Cinta Sufi...ermmm...camana nak tafsirkan eh..
Sebenarnya nak citer pasal novel nih..![]()
Semalam dah abis baca novel nih. Memang gigih giler nak abiskan novel ni sejak baca ari Ahad. Rasa x sabar nak tau ending citer nih..
Kalau sesiapa yang x tau, Novel Cinta Sufi ni adalah kesinambungan Trilogi Bagaikan Puteri ( 3 buah novel ). Cerita pasal Saifuddin yang digelarkan Laksamana Sunan. Waaahhh..cam dah jatuh cinta ngan Laksamana Sunan la. Bila baca novel nih cam diri kita berada di dalam novel tu.
Cinta Sufi ni menceritakan pasal Laksamana Sunan yang telah kembali ke zaman yang sebetulnya selepas menempuh peralihan zaman. Macamana lemahnya Laksamana Sunan selepas kembali ke zaman asalnya. Macamana Portugis menyerang Melaka..camana Laksamana Hang Tuah muncul dari persembunyiannya semata2 untuk menyelamatkan Hulu Melaka dari serangan Portugis.
Laksamana Sunan akhirnya kembali kepada keadaan yang asal apabila di bawa oleh bangsa Polip ke Banjaran Himalaya. Luna, bangsa Polip yang berusia ribuan tahun jatuh cinta kepada Laksamana Sunan, tetapi fitrah manusia yang suka melakukan huru hara menjadi penghalang kepada perasaan itu.
Taghut yang menjelma dalam bentuk lain memusuhi waris Wali Sufi. Oleh itu, Laksamana Sunan la yang menjadi musuh trasidinya. Taghut, merupakan Raja Roman yang telah memerangi Bangsa Polip satu masa dahulu. Di sebabkan Raja Roman, Luna kehilangan seorang suami, Munik yang merupakan seorang perwira bagi bangsanya. Disebabkan Munik, Raja Roman kehilangan isteri yang disayanginya. Raja Roman yang tercedera akhirnya bersubahat dengan Syaitan dan menjelma sebagai Taghut.
Bagi merealisasikan impiannya memusnahkan Laksamana Sunan, Taghut menjadikan orang lain sebagai kuda tunggangannya. Sebelum ini, Manggala dan Maharani Pulau Utara menjadi kuda tunggangannya. Tetapi, setelah mereka dikalahkan oleh Laksamana Sunan, Puteri Kobeng Gandring pula menjadi mangsanya. Puteri ini diselamatkan oleh Taghut selepas hampir mati selepas ditewaskan oleh Laksamana Sunan. Kemunculan Puteri Kobeng kali ini sebagai pontianak yang gemar menghisap darah manusia dan binatang. Puteri Kobeng menyimpan dendam untuk memusnahkan Laksamana Sunan.
Catalina, balu kepada seorang pahlawan Portugis mengembara ke Hulu Melaka untuk mencari Maryam yang sering menjelma apabila dia pengsan selepas kematian suaminya. Pengembaraannya itu menempuh pelbagai halangan lebih2 lagi selepas bertemu dengan Laksamana Sunan yang pada awalnya di anggapnya sebagai hamba.
Kedatangan Catalina ke Melaka di iringi oleh beberapa orang askar Portugis. 2 orang Kapten Portugis yang mengiringi Catalina rupa2nya merupakan musuh dalam selimut. Renata, orang suruhan mendiang suami Catalina menjaga Catalina melebihi nyawanya sendiri. Tetapi, wanita tua ini merupakan seorang yang mengamalkan sihir dan akhirnya sihirnya itu sendiri memakan dirinya sendiri.
Sesampainya mereka ke Hulu Melaka, mereka terpaksa bertempur dengan soldadu Portugis tetapi bantuan dari Bangsa Polip menyebabkan Hulu Melaka terselamat dari penjajah. Laksamana Sunan di tembak, Luna kembali ke Banjaran Himalaya apabila melihat perhatian yang diberikan oleh Laksamana Sunan kepada Catalina. Catalina akhirnya memilih Islam sebagai agamanya. Laksaman Sunan di bawa oleh Hang Tua ke dasar sebuah tasik dengan bantuan 2 ekor naga yang dihadiahkan oleh Maharaja China kepada Puteri Hang Li Po.
Puteri Kober Gandring akhirnya musnah. Taghut di bawa ke satu tempat apabila masih tidak mampu mengalahkan Laksamana Sunan. Laksamana Sunan tidak muncul selepas di bawa pergi oleh Hang Tuah.
Ermmm..tu la serba sedikit ringkasan novel nih. Memang berst dan kite rasa..akan ada sambungan untuk novel nih. X sabarnya nak tau sambungannya. Abang Ramlee...cepat la kuarkan sambungan eh. Kalau time belajar dulu boleh la korek2 citer..sekarang dah lama x jumpa...tunggu novel je la nanti..*
Langkah kanan ~ Nasi Dagang Klate sedap do'oh
2 hours ago

0 comments:
Post a Comment