Seperti yang diperkatakan..Luqman dah berkali2 menyebut nak tengok Iron Man. Kali pertama dia tengok iklan Iron Man ialah masa kitaorang kat bank masa kat kampung. Mungkin cam best..dia dok menyebut nak tengok.
Balik dari kampung..Luqman kena chicken pox plak. Jadinya, untuk merealisasikan keinginan dia nih terpaksa di tunda sehingga dia baik. Tiap kali tengok iklan kat TV, mesti dia dok menyebut nak nengok. Jadinya, cakap la kat Luqman..tunggu Luqman baik dulu yer...kalau dah baik boleh la tengok kat cinema. Sekarang x boleh lagi sebab Luqman belum sihat. Sib baik dia faham.
Ekoran daripada itu, hari2 gak la dia bertanya pada kite..Luqman dah baik ke Bu. Luqman nak tengok Iron Man tau..Jawapan yang kite berikan tetap sama..Luqman belum baik betul lagi.
Hari Sabtu..bangun dari tido siapkan sarapan. Lepak2 kat depan dan tetiba Luqman ckp kat kite...Ibu, Luqman nak tengok Iron Man tau. Jawapan yang kite berikan...pegi tanya Ayah. Tapi sebab dia leka..jadinya pertanyaan tu senyap camtu jer.
Lebih kurang sejam lepas tuh, tetiba dia g kat hubby n cakap...ayah..Luqman nak tengok Iron Man.
Ekoran daripada itu, kami bertiga pun bersiap2 la. Pas tuh, bergegas ke Galaxy Ampang. Malas nak g jejauh la..lagipun kat Galaxy Ampang ni x ramai orang sangat. X kisah la x best cam TGV or GSC..janji leg tengok dan orang x ramai...nak beli tiket pun x yah beratur panjang. Beratur x sampai seminit..dah boleh dapat tiket. Senang camni.
Sementara menunggu waktu tayangan..kitaorang g jenjalan dulu. Walaupun Galaxy Ampang ni x menarik n x banyak tmt untuk menjamu mata..layankan gak la. Kitaorang singgah ke Romantika yang baru di buka kat sini. Waaaaa..kelabu asap mataku ini melihat perhiasan yang berbunga2...
Ckp kat hubby..nak beli tp tunggu pas tengok wayang..X kuasa nak bawa barang2 tu masuk panggung. Luqman lak x sabar2 nak tengok Iron Man tu. Terpaksa la menggunakan kepakaran kite ni untuk memujuk agar dia bersabar skit.
Tiba masanya, kitaorang masuk ke panggung dan tengok citer Iron Man 2. Luqman cam biasa la...kekadang dok dendiam..kekadang x leh dok diam. Mulut pun sama...memang x reti dok diam...asyik la bertanya itu ini.
Abis tayangan...jelajah lagi la ke Romantika. Kali ni memang capai beberapa barang. Romantika kat sini baru jer dibuka. X sampai sebulan. Jadinya, keadaan kedai ni memang kelam kabut skit. X tersusun elok lagi. Ada yang kat lantai...ada kat rak. Tp x kisah la kan..janji murah dan menarik.
Pusing sana...pusing sini..capai itu...capai ini...akhirnya terbang la RM sebanyak beberapa keping. He3...x per la..janji boleh dipakai pasnih..untuk kegunaan gak benda2 tu semua. Pic ?...memang x der...cam x tau kite nih..malas nak ambik pic..x tau bila kerajinan itu akan muncul..
Pastuh singgah ke Care4 Wangsa Maju jap. Isi perut yang dah kelaparan. Makan kat RasaMas jer. Dah kenyang..balik la rumah. Rehat2 sambil tengok TV.
Tu jer la aktiviti kitaorang. Iron Man 2 untuk memenuhi keinginan Luqman...Romantika lak untuk memenuhi keinginan kami berdua walaupun ianya tidak ada dalam perancangan kami pada awalnya...*
Langkah kanan ~ Nasi Dagang Klate sedap do'oh
2 hours ago

0 comments:
Post a Comment