BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 14, 2014

Tindik Telinga

Salam Jumaat semua

Korang tindik telinga masa umur berapa tahun?. Kite tindik telinga masa darjah 4 rasanya.

Lanaa plak tindik telinga masa umurnya 3 bulan. Tu pun bukan kite yang bawa g kedai...bbsitter yang bawakan

Sebelum tu, kite ada la sembang dengan akak tu bila tengok cucu2 pompuan dia semuanya dah bertindik. Sejak kecik lagi. Dia cakap...a'ah tie..anak2 n cucu2 pompuan dia semuanya bertindik di kedai yang sama dan dia yang bawakan. Sebab time kecik ni senang nak jaga. Dia x pandai makan macam2 lagi. Kalau Tie nak suruh akan bawakan Lanaa pun boleh.

Kite pun cakap la...boleh juga tu kak. Nanti akhir bulan yer.

Esoknya...kite balik keja n ambik budak2 cam biasa. Luqman pun cakap la...Bu, tengok la Lanaa ni. Kite tengok Lanaa tapi x perasan lagi telinganya yang dah bersubang tu. Pastu Luqman la yang cakap...Lanaa dah bertindik. Wahhh...comey je

Bbsitter cakap la..x nangis pun Tie. Cuma kepala n badanya x reti diam. Iyer...Lanaa memang agak lasak. Terpaksa 3 orang yang pegangnya. Ha3

Alhamdulillah..semuanya selesai n yang lagi best...bbsitter belanja Lanaa tindik. He3...

Lanaa Haseefa 9 Bulan...*

Assalamualaikum

Lama sungguh x menconteng kat sini. Mood sekarang ni memang ke laut sungguh. Niat nak update blog ada..tp disebabkan x der mood...bersawang la blog ni.

Nak citer pasal anak dara sorang nih. Wan Lanaa Haseefa yang sudah berusia 9 bulan pada 13/12 lepas. Sekejap aje rasanya. Rasa cam baru mengandungkan n bersalinkan dia. Tapi..bila tengok badan sendiri yang dah makin membesar ni...memang kite percaya yang Lanaa sudah 9 bulan

Sekarang ni...Lanaa dah pandai merangkak n duduk sendiri. Cuma bila duduk tu, dia masih ampu badan dengan tangan. Belum kuat lagi untuk duduk betul2. Gigi dah tumbuh 2 batang bahagian bawah. Sib baik x mengigit time menyusu. Kalau x, confirm kite menjerit. He3...Alhamdulillah...tiga2 anak bukan jenis mengigit.

Budak yang suka makan. Masih bekalkan bubur nasi ke umah bbsitter. Alhamdulillah..x pernah mengecewakan bab makan. Pantang tengok org makan, dia la orang pertama yang meluru untuk meminta ihsan org suapkan dia. x suka sangat air masak. Bila suapkan bubur ok lagi. Elok je makan. Bila bagi air..confirm menyembur2 air. Yang kelakarnya...bila air tersembur n terkena muka dia...dia pun terkejut n terkebil2 sama. Ha3...

Kalau nak tido..menyusu mesti ada gaya. Dia suka tido meniarap atas badan kite sambil menyusu sampai la tertido. Bila dia rasa nak baring..dia akan lentikkan badan dia. Suruh kite rebahkan badan dia kat atas tilam. Pandai anak ibu yer.

Pandai babai bila suruh babai. Comey jer tengok

Bila menangis...suaranya memang power. Vokal sepenuhnya di lontarkan. Adoiii...anak dara x elok gitu yer Lanaa. Sila sopan sikit

Anak manja kesayangan ibu. Pantang tengok ibu x der depan dia..mula la dia keluarkan vokalnya tu. Dah pandai gurau2. Suka sondolkan mukanya pada muka ibu. Geram kot.