BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 13, 2016

@@5@@

“Assalamualaikum”, sesampainya di sana, aku mematikan enjin motosikalku dan memberi salam

Salamku bersahut dan Nita menjengah di muka pintu sambil tersenyum

“Ha, sampai dah pun. Meh la naik”, pelawanya

Aku akhirnya melangkah naik ke rumahnya dan kami menuju ke ruang tamu rumah itu. Kelihatan Mak Melah, ibu Nita sedang menjahit pakaian di sudut ruang tamu itu.

Aku menghampiri Mak Melah dah bersalam sambil bertanya khabar.

Aku dan Nita kemudiannya mula menyiapkan kerja sekolah. Tugasku waktu itu hanya membantu Nita menyiapkan kerja sekolahnya itu.

Hampir sejam, kami akhirnya siap. Mak Melah sudah tidak kelihatan di situ. Yang ada hanya kami berdua.

“Mia, aku rasakan, budak tu suka kat kau la”, Nita akhirnya memecahkan kesunyian seketika tadi

Dahi aku berkerut. Kenapa pula budak ni tiba-tiba bercakap begini

“Budak mana pulak ni Ta”, aku menyoal Nita kembali
“Ala, takkan kau dah lupa kot. Budak kelas sebelah tu la”, Nita membuatkan aku tertelan liur. Tak habis-habis lagi edisi penyiasatan dia nampaknya

“Eeeee kau ni. Tak habis-habis lagi ke”, aku seboleh-bolehnya cuba mengelak dari  membincangkan tentang perkara ni

“Ye la. Aku perasan la kawan. Sejak Tingkatan 3 lagi dia asyik pandang kau”, Nita kembali bersuara

“Ada-ada je la kau ni Ta”, aku bungkam

“Betul. Aku perasan tapi waktu tu kelas kita dengan dia kan jauh. Jadi tak ketara sangat la. Cuma sejak masuk Tingkatan 4 ni..kelas sebelah-sebelah, makin ketara pulak aku tengok”, Nita kembali dengan hujahnya

“Dah la Ta. Malas la aku nak cakap pasal hal ni”, sungguh, aku malas melayan lagi

“Kau tak rasa apa-apa ke Mia”, Nita nampaknya tidak berputus asa

“ Rasa apa-apa apa pulak ni Ta”, aku kembali menyoal

“ Yer la, dia asyik pandang kau. Tadi kat koperasi, dia tegur kau. Rasa macam ada sesuatu la”, Nita bersuara lagi

“ Dah la Ta. Malas aku nak layan kau dah. Dengar dek budak tu, malu aku tau. Nanti dia cakap aku syok kat dia plak”, aku tidak mahu terus berfikir

Perbualan kami terhenti apabila Mak Melah menuju ke ruang tamu sambil membawa sedulang air dan kuih

“Buat susah-susah Mak Melah aje”, aku bersuara sambil tangan membantu meletakkan gelas berisi air oren di atas meja. Piring kuih aku letakkan di sisi

“Tak adanya susah-susah Mia oiiii….Mak Melah ni seronok tengok korang berdua belajar. Nita ni, kalau tak ada engkau tak tau la boleh siapkan tak kerja sekolah dia tu”, Mak Melah bersuara

Aku hanya ketawa sedangkan Nita sudah memuncungkan mulutnya

“Apa la Mak ni. Orang bukannya tak tahu buat cuma tak berapa faham aje”, Nita nampaknya tidak putus asa

“ Ye la. Mak dah faham sengat peel kau tu Nita oiii”, Mak Melah ketawa sambil berlalu ke dapur

Aku terus ketawa melihat telatah dua beranak itu yang sungguh mencuit hatiku

Kami membasahkan tekan dengan jus oren dan kuih keria.

Jam 6.30 petang, aku meminta diri untuk pulang kerana sudah berjanji dengan emak untuk pulang waktu itu.

@@4@@

Aku tersedar apabila azan Asar kedengaran daripada surau berhampiran rumahku. Badan yang masih keletihan aku pusing ke kanan dan ke kiri. Aku bangun menuju ke bilik air untuk mencuci muka dan berwuduk.

Sesudah solat, aku menjenguk emak yang berada di dapur.

“Mak, nak Mia tolong apa-apa ke?”, soalku pada emak yang nampaknya sedang mengupas labu

“Tak ada pun. Mia pegi la buat kerja sekolah tu”, emak memaklumkan

Aku melangkah kembali ke bilik.

Beg sekolah yang berada di atas meja aku capai dan aku kemudiannya leka dengan kerja sekolahku.

Nasib baik la tak banyak sangat kerja sekolah hari ni. Boleh la aku buat ulangkaji sikit malam nanti. Omelku bersendirian.

Telefon di ruang tamu berdering menyedarkan aku dari terus berada di duniaku. Perlahan aku bangun dan menuju ke arah telefon yang masih lagi bordering.

“Assalamualaikum”, aku memulakan perbualan

“Mia, aku ni. Kau dah siapkan ke kerja sekolah cikgu Azhar tadi?”, Suara Nita kedengaran di sebelah sana

“Apa la kau ni Ta. Aku bagi salam bukannya kau nak jawab. Terus kau sergah aku ek. Sib baik aku tak ada sakit jantung tau”, aku bergurau dengan Nita

“ Eh, sorry la kawan. Excited la”, Nita tergelak-gelak

“Lain kali jangan main sergah macam ni tau. Sib baik aku yang angkat. Kalau mak abah aku camana”, aku berpura-pura memarahi Nita

“ Weiii….kan aku dah minta maaf”, suara Nita kedengaran merajuk

Aku tergelak mendengar suaranya yang tak bermaya itu

“ Yer la, maaf kau aku terima. Dah, aku dah siapkan dah. Baru jap tadi siapnya. Kenapa?”, aku menyoal Nita

“Ala, aku baru cadang nak pegi umah kau buat sesama. Aku tak faham la Mia”, Nita bersuara lagi

“Ermmm..kau datang la rumah aku. Boleh aku ajarkan kau”, cadangku lagi

“Betul ni. Aku datang lepas maghrib ek?”, Nita seperti teruja mendengar cadangan aku itu

“Kau datang la sekarang. Malam nanti aku nak buat benda lain la”, aku terus membalas

“Aku nak pergi umah engkau dengan apa. Motor tak ada la. Abang aku dah kebas”, Nita seperti kecewa

“ Aku pergi rumah kau je la. Boleh tak?”, cadangku pula

“Betul ni?”, soal Nita lagi

“Iya la. Aku pergi jap lagi”, aku mengiyakan

“Ok..aku tunggu”, Nita membalas

“Ok..jumpa nanti. Assalamualaikum”, aku akhirnya menamatkan perbualan itu.

Aku ke bilik menyalin pakaian yang lebih sopan. Tudung ku sarung dan buku latihan Prinsip Akaun aku capai sebelum menuju ke dapur untuk memaklumkan kepada emak.


Setelah emak kumaklumkan, aku capai kunci motorsikal dan meneruskan hasrat ke rumah Nita yang terletak lebih kurang 2km dari rumahku.