Tu la perasaan yang ada dalam diri kite sekarang. Sukar untuk ditafsirkan...kenapa perasaan ini berkecamuk dan bersatu di dalam diri ini. Dakah kerana kite masih tidak dapat menerima hakikat sebenarnya. Sedangkan..kite tahu, semua ini sudah ketentuanNya.
Semalam kite dapat satu berita. Awalnya amat2 terkejut. Dah lama lost contact..dah lama x berhubung...akhirnya persoalan selama ini menemui jawapannya. Kite sepatutnya gembira untuk orang lain. Tetapi kenapa lain pulak yang berlaku.
Setiap hari..kite berdoa dah berharap agar dia menemui kehidupan yang dia cari. Kalau selama ini dia pernah memaklumkan akan kekecewaannya...tetapi kini bila mengetahui kegembiraannya..kenapa kita tidak ingin berkongsi sesama. Auhhh..mementingkan dirikah kite ini.
Tetapi, sejauh mana kekecewaan kite ini akan pergi kerana kehidupan dia perlu diteruskan. Lumrah manusia..akhirnya akan membina keluarga sendiri..itu adalah hakikat...siapa kite untuk menafikannya. Oh Siti...tolong jangan pentingkan diri sendiri lagi..
Semalam mungkin kite terkejut n sedih...tetapi hari ini..kegembiraan melihat kebahagiaan seseorang yang pernah menjadi kawan baik kite itu akhirnya muncul sedikit demi sedikit. Kite gembira kerana dia jumpa apa yang dicarinya selama ini. Tp kekecewaan kite tetap ada kerana kite dapat tahu berita ini dari orang lain..bukan dari empunya diri. Tapi, camana dia nak sampaikan pada kite kalau kitaorang dah lost contact bertahun2.
Pernah kite ceritakan dalam blog lama..kite terlalu kerap mimpikan dia. Pernah gak terfikir...dia ingatkan kite ke..kenapa kite terlalu kerap mimpikan dia. Dia mencari aku ke..mencari aku untuk hari bahagia dia. Ermmm..
Akhirnya, jawapan telah kite temui. Moga dia gembira menempuh hari2 mendatang bersama keluarga yang baru dibinanya...Amin...*
Langkah kanan ~ Nasi Dagang Klate sedap do'oh
2 hours ago

0 comments:
Post a Comment