BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 12, 2010

Masak-Masak Ala Kadar...*

Ni penangan orang mabuk. Memang x daya nak masak beria. Masak la setakat yang termampu jer.

Ari Jumaat kan kite EL. Paginya bekpes kat kedai. Tengahari makan kat kafe GH jer. Petangnya..perut dah lapar. Ohhh...x tau nak makan apa la plak. Tekak ibu mengandung ni memang mengada skit. Perut lapar tp x tau nak masak apa. Masalah sungguh la kan.

Ajak hubby g kedai kat umah tuh. Beli telo (stok telo kat umah dah x der)..beli kcang panjang n kobis. Cadangnya nak beli timun..tp cam dah x bermaya plak timun tuh...Batalkan hasrat untuk itu.

Balik umah rahat jap...pastu start la masak ala kadar. Nak tau apa menu kitaorang....kacang panjang goreng + udang kering goreng belacan, telo dadar, ulam kobis + budu. Ha3....simple yang amat kan. Tapi alhamdulillah, mampu mengenyangkan perut kitaorang kat umah tuh.

Semalam...bersamaan ari Ahad..tekak terasa nak makan laksa la plak. Mengandung kali ni, kite lebih suka makan benda2 berkuah la plak. Manis x suka, masin yang terlampau x suka, masam x suka..apa yang suka pun x tau la. Benda manis yang kite mampu minum ialah air 100plus. Kite kurangkan la gas dulu...insyaallah, mampu mengeluarkan angin yang melampau2 dalam badan ni. Pas minum mesti sendawa yang kerap. Kelegaan yang amat dah kat situ.

Jadinya, untuk merealisasikan hasrat tekak yang mengada2 ni, g la kedai untuk beli keperluan2 membuat laksa. Sebelum tu pekena nasi berlauk dulu. Menepati selera tekak yer kengkawan.

Balik umah...rebus ikan dulu...pastu kemas la umah yang berhabuk itu. Penangan kali nih...melepek jer kejanya. Jadinya, time larat tu jer la mampu mengemas apa yang patut. Kalau x...redha jer la dengan keadaan umah yang berhabuk tuh.

Siap mengemas...asing isi n tulang ikan...di bantu oleh hubby. Pastu mula la bersilat kat dapur. Walaupun simple...penatnya cam hape jer. Ajak SIL datang umah...Luqman lak mengamuk2 nak g Melawati. Ibu x daya la Luqman...Luqman g ngan ayah je la yer. Dok la sengsorang kat umah...fuhhh...lega la dapat baring.

Terasa sunyi lak umah..tepon hubby tanya bila nak balik...siap cakap ngan Luqman lagi tuh...pujuk suruh balik..Tapi dia nyer ayat...kejap lagi yer bu...kejap je lagi...hu3...

Hubby dan Luqman balik dalam kul 8.30 malam. Baru la terasa berseri umah tuh. Ha3...nampak sangat umah tu x pernah sunyi dari suara Luqman. Yer la...mana la kitaorang nak lepaskan Luqman jenjalan ngan orang lain. Dia pun heret kitaorang sama kalau nak g memana. Awalnya suruh gak dia g umah SIL ngan diaorang...malam nanti kitaorang ambik...tp dia x nak la plak. Nak naik car ayah gak...

Perpun...alhamdulillah...kehendak tekak ni sudah dilaksanakan. Malahan, lebih dari mencukupi untuk tekak2 yang lain.

0 comments: