Sampai kat Langkawi..van Awana Porto Malai dah sedia menunggu kitaorang. Naik van n singgah jap tapau makanan. Check in n bilik lum ready lagi. Menunggu la kami kat sini sampai mengantuk dibuatnya.
Luqman seronok bila tengok laut n bot tepi tuh. Hubby dok melayan tenet kat lobi n kite lak...melayan Luqman n menahan mata dari terlelap.
Bila dah dapat kunci..terus gerak ke bilik. Cadangan asal memang x der nak g memana hari pertama nih. Ingat nak layan Luqman mandi pool bila dah petang skit. Luqman plak..masuk je bilik terus masuk bath tub. Berendam la dia kat dalam tuh.
Ha3...bila masuk bilik hotel jer...terus datang mood honeymoon. Adehhhh..lawak tuh la...tetiba waktu ni la nak romantik bagai. Tp x kena ngan tempat la kan sebab Luqman ada. Ha3...
Bila dah petang tuh..boleh plak Luqman layan mata dia tuh. Di bantainya tido..jadinya, cadangan untuk merendamkan dia dalam pool terpaksa dibatalkan. Bila dah dekat maghrib..jenuh nak kejutkan dia. Malam tuh kitaorang ada dinner..nak x nak..kena keluar bilik gak la..sebab tu la berusaha mengejutkan Luqman.
Dinner biasa2 jer...x der la sedap sangat. Lagi seronok melayan mata melihat keindahan ciptaanNya.
DAY 2
Hari kedua...bangun jer pagi tu pegi bekpes dulu. Pastu lepak2 kat lobi sementara tunggu van pickup kitaorang untuk island hopping.
Bermula la episod menaiki bot yang amat la digemari oleh Luqman. Pastu ke Tasik Dayang Bunting. Kite x mandi. Hanya melayan Luqman mandi kat kolam yang dikhaskan untuk kanak2. Hubby plak melayan berenang kat tasik tuh.
Jenuh oh nak memanjat tangga. Dah la x berapa nak sihat...rasa nak cramp kaki nih memanjat tangga2 batu tuh. Kekadang terkejut dek monyet2 kat tepi2 tangga tuh.
Sejam lebih kat situ..gerak untuk melihat helang lak. Seronok nengok helang2 tuh menyambar perut2 ayam yang dicampak oleh pemandu2 bot.
Pastu..gerak lak ke Pulau Beras Basah. Kat sini best sesangat. Walaupun matahari tegak atas kepala...kite tetap layan mandi kat pantai. Pantai nya bersih sesangat...pasir halus mulus jer. Hubby x mandi plak kat sini. Kite la yang melayan Luqman mandi manda. Sesambil berendam lam air..ikan2 plak mengelilingi kitaorang. Luqman siap cakap geli lagi.
Dah puas berendam...gerak untuk ke daratan plak. Balik hotel...mandi2 dan siap untuk keluar jenjalan. Kitaorang sewa keta Viva jer..
Terima kasih kepada GPS kerana memudahkan perjalanan kami di sini. Isi perut pun kat KFC Kuah tuh jer. Malas nak mencari2 kedai makan plak. Pegi Ismail Group untuk borong coklat...pegi Idaman Suri untuk beli pinggan mangkuk. Sib baik la bawa duit x banyak. Kalau x...memang banyak abis duit kat sini. Rambang mata menengok pinggan mangkuk yang murah n cantik2...Kalau pegi lagi ke Langkawi..harus di terjah Idaman Suri nih.
Pastu kitaorang pegi ke Dataran Lang. Lepak2 kejap je kat sini. Orang boleh tahan ramai x badan pun rasa x best. Mood nak berjalan2 dah x der disebabkan kelemauan badan nih.
Balik hotel...lepak2 kat hotel n tido.
DAY 3
Hari terakhir kami kat Langkawi. Flight kul 3.40 petang. Pas bekpes, sempat lagi la ronda2 pekan Kuah..g beli coklat lagi skit. Pastu g Makam Mahsuri...pegi mana lagi eh..lupa la plak. Balik hotel dah kul 12.00 tengahari. Sib baik la dah kemas2 apa yang patut pagi tuh. Jadi x der la kelam kabut mengemas untuk check out.
Dah check out...sempat lagi lepak kat Pantai Chenang. Pastu gerak untuk makan Laksa Power n cendol kat tepi airport tuh. Lepak2 situ jap...gerak ke airport. Check in dan menunggu masa untuk terbang ke KL.
Langkah kanan ~ Nasi Dagang Klate sedap do'oh
2 hours ago

0 comments:
Post a Comment