BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 8, 2012

Harraz Lagi..9 Bln dah..

Waaaa...nape la malas sangat nak menconteng nih. Malas yang amat la sekarang ni. Kalau b/w tu selalu la gak. Ala2 SR gitu.

Meh nak cerita pasal Harraz plak.
Budak tu dah 9 bulan usianya. X reti bertatih lagi....asyik2 melunsur dengan jayanya ke sana ke sini. Merangkak pun cam malas aje. Setakat 2 3 step...pastu mula la dia melunsur.

Disebabkan ketidaklaratan kami mengutip dan mengejar dia yang syok sakan melunsur...maka kami telah menggunakan walker sebagai alternatif untuk mengelakkan dia melungsur entah kemana-mana. Penat ibu ni yer Harraz. Lagipun Harraz suka mengutip apa2 aje pastu ngap masuk mulut. Ohhh..tidak elok yer anakku

Alhamdulillah..masih menyusu badan sepenuhnya. Ari tu susu cam merundum gak la. Sekali pam dapat la paling banyak 4oz. Sodih aiii makcik. 2 kali pam x sampai pun 10oz. Sib baik stok kat umah banyak. Kalau x..nangis x berlagu la kite ni. Sekarang ni, penghasilan susu dah meningkat. Kite gunakan pil ASI..makan 3 kali sehari. Kekadang terskip gak. Ha3...kalau pam sekarang ni..paling skit boleh dapat 6oz...paling banyak 8oz. Alhamdulillah kan..bertambah la stok susu Harraz. Tp x nak la rasa selamat sangat. Dapat susukan Harraz setakat setahun pun dah syukur sesangat. Tapi kalau dapat sampai 2 tahun...memang bonus la kan.

Bab makan...pantang suakan makanan...sure dia akan nganga aje. Kalau kita makan...wajib suapkan dia makanan juga. Kalau x...x der nya dia nak dok dendiam main sengsorang. Bila perut dah kenyang n penuh...kami yang besar2 ni syok aje melantak tanpa gangguan Harraz. Ha3...Alhamdulillah juga sebab masih mampu membekalkan Harraz bubur setiap hari. Time ada tender tu...wallahuallam la..kite serahkan pada bbsitter dia la untuk sediakan makanan dia. Apa yang dia suap tu, kite x tau. Mungkin bubur atau mungkin juga nestum.

Bab makan, setakat ni kite baru kenalkan bubur yang berasaskan sayur2an dan ikan. Ayam belum lagi wat masa ni. X per la..slow2 la perkenalkan makanan2 lain kat dia. Tapi insyaallah, x der masalah kot untuk dia sebab dia tu x der pantang. Ngap aje selagi mau.

Cukup aktif dan cukup lasak. X larat OK nak pegang dia lelama. X reti dok diam sungguh kecuali time dia tido aje. Sebelum tido..harus melasak panjat2 badan kite sambil lompat2 dan gelak2. BIla dah penat...baru la nganga cari susu.

Nak nyusu pun kena ada gaya. Kekadang berpangku pun dia boleh nak meniarap sambil menyusu. Adoiii...apa gaya la Harraz ni.

Disebabkan kelasakan dia ni la..kite lagi suka susukan dia sambil baring. Kite terlentang..dia panjat badan. Pastu cari susu. Sambil merangkak pun boleh dia menyusu. Tapi kite akan perhatikan dia la kan. X der la biarkan dia menyusu dalam memacam posisi ni. Kekadang badan atas muka kite..ada ketikanya elok jer berbaring...memacam pesen la boleh dikatakan sekarang ni.

Gigi baru naik 2 batang. Sib baik la dia x asah gigi dia tu masa menyusu. Kalau x...menangis x berlagu la ibu ni.

Ok..stop sini dulu. Sambung wat keja plak.....*