belum
hilang.
Aku terasa seperti ada seseorang di hadapanku.
Sebaik kepalaku diangkat, terkejut bukan kepalang aku dibuatnya. Pelajar lelaki
itu berdiri dihadapanku sambil tersenyum kepadaku. Aku tergamam dan tidak mampu
bersuara. Mataku melilau mencari kelibat sahabat-sahabatku yang nampaknya leka
memilih.
“Awak, saya nak kawan dengan awak boleh tak?,
akhirnya dia memulakan perbualan.
Aku terus senyap. Tidak mampu untuk
berkata-kata disebabkan terkejut. Aku menunduk tanpa memandang dia.
“Saya Adam Haikal. Awak panggil aje
saya Adam,” dia terus berkata-kata.
Aku mendongak, memandang wajahnya dan
tersenyum. Masih tidak mampu mengeluarkan suara.
Senyumanku itu membuatkan dia terus
tersenyum.
“Ok, saya pergi dulu yer. Kawan saya dah siap
tu,” akhirnya dia berlalu meninggalkan aku di sudut itu.
Kembali ke alam nyata, aku sedar yang aku
berada di koperasi sekolah. Terus mataku mencari kelibat sahabat-sahabatku yang
masih berada di kaunter. Aznita ku lihat memandangku pelik. Terus ku larikan
pandanganku ke arah lain.
“Masak la aku nak menjawab nanti”, aku
mengumam sendirian
Telahan ku benar kerana kurang seminit dari
saat itu, Nita menghampiri aku dengan tidak sabar.
“ Mia, sapa tadi tu, apa yang dia nak dari
engkau. Budak kelas sebelah kan?”, soalnya bertubi-tubi
“Budak mana Nita?”, Miza mencelah.
Aku terdiam. Malas nak menjawab kerana jika
aku jawab, nescaya makin panjang la ceritanya. Tetapi, Nita tidak putus asa. Sepanjang kami
menapak menuju ke kelas, dia tidak henti-henti cuba mengorek rahsia dariku. Kali ini, aku tidak berani untuk memandang ke
kelas sebelah. Takut bertemu mata dengan Adam Haikal untuk kali yang ke tiga.
Cukup-cukuplah hatiku terdera hari ini.
Sebaik meletakkan bontot di bangku, Nita di
sebelahku terus bersuara.
“Mia, sapa yang tegur engkau tadi tu”,
tanyanya
“Adam”, jawab aku sepatah
“Wah, dah tau nama eh. Dia nak apa?”,
tanyanya lagi
“ Dah dia bagitau nama, mestilah aku tau.
Entah la, mana la aku tau dia nak apa. Tak sempat nak tanya la plak”, aku
menjawab malas
Aku masih terkenangkan kejadian yang berlaku
di koperasi sekolah sebentar tadi. Terkejut dan terkedu. Kejadian yang berlaku
sekelip mata itu membuatkan aku hilang arah.
Nita nampaknya masih cuba mengorek rahsia.
Tetapi kelibat guru Bahasa Inggeris yang menuju ke aras kelas kami membantutkan
hasratnya itu. Aku menarik nafas lega kerana tidak perlu lagi mencari ayat yang
sesuai untuk diberikan kepada Nita.
“Mia, budak tu nak apa dari engkau hah”, Nita
nampaknya masih tidak melupakan kejadian yang dilihat di koperasi sekolah itu.
Masih cuba untuk mengorek daripada aku.
“Tak ada apa la Ta. Dia tanya aku sorang aje
ke”, aku terus cuba menyembunyikan hal yang sebenarnya daripada Nita. Malas nak
melayannya.
Elly, Nani, Sue, Zatul dan Yus hanya
memerhatikan kami dari jauh. Memang sudah menjadi kebiasaan kami yang berada di
kelas 4 Perdagangan ini, jika guru tidak masuk ke kelas, kami tetap akan berada
di meja masing-masing. Bercakap juga dengan nada yang cukup perlahan.
“Yer ke tak ada apa. Aku tengok muka kau
macam udang kena bakar aje”, Nita terus mencuba
Aku terpana. Sampai macam tu sekali dia
memandang aku.
“Apa la kau ni. Sampai macam tu kau tengok aku
yer”, aku tersenyum dan cuba menyembunyikan rasa gugupku
“ Yer la, maunya aku tak perasan kalau budak
lelaki tu tengok kau macam nak telan”, Nita terus juga bercerita
Aku hanya tergelak.
“Mia, engkau cerita la apa yang budak tu
cakap dengan kau. Takkan benda tu pun kau nak sorok dari aku”, Nampaknya dia
masih belum berputus asa
Aku tarik nafas dan kemudiannya melepaskannya
perlahan-lahan. Cuba mencari ayat yang sesuai untuk diberikan kepada Nita.
“Dia nak kawan dengan aku”, akhirnya itu yang
terkeluar dari mulutku
Nita terdiam dan memandangku tiba-tiba
“Dia nak kawan dengan kau?...betul ke ni”,
Nita kembali menyoalku
Aku tidak berdaya untuk menjawab. Hanya mampu
mengangguk
Nita tergelak dan reaksinya itu membuatkan
sahabat-sahabatku yang lain memandang ke arah kami dengan seribu persoalan
“Ta, dah la tu. Nanti diaorang tanya memacam
la. Kau jangan la cakap pulak. Rahsia tau”, aku akhirnya bersuara untuk
menghentikan ketawa Nita
“Yer la…yer la…tapi kau janji dengan aku.
Kalau ada apa-apa perkembangan, jangan lupa bagitau aku pulak”, Nita bersuara
“Ish kau ni, perkembangan apa pulak. Tak ada
apa-apa la”, aku malas melayan Nita dan kembali menatap buku Sejarah yang
terletak di atas mejaku
Nampaknya, cara itu berkesan untuk
menghentikan Nita daripada terus bercakap
Pukul 1.30 petang loceng berbunyi memandakan
sesi persekolahan sesi pagi pada hari itu berakhir. Aku mengemas mejaku dengan
malas. Untung kelas 4 Perdagangan ini tidak dikongsi dengan kelas sesi petang.
Jika tidak, pasti kami perlu keluar dari kelas ini secepat mungkin untuk
memberikan laluan kepada pelajar sesi petang. Itu untungnya menjadi kelas harapan sekolah.
He..he..he
Kawan-kawanku yang lain sudah bergegas keluar
dari kelas untuk mengejar bas sekolah yang telah menunggu mereka. Nasib baik
aku dan Nita naik bas biasa. Tidak perlu aku berkejar untuk pulang dari
sekolah.
Nita menghilang ke tandas. Katanya sakit
perut. Terpaksa la aku menunggu dia di kelas sebelum kami sama-sama menuju ke
perhentian bas yang terletak tidak jauh dari perkarangan sekolah kami
Dalam pada ada mengelamun, aku seperti ada
pelajar lain yang memasuki kelas aku. Aku menoleh ke pintu belakang dan
terpandang Adam Haikal di samping seorang pelajar lelaki kelas aku di situ.
Dia tersenyum ke arahku tetapi aku biarkan sahaja. Berderau darahku apabila
terpandang susuk tubuh itu.
Mereka berbual seketika sebelum Adam berlalu
meninggalkan kelas aku.
Ayie, pelajar lelaki itu mendekati aku dan
meletakkan sesuatu di atas mejaku. Aku memandang dia tetapi dia hanya tersenyum
dan berlalu dari situ tanpa sempat aku tanya apa-apa. Sampul surat itu aku ambil dan dengan
was-was, aku letakkannya ke dalam beg sandang di sisiku. Tidak mahu Nita
melihat dan berterusan bertanya. Bukan boleh percaya kat budak sorang tuh. Aku
tersenyum mengenangkan sahabat yang telah aku kenali sejak berumur 5 tahun itu.
Aku masih menunggu Nita. Apa la plak budak ni
buat lama sangat ni. Dah naik kematu bontot aku menunggu. Tidak lama kemudian, Nita masuk ke kelas
dengan senyum simpul
“Sorry, aku singgah kat kantin tadi. Beli ni.
Kau nak?, tanyanya sambil menghulurkan plastic berisi keropok lekor. Aku hanya
mengeleng kepala. Nita dan makanan memang tidak boleh dipisahkan.
Kami kemudiannya meninggalkan kelas dan
perlahan-lahan menuju ke perhentian bas yang tidak jauh dari pintu utama
sekolah. Tidak
menunggu lama, bas yang ditunggu menampakkan bayang dan membawa kami pulang ke
rumah setelah hampir 7 jam berada di sekolah.

0 comments:
Post a Comment