BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 23, 2014

Sedikit Cerita Tentang WLH's

Assalamualaikum

Lama tak menconteng di sini. Kemalasan yang amat ibu triple WLH  ni. Lagipun kerja kat ofis ni boleh tahan banyak juga. Jadi, dahulukan mana yang patut dulu yer x?. Kerja diberikan gaji. Tulis blog pula sekadar hobi dan aktiviti masa lapang sahaja.

Kali ni nak bercerita tentang anak2 yang tersayang. Luqman yang telah mencecah 8 tahun, Harraz yang kini berumur 3  tahun dan Lanaa yang sudah memasuki usia 6 bulan.

WAN LUQMAN HARITH. Makin besar makin banyak akal. Satu yang kita soal..berjela2 jawapan dari mulutnya. Kadang2 sakit hati..kadang2 mengeletek hati. Suka benar tido lambat waktu malam. Awak tu nak kena bangun awal untuk sekolah. Tapi awak tahan mata semata2 nak mengadap TV yang asyik dok ulang2 siarannya tak kira siang atau malam. Disebabkan tido pun lambat, bila kejutkan waktu pagi...liat la. Aduiii..mencabar betul la nak bentukkan budak ni.

Ibu kadang2 hilang sabar juga dengan peel Luqman. Apa yang kita cakap bukannya nak dengar dan buat. Kena sentiasa ingatkan dan bgtau dia. Kalau dibiarkan...memang makan hati la dengan perangai dia yang terlebih manja mengalahkan adik. Bergaduh dengan adik pun, dia yang menangis. Camno tu?. Kita dah la lelaki. Cer keras skit.

Bab sekolah, agak susah untuk membuat kerja sekolah. Kena paksa berkali2 baru la ambik buku dan buat homework dia. Jadi, camana nak suruh wat latihan. Redah je la kalau ada exam. X dernya dia nak study bagai. Tapi, nasib baik x pernah gagal setiap kali exam. Ibu ikutkan aje buat masa ni. Masuk tahap 2 nanti, kena kerahan yer kalau malas nak wat homework. Tiada lagi kompromi. He3

WAN LUQMAN HARRAZ. Budak yang cheeky dan friendly. Dia la budak yang lebih suka berdikari. Buat kerja sendiri dan kadang2 melelahkan ibu yang terpaksa menurut apa yang dia nak. Balik kerja, dalam kereta on the way nak balik rumah, ada aje permintaan dia. Nak beli aiskrim la. Nak mainan la. Takat aiskrim boleh lagi la ibu ikutkan. Tapi mainan, minta maaf la sayang. Tidak sama sekali.

Sayangkan adik sesangat. Pandai agah2 adik bagi budak kecik tu gelak. Tapi kadang2 ibu sedih bila tengok Harraz macam terlalu berdikari. Ibu kadang2 tak mampu nak luangkan lebih masa dengan Harraz. Dah anak 3, usia pun dah melebihi 30 tahun, badan ni penatnya semacam. Rumah tunggang langgang terpaksa ibu biarkan. Walaupun mata sakit melihat umah yang bersepah, tapi ibu x daya nak mengemas yang betul2 dinamakan mengemas. Setakat sapu2 dan susun sikit2 tu mampu la buat.

Budak yang suka sangat menjerit dengan pitching yang sungguh tinggi. Sakit telinga ni mendengarnya anak oiii. Suka tengok bila dia tido. Tapi, kecik2 dah ada resdung.

Al kisahnya, seminggu juga la kite dengar macam hidung dia tersumbat di waktu pagi time tido. Ingatkan dia selsema sbb sebelum ni pun dia memang selsema. Bila check hidung dia, macam x der apa2. Akhirnya g jumpa Dr. Wati. Kena neb n doc suluh dalam hidung, memang nampak ada bengkak di kedua2 belah hidung. Jadinya, tiap2 hari kena la sembur ubat untuk sinus. Alhamdulillah, dah x der bunyi dah.

WAN LANAA HASEEFA. Sudah 6 bulan 13/9/2014. Masih menyusu badan sepenuhnya dan sudah mula makan bubur blender. Kiranya, rutin kita makin bertambah sekarang. Menyediakan bubur untuk bekal di kecil di rumah pengasuh.

Kite bekalkan 2 bekas kecil bubur dengan harapan...dia akan makan 1 bekas untuk setiap kali waktu makan. Tapi, bbsitter cakap, 2 bekas tu adalah untuk sekali waktu makan sahaja. Hu3...makan banyak benar gegirl ibu ni. Sekarang ni, balik dari kerja kite memang akan suap dia makan. Tapi, x banyak la. 1 bekas kecik tu aje. Cukup untuk dia isi perutnya yang kecik tu.

Budak yang kalau menangis macam kena rotan. Menangis yang meleleh2 air mata tu. Lepas tu, menangis sambil menjerit2. Pitching tinggi juga ni. Kalau dia menangis, yang tukang pujuk adalah ibu. Bukan ayah yer. Dia akan diam bila dengan ayahnya hanya ketika keluar jenjalan.

X suka jenjalan rumah orang. Diam bila dalam kereta dan dalam stroller. Tapi akan gelisah dan menangis bila keluar pegi umah kengkawan ibu dan ayah. Sebijik macam ketika ibu mengandung. Berjalan suka tapi takat dok dalam kereta aje. Pegi umah orang kalau boleh x nak lelama sebab x dapat nak baring.

Suka senyum lebar. Senyum yang menampakkan lesung pipitnya yang nampak x nampak tu. Ibu geram nak picit2 awak la Lanaa. Kalau boleh ibu x nak awak besar2. Nak awak macam sekarang je. Boleh ibu uli sesuka hati ibu.

Headband dah x nak pakai. Ibu stress tau. Ibu x mampu pakaikan kat abang2 awak..kat awak pun ibu x mampu nak pakaikan. Kalau pakaikan juga, awak akan tarik2 dan masukkan dalam mulut tu. Lencun headband yang lawa lagi cantik itu dengan air liur awak. Kalau ibu paksa juga, menjerit2 awak dengan high pitch tu.

Tido nak berpeluk dengan ibu. Sakit2 badan dan leher ibu dibuatnya sebab suka benar menghimpit ibu. Awak rasa selamat yer bila ibu ada kat sebelah.

Masih meniarap. X der lagi tanda2 untuk merangkak. X per la. Ibu x kisah pun. Janji awak sihat walafiat.

Walaupun kepenatan dalam menguruskan hal2 kerja dan rumahtangga, badan kite ni  makin membesar plak. Niat untuk menguruskan badan tu ada, tapi hati x kuat la plak. Nak wat camana, perut asyik lapar, mulut asyik nak mengunyah. Pantang tengok makanan.

X tau la bila nak start diet ni. Risau juga kot2 susu kurang sebab memang niat nak susukan Lanaa sampai 2 tahun seperti Harraz dulu. Kena slow2 kurangkan pengambilan makanan nampak gayanya. Kena sayangkan badan ni. Nak pakai lama oiii. Nak jaga anak2 dan suami lagi ni. Badan x larat..camana nak uruskan hal2 ni semua dengan jayanya

Chaiyoookkk Siti. Yakin Boleh....