BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 19, 2010

Kesihatan Yang Tidak Memberangsangkan...*

Salam...

Ari ni dah 20hb kan...kejap jer masa berlalu. Dah nak masuk tahun baru pun kan...ermmm...Minggu depan kita nak cuti...nak g settlekan yuran tadika Luqman...pastu nak ngabiskan cuti tahun yang masih berbaki lagi tuh...pastu awal tahun nanti nak ambik cuti gak...nak antar Luqman ke sekolah..x tau la camana nanti

Oh...nak cakap pasal kesihatan diri nih...amat la mengecewakan. Bukan la nak mengeluh..sekadar nak berkongsi ngan sape2 yang sudi jenguk kat sini jer.

Sejak tau peknen...mabuk memang x yah cakap la. Ngan x leh nak masak...x leh bau masakan jiran2...muntah2...sakit n pening kepala...yang ni dah jadi cam permainan harian.

Bulan lepas...dapat MC 2 hari sebab batuk, demam n selsema. Batuk tu yang x tahan. Kekadang sampai terkeluar air kencing akibat batuk yang terlampau. Lama gak la sengsara..hik3...ayat over di situ.

Sekarang nih..dah 4 ari menanggung batuk, demam n selsema. Hua3...kali ke dua dalam tempoh x sampai sebulan rasanya. Dari Khamis lepas, badan dan rasa semacam. Tapi biar la...Jumaat gagahkan datang keja sebab pagi tu rasa cam kuat lagi. Masuk tengahari..dah semacam badan nih. Kaki n tangan sejuk tp badan panas membahang. Rasa cam nak g klinik n ambik MC jer...tp nak g camana. X larat oiii nak menapak ke klinik tuh. Malas nak susahkan sesiapa kat ofis nih. Jadinya, bila rasa larat, wat la keja...bila x larat...melepek la kat meja nih.

Balik keja..hubby tanya nak g klinik x...ckp kat dia..malas...hik3..

Ari Sabtu..dok kat umah je la...pagi tuh goreng nasi jer. Tu pun sbb perut dah berlagu merdu. Hubby...hu3...x dernya dia nak wat benda2 ni semua. Gagah gak la masak nasi goreng. SIL ajak keluar pun malas...x larat..baik dok umah jer la.

Semalam...pepagi tu kuar bekpes...pastu ke klinik. Dapat la ubat, tp ubat batuk n selsema hanya boleh makan waktu malam jer. Kalau x...malam nanti mesti jadi burung hantu. Kite skrg ni pantang tido siang...kalau tido jer..mesti terkebil2 mata ni x nak lelap malam nanti. Sudahnya sakit kepala la esoknya.

Tengahari tu makan roti n telur jer. X larat nak masak beria. Luqman pun makan banyak. Ha3...sampai x cukup tau...sblm ni mana la dia suka makan roti n telo camtu...setakat roti goreng telo tu..biasa makan la.

Dah petang, masak telo masak kicap n goreng sayur jer....ha3...dasar pemalas kan...*

Sunday, December 12, 2010

Masak-Masak Ala Kadar...*

Ni penangan orang mabuk. Memang x daya nak masak beria. Masak la setakat yang termampu jer.

Ari Jumaat kan kite EL. Paginya bekpes kat kedai. Tengahari makan kat kafe GH jer. Petangnya..perut dah lapar. Ohhh...x tau nak makan apa la plak. Tekak ibu mengandung ni memang mengada skit. Perut lapar tp x tau nak masak apa. Masalah sungguh la kan.

Ajak hubby g kedai kat umah tuh. Beli telo (stok telo kat umah dah x der)..beli kcang panjang n kobis. Cadangnya nak beli timun..tp cam dah x bermaya plak timun tuh...Batalkan hasrat untuk itu.

Balik umah rahat jap...pastu start la masak ala kadar. Nak tau apa menu kitaorang....kacang panjang goreng + udang kering goreng belacan, telo dadar, ulam kobis + budu. Ha3....simple yang amat kan. Tapi alhamdulillah, mampu mengenyangkan perut kitaorang kat umah tuh.

Semalam...bersamaan ari Ahad..tekak terasa nak makan laksa la plak. Mengandung kali ni, kite lebih suka makan benda2 berkuah la plak. Manis x suka, masin yang terlampau x suka, masam x suka..apa yang suka pun x tau la. Benda manis yang kite mampu minum ialah air 100plus. Kite kurangkan la gas dulu...insyaallah, mampu mengeluarkan angin yang melampau2 dalam badan ni. Pas minum mesti sendawa yang kerap. Kelegaan yang amat dah kat situ.

Jadinya, untuk merealisasikan hasrat tekak yang mengada2 ni, g la kedai untuk beli keperluan2 membuat laksa. Sebelum tu pekena nasi berlauk dulu. Menepati selera tekak yer kengkawan.

Balik umah...rebus ikan dulu...pastu kemas la umah yang berhabuk itu. Penangan kali nih...melepek jer kejanya. Jadinya, time larat tu jer la mampu mengemas apa yang patut. Kalau x...redha jer la dengan keadaan umah yang berhabuk tuh.

Siap mengemas...asing isi n tulang ikan...di bantu oleh hubby. Pastu mula la bersilat kat dapur. Walaupun simple...penatnya cam hape jer. Ajak SIL datang umah...Luqman lak mengamuk2 nak g Melawati. Ibu x daya la Luqman...Luqman g ngan ayah je la yer. Dok la sengsorang kat umah...fuhhh...lega la dapat baring.

Terasa sunyi lak umah..tepon hubby tanya bila nak balik...siap cakap ngan Luqman lagi tuh...pujuk suruh balik..Tapi dia nyer ayat...kejap lagi yer bu...kejap je lagi...hu3...

Hubby dan Luqman balik dalam kul 8.30 malam. Baru la terasa berseri umah tuh. Ha3...nampak sangat umah tu x pernah sunyi dari suara Luqman. Yer la...mana la kitaorang nak lepaskan Luqman jenjalan ngan orang lain. Dia pun heret kitaorang sama kalau nak g memana. Awalnya suruh gak dia g umah SIL ngan diaorang...malam nanti kitaorang ambik...tp dia x nak la plak. Nak naik car ayah gak...

Perpun...alhamdulillah...kehendak tekak ni sudah dilaksanakan. Malahan, lebih dari mencukupi untuk tekak2 yang lain.

Kami ke GH...*

Minggu lepas...kite keja sehari jer. Hebat kan...sampaikan Luqman pun dah naik syok dok umah...nak minta cuti x nak g umah bbsitter dia. Ha3...lawak tuh.

Isnin kite ambik cuti..selasa PH...rabu pun kite apply leave. Dok umah jer pun..cuti pun sebab nak clearkan cuti tahun 2010 ni. Simpan 6 hari je untuk di bawa ke tahun depan. Khamis g keja dan Jumaat juga sepatutnya kite keja.

Jumaat pagi...dah siap mandi..Luqman pun nak mandi sama. Bawa ke toilet..dia kencing dulu...tetiba dengar dia cakap...Ibu...sakit la bu...sakit bu. Tengok la apa yang dia sakit sangat tuh...tanya kat mana dia sakit dan dia cakap kat tuttt dia. Huh...camana nih.

Angkat dia dr toilet bowl tuh...check kat situ. Tengok2 ada darah. Panggil hubby suruh hubby tengokkan. Pastu tanya apa yang nak buat nih. Hubby ckp g hospital je la. Cadangnya nak g Damai jer...tp hubby ckp kita g GH je la. Jadinya, bersiap2 la ke GH pepagi tuh.

Tapi, persinggahan pertama harus la untuk mengisi perut yang kosong. Singgah makan nasi kerabu...terus ke GH. Sampai ke sana..tengok2 parking penuh...berpusing la cari parking. Pastu ke bahagian pesakit luar. Punya la ramai orang. Sib baik la cepat jer gerak nombor tuh. Yer la...setakat nak bayar RM1 dan akan ditetapkan bilik doktor jer pun. Kalau benda camtu lambat gak..x tau la nak cakap apa.

Dah siap bayar...pegi jumpa doc. Luqman nak kencing..bawa g toilet...sikit je dia kencing sebab ckp sakit. X per la...menunggu lebih kurang 20 minit..nombor kitaorang dipanggil. Masuk la situ...dah doc suruh ambik air kencing. Aduiii..masalah gak nih sebab Luqman baru je kencing.

Suruh hubby g beli air mineral untuk membuatkan Luqman nak kencing. Paksa2 gak la dia minum air tu dengan banyak. Ha3..siap cakap kat dia.kalau Luqman kencing...ibu bawa g Jusco main games. Memula...tugas hubby mengambil air kencing Luqman. Kebetulan tandas lelaki dekat situ jer. Hubby la yang kena masuk toilet tuh kan. Lama gak menunggu..tup2 tengok hubby keluar dengan sedikit jer air kencing Luqman. Adehh...g ke makmal untuk hantar sample air kencing tuh...tup2 org tu ckp air kencing tu x cukup untuk wat test. Aduiii...camana nih.

Paksa Luqman minum lagi...dan memacam la alasan yang dia bagi untuk x nak kencing. Nak ngan ibu la..nak itu la..nak ini la. Bawa dia ke toilet pompuan..dalam banyak2 toilet kat situ..hanya satu je boleh digunakan. Air bertakung la..penuh ngan najis la...aduiiii...x sanggup yer kengkawan. Tapi terpaksa la. Lama giler kat dalam toilet tuh sampai penutup botol tuh pun terjauh ke lubang tandas...x kencing2 gak Luqma tuh. Dah naik tension dah nih...memacam cara dah wat untuk bagi dia kencing...sampai ke sudah x kencing2 gak.

Keluar toilet..g kat hubby ckp Luqman x nak kencing sebab dia ckp nanti sakit. Hubby pun naik heran pesal lama kat toilet tp satu hasil pun x der. Pastu minta hubby lak bawa Luqman ke toilet. Ha3...

Dok menunggu dalam 15 minit...tengok2 hubby keluar dengan air kencing yang penuh dlm botol dan Luqman lak merah mata. Ha3..menangis la tuh. Hubby ckp....memula tuh Luqman x nak kencing gak. Pastu hubby dah naik geram...dia g marah Luqman. Dan2 tuh gak terpancut2 air kencing hingga penuh botol tu. Rupanya Luqman dok menahan kencing sebab takut sakit. Aduiii..cam gitu pun boleh ke Luqman.

Dah settle hal tuh...g la ke makmal tuk bagi sample air kencing Luqman tuh. Ckp la elok2 kat pekerja kat situ...penutup botol dah x der sebab jatuh. Boleh dia g cakap kat kite...mana boleh macam tuh...kena ada penutup jugak...Kite dah sakit hati..cakap la...xkan la saya nak ambik penutup botol tu...dah jatuh dalam lubang tandas...camana nak ambik...terus orang tuh terdiam. Kite ni x der la nak marah2 orang. Selagi boleh sabar memang kite akan sabar. Last2..org tuh ckp cuba awak g tengok kat kaunter depan sana..Haaa...kan senang cakap camtu...kenapa x cakap awal2 g ambik kat depan sana..kenapa nak marah2 orang jer...bagi la suggestion awal2 sebab benda tu kan ada penyelesaian.

Pegi kaunter depan...tengok x der orang. Tunggu kejap pastu nampak nurse yang pakai baju biru (ada pangkat kot).Dia nampak kitaorang tercegat kat situ...boleh wat x tau jer. Aduiii...masalah lagi.

Dok melilau kat situ..nampak la sorang nurse. Cakap la kat dia nak minta botol kosong. Alih2 dia cakap...cuba tengok kat depan tuh. Hah...senang kan kalau gitu. X yah menunggu lelama..

Pastu pegi hantar air kencing Luqman..menunggu tuk ambik report...pastu g makan dulu. Kul 2.45 petang baru doc ada balik. 12.30 tengahari waktu rehat la plak. Menunggu la kat situ hingga Luqman pun tertido.

Kul 2.30 petang..menunggu kat depan bilik doc. Penat tau menunggu nih. Kul 2.45 petang...doc x sampai2 lagi. Apahal la ngan diaorang nih. Bukan sorang dua yang menunggu...ramai ok...

Kul 3 petang baru doc ada...masuk jumpa dia..alhamdulillah..Luqman x der apa2 pun. Cuma kencing dia kotor skit. kena perbanyakkan minum air. Fuhhh...lega yang amat. Akhirnya settle gak hal kat GH.

Kenapa x g private jer...sebenarnya medical kite dah abis dah. Cadangnya, kalau kena warded baru nak g private. Tp alhamdulillah...semuanya ok. Balik umah petang tuh..tiap kali nak kencing Luqman mesti takut2. Kite siap cakap, Luqman jangan tahan kencing...nanti meletup perut tuh. Ha3..punya la x nak bagi dia tahan kencing..terpaksa ugut camtu.

Semalam n pagi nih pun..mesti dia tanya..sakit x nanti bu. Kite cakap...dah baik la sayang...buat apa nak takut lagi...Luqman kan dah makan ubat..dah minum air banyak...x sakit dah...

Dan ari nih...kite dah masuk keja semula...Luqman pun dah g umah pengasuh dia. Walaupun mulut dok sebut nak cuti..Ikutkan hati ibu nih...nak jer cuti sebab badan memang masih x kuat...mabuk2 pun x ilang lagi. Tp nak wat camana...ibu kena ambik cuti masa Luqman nak masuk sekolah nanti...dan, akhir bulan ni gak kite akan ambik cuti..sesaja nak abiskan cuti...*

5 Tahun Sudah...*

Alhamdulillah....semalam 12/12/2010 genap la 5 tahun usia perkahwinan kitaorang. Dengan kehadiran Luqman dan pertengahan tahun depan...insyaallah akan hadir lagi seorang penyeri rumahtangga kami. Bahagia dengan kehidupan sekarang dan harapan semoga ianya terus berkekalan hingga ke akhir hayat kami.

Memang memacam ragam, pahit manis dan memacam la dugaan dalam menempuhi alam berumahtangga ni. Bagi orang lain, apa la sangat dengan usia perkahwinan yang baru mencecah ke angka 5 ini. Tapi bagi kita, alhamdulillah kerana angka 5 akhirnya menjengah dalam kehidupan berumahtangga kami. Sape sangka yang ianya akan mencapai usia ini. Yer la..kekadang terasa fobia dengan cerita2 daripada ahli2 keluarga dan masyarat sekeliling. Bukan nak doakan yang bebukan...tp kekadang fenomena semasa menjadikan kita lebih berhati2 dalam menempuh hidup ni.

Awal perkahwinan dulu...cam x yakin mampu menempuh alam rumahtangga. Dengan keadaan kakak kite yang sedang bergolak dengan suaminya. Hal2 cerai berai bukannya x pernah terjadi dalam keluarga kita. Tapi tu la..semua tu kuasa Allah. Kalau Dia kata itu la jodoh kita..insyaallah..jagalah rumahtangga itu sebaiknya.

Ingat lagi dulu..5 tahun lepas. Kami diijabkabulkan di masjid berhambiran umah kite. Wat majlis kecik2 je la. Setakat yang mampu jer...Kami disatukan dalam hujan yang x henti2 turun. Ha3...sape sangka kan...3 hari sblm majlis, cuaca elok jer. Tiba hari yang sepatutnya, bukan main rancak lagi hujan turun.

2 hari selepas tu, majlis di rumah hubby lak. Yang ni pun bukan main hebat lagi dugaan. X nak la citer..kisah yang lepas tu biar la lepas kan. Tapi tu la..siapa la kita untuk menduga benda2 seperti ni akan jadi. Tapi alhamdulillah, selesai gak majlisnya walaupun dalam keadaan yang x terjangka.

2 hari kat umah PIL...kami terus pulang ke KL. Isninnya dah start keja. Terus menapak kat umah sewa kitaorang. Sebenarnya, kite x tau pun kat mana hubby sewa umah tu. Yer la, kite dah kat kg waktu tu. Hubby ngan SIL yang tolong angkat barang2 kite kat umah bujang ke umah sewa tuh. Dengan x berkemas...masuk la umah sewa tuh. Barang berlonggok2 kat umah tuh. X der tikar getah sebagai alas lantai...yang ada cuma tikar plastik untuk alas toto. Sampai dah Maghrib..berkemas la ala kadar umah tuh. Esoknya nak keja...x leh la beria sangat mengemas sebab penat kenduri belum ilang..penat dalam bas belum ilang...x der la nak mengemas umah kan.

Senin g keja...dapat la beberapa hadiah daripada kawan2 sekerja. Alhamdulillah...rezeki. Maklum la..kitaorang masuk umah tu sehelai sepinggang. X der keperluan2 umah pun yang tersedia. Bertatih la dari mula.

Balik keja petangnya, pegi kedai untuk beli beberapa barang umah termasuk la tikar getah. Malam tu gak dapat. Malam tu juga la kami bentangkan tikar getah tuh..pasang katil...baru la ada rupa umah skit. Ha3...lawak plak bila kenang balik.

Kain baju terkumpul dekat seminggu gak la. Pegi kedai beli mesin basuh, peti ais dan kabinet dapo. 2 ke 3 ari baru dapat. Kemain seronok plak waktu tu sebab baru la rumah tu ada rupa rumah org. Sblm ni cam hape jer. Dengan x der langsir. Ha3....ingat2 balik...semua tu kenangan..pengalaman yang berguna untuk kami. Bagaimana kami bertatih untuk memulakan kehidupan berumahtangga.

Waktu ni...ke mana2 kami pergi...kenderaan awam menjadi pengangkutan utama. Keta x der..moto x der...tapi x per la...bukannya susah pun kan. Kenderaan awam banyak. Pegi keja jalan kaki kejap...pastu ambik LRT..turun kat Wangsa Maju...ambik feeder bus lak untuk ke tmt keja. Balik pun camtu gak la. Masa ngandungkan Luqman pun sama. Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya. X der alahan...x der mabuk2..amat senang sekali.

Luqman 7 bulan...kami akhirnya memiliki kenderaan sendiri. Semua ni rezeki anak. Kami pindah ke umah lain..kali ni ke Gombak. Jauh skit dari tmt keja...tp x per la. Janji jirang2 sekitar lebih ok dari sebelumnya. Terpaksa gak cari umah lain sebab nak jimatkan kos..Luqman pun di hantar ke pengasuh yang rumahnya di depan rumah kitaorang jer. X der la susah sangat sebab kite kekadang kena stayback. Menyenangkan urusan ambik dan hantar Luqman.

Dok situ sampai pertengahan tahun 2010. Rezeki kami lebih skit..kami beli umah kat Ukay Perdana nih. Alhamdulillah..makin bertambah harta sepencarian kami. Bukan nak bangga dengan harta yang sedikit itu...tp ianya sebagai inspirasi untuk kami terus berusaha memperbaiki taraf kehidupan kami.

Luqman sekarang pun sudah 4 tahun...tahun depan dah sekolah. Selalu cakap kat dia..ibu dan ayah x ada banyak harta. Luqman kena belajar rajin2 sebab ilmu jer yang ibu ayah mampu beri. Kalau Luqman pandai...insyaallah, Luqman akan berjaya..Luqman dapatkan la apa yang Luqman nak kalau dah berjaya nanti.

Ingat2 balik...sedih dengan liku2 kehidupan yang telah kami lalui. Bukan sedih dengan nasib diri...tp sedih dengan orang2 sekeliling yang bercakap memacam tentang kitaorang. Macamana keluarga sendiri mereka cerita..huh...x mampu nak cerita la.

Apapun...kite bersyukur dengan apa yang DIA anugerahkan pada kite. Walaupun tidak seperti yang kite harapkan pada awalnya..tp alhamdulillah..x boleh tamak haloba kerana semua ni adalah pemberianNya...

Moga ikatan ini terus berkekalan. Moga kami akan terus bersama selamanya. Semoga kami dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah. Semoga kami terus berada di landasan yang betul...Moga kami terus bersama denganNya selamanya...*

Wednesday, December 8, 2010

Sekadar Menconteng...*

Lama giler x menconteng kat sini kan. Citer tu banyakkkk sangat kalau rajin...tp disebabkan kemalasan tahap haper...bersawang la blog ni kejap. X tau la nape mood untuk menconteng di sini x der.

Citer pasal kerja..cam biasa jer la. X der apa yang nak di coretkan sangat. Lagpun..bukan menarik sangat pun citer pasal kerja kan. Masih kat MPC..department yang sama..kerja2 yang sama.

Citer pasal Luqman...alhamdulillah..budak tu dah makin besar. Dah nampak penerimaan dia terhadap adik yang bakal lahir tengah tahun depan. X tau la pas baby keluar nanti camana lak penerimaan dia. Tunggu dan lihat jer la nanti. Makin banyak kerenah..makin banyak cakap dan makin banyak peel. Huh...kekadang x terlayan perangai dia tuh. Tapi alhamdulillah..masih mampu bersabar.

Susu botol masih lagi nyot2. Tapi x der la sekerap dulu. Time nak tido baru la dia minta susu. Kalau keluar g memana...kite memang xkan bawa susu botol pun. Kalau dia minta susu..singgah la memana kedai belikan susu kotak.

Kalau dapat laptop..jangan harap la nak dapat kat kita. Dia la yang menjadi pengguna tetap. Apa yang dia main..mesti la games. Sebab tu la kat umah wat masa ni masih x der laptop/PC dan internet. X nak jadi gini la. Leka ngan games jer.

Waktu peel elok...suruh la apa jer..mesti dia wat. Tapi kalau peel x elok...guna suara paling lembut pun..x dilayannya. Itu la anak kite yer kengkawan...memang serupa peel ayahnya. Ha3...tp Luqman lagi rapat ngan ibunya ni yer.

Pasal pregnancy lak..alhamdulillah...dah melepasi usia 3 bulan..dah nak masuk 4 bulan pun (ikut scan la). Tapi, mabuk2 dan penat2 badan masih lagi x ilang. Peknen kali ni memang teruk dibandingkan ngan Luqman dulu yang serba serbi menyenangkan. Mungkin dugaan lebih peknen kali nih. Dah 3 kali scan dan due yang dapat ialah 15/6/2011. Ikut date last period lak 27/5/2011. X tau la tarikh mana yang jadi pilihan baby untuk keluar nanti. Cam Luqman gak la dulu...ada dua date..last2 dua2 x betul...Plan untuk bersalin kat mana nanti...belum diputuskan lagi. Masih mencari dan menunggu untuk membuat pilihan. Pantang nanti plak..mungkin sendiri2 je la..suruh la hubby cuti seminggu dok kat umah sementara menunggu kite bebetul kuat.

Masak memasak kat umah...boleh dikira la berapa kali seminggu dapur tu berasap. Kalau masak benda2 yang berkaitan udang..konpem kite akan mengalami mabuk yang sangat teruk. Masa masak mesti tutup idung...pas masak dok terbaring n ulang alik ke toilet mengelurkan isi perut. Loya memang x leh blah orang ckp.

Kalau jenjalan x...memang x tahan sangat. Mabuk keta la plak kali nih. Kalau kejap2 tuh..boleh tahan lagi. Kalau dok dalam keta yang memakan masa lebih 30 minit...mula la nak pecah kepala rasanya. Pastu..tanggung la seksa ulang alik ke toilet. Yang ni memang x tahan...Sampai ke ulu hati rasa sakit akibat muntah yang keterlaluan.

Apapun...semua tu dugaan...

Sunday, November 14, 2010

Luqman Sudah 4 Tahun..*

Alhamdulillah..anak ibu nan sorang ni dah berusia 4 tahun pada 12 November lepas. Pejam celik...pejam celik...akhirnya dah memacam peel Luqman yang ibu dan ayah saksikan.

X der apa yang special pun Jumaat lepas. Kite n Luqman sesama x sihat. Jadinya, mood untuk meraikan besday Luqman x berapa ada. Jumaat tu kite ambik time off tender disebabkan ketidak laratan untuk dtg kerja. Jadinya, Luqman pun ada kat umah gak la.

Fikir gak nak beli kek untuk dia potong..tp setakat potong kat umah je la...

Petangnya hubby balik...ckp kat dia yang Luqman dah sebut nak potong kek. Hubby ajak g beli kek. Dlm masa yang sama, tepon kite kehabisan bateri. Satu charger pun x der kat umah. Satu dok kat tmt keja kite...satu hubby bawa g kerja. Jadinya, hubby ckp jom la g Melawati.

G beli kek kat Wangsa Melawati. Pastu terus ke Tmn Melawati..umah SIL. Masa nyanyikan hepi besday kat Luqman tuh...tersipu2 besday boy dibuatnya. Tp dia la yang bersungguh2 nak potong kek. Ha3...kena la tahan dia dr terus memotong. Kalau x...hancur jadinya kek tuh nanti.

Kite x lalu nak makan kek...sekadar menghabiskan saki baki kek yang Luqman makan jer.

Balik je umah terus kebommmm....ketidaklaratan...

Apapun...ibu nak ucapkan HEPI BESDAY untuk anak ibu yang tersayang. Semoga Luqman menjadi anak yang soleh...menjadi umatNya yang sebenar2nya. Ibu dan ayah x mampu nak berikan kemewahan untuk Luqman..hanya kasih sayang yang mampu ibu ayah berikan.

Ohhh...terus x der idea nak menconteng..*

Monday, November 8, 2010

Berjayakah..*

Jumaat lepas..x ke mana2 pun. Dok umah jer. Petangnya g umah kawan kat Tmn Bolton. Melawat bb dia yang dah berusia 3 bulan. Disebabkan kelesuan yang terlampau...Jumaat lepas gagahkan gak ke umah dia. Luqman hepi la sebab dpt jumpa kawan dia tuh.

Sblm tu pegi melawat mak mertua bbsitter Luqman yang terjatuh. Dah keluar hospital dah. Melawat kat umah jer. X lama sangat sebab ketidakselesaan badan ni dah melampau2. Pegi umah kawan tu nasib la ok skit. Sbb dok atas kerusi kot...jadi ketidakselesaan itu agak berkurangan. Ari ni berjaya memasak sup sayur campur yang di makan ngan mee kuning yang dah dicelur.

Ari Sabtu keluar g tengok wayang. Tu pun dah petang...makan tengahari kat umah SIL. Ni akibatnya bila badan x daya memasak..

Ari Ahad...gagahkan diri memasak. Untuk bekpes wat cekodok udang + sosej. Hu3..seksa ok nak menyiapkan hidangan nih. Siap tutup hidung n kejap2 ke toilet sebab x tahan baunya yang sungguh menusuk ke lubang hidung. Akhirnya hubby ambil alih tugas menggoreng. Kite lak melepek atas kerusi. Cekodok yang kite wat tu pun hanya hubby dan Luqman yang makan. Kite x leh bau pun benda alah tuh.

Disebabkan perut dah lapar..gagahkan diri masak tengahari. Lauk yang dirancang hanyalah ikan cencaru goreng tawar cicah air asam (dah siap sedia ada lam peti ais), ikan kerisi masak lemak kuning + daun kesom dan sotong masak kicap.Alhamdulillah...kali ni x la teruk sangat rasanya. Masih mampu menyiapkan 3 menu nih tanpa rasa seksa.

Makanya, berjaya la kite masak yer. Sesetengah masakan x leh masak...tp sesetengah masakan leh di masak. Pas2 nih kalau nak masak...kena la pilih jenis masakan yang akan di masak.

Tentang Luqman....*

Anak teruna kite tuh dah nak mencapai usia 4 tahun. Kejap je masa berlalu kan....Tahun depan dah nak masuk sekolah. Camana la peelnya nanti. Bercampur aduk perasaan ketika nih. Hu3....

Cerita pasal Luqman yang dah makin bam bam tuh...x tercerita rasanya. Budak2 besar tu dah terlalu banyak perkembangannya kan.

Bab makan...x memilih sangat. Tiap2 hari masa hantar kite g keja..siap pesan lagi...nanti belikan Luqman nasi tau bu. Luqman lapar la...kite angguk je la. X der la dia nangis ke apa bila kite turun dari kereta. Dah faham ibu dia nih nak keja cari duit untuk dia gak. Good boy sayang.

Selalu gak la cium2 perut kite n cakap2 ngan perut. Kononnya cakap ngan baby la. Pastu bahasakan diri dia Along. Hik3...comey kan. Dia x nak bahasakan diri dia abang..Along gak yang dia nak. Pernah gak tanya...Luqman x nak baby lain ke...dia mesti ckp x nak. Nak bb dalam perut ibu gak.

Penggemar nasi kerabu. Ha3....x tau la camanadia leh suka ngan nasi kerabu nih. Ari tu bawa dia g pasar malam...tetiba dia cakap Luqman nak nasi yang kaler blue ngan telur masin. Belikan sebungkus...Jangan x tau...dia mampu abiskan sebungkus tuh.

Pagi tadi pun sempat pesan kat kite nak nasi kaler blue n telur masin. Luqman nak makan tau bu..Luqman lapar. Kite angguk je la sambil ckp esok ada pasar malam. Nanti ibu belikan yer.

Pepagi kalau nak g umah pegasuh dia...kekadang mandi n kekadang x. Kalau dia mandi tuh...jenuh la nak melayan dia. X nak pakai baju2 biasa. Nak pakai jeans n t-shir cantik. Pakai bedak n minyak rambut. Selipar x nak pakai...kasut gak yang dia nak sarung. Sudahnya, kekadang hangin gak melayan karenah dia tuh. Ingatkan anak pompuan jer yang suka melawa nih..Anak lelaki pun sama gak yer...memacam la Luqman nih.

Kalau kaler lukisan...dah makin cantik dah kemas. Ada gak la skit2 yang terkeluar tp cecepat dia minta pemadam. Nampak gayanya dia cam excited nak ke sekolah. X tau la bila tiba harinya nanti camana peelnya.

Luqman sayang adik yer...hari2 dok cakap bb boy sambil tepuk perut kite...hik3..

Catatanku : Jumaat lepas dah start kena cramp kaki. Hu3...sib baik kejap jer dan x menyakitkan. Badan masih x kuat dan lesu. Muntah2 masih ada...alahan kepada hal2 masak memasak masih lagi ada....sebab tu la dapurku jarang berasap..*

Tuesday, November 2, 2010

6 Tahun Sudah..*

Alhamdulillah....6 tahun dah keja kat sini. Ha3...patutnya kite menconteng 1hb ari tuh...tp disebabkan keterlupaan yang melampau....ari ni la baru menconteng. X tau la nape sejak ngandung nih...hormon pelupa tu mencanak2 naik. Ha3...kekadang blur jer....

Kite masuk keja sini November 2004. Haaa...kira la berapa tahun kan.

Memula kat MPC, ofis kat Wangsa Melawati. Satu level jer. Bawah ada restoran Nasi Beriani Gam. Tp x der la selalu menjamu selera kat restoran bawah tu. Dok sana dalam 2 tahun jer kot. Ke x sampai eh...keterlupaan sekali lagi yer kengkawan. Masa tu, staff x ramai..beberapa orang jer. Sunyi sepi jer ofis.

Pertengahan tahun 2006, bos beli bangunan sendiri kat Taman Melawati. Maknanya, ofis sekarang ni la. Bos beli 4 tingkat. Tp, tingkat bawah sekali wat restoran. Tingkat 1 hingga 3 lak jadi ofis. Waktu pelancaran ofis baru ni + sambutan hari raya aidilfitri kite x der. Tengah pantangkan Luqman. Jadinya, x dapat la merasa kemeriahan majlis tuh.

Kali pertama wat Hari Keluarga kat Selesa Hill Homes. Staff kan x ramai. X der la cabutan bertuah ke apa. Kali pertama wat tahun 2006 bulan 2. Kite dah kawin waktu nih. Luqman pun x der lagi. Rentetan dari tuh, tiap2 tahun ada la Hari Keluarga. Kat Bukit Merah, A Famosa Resort, Equatorial Bangi, Port Dickson...tahun depan x tau la kat mana lak.

Tiap2 tahun memang akan ada open house ofis. Restoran bawah la jadi lokasinya. Tp, ada tambahan khemah la kat depan restoran tuh. Nak harapkan restoran jer..memang x cukup ruang la sebab tetamu2 yang datang agak ramai.

Sebagai staff kat sini, alhamdulillah...rezeki sentiasa ada. X kira la dari segi pemberian bonus, duit raya atau kenaikan gaji. Tiap2 tahun memang akan ada. Dato' dan Datin memang pemurah sesangat. Kalau diaorang pergi overseas, ada la habuan untuk staff2 kat sini. Alhamdulillah sesangat.

K la..nak stop menconteng la....x der idea dah....daaaaaa.........*

Sunday, October 31, 2010

Idea....idea...meh sini...*

Bulan ni besday Luqman. Hu3...x sabar lak nak nanti detik tuh. Nak sambut besday dia..mungkin tidak la...tp dalam kepala ni ada la plan untuk dia.

Tahun lepas hanya sambut ngan sebiji kek kecik dan bertiga jer. X best kan. Yang bestnya, seronok tengok dia hepi masa potong kek tuh. Yer la..x pernah lagi potong kek masa besday dia kan.

Tahun ni cadangnya nak beli kek sebiji...wat goodies bag..bawa ke umah bbsitter dia...biar dia potong kek kat situ. Kengkawan pun ramai...mesti seronok skit kan. Nanti bg la kamera kat akak tuh suruh ambikkan gambar potong2 kek tuh.

Ari tuh dah cakap kat dia...nanti ibu beli kek..Luqman potong kat umah Ibu Sarimah eh. Boleh plak dia x nak. Ha3...dia nak kite ngan hubby ada sama. Ckp la kat dia..kat umah x best sbb x ramai. Kat umah Ibu Sarimah ramai kengkawan. Mesti seronok.

Apa2pun...satu hape pun x wat lagi. Hik3...*

Penangan Asam Pedas...*

Disebabkan oleh beberapa faktor ditambah dengan kemalasan...dapo kat umah tu jarang dan berasap. Seperti yang kite ckp sblm ni...kalau masak pun setakat yang simple2 jer. Disebabkan kemalasan dan kepenatan yang agak melampau...tekak ni nak makan memacam tetapi haruslah sedap.

Kalau kite nak makan kat restoran bawah ofis nih..siap request sape masakkan order kite tuh. Ha3...over kan. Masakan sorang tukang masak nih...memang kite x leh telan. Pernah try makan...akhirnya tekak ni meloya sampai ke malam. Sudahnya, tiap kali order harus la cakap kat tukang ambik order tuh...nak akak nih yang masak. Ha3...baru la masyukkk di tekak.

Ari Sabtu lepas...hubby ajak ke pasar tani Taman Melawati. Lama dah x g pasar tani. Sebabnya, kena bangun pepagi. Ha3....kan dah kantoi tuan punya blog ni suka melingkar di waktu pagi. Sekali sekala apa salahnya kan.

Disebabkan keinginan untuk memakan asam pedas di tahap maksimum...kite pun beli la beberapa keping ikan pari. Balik umah belum masak pun lagi. Dah cakap kat hubby...ikan ni nak masak esok. Ari ni x nak masak. Makan kat luar je la. Ha3...tengok la..punya la pemalas kan.

Ari Ahad..dalam kul 9.30 pagi...bersilat kat dapo untuk menyaipkan asam pedas ikan pari. Kali ni bawang2 semua tu malas tumbuk..masuk lam blender dan mesin jer. Cepat dan senang. Pastu tuang dalam periuk untuk keringkan air. Fuhhhh...waktu ni la cabaran untuk kite. X tahan ngan bau bawang dan kengkawannya kat atas dapur. Kepala dan sakit..tekak dan meloya..badan dah lesu dan bila ke toilet..terkeluar semua isi perut. Bukan sekali yer..berkali2 hingga lesu badan nih.

Bila air bawang tuh dan kering...baru letak minyak masak. Tumis2 sambil tutup hidung + menahan keloyaan melampau. Dah masukkan ikan pari....masukkan air....tiba masa untuk merasa. Mungkin silap kite....ikan x masak lagi tp kite gatal pegi try kuah. Fuhhhh...tekak yang loya bertambah loya. Terus kecikkan api dan masuk toilet. Terhambur keluar lagi isi perut. Dan2 tuh terus mandi bagi segar skit badan nih.

Keluar toilet...pakai baju baru g dapo. Dah jadi takut2 nak try lak. Hik3....

Dah masak...cepat2 senduk nasi dan ambik asam pedas. Sib baik boleh makan dan siap betambah lagi. Hik2...sib baik la teringin..kalau x memang x der maknanya nak masak. Ha3...sib baik hubby memahami kelemauan isteri dia nih.

Kali ni memang berbeza sangat dengan Luqman dulu. Kelamauan badan memang x dinafikan. Loya2 tu cam dah jadi kemestian. Perut x leh dibiarkan kosong. Tahap kemalasan pun di tahap kronik gak nih. Sib baik la masih kuat untuk mengemas umah...melipat kain baju..melayan Luqman. Hubby pun banyak gak la menolong..

Walaupun masih baru...perut dan buncit weh. Dah nampak. Baju2 kurung yang baru2 masih leh pakai. Yang lelama tuh boleh pakai tapi agak sendat bila duduk. Waktu Luqman dulu....6 bulan masih boleh pakai baju kurung.

Tido memalam memang susah nak lelap. Bila pagi tuh...mula la liat nak bangun. Pagi tadi sib baik Luqman kejutkan. Hik3...kalau x memang terbabas la walaupun jam tepon dah bunyi berkali2. Sampai kat ofis...ngantuk la kan. Tapi, nak g baring2 bukan pesen kite...tunggu balik keja nanti la tido yer.

K...x der idea dah...*

Wednesday, October 27, 2010

Makan Secara Tamak...*

Ohhhh..tajuk memang menggambarkan betapa rakusnya tuan blog yer. Nak wat camana...kekadang itulah hakikat yang terpaksa di terima oleh kite yang makin bertambah tembam ini.

Sekarang nih....perut x boleh dibiarkan kosong. Kalau di biarkan kosong...alamatnya kepala ni akan mengalami kesakitan yang amat sangat dan tekak la akan mengalami rasa loya yang x boleh di gambarkan camana. Huk3....ayat haruslah terlebih over yer...baru la orang dapat fahami kenapa tuan punya blog makan secara tamak.

Oleh itu, untuk menghalang kesakitan dan keloyaan yang amat tidak menyelesakan tubuh ini, haruslah makan yer kengkawan.

Pagi...harus la sarapan....x kisah la sarapan apa..janji perut jangan kosong. Walaupun dah makan, sebelum kul 1 tengahari, perut dah start berkeroncong. Apa petanda tuh yer...maknanya kena la diisi dengan makanan berat.

Pernah kite x makan makanan berat waktu tengahari nih...makan goreng pisang. Rasanya goreng pisang tu mampu menghalang perut dari masuk angin....rupanya sangkaan itu meleset sama sekali. Petang tuh...macam nak pecah kepala dibuatnya. Jadinya..sila ambik ini sebagai pengajaran yer.

Walaupun tengahari dah makan....harus makan lagi di waktu malam. Ohhh..sungguh menyeksakan jiwa raga sebab terpaksa makan memanjang. Seksa bukan apa...kalau waktu ada selera tuh..best la gak menyantap makanan...buatnya time x der selera..kena paksa makan ooooo. Seksa kan....hurmmmm...

Kalau x makan malam....kepala memang akan sakit....yang menyeksakan lagi ialah esok paginya. Confirm perut masuk angin dan muntah di tahap kronik....sampai sakit perut nih mengeluarkan muntah dan angin.

Pernah ari tuh...masa wat tender. Paginya tuh makan roti jer...balik umah...mandi dan tido. Itu adalah kemestian sebab badan dah letih lesu. Bangun tido...kemas umah..mop umah...mandi dan makan la 2 ketul roti untuk alas perut sementara menunggu hubby balik membawa bungkusan nasi kukus ayam goreng berempah yang dah makin kurang kick.

Badan yang lesu bertambah lesu bila semua roti dan air yang kite makan tu terhambur keluar. Seksa ok....

Disebabkan faktor2 ini la..tuan punya blog terpaksa memakan secara tamak...

Semalam kan....makan roti bakar sapu kaya sebanyak 4 keping. Tengahari tuh plak makan nasi kosong + sotong sambal dan semangkuk tomyam campo. Sementara menunggu untuk menikmati makan malam..kepala dan start berdenyut. Malamnya lak...KFC dan jagung rebus. Aduiiii..nampak x ketamakan di situ. Makan cam x sedar diri kan. Alhamdulillah, pagi ni x der la meloya tekak nih. Aduiii...xkan la hari2 nak makan camtu...Seksa ooo nak kuruskan badan nanti.

K la....nak kena fikir nak makan apa tengahari nanti. Pagi tadi dah makan bihun goreng..errrrmmmm...nak geleng kepala kejap...*

Tuesday, October 26, 2010

Sekarang..dan kini...*

Tajuk tah apa2 la...aduiii...nak dapatkan tajuk yang sesuai dengan isi cerita agak kebuntuan skrg nih..

Sebenarnya nak citer hal sekarang dan kini. Hik3..maksudnya sama kan...tp bunyinya lain la skit.

Sekarang ni kan...punya la susah nak tido malam. Guling2 dekat sejam baru la dpt lelapkan mata. Tu pun bila dah dpt posisi tido yang sesuai dan selesa dek badan yang teramat la lesu sekarang.

Bila dah tido tuh....teramat la geram bila tetiba mata ni terbuka...dengan kata lain..terjaga. X kisah la terjaga, yang buat kite geram...nak lelap balik pastu punya la susah. Ho3...nak mencari posisi tido yang selesa tuh sah susah. Disebabkan hal ni lah..pepagi bertambah lesu badan nih.

Sekarang ni, kalau tido wajib melumurkan kaki, betis dan lengan dengan minyak angin. Pastu berstoking. Sungguh la nikmat bila panas minyak tu memanaskan badan yang memanjang jer sejuk dan lesu nih. Dah cam hape dah...

Disebabkan kite pun masuk tido awal...hubby dah Luqman pun dah terikut sama. Kesannya pada Luqman la...bangun tido awal. Alhamdulillah, persediaan untuk ke sekolah tahun depan nih.

Dapo kat umah pun dah kurang berasap. Kalau setakat masak yang simple2 tu...kerap gak la berasap. Kalau masak benda2 berat dan agak remeh nih...memang la lama sangat x masak disebabkan kemalasan yang melanda.

Ohhh...malas dah nak berceloteh lelebih. Kebuntuan idea. Lagipun...tengah wat keja nih...ha3...x leh concentrate kat penulisan blog la plak.

Lain kali la yer...*

Tuesday, October 12, 2010

MPC Open House 2010 - Selamat Sudah....*

Alhamdulillah...majlis yang berlangsung pada 8/10/2010 lepas selamat dijalankan. Semuanya berjalan lancar dan tahniah kepada mereka2 yang terlibat dalam menjayakan majlis nih.

Ok...x nak bercerita panjang...tengok jer la pic yang dicilok dari FB kengkawan yer...





































Monday, October 11, 2010

Ulam oh Ulam...*

Cadangnya semalam nak menconteng kat sini. Tapi kemalasan tahap hape tah. Jadinya, berhabuk la blog ini buat seketika. Tapi apa nak dikisahkan...bukannya ramai benar pembaca blog ini. Jangan2...x der sape pun sudi menjenguk di sini. Ha3....x per la...tuan blog x kisah pun.

Nak cite hal ulam la nih. Sape yang suka makan ulam sila angkat tangan. Haaaa...ramai pun yang angkat tangan. Kalau nak diikutkan..kite ni bukan lah seorang penggemar ulam yang tegar. Hanya ulam2 tertentu yang dibenarkan dikunyah oleh mulut nih.

Tapi, kakak ipar kite memang la penggemar ulam yang cukup tegar. Bagi la apa2 je ulam..mesti dia makan. Kalau kite nih, jenis2 ulam yang baru diperkenalkan..susah skit nak terima dek tekak. Disebabkan was2 untuk mencubanya, sampai ke sudah x mencuba. Kakak ipar kite ni lain skit. Bagi je la apa jenis ulam..mesti dia cuba dan akhirnya akan menjadi kegemarannya.

Sabtu lepas...kite gi Sri Gombak untuk menikmati makanan tengahari. Bukan malas (hakikatnya ada skit malas)...tp disebabkan kat umah tu kehabisan stok barang2 basah. Makan kat restoran (yer ke restoran...x dapat dipastikan lak)...Sri Ayu. Fulamakkkk..bukan main mewah dengan lauk pauk...ulam2an la. Disebabkan nak makan ulam..kite ambik la pucuk gajus dan jantung pisang rebus. Jantung pisang tu khas untuk hubby sebab dia penggemar yang paling setia. Ambik skit budu dan ikan bakar tawar. Memang terangkat tau. Sedap la sangat dan sungguh menyelerakan. Puas hati makan kat situ.

Sudahnya...ari ahad pun kite mencadangkan pada hubby menuju ke tempat yang sama untuk menikmati makan tengahari. Ha3..memang dasar pemalas kan. Ketidakadaan barang basah itu hanyalah alasan semata2.

Cadangnya nak ambik ulam yang sama. Tetapi agak kecewa kerana jantung pisang rebus telah habis. Wahhh...ramai gak penggemar jantung pisang yer. Ohhhh...cite pasal jantung pisang, camana korang wat nak elakkan jantung pisang tuh putih bersih jer bila direbus. Apa petuanya eh..Sila la kongsi ngan kite yer.

Ok..berbalik pada kisah makan kat restoran tuh...kite ambik ulam pucuk gajus 2 ikat n seikat ulam pegaga. Budu dan ikan bakar tawar sudah semestinya. Benda2 ni la yang membuatkan selera makan terbuka tuh.

Kenyang perut..senang hati. Lepas makan, pegi la Melawati jap sebelum balik ke rumah untuk berehat...*

Tuesday, October 5, 2010

Cerita Baru Telah Bermula...*

Ohhh...ari ni baru sempat nak menjenguk blog. Boleh la menconteng sesikit untuk dijadikan hiasan blog yang x seberapa nih.

2 ari kite ke Kompleks SMS, Shah Alam. Wat Task Force untuk barangan bagi pihak SB, PDRM. Seronok sebab benda baru tp kat sana panas. Huk3...x der aircond. Ha3...demand la plak kan. Nak tmt yang beraircond aje yer. Nak wat guano...badan nih x berapa nak tahan panas la...

Sekarang ni tengah dok menghitung episod satu cerita. Episod 1 baru aje bermula. Harap2 akan ada sambungan la nanti. Dan, moga cerita ini akan menemui titik noktahnya...dengan kata lain..episod akhirnya la.

Harapan kite juga...episod2 akan datang nanti menjanjikan suatu kisah yang penuh dengan warna warni. Penuh dengan kisah manis dan boleh dijadikan kenangan untuk masa akan datang.

Kite nak mencorakkan episod itu. Tapi, apakah daya. Kite x mampu. Hanya Dia yang mampu untuk menentukan jalan cerita dan pengakhirannya nanti.

Dalam hati ada taman. Rasa seronok sangat dengan permulaan cerita nih. Tapi dalam masa yang sama...cam takut andainya cerita ni tidak sampai ke penghujungnya. Ramai atau tidak pelakonnya...itu belum dapat ditentukan lagi. Mungkin, setiap episod yang akan datang nanti pelakonnya berubah. Yang pastinya, pelakon utamanya telah ditentukan. Hero dan heroinnya juga telah melakukan tugas mereka dengan baik.

Kesudahan cerita ini belum tahu bila...ending ceritanya belum dapat diramalkan lagi....doakan cerita ini mempunyai pengakhiran yang mampu menggembirakan semua orang..*

Thursday, September 30, 2010

Bila Ibu Menjadi Singa..*

Ha3..memula nak gelak sebab tajuk cam gempak jer kan...padahal isinya bukannya apa pun.

Nak citer kisah yang terjadi beberapa hari lalu di kala Luqman Harith membuat perangai. Dia start wat perangai kat dalam kereta otw nak g Care4 mencari bahan2 masak memasak di waktu malam selepas waktu bekerja.

Luqman ni biasa la...time dia elok memang seronok la melayannya...time dia wat perangai..kena la bersabar bebanyak.

Kite dah start bersabar dr dalam kereta hingga ke dalam Carefour. Memula makan pujuk gak la dia...tp bila balik umah jer...mula la dia merapu2...Nak itu la..nak ini la...suruh wat itu la..suruh wat ini la...ku tahan juga memula tuh...nak jadi ibu mithali katakan..ha3...

Sampai satu tahap..kite dah penat sangat..kat ofis pun keja banyak...dia minta itu..minta ini..kite bg sebab musabab pun dia x nak dengar..kite jentik telinga dia...kite babab bontot dia...tp x der la kuat sangat..manja2 gitu jer la tp kerap yer kengkawan.

Bila dia lari ke dapur pun kite kejar gak...mula la dia menangis

Pastu kite stop...kite g dapur n masak megi. Kes teringin nak makan megi la nih. Nampak la Luqman g dapur gak.buka peti air n ambik telur suruh kite masakkan. Kite wat x tau jer...hik3...tp dlm hati tu memang nak masakkan pun. Dia letak kat atas kabinet dekat dapur gas...kite ambik letak lam peti ais balik...ha3..menangis2 budak tuh.

Ayahnya dah cakap..pegi salam ibu n minta maaf...tp Luqman ni agak ego skit di situ...sama nga ayahnya kot...ha3..dia tetap x nak minta maaf..x nak hulur tangan..kite biarkan aje.

Alih2 dia pegi peluk kite ckp..Luqman sayang ibu...Luqman sayang ibu..tp tu je la yang dia ckp...minta maafnya x pun...jadinya kite masih biarkan ajer..nak tengok sejauh mana dia nak berperangai camtu.

Kite g dapur dia ikut...benda yang sama dia wat...Luqman sayang ibu...Luqman sayang ibu...kite hulur tangan dia x nak sambut...lelama tuh...x tau la apa anginnya....dia ckp Luqman minta maaf Bu..sambil hulur tangan dalam keadaan teresak2. Kite ckp nak minta maaf ckp elok2.

Last2 dia minta maaf...siap janji x nak wat lagi...huk3...pastu kite peluk dia..kiss dia n Luqman pun hepi cam biasa.

Adehhh...bila ingat balik cam kesian gak kat dia...tp kekadang perlu gak berkeras. Kalau biarkan apa jer kelakuan dia tuh...lelama dia jadi terlalu mengada2..manja dan kita sbg ibubapa dia pun kena ikut kemahuan dia memanjang.

Citer pasal Luqman..alhamdulillah, makin besar dia..makin dengar cakap...makin banyak yang dia faham bila kite cakap tidak n nyatakan sebab2nya. Selalunya kalau g memana..dia mesti nak beli menan atau apa2 jer...tp bila kite ckp x payah sebab mainan cepat rosak..nanti membazir aje...dia faham dan x der la adegan menangis sebab x dapat apa yang dia nak.

Skrg ni pun dah ajar dia bangun pagi. Bila dah bangun pagi tuh..automatik dia akan minta untuk mandi. Singlet memang langsung x nak pakai...kasut pun dah pandai pilih nak beli yang mana..

Ari tuh dia selak baju kite cakap...dalam perut ibu ada baby...Harap2 ianya menjadi kenyataan la dalam masa terdekat nih...Luqman memang nak adik sesangat dah. He3...*

Laksa dan Spaggeti....*

Salam korang...agak lama x update blog kan. Mood mengarang x der..keja pun byk skrg nih..ermmm..

Niat di hati tu nak jadi menulis tegar tp x mampu la. Bila kat ofis..masa untuk mengarang cerita hanya boleh dilakukan sebelum kul 9 pagi dan selepas jam 6 petang. Jadinya, x kuasa kite nak mengarang dalam tempoh yang agak singkat itu.

Orait..abaikan la kisah penulis tegar tu. Skrg ni nak citer pasal laksa dan spaggeti. Masuk bab makan pulak kali nih.

Sebenarnya, kengkawan ofis kite ni nak wat potluck. Email dah keluar minggu lepas. Jadinya, fikir la engkau nak masak apa. Kite bukannya pakar memasak. Jadinya, cam x der idea nak masak apa. Yer la..nak bagi orang makan ni bukan senang. Kalau setakat nak lepaskan batuk di tangga..baik x yah kan. Dah namanya potluck...xkan la nak order ajer.

Akhirnya, tingggg....otak berfikir untuk membuat laksa. Uissss...peberet tuh.

Semalam petang..balik dr keja terus la ke pasar malam berhampiran ofis nih untuk membeli barang2 basah. Balik ke rumah...bertungkus lumus la membersihkan ikan..mengasingkan tulang n isi dan bermula la proses menyiapkan kuah laksa. Abis satu episod...meh nak citer episod lain lak.

Minggu lepas juga..hubby ada ckp..ofis dia nak wat potluck minggu nih. Maknanya...harinya sama ngan potluck ofis kite. Tanya hubby..nak bw laksa ker...tp leceh la kan nak bw benda2 nih...orang lelaki ni pepaham la..mana nak bw benda2 camnih..leceh katanya.

Oleh itu, kite syorkan hubby bw aje spaggeti. Senang nak wat n x der la susah sangat nak membawanya ke ofis.

Makanya, malam tadi juga kite bertungkus lumus menyiapkan kuah spaggeti.Walaupun x susah...tp sebab ada benda lain gak nak kena wat..benda yang senang jd lambat. Kite kalau masak spaggeti..harus tumis bawang besar...bawang putih..cili merah potong n tomato potong...Makan masa gak la nak menumis benda2 tuh semua.

Semua kerja settle kul 11.30 malam n bila nak masuk tiso jer..mata lak x nak lelap. Masalah la plak kan. Ermmm...nak wat camana...mmh camtu la pesennya.

Pagi tadi..bangun panaskan balik kuah2 tu semua...rebus laksa n spaggeti. Sesambil tu masak air panas....masukkan lam bekas..basuh semua bekas2 yang digunakan...dan siapkan beg Luqman lak.

Dah siap mandi...kejutkan Luqman..mandikan Luqman...siapkan air untuk hubby minum..baru la dtg keja...

Hasilnya..skrg ni kekeyangan memakan makanan yang pelbagai...perut kenyang..mata pun dah layu...*

Monday, September 20, 2010

Raya 2010...*

Cepatnya masa berlalu...pejam celik...pejam celik...dah hampir 2 minggu raya.

Meh nak cerita pasal raya ari tuh...cam x best jer...ermmm..
Kitaorang gerak dari KL kul 6.15 petang bersamaan hari selasa 7/9/2010. Kite memang dah ambik cuti sesiap. Hubby jer la yang keja. Sementara tunggu waktu untuk pulang ke kampung..kite kemas la umah sesikit. X nak la tinggalkan umah camtu aje. Awalnya x decided lagi nak balik pukul berapa...tp fikirkan jammed kat LPT tuh...gagah gak la gerak pas hubby balik keja. Kite kesian kat dia jer..kot2 dia penat ker...
Kite masak la nasi goreng...sambal ikan tongkol n sambal sardin sebagai bekalan untuk berbuka nanti. Hubby sampai umah jer...terus tukar baju n angkut beg2 dan barang2 yang dah siap kite packed. Luqman tengah tido lak..

Pegi ambik SIL kat Melawati dulu. Diaorang memula tuh suruh berbuka kat umah dia jer...tp sebab dah ada bekal...x per la. Lagipun kalau lelambat nanti..sibuk ngan kenderaan yang bertali arus lak. Malas nak melalui kesesakan jalan raya la.

Azan bunyi masa kitaorang kat area Genting Sempah..buka ngan kurma n air jer la dulu. Sampai kat Hentian Lanchang baru berenti untuk makan bekal n settlekan apa yang patut. Pastu terus gerak ke Terengganu.

Alhamdulillah..perjalanan lancar aje. Kali ni kitaorang x lalu kot Jalan Jerangau-Jabor. Memalam nih...jalan tuh bahawa skit. Sedara MIL yang jadi RELA dan dok area situ selalu cakap..kalau memalam jangan lalu kot situ sebab ada jer penyamun yang suka sekat keta. Jadinya, ambil langkah selamat...lalu kot Kemaman. X per la jauh skit..janji selamat kan.

Sampai umah PIL kul 2 pagi. Kemas2kan bilik tido dan terus kebommm...penat wehhh.

Esok paginya..bermula la kerja kemas mengemas. Umah giler bersepah sebab baru renovate. Wahhh...x tau nak mulakan yang mana dulu. Untuk buka puasa pun kite x masak. Harapkan SIL aje la. Tugas kite hanya kemas...kemas dan kemas...Pas berbuka pun masih sempat berkemas sementara menanti waktu tido. Tido pun dah lambat..kul 12 ke atas baru berkesempatan untuk tido.

Esoknya..perkara yang sama masih berlaku. Kemas...kemas dan kemas...badan memang penat..tp nak wat camana. X kan la nak biarkan umah bersepah aje. Esoknya dah nak raya. Malamnya masih tido lambat. Rasanya lagi lambat dari malam sebelumnya. Yer la..kalau x kemas..bila lagi nak mengemas. Yer x.

Pagi raya..masih mengemas umah. Punya la liat nak bangun pagi tuh...badan penat n letih yang amat. Sib baik la siap gak sebelum tetamu datang ke umah.

Dah siap kemas...kejutkan Luqman dulu..mandikan n siapkan dia. Bila dia dah siap..baru la kite bersiap lak.

Masa tengah bersiap ni la dapat col dr adik kite tanya bila nak balik. Mak kite x sihat. Hati nih dah runsing. Terus bgtau hubby....jom la balik Kelantan ari ni gak. Awalnya plan nak balik raya ke dua atau ke tiga. Tapi dah jadi gini..x kan la nak ikut perancangan tuh. Apa2 hal nanti susah.Pas sembahyang Jumaat, kitaorang gerak balik Kelantan.

Sampai sana...ingatkan nak terus hantar mak kite ke spital. Tp dia x nak lak. Risau kitaorang letih. Hakikatnya memang letih pun. Hu3..Jadinya, keja kite mengemas umah la. Malamnya memasak lak. Mak kite memang x leh nak berjalan. Mengensot jer kat atas umah tuh. Jadinya, sebagai satu2nya anak pompuan yang ada kat umah pada waktu tuh..kena la wat apa2 yang patut.

Esoknya..pas bekpes...gerak ke spital. G kat emergency tuh la. Ramai gak orang g spital ari raya nih. Temankan mak kite kat emergency tuh sementara menunggu tindakan dari doktor. Lama gak weh dok berdiri kat situ. Kejap2 kite keluar. Suruh adik kite masuk dalam plak. Last2..doktor ckp kena warded. Jadinya, kite g la register kemasukan ke wad..Lepas dah settle..hantar lak mak kite ke wad. Akhirnya..kul 4.30 petang baru kite berpeluang untuk mengisi perut.

Balik umah ambik barang2 tuk mak kite...hantar ke spital..pastu pegi Jalan Hamzah. Adik kite nak pegi tukar tiket bas. Pastu g Tesco jap..beli barang2 keperluan untuk umah. Balik umah...terus kebommm kepenatan.

Ari seterusnya...camtu la rutinnya. Pegi spital...kemas umah...masak...x der benda menarik untuk diceritakan pun.

Raya ke empat...pas masak untuk orang2 yang ada kat umah tuh..kitaorang gerak balik Ganu. Pasal mak kite..makcik kite otw balik Kelantan. Lega la skit.

sampai Ganu dalam kul 3 petang. Rehat2 jap...SIL ajak g pantai. Awalnya nak x pegi...tp sebab PIL nak join gak..kena la g gak. Kalau pakai satu keta x muat. G sana x der wat apa2 pun. PIL layan Luqman main air...bawa bebudak ke playground...pastu g makan sotong n ikan celup tepung. Tp mood memang x der..Malamnya lak basuh kain2 kitaorang yang bertimbun2.

Esoknya...pegi berapa kat area Bukit Besi. Mengambil masa lebih 2 jam untuk ke sana. Aduiiii...badan penat tp memikirkan PIL nak beraya ke sana..ikut gak la. Pegi 3 umah jer pun. Tp sebab jarak yang jauh...penat tu terasa la. Sampai umah pun dah malam. Berenti tapau sate kat Sungai Tong...nak balik masak mesti x larat.

Esoknya lak..pegi sungai. Kali ni x pegi kat tmt yang biasa pegi tuh. G tmt baru. X berapa best la plak. OTW nak balik...BIL nak singgah makan. G area Sungai Tong. Pastu g ke Sekolah Sukan Bukit Nenas..nak tanyakan pasal kemasukan ke sekolah tuh. Anak buah hubby cam berminat nak masuk sekolah tuh lak. Layankan ajer.Balik umah..lepak2 sambil tengok tv.

Hari esoknya...BIL dah balik KL. Kitaorang lak g ke pantai. Kali ni dengan mood yang agak baik. Hubby n Luqman mandi. Kite, SIL n MIL awalnya sekadar dok tetepi tuh jer. Tp bila tengok ada remis (sejenis kerang)..semangat nak mencari tu berkobar2. Awalnya mencangkung...tp penat lak betis. Duduk jejauh skit dr ombak...tp x leh tahan weh..akhirnya, basah gak seluar. Ha3...

Keesokkannya...pegi pasar dulu. Beli bahan2 basah untuk memasak. Kawan hubby nak datang umah beraya. Balik dari pasar..agenda masak memasak bermula. Kite jadi assistant SIL jer...he3..dia lebih pakar.

Petangnya...layan kengkawan hubby...bila dah malam..bermula la agenda kemas mengemas. Esoknya nak balik KL dah. Kemas sesiap. Malas nak kelam kabut nanti.

Gerak ke KL kul 10 pagi lebih. X singgah untuk beli kopok pun. Perjalanan alhamdulillah..lancar. Singgah makan...pastu singgah untuk lelapkan mata. Hubby ngantuk lak. Pastu teruskan perjalanan..hantar adik kawan hubby ke UIA. Singgah umah SIL hantarkan buah kiriman PIL. Makan2 kat situ..gerak balik umah.

Tu la serba sedikit kisah raya kitaorang. X terasa cam raya pun kali ni. Rasa cam balik kampung waktu bukan raya jer. Ermmm...nak wat camana kan. Benda dah nak jadi...*

Sunday, September 5, 2010

Salam Lebaran Dari Kejauhan..*

Ari ni ari terakhir kite keja..jap lagi nak balik dah sbb mlm tadi stayback..ada tender.

Jadi, dikesempatan nih..kite nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sesiapa yang baca blog nih (ada ker?.)

Minta maaf bebanyak kalau ada terkasar bahasa ker...tersilap bicara ker...tersalah perilaku ker...apa2 jer la.

Kalau korang ada wat salah kat kite pun..kite dah maafkan yer.

K...pada yang balik kg..jangan lupa beringat2 yer...Berhati2 di jalan raya..Sayangi diri anda dan keluarga...PANDU CERMAT..JIWA SELAMAT....*

Thursday, September 2, 2010

Corat Coret Apa Aje..*

Salam semua

Kejap aje kan masa berlalu...terasa pantasnya masa berjalan..pejam celik..pejam celik..dah 24 Ramadhan ari nih.

Apa yang kite rasa...rasa hiba dan sayu..Ramadhan kali ni rasanya banyak sangat dugaan. Tp, alhamdulillah...rezeki di bulan ini agak murah. Syukur sesangat.

Raya?...rasa cam x der mood nak raya. Kalau boleh...x nak pun raya. Kenapa eh bila dah makin berumur nih..semangat nak raya tu dah hilang tah kemana. Baju raya Luqman dah siap...baju raya kite lak..x beli pun. Lagipun ada selai baju kurung yang lum pakai lagi. Pakai baju tuh je la ari raya nanti. Hubby lak...ermmm....lagi lah. Dia ckp x yah beli baju melayu tahun nih. Pakai tahun lepas punya jer. Masih elok dan baru lagi. Makanya, raya tahun ni x sedondon la kitaorang. Nasib la.

Kuih raya...dah tempah dan dah dapat pun. Tahun ni kena beli untuk 3 buah rumah. Sama gak la ngan tahun lepas. Cuma..tahun ni kena lebihkan skit sebab kite dah dok umah sendiri.

Balik raya nanti mungkin seminggu. Seperti kebiasaannya...raya pertama harus di Terengganu. Nasib badan la. Lgpun kesian kat PIL. Kalau kitaorang x balik Ganu...haruslah beraya bertiga jer diaorang. Belah Kelantan dah ramai orang...x per la...Bukan x balik terus ke Kelantan nanti. Cuma x tau bila akan balik ke sana nanti dan berapa hari kat sana.

Masak dalam bulan puasa nih...itu dah jadi cam kewajipan la. Ha3..cam terlebih rajin lak bulan puasa nih...yer la...ari2 biasa, x der maknanya terkocoh2 kat dapur bila balik keja. Tapi bila bulan puasa nih, balik umah jer...perkara pertama yang harus di terkam ialah dapur. Ada masa 1 jam ke 45 minit sahaja untuk menyiapkan 2 jenis lauk n sejenis sayur.

Tender di bulan puasa nih....harus la ada yer. Rasanya dah 2 kali kena stayback bulan puasa nih. Ahad ni sepatutnya kena stayback gak...tp kerja2 yang melibatkan kite byk yang dah siap...jadinya x perlu datang keja ari Ahad. Isnin nanti masuk awal skit tuk wat kerja2 yang lum siap tu. Cam x biasa sampai ofis sblm kul 7.10 pagi. Hik2..

Bulan puasa nih...kite masuk keja kul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Tp disebabkan dihantar dan diambil oleh hubby..kite akan sampai ofis kul 7.30 pagi dan balik kul 6.15 petang. Ha3...hebat bukan.

Ok la yer...ada meeting nih...ada masa n mood nanti kite akan kembali menconteng kat sini...*

Wednesday, August 25, 2010

x der mood la...*

Salam ari khamis semua...esok dah jumaat....kite cuti laaaa...bestnya.

Sebenarnya kite x der mood..mana tah terbang mood nih...x balik2 ke pangkal jalan lagi nih. Nak membebel rasanya cam malas di bulan puasa nih.

Tp, memang x der mood dengan peel orang sekeliling kite skrg nih. Aduiiii...x leh nak ckp camana..hati ni yang menahan diri dari hilang sabar..tu yang terbaik kan.

Ari ni dah 16 hari kita berpuasa...kejap jer kan...dah lepas separuh bulan kita berpuasa. Alhamdulillah...dah tinggal posa...ha3...bersedia la nak mengganti nanti.

Kerja2 memasak masih berjalan cam biasa. Walaupun x der idea...kena la berusaha untuk mencarigali idea2 itu ajar timbul jua.

Wahhh..memang x der mood nih..nak stop kat sini la dulu...ada mood nanti kite conteng2 lagi...*

Thursday, August 19, 2010

Ini Cara Saya..Anda Bagaimana..*

Semalam masak lagi. Fuhhh..dah kekeringan idea untuk memasak la sekarang.

Balik keja semalam kul 10.30 pagi. Alhamdulillah, tender siap awal. Jadinya, boleh la balik awal. Cadangan asal...nak balik umah dan tido aje memula tuh. Yer la..malamnya tuh rasa ngantuk tahap gaban. X tau la nape kali ni rasa ngantuk sesangat. Mungkin sebab berpuasa..bangun pun awal. Sebab tu la ngantuk semedang.

Tapi kisah yang jadi selepas menjejakkan kaki ke rumah adalah tidak seperti yang dirancang.

Cadangan asal untuk menyegarkan badan sudah ilang entah ke mana.

Bersihkan kipas syiling di dalam kedua2 bilik + ruang tamu. Memanjat la wehhh...berpeluh2 lak jadinya. Sudah bersih ketiga2 kipas itu..kena la bersihkan habus2 yang berguguran itu. Wahhh..bawah2 katil sekali kite terjah. Sesudah itu...mop lak seluruh rumah...kasi bersih itu lantai..baru la besttt.


Pastu, bersihkan sliding door yang sudah berdebu itu..lap habuk2 yang bertamu kat kabinet tv..sofa..meja makan..sapu lagi sekali umah. Fuhhh..kepenatan sudah bertamu. Clearkan sinki...kuarkan lauk untuk main masak2 petang nanti.

Pegi mandi..sms hubby suruh kejutkan pukul 4. Pastu..masa untuk tido la.

Hubby tepon kali pertama...diriku tidak sedar...penat sangat gamaknya. Kali kedua hubby col..beberapa minit selepas tu, baru la daku sedar. Hik3...kelam kabut mandi ala kadar n solat zohor + asar sekali. Hik3...melampau lak.

Sudah selesai urusan yang satu itu..terus main2 kat dapo. Apa yang berjaya di masak hari tu...Bawal Sweet Sour, Bendi Goreng Belacan, Ayam Masak Kicap kering + Ikan Masin + Bawang dan cili. Air lak sirap cincau.

Ohhh..meh nak kongsi resepi Ikan Bakar n Air Asam kite nyer versi.

- Ikan cencaru x yah bakar. Letak atas kuali leper jer..buka api kecik aje la...ha3..umah tinggi...camana nak bakar membakar..
- Air asam lak camni caranya :
* Tumbuk cili + garam + gula + belacan...tumbuk hingga lumat
* Masukkan bawang merah yang dimayang..tumbuk jangan bagi hancur..tumbuk memain jer untuk bagi berair skit
* Masukkan perahan limau kasturi + kulit limau yang dah dipotong halus. Tumbuk lagi
* Masukkan tomato yang dah didadukan
* Keluarkan dr lesung..masuk lam mangkuk
* Gaul2 lagi..kalau nak bagi kuah lebih..masukkan skit cuka..kalau x nak cuka..boleh ganti ngan perahan limau kasturi
* Siap untuk disantap

Slurppp...sedapnya ikan bakar...cam teringin lak..hik3...*

Tuesday, August 17, 2010

Cerita Biasa di Bulan Puasa...*

Ok..meh nak merepek sepatah dua kata. Nak baca...baca la...x nak pun x per...kite x marah..

Alhamdulillah, sehingga kini masih bertahan memasak untuk berbuka. Baru kena ngan tekak yer x. Tp pernah la 2 kali x masak kat umah. Pertama kali sebab kena stayback. Jadinya, hubby kena la tapau kat luar. Kali kedua sebab pergi Melaka. X sempat nak balik KL.

Menu untuk berbuka, biasa2 aje. Janji perut kenyang dan tekak dapat terima. Jimat pun yer juga. Ari nih plak, kali ketiga cuti masak. Sebabnya, kite kena stayback lagi sekali. Esok...insyaallah akan masak.

Kengkawan dah plan nak cuti raya bila ker. Kite cadangnya nak cuti 2 minggu la...termasuk sabtu ahad n public holiday la. Maknanya..ambik AL 7 ari (kalau bos x bagi cuti tambahan selain dari yang tercatat kat memo awal tahun dulu).

Biskut raya dah tempah lama dah...tunggu dapat n kuarkan duit aje nanti. Nak wat sendiri x der maknanya sebab tangan kite ni x reti nak membuat biskut raya. Takat nak masak lauk n nasi tu boleh la. Tp, nak kena belajar wat sendiri gak biskut raya nih. Leh jimat banyak.

Baju Melayu hubby n Luqman belum cari. Mungkin minggu depan ke Jalan TAR. Selalunya baju melayu diaorang cari kat kedai Ali Omar tuh jer. Baju kurung kite ada selai...nak cari selai lagi...harus matching ngan baju melayu nanti.

Ermmm..lupakan pasal cerita puasa dan ceita nak raya dulu. Nak citer pasal Luqman lak.

Budak yang agak cerewet tuh dah makin besar. Makin mengada dan makin banyak cakap. Semalam dia minta bb ngan kite. Ha3...puncanya kite citer kat dia...kawan dia dah dapat bb.

Singlet dia x nak pakai. Alasannya nampak ketiak. Ari tu g jenjalan...lepak kat Kedai Ayamas. Ada la sekawan remaja lelaki dan perempuan masuk dalam kedai tuh. Luqman tengok then cakap..ishh..nape pakai singlet tuh..x malu la...nampak ketiak. Aduhaiii..sib baik la x ramai orang waktu tu. Kalau x...wat malu jer.

Makan kekadang banyak n kekadang skit. Kalau time dia makan banyak...diap ingatkan kitaorang jangan bertambah nasi sebab nasi yang ada lam bekas tuh dia nak abiskan. Layankan jer la selera dia tuh.

Alhamdulillah, dah siap daftarkan tadika untuk Luqman. X tau la camana tahun depan bila Luqman ke sekolah. Tp dia demand la...nak sekolah kat Sekolah Antarabangsa kat Gombak tuh. Aduhaiii...tiap kali lalu kat situ mesti cakap Luqman nak sekolah kat sini.

K la...x der idea nak menconteng dah...daaaaaa...*

Sunday, August 15, 2010

Ramadhan Datang Lagi..*

Ari ni dah masuk ari ke enam. Dan, baru hari ni nak update blog. Apa ceerrrr..
Bukan x der citer tp sy cukup la malas nak menconteng kat sini. X tau la naper x der mood sesangat.

Ari pertama puasa..kite x berbuka kat umah. Berbuka kat ofis sebab esoknya ada tender closing. Sedih?...x der la sangat. Mungkin dah terbiasa tinggalkan hubby n Luqman. Ari puasa pun cam x puasa jer sebab sibuk wat keja. Cepat jer masa berlalu.

Balik umah kul 11.15 minit pagi. Kawan ofis ni hantarkan. Cepat la skit sampainya. Kalau sebelum ni balik umah jer..perkara pertama yang kite wat ialah kemas umah n wat keja2 berkaitan. Tapi, kali ni kite balik umah n mandi...terus kebommmmm x sedarkan diri. He3...dah bajet nak bangun kul 4 petang untuk solat n masak untuk berbuka. Dan seperti yang dirancang..ianya berjalan seperti yang sepatutnya. Tapi memula tuh...liat gak nak bangun sebab badan dan penat.

Apa masakan yang berjaya dimasak ari tuh...simple tp cukup mengenyangkan...bubur jagung, telur sambal, ayam goreng dan ulam. Hubby lak beli murtabak banyak bawang yang x abis dimakan oleh kami semua.

Ari ke tiga berpuasa sangat la menyedihkan. Nak balik naik teksi..hubby x izinkan. Melangut la kite kat ofis ni menunggu hubby.Di tambah dengan hujan..maka lambat la hubbby sampai. Ambik Luqman lagi. Ohh..sblm tu singgah PARAM kat Jalan UIA tuh...alih2 satu apa pun kite x beli. Ha3...hamba seorang yang agak cerewet yer kengkawan. Nak2 benda2 yang nak masuk lam perut nih.

Balik umah...kat parking jer...azan pun berbunyi. Sib baik ada kurma lam keta...makan la tuk batalkan puasa. Pas solat...masa untuk bersilat kat dapo. Dan masakan yang berjaya di masak sepantas kilat ialah telo dadar, ayam goreng berempah,sosej goreng dan panaskan sambal telur belen sebelumnya. Simple jer tp mampu mengenyangkan kami.

Ari Sabtu..pepagi tu haruslah ke pasar dulu. Beli barang2 basah yang sudah kehabisan dan juga topup barang2 dapo yang lain. Dah siap potong n cuci..merayap la kejap. Kul 5 petang bermula la agenda masak memasak di dapo. Apa yang berjaya disediakan?...Kangkung Goreng Belacan, Sambal Udang Petai, Ulam Jantung Pisang, Budu + limau + cili + doyan dan ikan goreng garing. Wahhhh....setappppp...

Dah siap masak...pegi jenjalan ke PARAM depan tuh jer. Beli la Murtabak, Karipap (wajib untuk Luqman) dan tepung pelita.

Ari Ahad..dah tercatat kat kepala otak ni nak masak2 untuk berbuka. Tapi..jeng..jeng..jengggg...berlaku la sesuatu yang menghalang niat murni kite untuk memasak.

Kul 11 pagi...SIL col hubby ajak g Melaka n dia cakap nak balik sebelum berbuka. Erkkk...sempat ker..kite la yang cakap kat hubby. Apapun..pegi gak la walaupun x sepenuh hati. Hubby x drive..hanya jadi penumpang..

Gerak ke Melawati umah SIL dulu. Park keta kat situ dan bermula la perjalanan ke sana. Sampai sana..tengok SIL x der kat umah. Bergegas ke Hospital Melaka untuk melawat Abang Ipar hubby yang sakit. Lepak kat sana agak lama sebelum memulakan perjalanan ke Kg Serom 3, Ledang untuk berjumpa ngan seseorang. SIL nyer niat nih...bawakkan jer la sebab kite pernah pegi situ sekali..jalan pun ingat2 lupa. Sib baik x sesat n x salah jalan. Perjalanan kami dipermudahkan olehNya...Alhamdulillah.

Kul 6.45 petang baru gerak untuk ke umah SIL kat Merlimau. Dah dekat waktu berbuka tapi kami masih dalam kereta. Kan dah cakap..x sempat nyerrrrr...

Singgah PARAM kat sana...tp x der satu pun yang kite beli. Ha3...dah katanya cerewet..nampak lalat dok berterbangan pun leh wat ilang nafsu untuk membeli di situ.

Singgah kedai makan untuk berbuka. Azan dah berbunyi..kami x makan apa2 pun..huk3...sadisss di situ yer.

Perut dah kenyang...gerak umah SIL..dok kejap jer sebab Abang Ipar Husband nak berkejar berkejar ambik anak dia kat Times Square.

Gerak balik ke KL..kereta punya la banyak kat atas jalan. Aduiii..kepala dah nyooot...nyott...rasanya mau pecah. Luqman dah terbatuk2 dah. Lambatnya nak sampai. Kite siap terlelap dalam kereta. Ni sebab x tahan ngantuk n sakit kepala la nih.

Akhirnya...selamat sampai ke Melawati kul 11 malam. Balik umah terus la jawabnya. Esok nak keja yer kengkawan. Sampai umah..basuhkan kaki n tangan Luqman dulu..tukarkan baju...berikan ubat batuk..layan dia tengok CD..bagi susu...sediakan makanan untuk kami berdua...makan2...rehat2...kul 1 pagi baru masuk tido. Pagi nih...liat nak bangun pagi. He3..yer la...kul 5 yer saya bangun. Walaupun ada yang lagi awal bangun..bagi kite ni dah awal la sebab kalau bukan bulan puasa..kite bangun kul 6 pagi.

Ohhh..plan balik nanti. Nak masak ikan cencaru goreng garing, air asam yang sedap..buncis goreng n telo dadar. Cukup la tuh..

Untuk kengkawan yang tersayang...Selamat Berpuasa dan Ampunkan Salah Silap kite yer....*

Sunday, August 8, 2010

Main Masak-Masak...*

Semalam ari Ahad. Disebabkan dah lama x update blog..nak la menconteng sesikit.

Seminggu sblm semalam..hubby cakap nak ajak kakak n abang dia serta kengkawan dia datang umah. Jadinya, dalam kepala otak kite ni terfikir la nak masak sesikit untuk jamu diaorang. X der la masak beria sangat kan...kiranya ada gak la makanan bila diaorang datang umah.

Ari2 sebelum Ahad..kite dah ke Giant untuk beli bahan2 kering. X nak la kelam kabut nanti kan. Pastu ari Sabtu sblm smlm lak g pasar malam untuk cari bahan2 basah. Cadangnya nak masak laksa, nasi ayam, bubur jagung n agar2 santan. Jadinya, terbeli la ayam 4 ekor, ikan 3 kilo, jagung 10 tongkol dan agar2 2 strip.

Pagi sabtu tuh gerak awal dari umah untuk pegi servis keta. Pastu ke Ampang untuk cari barang skit. Balik umah jap..rehat2...gerak lak ke pasar malam. Dalam keta nak balik umah...dah terbayang kepenatan yang akan kite lalui nanti.

Sembang ngan hubby...dia cakap yang kalau masak bebanyak camtu la. Oleh itu, kite ambil la kesempatan yang ada untuk cakap bahawa kalau sesama wat keja ringan la skit beban tu. Balik tu...kite basauh ikan, basuh ayam n rebus lauk2 tuh. Hubby lak kemas mana2 yang patut(Tq abang. Pas dah masak semua tuh...perap ayam n asingkan tulang dan isi ikan tuh. Siap keja2 tuh dalam pukul 2 pagi.

Ari ahad..celik2 mata jer..pegi toilet. Tengok2 air yilekkk. Alamak...camana nak main masak2 nih. Satu keja la plak kan...x kan la nak tepon diaorang cancelkan plak. Jadinya, hubby la yang jadi tukang pegi usung air kat kedai. Berapa kali tah dia naik turun tangga angkut air. Sekali lagi penghargaan wat suami tersayang. Kite plak bersilat kat dapur. Leceh betul bila x der air nih.

Tp, alhamdulillah...siap gak la makanan yang dah dirancang bila azan zohor berbunyi. Seronok bila kengkawan datang umah. Tp satu hal lak...bekas2 kotor x dapat basuh. Sampai sekarang..sinki kat dapur tuh masih lagi bersepah dan penuh dengan bekas2 kotor.

Tengok la petang nanti..kalau ada air...bersilat la kat dapur nak bersihkan bekas2 tuh. Malam tadi pun pegi umah SIL..mandi kat sana.

Pagi tadi..bila buka paip air...cenonet jer air yang keluar. Tadah gak la kan..wat mandi dan settlekan hal2 berkaitan. Tp cam x puas mandi la sebab x leh syampu rambut. Bila syampu rambut, pakai banyak air kan...elakkan pembaziran yer. Balik keja nanti..kalau air dah ada..harus ku balas dendam..mandi sepuas2nya...nikmat ooo dapat mandi lelama nih.

Dan yang pasti..balik keja nanti harus ku kerjakan sinki yang penuh dengan bekas2 kotor....*

Thursday, July 22, 2010

Sekadar Cerita Biasa...*

Agak lama gak tak menconteng. Waaaa...mood...ke mari la dikau. Siyes oooo...memang x der mood nak menconteng.

Sebenarnya..banyak cerita nak diceritakan tapi disebabkan mood x kunjung tiba...abaikan la cerita2 itu. Bukannya penting sangat kan. Lagipun...cam x der sape2 nak baca blog x seberapa nih. Ha3..jadinya, suka hati tuan punya blog la nak menconteng bebila. Orang kata..ikut mood..kalau mood ada...banyak la hasil contengan...kalau x..berjanggut la menunggu.

Ari tuh g tengok teater Uda dan Dara. Kat mana lagi kalau x kat Istana Budaya. Kitaorang g tengok ari Sabtu malam. Kebetulan dapat tiket free...pegi jer la. Ha3..kebetulan tuh..padahal setiap kali g tengok teater kat Istana Budaya...x pernahnya berbayar. Semuanya free...kalau nak kena bayar..minta maaf la hamba...x kuasa.

Pasal teater nih malas nak komen sangat. Ha3..mana la tau kot2 ada pihak yang berkecik hati bila baca komentar kite kat sini. Oleh itu..baik diamkan ajer...mana yang rasa x best..simpan dalam hati or sembang2 ngan hubby..

Ni la kali pertama dok kat Upper Circle kat dalam Istana Budaya. X berapa best sebab tinggi. Uhukkksss...kan best kalau dapat dok kat Grand Circle. Ermmm...tp jangan nak berangan yer tuan umah..dah namanya tiket free...dok la kat atas tuh..

Luqman memula tu excited bila tau nak jumpa ngan Abang Qayyum n Kakak Ain. Tapi, disebabkan oleh panjangnya teater ini ditambahkan lagi dengan waktu rehat selama 15 minit...budak kecik tu keboringan. Terpaksa la pujuk2 dengan kata2 ugutan. Ha3..camana tuh..Ok puan2..camni la caranya yer. Kite cakap kat dia...kiri kanan pintu masuk tuh ada security..kalau diaorang tengok Luqman dok bising n x dok dendiam..diaorang akan tepon police. Jadinya, dengan cara ini bolehlah kitaorang menyaksikan Uda dan Dara sehingga habis walaupun x berapa nak tenang disebabkan oleh pertanyaan2 daripada Luqman. Teater tamat kul 11.30 malam. Inilah teater pertama yang kite tengok yang ada waktu rehat. Hebat x..ha3..

Paginya sebelum g tengok teater..kitaorang pegi ke Hospital Ampang. Melawat kawan yang warded kat situ akibat denggi. Ni la kali kedua Kak Zati kena. Sebelum gerak..kite dah siap2 masak lunch. Ayam Goreng Kicap, Telur masin dan Sup Ketam. Sup n ayam tu bawa skit tuk Kak Zati. Dah orang cakap..sup ketam baik untuk sembuhkan denggi...gagah gak la mencari ketam balik dr keja Jumaat tuh. Tp..ketam x berapa fresh. Jenuh la rendam kat dalam air gandum nak bagi ilang bau n mana2 yang patut. Sib baik la Kak Zati cakap sedap. Kalau x...kesian dia terpaksa makan sup yang x best.

Rupa2nya...kanak2 di bawah umur 12 tahun x dibenarkan melawat ek. Baru ku tahu. HKL tu pun x camtuh. Pastu..waktu melawat ari Sabtu dan Ahad pun sama ngan waktu2 ari biasa. Aduyaiii..sian kat Luqman n hubby yang terpaksa menunggu kat bawah. Sib baik la pastu ada kengkawan yang sama2 ada anak yang datang melawat. Lepak la diaorang kat bawah sambil menunggu kaum2 wanita melawat kat atas.

Dah panjang berjela gak cite nih kan. Dalam x der mood...boleh la menconteng. Pedulikan..

Nak citer pasal Luqman lak. Budak tuh dah 3 tahun 8 bulan. Kejap kan masa berlalu. Tup2..budak ni dah pandai menjawab n memberikan alasan. Ha3...layankan jer la

Sekarang ni...tiap kali naik keta...mesti nyanyi lagu Ibu Ratu Hatiku n Kereta Merah. Kekadang dok kat bilik dia pun..dia suka nyanyi lagu ibu tuh. Syahdu jer ibu dengar sayang...

Ari tu masa g Hospital Ampang..kite pegang la anak buah kawan kite yang berumur 3 bulan. Baby boy. Bila nampak kite pegang..Luqman suruh kite duduk sebab dia nak kiss. Elok jer dia main ngan baby tuh (sama cam pengasuh dia cakap). Ikutilah perbualan singkat Luqman n ibu yer

Ibu : Luqman nak bb x
Luqman : Nak
Ibu : Ibu bawa balik bb Khalish eh
Luqman : Bb ni eh Bu
Ibu : Yer la..Luqman nak x
Luqman : X nak la Bu
Ibu : Nape pulak..Luqman x nak bb eh
Luqman : Luqman x nak bb nih...Luqman nak bb ibu ( sambil tepuk2 perut kite)
Ibu Luqman hanya mampu sengih jer

Luqman sayang..ibu tau Luqman suka bb. Tapi nak wat camana..belum ada rezeki untuk Luqman bergelar Abang Long. Satu hari nanti yer sayang.

Ari tu kan pernah cakap..kite dalam usaha pisahkan tempat tido Luqman. Korang nak tau..x berjaya la nak tidokan dia lam bilik sendiri. Tapi, apa yang kite wat sekarang ialah..asingkan tempat tido dia n kite. Kite tido atas katil..dia tido kat tilam kat bawah.

Ada satu malam tuh..dia tertido kat bilik dia. Awal lak tu. Jadinya...kite biarkan jer la dia kat bilik dia. X tau la kul berapa..tetiba dengar suara dia..Ibu... ibuu.. tengok2 Luqman dah masuk bilik kite sambil peluk bantal dia. Jadinya, tu la kisahnya.

Umah sekarang lum lagi susun atur bebaik. X sempat n belum lengkap lagi perabot kat umah tu. Cadangnya nak beli meja makan..pastu leh la deco2 setakat yang mampu...

Ok la yer..mood menconteng dah abis...dah x tau nak citer pasal apa lagi..babai..*

Monday, July 12, 2010

Pasar....*

Assalamualaikum

Lama betul x menconteng kat sini. X tau la nape mood untuk berblog x der tika dan saat ini. Ari ni ingat nak conteng sesikit. Ok la kan daripada terus berhabuk.

Pagi tadi..otw nak g keja...dengar la radio. Pilihan kami...Hot FM. He3...malas sebenarnya nak tukar2 channel radio lain. Ha3....tu la alasan utama nape kitaorang asyik la dengar radio tuh.

Oh...berbalik kepada topik yang dibincangkan pagi tadi. PASAR.

Semua sudah sedia maklum...pasar ni la tempat kita nak cari lauk2 basah..sayur2 dan yang berkaitan dengan pasar la. Jadinya, kita dah tau..kalau nak cari lauk2..sayur2...buah2...pasar la yang dituju. Dah x pelik sangat kan sebab dari kecik memang dah diajar camtu.

Cuma...sejak dok KL ni..baru la tau yang...kalau nak cari lauk2 basah..sayur2...kat supermarket pun leh cari. Senang kan. Tapi tuh la..kalau kat supermarket nih...ikan kekadang x berapa segar...kekadang ada yang letak ubat untuk bagi tahan lama. Ermmm...

Kalau kat kampung..pasar la yang kita tuju untuk cari benda2 yang kite sebutkan kat atas tuh. x der nya nak cari barang2 basah kat supermarket. Cuma...sekarang ni jer yang berubah. Biasa la kan..peredaran zaman dan pembangunan.

Ermmm..berbalik pada topik pagi tadi kat Hot FM..Fara Fauzana berada kat Pasar Borong Selayang. Wat per kat situ...haaaa...AG n FBI dah dera dia untuk menjual sotong kat sana. Mengapa sotong...sebab ada sangkut paut ngan PAUL SI SOTONG yang meramal kemenangan kat WC. He3...memacam kan.

Sesambik tuh..diaorang bacakan gak la SMS dr pendengar...terima panggilan dari pemanggil. Rata2 yang kite dengar...org pompuan yang dah kawin ni kebanyakkannya serahkan tugas membeli barang2 basah kat pasar kepada suami. Kenapa eh...

Alasan diaorang, pasar ni kotor n busuk. Jadinya...diaorang tunggu kat dalam kereta sementara suami lak masuk pasar. Nak komen lelebih x berani la plak..kot2 ada yang tersentap nanti. Tapi kalau fikir secara logik...patut ke camtu eh.

Ada yang ckp...saya x pernah masuk pasar. Saya x sanggup masuk pasar sebab pasar busuk..kotor...dah la berair2 atas lantai tuh. Jadinya, suami saya la yang beli semua lauk2 n sayur.

Bila AG n FBI tanya...kalau siang2 n bersih2 lauk2 tuh camana plak. Dia boleh cakap...kalau ikan suami saya yang siang n bersihkan sebab saya x makan ikan. Kalau lauk2 lauk2 basah lain...saya siang n bersihkan jer. Apa komen korang eh...

Ada yang cakap...saya pernah terjatuh atas lantai pasar di depan abang hensome. Dah la pakai heel. Sejak tuh saya x pernah jejak ke pasar tuh lagi. Memacam kan.

Ok...kali ni nak bgtau pasal kite n pasar lak. Yer la...tadi dok menconteng pasal orang lain kan.

Kat KL ni..kite selalunya beli lauk2 basah kat pasar malam kat ofis nih. Beli stok untuk seminggu terus. Kat sini...pasar malam setiap ari selasa, khamis dan sabtu. Jadinya memang x der masalah nak dapatkan lauk2 basah. Kekadang kite g pasar tani. Tapi...jarang la kan.

Kalau balik kampung..memang wajib g pasar. X kira la balik umah MIL atau umah mak kite. Memang akan pegi pasar. Jijik...errrmmm...x der la. Memang benda tu dah jadi satu keperluan. Nak ke supermarket...cam x berapa yakin dengan lauk2 basah kat situ. Ayam..ikan...x tau segar atau x..

Jadinya...semua ni ikut memasing nyer badan la. Ada yang lagi suka ke supermarket untuk cari barang2 basah sebab dalam masa yang sama boleh cari barang2 lain gak. Kiranya..sambil menyelam minum air la. Ada yang suka ke pasar sebab boleh dapat lauk2 yang segar. Tepuk dada...tanya selera....tp tolong la wahai kaum wanita..jangan la jijik untuk ke pasar...*

Wednesday, July 7, 2010

Wasiat Untuk Isteri Tersayang....*

Kali ni nak tempek email yang kite dpt...x der mood nak menconteng la skrg nih....

Salam, kisah yang menarik untuk dikongsi..

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarha m adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham- sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. "

"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah. Buat semua, pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawin nanti, kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa

Wednesday, June 30, 2010

Luqman...*

Ohhh...x tau nak letak tajuk apa.

Nak citer pasal Luqman la ari nih. Sebenarnya x der mood tp tengah mencari mood yang hilang entah ke mana. Memanjang x der mood kan...entah la nape camni..

Luqman sekarang ni kite dah ajar tido sendiri. Kat umah lama dulu dah pernah ajar. Berjayanya kejap. Yang boleh wat dia tido ngan kitaorang semula adalah sebab dia demam. Tau2 la kan..bila dah demam nih..risau kite nak biarkan dia sengsorang kat bilik tuh. Jadinya, biar la dia tido ngan kitaorang. Nak monitor pun senang. Jadinya, pas demam tuh...berterusan la dia tido ngan kitaorang.

Malam pertama kat umah baru..dia masih tido ngan kitaorang. Dah suruh dia tido sendiri tp x di endahkannya. Esoknya, dah siap pesan kat Luqman sesiap...malam nanti Luqman tido kat bilik Luqman tau. Dia angguk jer...tp suruh kite tepuk dia.

Malamnya tuh, berjaya gak la kite tidokan dia kat bilik sendiri. Tp, dalam kul 2 atau 3 pagi...dengar dia panggil. Tau2 dah ada kat tepi katil kitaorang. Hubby angkat dia tido tetengah kitaorang.

Malam seterusnya camtu gak. Malam lepas tuh, alhamdulillah..berjaya dia tido bilik sendiri tanpa bunyi menangis atau pegi ke bilik kitaorang. Tapi, malam seterusnya...dia panggil2 kite dalam kul 2/3 pagi. Dia x nak hubby pegi tepuk dia...tp nak kite yang g n tepuk dia. Bila dia dah lena tuh..kite sambung la tido.

Dua tiga malam gak camtuh. Semalam cakap la kat Luqman..x yah tido la ngan ibu ayah...katil ibu dah sempit la...kesian ayah...sib baik x jatuh. Nanti kalau dah ada bb..camana bb nak tido. Luqman tido la bilik Luqman eh...katil Luqman kan luas. Bilik Luqman ada cd...bilik ibu x der.

Alhamdulillah...malam tadi dia tido tanpa menganggu atau memanggil ibu ayah. Harap2 malam2 seterusnya berterusan la.

Ohhh...sebut pasal bb..Luqman dah pandai minta bb ngan ibu ayah tau. Ha3...kesian kan Luqman. Wat masa nih belum ada rezeki lagi. X tau la bila nak menambah bilangan ahli keluarga nih....ermmm...*