BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 2, 2012

Check List Persekolahan Luqman Harith....*

Salam

Akhirnya, bulan Disember menjengah juga. Bermakna, tahun 2013 bakal menunjukkan dirinya. Kejap aje kan masa berlalu. Dah nak abis dah tahun 2012 nih.

Luqman Harith..2013 nanti merupakan tahun dimana dia akan memulakan persekolahannya. Cam x caya plak anak sulung kite dah nak memasuki Tahun 1.

Ok la...x nak berceloteh pepanjang sangat. Cuma nak listkan keperluan2 untuk persekolahan Luqman nanti. Sesaja nak buat rujukan atau panduan lepas2 nih.

Ni la keperluan2 untuk memulakan persekolahan di SRISAH, Gombak

YURAN

- Yuran Pendaftaran : RM600++ : Perlu bayar sebelum hb. Belum g bayar lagi nih. Tengok la esok atau lusa camana.

BUKU SEKOLAH
- Buku latihan, buku tulis akan mula dijual di koperasi sekolah bermula 10hb nanti.

KELENGKAPAN SEKOLAH
- Uniform sekolah : Cadangnya nak beli 3 helai. Belum beli lagi sebab uniform akan mula dijual di koperasi sekolah mulai 10hb nanti
- Kasut Hitam : Cadangnya nak beli 2 pasang. Sepasang dah beli. Sepasang lagi belum lagi
- Stokin Hitam : Belum beli juga
- Beg Sekolah : Done. Luqman request nak yang ada roda.
- Songkok. Satu dah ada. Satu lagi tengok dulu camana.
- Baju Melayu : Nak tengok kat koperasi sekolah dulu.
- Tali pinggang : Belum lagi

ALAT TULIS
- Pencil Box : Lama punya dah ada. Tapi mesti kena beli baru nih. Luqman dah hint nak yang camana
- Pensil : Balance tahun lepas punya masih ada. Tapi nak kena beli tambaj gak nih
- Pensil Colur : Tahun lepas punya ada lagi. Tapi nak kena beli spare gak.
- Pemadam : Nak kena beli spare
- Pembaris : Nak kena beli spare

 Apa lagi ek?

LAIN-LAIN
- Tag nama WAN LUQMAN HARITH untuk ditampal pada beg, kasut, songkok etc
- Botol air. Asyik hilang aje dibuatnya Luqman nih.
- Spender.

Keperluan2 lain akan ditambah kemudian. X der idea dah la....*