BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 12, 2010

Kami ke GH...*

Minggu lepas...kite keja sehari jer. Hebat kan...sampaikan Luqman pun dah naik syok dok umah...nak minta cuti x nak g umah bbsitter dia. Ha3...lawak tuh.

Isnin kite ambik cuti..selasa PH...rabu pun kite apply leave. Dok umah jer pun..cuti pun sebab nak clearkan cuti tahun 2010 ni. Simpan 6 hari je untuk di bawa ke tahun depan. Khamis g keja dan Jumaat juga sepatutnya kite keja.

Jumaat pagi...dah siap mandi..Luqman pun nak mandi sama. Bawa ke toilet..dia kencing dulu...tetiba dengar dia cakap...Ibu...sakit la bu...sakit bu. Tengok la apa yang dia sakit sangat tuh...tanya kat mana dia sakit dan dia cakap kat tuttt dia. Huh...camana nih.

Angkat dia dr toilet bowl tuh...check kat situ. Tengok2 ada darah. Panggil hubby suruh hubby tengokkan. Pastu tanya apa yang nak buat nih. Hubby ckp g hospital je la. Cadangnya nak g Damai jer...tp hubby ckp kita g GH je la. Jadinya, bersiap2 la ke GH pepagi tuh.

Tapi, persinggahan pertama harus la untuk mengisi perut yang kosong. Singgah makan nasi kerabu...terus ke GH. Sampai ke sana..tengok2 parking penuh...berpusing la cari parking. Pastu ke bahagian pesakit luar. Punya la ramai orang. Sib baik la cepat jer gerak nombor tuh. Yer la...setakat nak bayar RM1 dan akan ditetapkan bilik doktor jer pun. Kalau benda camtu lambat gak..x tau la nak cakap apa.

Dah siap bayar...pegi jumpa doc. Luqman nak kencing..bawa g toilet...sikit je dia kencing sebab ckp sakit. X per la...menunggu lebih kurang 20 minit..nombor kitaorang dipanggil. Masuk la situ...dah doc suruh ambik air kencing. Aduiii..masalah gak nih sebab Luqman baru je kencing.

Suruh hubby g beli air mineral untuk membuatkan Luqman nak kencing. Paksa2 gak la dia minum air tu dengan banyak. Ha3..siap cakap kat dia.kalau Luqman kencing...ibu bawa g Jusco main games. Memula...tugas hubby mengambil air kencing Luqman. Kebetulan tandas lelaki dekat situ jer. Hubby la yang kena masuk toilet tuh kan. Lama gak menunggu..tup2 tengok hubby keluar dengan sedikit jer air kencing Luqman. Adehh...g ke makmal untuk hantar sample air kencing tuh...tup2 org tu ckp air kencing tu x cukup untuk wat test. Aduiii...camana nih.

Paksa Luqman minum lagi...dan memacam la alasan yang dia bagi untuk x nak kencing. Nak ngan ibu la..nak itu la..nak ini la. Bawa dia ke toilet pompuan..dalam banyak2 toilet kat situ..hanya satu je boleh digunakan. Air bertakung la..penuh ngan najis la...aduiiii...x sanggup yer kengkawan. Tapi terpaksa la. Lama giler kat dalam toilet tuh sampai penutup botol tuh pun terjauh ke lubang tandas...x kencing2 gak Luqma tuh. Dah naik tension dah nih...memacam cara dah wat untuk bagi dia kencing...sampai ke sudah x kencing2 gak.

Keluar toilet..g kat hubby ckp Luqman x nak kencing sebab dia ckp nanti sakit. Hubby pun naik heran pesal lama kat toilet tp satu hasil pun x der. Pastu minta hubby lak bawa Luqman ke toilet. Ha3...

Dok menunggu dalam 15 minit...tengok2 hubby keluar dengan air kencing yang penuh dlm botol dan Luqman lak merah mata. Ha3..menangis la tuh. Hubby ckp....memula tuh Luqman x nak kencing gak. Pastu hubby dah naik geram...dia g marah Luqman. Dan2 tuh gak terpancut2 air kencing hingga penuh botol tu. Rupanya Luqman dok menahan kencing sebab takut sakit. Aduiii..cam gitu pun boleh ke Luqman.

Dah settle hal tuh...g la ke makmal tuk bagi sample air kencing Luqman tuh. Ckp la elok2 kat pekerja kat situ...penutup botol dah x der sebab jatuh. Boleh dia g cakap kat kite...mana boleh macam tuh...kena ada penutup jugak...Kite dah sakit hati..cakap la...xkan la saya nak ambik penutup botol tu...dah jatuh dalam lubang tandas...camana nak ambik...terus orang tuh terdiam. Kite ni x der la nak marah2 orang. Selagi boleh sabar memang kite akan sabar. Last2..org tuh ckp cuba awak g tengok kat kaunter depan sana..Haaa...kan senang cakap camtu...kenapa x cakap awal2 g ambik kat depan sana..kenapa nak marah2 orang jer...bagi la suggestion awal2 sebab benda tu kan ada penyelesaian.

Pegi kaunter depan...tengok x der orang. Tunggu kejap pastu nampak nurse yang pakai baju biru (ada pangkat kot).Dia nampak kitaorang tercegat kat situ...boleh wat x tau jer. Aduiii...masalah lagi.

Dok melilau kat situ..nampak la sorang nurse. Cakap la kat dia nak minta botol kosong. Alih2 dia cakap...cuba tengok kat depan tuh. Hah...senang kan kalau gitu. X yah menunggu lelama..

Pastu pegi hantar air kencing Luqman..menunggu tuk ambik report...pastu g makan dulu. Kul 2.45 petang baru doc ada balik. 12.30 tengahari waktu rehat la plak. Menunggu la kat situ hingga Luqman pun tertido.

Kul 2.30 petang..menunggu kat depan bilik doc. Penat tau menunggu nih. Kul 2.45 petang...doc x sampai2 lagi. Apahal la ngan diaorang nih. Bukan sorang dua yang menunggu...ramai ok...

Kul 3 petang baru doc ada...masuk jumpa dia..alhamdulillah..Luqman x der apa2 pun. Cuma kencing dia kotor skit. kena perbanyakkan minum air. Fuhhh...lega yang amat. Akhirnya settle gak hal kat GH.

Kenapa x g private jer...sebenarnya medical kite dah abis dah. Cadangnya, kalau kena warded baru nak g private. Tp alhamdulillah...semuanya ok. Balik umah petang tuh..tiap kali nak kencing Luqman mesti takut2. Kite siap cakap, Luqman jangan tahan kencing...nanti meletup perut tuh. Ha3..punya la x nak bagi dia tahan kencing..terpaksa ugut camtu.

Semalam n pagi nih pun..mesti dia tanya..sakit x nanti bu. Kite cakap...dah baik la sayang...buat apa nak takut lagi...Luqman kan dah makan ubat..dah minum air banyak...x sakit dah...

Dan ari nih...kite dah masuk keja semula...Luqman pun dah g umah pengasuh dia. Walaupun mulut dok sebut nak cuti..Ikutkan hati ibu nih...nak jer cuti sebab badan memang masih x kuat...mabuk2 pun x ilang lagi. Tp nak wat camana...ibu kena ambik cuti masa Luqman nak masuk sekolah nanti...dan, akhir bulan ni gak kite akan ambik cuti..sesaja nak abiskan cuti...*

0 comments: