Alhamdulillah....semalam 12/12/2010 genap la 5 tahun usia perkahwinan kitaorang. Dengan kehadiran Luqman dan pertengahan tahun depan...insyaallah akan hadir lagi seorang penyeri rumahtangga kami. Bahagia dengan kehidupan sekarang dan harapan semoga ianya terus berkekalan hingga ke akhir hayat kami.
Memang memacam ragam, pahit manis dan memacam la dugaan dalam menempuhi alam berumahtangga ni. Bagi orang lain, apa la sangat dengan usia perkahwinan yang baru mencecah ke angka 5 ini. Tapi bagi kita, alhamdulillah kerana angka 5 akhirnya menjengah dalam kehidupan berumahtangga kami. Sape sangka yang ianya akan mencapai usia ini. Yer la..kekadang terasa fobia dengan cerita2 daripada ahli2 keluarga dan masyarat sekeliling. Bukan nak doakan yang bebukan...tp kekadang fenomena semasa menjadikan kita lebih berhati2 dalam menempuh hidup ni.
Awal perkahwinan dulu...cam x yakin mampu menempuh alam rumahtangga. Dengan keadaan kakak kite yang sedang bergolak dengan suaminya. Hal2 cerai berai bukannya x pernah terjadi dalam keluarga kita. Tapi tu la..semua tu kuasa Allah. Kalau Dia kata itu la jodoh kita..insyaallah..jagalah rumahtangga itu sebaiknya.
Ingat lagi dulu..5 tahun lepas. Kami diijabkabulkan di masjid berhambiran umah kite. Wat majlis kecik2 je la. Setakat yang mampu jer...Kami disatukan dalam hujan yang x henti2 turun. Ha3...sape sangka kan...3 hari sblm majlis, cuaca elok jer. Tiba hari yang sepatutnya, bukan main rancak lagi hujan turun.
2 hari selepas tu, majlis di rumah hubby lak. Yang ni pun bukan main hebat lagi dugaan. X nak la citer..kisah yang lepas tu biar la lepas kan. Tapi tu la..siapa la kita untuk menduga benda2 seperti ni akan jadi. Tapi alhamdulillah, selesai gak majlisnya walaupun dalam keadaan yang x terjangka.
2 hari kat umah PIL...kami terus pulang ke KL. Isninnya dah start keja. Terus menapak kat umah sewa kitaorang. Sebenarnya, kite x tau pun kat mana hubby sewa umah tu. Yer la, kite dah kat kg waktu tu. Hubby ngan SIL yang tolong angkat barang2 kite kat umah bujang ke umah sewa tuh. Dengan x berkemas...masuk la umah sewa tuh. Barang berlonggok2 kat umah tuh. X der tikar getah sebagai alas lantai...yang ada cuma tikar plastik untuk alas toto. Sampai dah Maghrib..berkemas la ala kadar umah tuh. Esoknya nak keja...x leh la beria sangat mengemas sebab penat kenduri belum ilang..penat dalam bas belum ilang...x der la nak mengemas umah kan.
Senin g keja...dapat la beberapa hadiah daripada kawan2 sekerja. Alhamdulillah...rezeki. Maklum la..kitaorang masuk umah tu sehelai sepinggang. X der keperluan2 umah pun yang tersedia. Bertatih la dari mula.
Balik keja petangnya, pegi kedai untuk beli beberapa barang umah termasuk la tikar getah. Malam tu gak dapat. Malam tu juga la kami bentangkan tikar getah tuh..pasang katil...baru la ada rupa umah skit. Ha3...lawak plak bila kenang balik.
Kain baju terkumpul dekat seminggu gak la. Pegi kedai beli mesin basuh, peti ais dan kabinet dapo. 2 ke 3 ari baru dapat. Kemain seronok plak waktu tu sebab baru la rumah tu ada rupa rumah org. Sblm ni cam hape jer. Dengan x der langsir. Ha3....ingat2 balik...semua tu kenangan..pengalaman yang berguna untuk kami. Bagaimana kami bertatih untuk memulakan kehidupan berumahtangga.
Waktu ni...ke mana2 kami pergi...kenderaan awam menjadi pengangkutan utama. Keta x der..moto x der...tapi x per la...bukannya susah pun kan. Kenderaan awam banyak. Pegi keja jalan kaki kejap...pastu ambik LRT..turun kat Wangsa Maju...ambik feeder bus lak untuk ke tmt keja. Balik pun camtu gak la. Masa ngandungkan Luqman pun sama. Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya. X der alahan...x der mabuk2..amat senang sekali.
Luqman 7 bulan...kami akhirnya memiliki kenderaan sendiri. Semua ni rezeki anak. Kami pindah ke umah lain..kali ni ke Gombak. Jauh skit dari tmt keja...tp x per la. Janji jirang2 sekitar lebih ok dari sebelumnya. Terpaksa gak cari umah lain sebab nak jimatkan kos..Luqman pun di hantar ke pengasuh yang rumahnya di depan rumah kitaorang jer. X der la susah sangat sebab kite kekadang kena stayback. Menyenangkan urusan ambik dan hantar Luqman.
Dok situ sampai pertengahan tahun 2010. Rezeki kami lebih skit..kami beli umah kat Ukay Perdana nih. Alhamdulillah..makin bertambah harta sepencarian kami. Bukan nak bangga dengan harta yang sedikit itu...tp ianya sebagai inspirasi untuk kami terus berusaha memperbaiki taraf kehidupan kami.
Luqman sekarang pun sudah 4 tahun...tahun depan dah sekolah. Selalu cakap kat dia..ibu dan ayah x ada banyak harta. Luqman kena belajar rajin2 sebab ilmu jer yang ibu ayah mampu beri. Kalau Luqman pandai...insyaallah, Luqman akan berjaya..Luqman dapatkan la apa yang Luqman nak kalau dah berjaya nanti.
Ingat2 balik...sedih dengan liku2 kehidupan yang telah kami lalui. Bukan sedih dengan nasib diri...tp sedih dengan orang2 sekeliling yang bercakap memacam tentang kitaorang. Macamana keluarga sendiri mereka cerita..huh...x mampu nak cerita la.
Apapun...kite bersyukur dengan apa yang DIA anugerahkan pada kite. Walaupun tidak seperti yang kite harapkan pada awalnya..tp alhamdulillah..x boleh tamak haloba kerana semua ni adalah pemberianNya...
Moga ikatan ini terus berkekalan. Moga kami akan terus bersama selamanya. Semoga kami dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah. Semoga kami terus berada di landasan yang betul...Moga kami terus bersama denganNya selamanya...*
Langkah kanan ~ Nasi Dagang Klate sedap do'oh
2 hours ago

0 comments:
Post a Comment