Ok..kali ni tengok wayang yang memang x der perancangan punya. Camana boleh jadi camni...ari Selasa lepas..kitaorang singgah umah SIL untuk ambil barangan yang dikirim oleh MIL. Jadinya..pas waktu keja pegi la kitaorang jap. X ambik Luqman lagi pun.
Sembang2 jap..pastu hubby tercakap la pegi tengok Iron Man. Jadinya, secara tidak langsung ada la yang mempersoalkan kenapa x ajak diaorang sama untuk tengok wayang. Aikkk ???..
Hari kite dah x sedap nih...yer la kan..bila dah ada yang persoalkan...lain macam la rasanya. Nak x nak...mulut ni pun tercakap la..nanti kita tengok ari Jumaat malam la. Lagipun ari tu Luqman baru pas baik dr chicken pox..cam x best la bawa bebudak ni kot2 berjangkit.
Dalam hati ni cakap..redha jer la walaupun dah tengok Iron Man tuh. Dah boleh hafal dah jalan citer Iron Man tuh.
Ari Jumaat..pas keja..balik umah...rehat2 jap pastu siap2 la untuk ambik diaorang n gerak ke Ampang. Seperti biasa, destinasi kitaorang tetap kat Galaxy Ampang tuh. SIL cadang nak ke Wangsa Walk Mall...tp fikirkan mesti ramai orang n tiket pun agak mahal...gerak gak la ke Ampang.
Sib baik jalan x sesak...sampai sana kul 9.00 malam n gerak beli tiket. Memula x tau lagi nak tengok citer apa. Tetiba si kembar tuh x nak tengok Iron Man sebab dan tengok kat tenet. SIL nak tengok Robin Hood...tp bebudak mana la minat citer2 camtu kan. Diaorang nampak banner citer Furry Vengeance n nak tengok. Beli tiket..kite siap cakap nak tengok citer ni (sambil tunjuk kat skrin kaunter tuh)..x tau nak sebut camana la...ha3...budak kaunter tu sengih jer la.
Pas beli tiket...singgah ke Romantika jap...tinjau2 perhiasan kat situ...rasa gerammmmm jer nak sambar semua. Tp fikirkan belum pindah umah lagi..tahan kan hati nih. Last2..beli la layang2 untuk budak bertiga tuh. Simpan layang2 jap kat kereta n g cafe bawah tuk minum sambil lepak2.
Dah kul 10.00 lebih...gerak naik atas...lepak2 jap sementara tunggu waktu tayangan. Kul 10.45 malam gerak masuk dalam n bermula la agenda menonton wayang. Keseluruhan citer ni ok la. Ada elemen lawak..nak2 masa binatang2 hutan tu nak mempertahankan hutan tempat tinggal diaorang dari ditebang untuk pembangunan.
Citer abis kul 12.15 malam. Hantar diaorang ke Melawati dah gerak balik umah. Luqman dah lena dalam keta...sampai umah mandi..cuci muka n settlekan apa yang patut..masa untuk tido...waaaaa..nikmatnya dapat tido masa badan penat nih...*
Langkah kanan ~ Nasi Dagang Klate sedap do'oh
2 hours ago

0 comments:
Post a Comment