BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 19, 2011

Orang itu...*

Sekarang ni kepala otak sangat la bercelaru dan berserabut. Dalam masa yang sama sangat sedih dengan apa yang berlaku.

Bukan x redha dengan apa yang terjadi. Setiap kali terkenangkan apa yang terjadi, kite cecepat usir perasaan itu. Tetapi, sebagai seorang manusia...memang tidak dapat lari dari terus mengenang apa yang terjadi. Nak2 bila lepas satu2 hal terjadi. Sedih sesangat...depan hubby memang kite cam biasa walaupun kekadang monyok..tapi belakang hubby...hujan jugak la...sedih

Tapi tu la...nak diluahkan...x daya rasanya bila melibatkan darah daging. Walaupun bukan darah daging sendiri..tp tetap ada ikatan.

Kalau sebelum ni kite diamkan aje disebabkan nak jadi hati orang itu...tapi setakat mana la kite boleh berdiamkan diri. Mungkin bukan direct pada orang itu...tapi bila luahkan di sini..kurang2nya berkurang la skit rasa sakit hati ni.

Bukan x tau orang itu juga kekadang jenguk blog yang x seberapa ni. Tapi sampai bila kite harus mengambil langkah berdiam diri. Bila berdiam diri..orang itu anggap kami ni x kisah dengan apa yang dia buat tu. Salah tu..kami berdiam diri supaya keadaan yang jernih ni x bertukar keruh. Kami x nak bergaduh disebabkan benda ni kerana kami x suka benda2 cam tu jadi.

Mungkin silap kami juga..berdiam diri..tp kenapa orang itu tidak mengambil inisiatif untuk perbetulkan apa yang jadi. Kami susah..kami x susahkan orang lain. Kerana kami sedar, kesusahan kami ni adalah berpunca dari kesilapan kami sendiri. Kami x suka menyusahkan orang lain kerana kami tahu orang lain itu juga ada susahnya cuma kami x suka orang lain tahu susah kami. Kami ikhtiar untuk cuba atasi kesusahan tu tanpa melibatkan orang lain.Kami jalani hidup dengan apa yang kami ada. Itu cara kami.

Tapi kenapa orang itu susah..dan menyusahkan orang lain juga. Tolong la...jangan la jadi hipokrit dan tidak mengakui kesusahan sendiri. Tolong la jangan sama-sama mengheret orang lain sama. Kudrat ada...tapi kenapa masih menanti buah yang tidak pasti bila akan gugurnya. Atau..buah itu mungkin akan rosak di atas sana dan tiada la buah yang akan gugur.

Mengharapkan sesuatu yang x pasti..menjanjikan masa yang akhirnya x dapat dikotakan. Apa nihhhhh....

Ermmm....sudah la. Malas dah nak terus bercerita. Buat sakit hati aja. Tapi...hati adalah sedikit lega bila menconteng serba sedikit pasal orang itu....*

Monday, December 12, 2011

12/12/2011..6 Tahun Sudah..*

Alhamdulillah...pejam celik..pejam celik...siang bertukar malam...malam bertukar siang...akhirnya usia perkahwinan kami mencecah ke angka 6.

Mungkin tempoh itu masih baru bagi kami. Banyak yang perlu kami belajar untuk memastikan ikatan perkahwinan ini terus kekal hingga ke akhir nyawa.

Terima kasih ya Allah kerana telah mengurniakan ku seorang suami dah 2 orang permata hati. Terima kasih juga atas limpahan rezekiMu.

Semoga ikatan ini terus bertahan walaupun ada ketikanya terselit juga dugaan. Insyaallah, selagi ada nyawa..selagi mampu bertahan..selagi itulah akan kite pertahankan ikatan ini.

Anai2..tolong jangan cuba untuk menganggu gugat ikatan ini.

p/s:
- kepala tengah pening..x mampu nak berceloteh panjang
- masih memikirkan sikap orang yang tidak amanah..tolong la...jangan amalkan sikap sedemikian
- stop di sini dulu

Tuesday, December 6, 2011

6 Bulan Sudah Berlalu..*

ALhamdulillah..pejam celik..pejam celik...akhirnya tempoh 6 bulan telahpun berlalu..syukur sesangat kerana hasrat dan impian untuk melihat Harraz BF dimaakbulkan olehNya.

Hingga kini, Harraz masih bergantung sepenuhnya kepada susu ibu. Tetapi diusianya yang mencecah 6 bulan 3/12 lepas, kite dah ajar makan. Ha3..kalau tengok kali pertama tu, kelakar sangat. Kalau sblm ni kite tengok dia cam teringin sangat makan bila tengok kami2 yang sekeliling dia makan..tp bila dah bg makan..lain plak tindakbalasnya.

Kali pertama kite bagi makan Baby Bites. Ni kes ibunya yang x sabar nak bagi Harraz makan. Petang ni g Giant..balik tu terus dengan bersemangat bagi dia makan. Penerimaan Harraz..dahi berkerut2 dan bluweeekkk..bluweeekk nak muntah.

Esoknya kite try wat bubur nasi + kentang + carrot...gitu gak gaya dia...bluweeekk aje yang dia tau. Beberapa hari lepas tu, kite cuma bagi makan biskut aje sebanyak 2 kali sehari. Alhamdulillah, bila tengok penerimaan dia terhadap makan hari demi hari makin ok, kite kembali bagi bubur nasi.

Hari pertama bagi, kite bagi sesikit sambil ckp2 ngan dia..sambil nyanyi2..separuh mangkuk tu habis. Memang makan masa gak la nak suapkan dia bubur sebab ada ketikanya dia akan bluweeekkk gak.

Sekarang ni, tiap2 hari kite akan bekalkan bubur kat umah bbsitter. X kisah sangat dia boleh abis atau x janji makan skit.

Harraz ni x sama ngan Luqman la. Kalau Luqman dulu pemakan..dia ni lak cam lagi suka susu ibu...terbaiiikkk dari ladang..ha3

Diusianya yang beberapa hari mencecah 6 bulan hari tu, berat Harraz adalah 8.55kg. Makin montel..makin suka senyum..makin notti dan memacam makin lagi la.

Cukup suka main2 ngan abang..cukup suka berjalan2..cukup suka tarik2 stoking n masuk mulut...suka menggigit tett ibu time nyusu...adehhh...sakit tu terasa tp x la sesakit kalau dia menggigit kalau ada gigi.

Time dia menyusu..cukup tersentuh naluri kite sebagai ibu bila dia dongak sambil mata dia yang bulat tu tengok kite tanpa alihkan perhatian ke tempat lain. Kekadang dia tenung kite aje..kekadang dia senyum sambil tegur kite. Waaaa...ibu rindu Harraz la.

Harraz x suka menyusu sambil berpangku kalau kat umah. Dia cukup suka menyusu sambil berbaring sbb dpt peluk ibu. Ha3...tengok la budak ni..cukup manja ngan ibu ni. Kalau menyusu sambil berpangku...kite yang stress sbb Harraz kejap2 menyusu..pastu lepas sambil mata melilau tengok keliling...pastu sambung nyusu...lepas lagi..gitu la seterusnya hingga dia tertido.

Hubby selalu ckp...masa2 Harraz dok ngan Harraz time kite wat keja umah..Harraz mesti stop n tegur kite bila kite melintas depan dia. Ha3..tengokkkk...anak ibu kan budak kecik nih...

Ok...stop bercerita pasal Harraz lak...kite cerita pasal Luqman yer.

Anak bujang kite ni dah berusia 5 tahun lebih. Tahun depan dah masuk tadika 6 tahun. Makin besar ni..makin menjadi2 perangai dia la. Adooooiii..kekadang stress melayan peel perangai dia yang tah apa2.

Waktu dia elok..kite suruh apa pun dia ikut...kite ckp apa pun..dia dengar. Tapi, time dia wat perangai..ckp dan suruh apa2 je pun x nak ikut. Skit2 nangis..skit2 nangis....x der sebab pun dia boleh nangis. Skit2 merajuk...ini diakui oleh bbsitter yang menjaga dia dari kecik.

Makan tengok mood dia. Kalau benda yang dia suka...banyak la dia makan. Kalau x...kite nak suap pun x nak. Nak g memana cukup suka melawa. Pilih baju n seluar sendiri. Nak wat rambut pacak la. Adoiii...Seluar pendek x nak pakai...nak pakai jeans aje..MIL ckp ikut peel dia yang suka melawa..ha3..

Alhamdulillah, kalau ngan adik memang ngan. X pernah la dia buat adik dia tu. Kalau kitaorang bertiga kat umah...kite nak g toilet ke..mmg suruh aje dia tengokkan Harraz.

Agak payah nak suruh belajar. Kena paksa baru la nak belajar. Tu pun nangis dulu seround baru la nak ikut arahan kite. Camana nak jadi angkasawan anak oiii kalau gini la pesennya. Luqman ckp nak jd angkasawan kan..kena la belajar rajin2 dari sekarang.

Ohhh..rasanya agak panjang menceceh kat sini. Nak out dulu la....daaaaa...*