BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 19, 2016

Menu Ramadhan ke 11, 12, 13 dan 14...

Ramadhan 11
- Bawal Emas Goreng Garing
- Kari Ayam
- Sayur Campur

Ramadhan 12
- Nasi Goreng Sardin
- Kuih Tepung Pelita
- Murtabak
- Popia Basah

Ramadhan 13
- Sambal Udang Petai
- Ikan Cencaru Bakar
- Air Asam
- Ulam Timun dan Pucuk Gajus
- Petola Masak Lemak campur suhun
- Telur Masin
- Ketupat Sotong versi Terengganu
- Mee Kuoh
- Puding Laici
- Roti John

Ramadhan 14
- Pulut Kuning
- Rendang Ayam
- Sambal Bilis Petai
- Kuih Sagupa
- Mee Kuoh

Ramadhan ke-13, en suami ajak abang ipar dan anak2 buah dia berbuka kat rumah. Sebab tu la menu macam banyak. Roti john en suami yang pegi beli kat bazar dekat dengan rumah ni. Alhamdulillah, dapat tapaukan sikit untuk diaorang bersahur. Sebenarnya, kakak en suami telah meninggal beberapa hari sebelum puasa hari tu. Kesian kat diaorang juga sebab x ada siapa yang dapat sediakan juadah berbuka dan bersahur. Harapkan beli kat kedai aje la.

Penat juga sebenarnya masak banyak2 bulan puasa ni. Hari sabtu tu, selepas solat subuh dapat lelap kejap. Lepastu pukul 7 bangun dan kejut orang2 di dalam rumah untuk mandi dan bersiap2 ke sekolah Luqman. Nak ambil report card exam pertengahan tahun hari tu. Settled hal sek Luqman, pegi pasar tani kat Tmn Melawati. Cari sayur dan lauk2 basah untuk stok bulan puasa ni. Tahun lepas borong stok sebulan kat Kuala Selangor siap2. Tahun ni malas pulak nak ke sana selain daripada x der masa untuk ke sana sbb byk hal yang nak kena settlekan sebelum puasa hari tu

Lepas zohor dah masuk dapur. Buat itu ini slow2 supaya x rushing sangat bila dekat2 waktu berbuka. Alhamdulillah, sebelum pukul 6 dah siap semua. Diaorang balik pukul 9 malam. Jadinya, kerja2 mengemas pun berlangsung. Kepenatan sangat sampai alarm pukul 4.00am, 4.30am dan 5.30am pun tak sedar. Sedar2 dah azan Subuh. Makanya, tak bersahur la kami bertiga semalam. Alhamdulillah, Luqman mampu bertahan walaupun pukul 11 pagi dia dah mengadu lapar.

Hari ni cadangnya nak masak nasi lemak aje. Sambal Udang, Sambal Bilis dan Rendang Ayam ada lagi. Balik ni rebuskan telur dan goreng bilis je. Senang keja..

Wednesday, June 15, 2016

Ramadhan 8, 9 dan 10 ...

Entry ni xkan jadi panjang berjela sebab tuan blog di tahap pemalas. Saja nak catatkan menu2 yang menjadi juadah keluarga tuan rumah untuk bulan ramadhan tahun ni

Ramadhan 8
- Sambal sotong
- Udang masak kicap + sayur


Ramadhan 9
- Sup Sayur Pecah Telur
- Ayam goreng sos tiram
- Sambal Ikan Mangga Muda

Ramadhan 10
- Udang Paprik + Sayur
- Telur Dadar
- Gulai Ikan Tongkol

Ramadhan ke 9, kami sampai ke rumah dah pukul 7. Jadinya, memang kelam kabut masak. Sebab tu la masak benda2 simple dan cepat.

Ramadhan ke 10, masa azan Maghrib kami baru sampai rumah. En suami lambat sebab hujan. Tu pun nasib dia redah. Memandangkan dah agak lambat, singgah beli murtabak dan kuih tepung pelita kat bazar. Alhamdulillah, habis licin 10 ketul tepung pelita, 3 keping murtabak.

Hari ni kebuntuan nak masak apa. Macam dah jemu mkn nasi tapi stok bihun x der kat rumah. Nak kena shopping sabtu ni nampak gayanya

Monday, June 13, 2016

Kenangan...

Rindu ketika masih belajar kat UKM dulu. Tak perlu fikirkan apa2 masalah pun kecuali fikirkan masalah untuk belajar jer.

Mendaftar ke UKM, kite ditemani oleh mak dan adik bongsu. Pegi naik keta kancil. Menumpang anak sedara ma yang kebetulan balik KB dan nak balik ke KL semula. Dari KB kitaorang bertolak awal malam. Sampai KL dah dekat subuh. Rehat sekejap lepas tu gerak ke UKM untuk mendaftar.

Pertama kaki jejakkan kaki ke UKM..rasa macam tak percaya. Kite tak pernah sampai ke KL sebelum2 tu. Sampai di Kolej Ungku Omar, mula la mendaftar. Dapat bilik dan mula bergerak ke sana. Dapat blok B..tingkat 3. Masa kite sampai, belum ada kawan lagi. Oh lupa...sebilik ada 2 orang. Ada 2 katil, 2 meja study dan 2 almari baju. Lepas letak barang, tinggal la kita sorang2 kat KUO. Ma kite dah nak gerak balik. Bila menumpang orang ni, kena la pandai2 bawa diri. X boleh nak manja2. Orang pun ada hal juga.

Tinggal la kite sorang2 kat sana. Kawan2 tak ada awal2 ni. Pegi beli baldi n pinggan mangkuk plastik kat koperasi kolej. Masuk bilik pun masih x der kawan. Sampai masa turun bawah untuk berhimpun. Kat sini la mula kenal Zaida, Nita, Elly n beberapa orang lagi. Hadap la dengan minggu orientasi yang penat tapi menyeronokkan itu.

3 tahun kat UKM..alhamdulillah kite masih menginap di kolej yang sama. Aktif dengan pelbagai program kolej...pegang beberapa jawatan dalam beberapa persatuan peringkat kolej. Kite memang x aktif peringkat kampus...hanya di kolej sahaja,

Ke fakulti hanya dengan berjalan kaki sahaja. X jauh mana pun kolej dengan fakulti. Sebab tu kadang2 terponteng kelas petang atau tengahari. Sebab, kite selalu balik kolej kalau kelas ada gap 3/4 jam. Bila sampai kat bilik..tau2 tertido. Alarm bunyi pun tak sedar.

Kawan2 zaman sekolah ada yang sama course dengan kite tapi kami lain2 kolej. Dia kat luar kampus..kite kat dalam kampus. Jadi hanya jumpa dalam kelas aje la. Kitaorang dah serapat seperti masa di sekolah dulu.

Tahun 1 dan 2, kite duduk di asrama 4 tingkat. Setiap bilik ada 2 katil. Setiap aras ada beberapa sayap. Kiri dan kanan. Setiap sayap ada bilik air dan bilik cuci baju sendiri. Tak mengganggu sayap lain. Jadi, tak ada masalah berebut bilik air pun

Tahun 3 pulak duduk di flatlet. Duduk sorang sebilik. Setiap blok ada 2 tingkat. Setaip tingkat ada 8 bilik. Bilik air kat tingkat 2. Ruang rehat, ruang menonton tv dan pantry kat tingkat bawah. Memang heaven la duduk flatlet ni. Kalau rasa nak berkurung kat bilik pun x der mslh.

Kat UKM la kite kenal en suami. Tapi dia bukan belajar sini pun. Kenal di alam maya aja. Masa ni la dah pandai guna internet. Dah pandai chatting. Dah ada handphone. Sanggup menunggu public phone kosong untuk bergayut. Nak tepon pakai HP mahal kot charge. Jadi, kumpul la duit syiling dan bergayut la kat public phone tu.

Bila kenal en suami, dah pandai pegi KL sorang2. Naik bas dan komuter sendirian. Sebelum ni kalau pegi KL atau mana2 pun mesti berteman. Kenangan betul la waktu ni. Macam x percaya pun ya juga. En suami bawa pegi rumah kakak dia kat Tmn Melawati. Jauh betul perjalanan waktu ni.

Apapun..semua kenangan tu hanya tinggal kenangan. Tak mampu nak undurkan masa untuk kembali ke saat2 itu walaupun hati ini teringin mengulangi kenangan2 lama itu. Berjumpa kawan2 lama juga agak sukar sekarang ni sebab masing2 sudah ada tanggungjawab sendiri.


Resepi Sambal Ikan Mangga Muda..

Kali ni nak bagi resepi yang senang tapi jarang2 orang makan. Kalau makan sambal ni...memang menaikkan selera makan nak2 waktu2 bulan puasa ni kan.

Bahan2 :
- Ikan kembung 2 ekor (direbus tanpa garam dan diasingkan isi dan tulang)
- Cili padi 6 biji ( kalau nak pedas boleh lebihkan)
- Mangga muda sebiji (diracik2)
- Belacan
- Gula
- Garam

Cara-caranya :
- Masukkan cili, belacan, garam dan gula ke dalam lesung batu. Tumbuk sampai lumat
- Masukkan isi ikan. Tumbuk hingga bahan2 tadi sebati dengan isi ikan
- Masukkan mangga muda. Tumbuk bagi hancur sikit2 je
- Siap

Cuba la ya. Rasa pedas, masin, manis dan masam

Sunday, June 12, 2016

@@ 3 @@

“Assalamualaikum”, aku memberi salam sesampainya di rumah

Kelibat motosikal abah tidak kelihatan. Mungkin tiada di rumah.

Terus aku ke bilik untuk menukar pakaian dan kemudian menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Selepas selesai menunaikan solat Zohor, aku menuju ke dapur untuk mengisi perut yang kosong. Kelihatan emak sedang membersihkan ikan bilis di meja makan.

“Mak, wat apa tu?”, aku sekadar bertanya

Emak memandangku sambil tangannya masih bekerja

“Ni ha, mak bersihkan bilis ni. Abah beli tadi”, emak menjawab

“Mak dan makan ke?. Abah mana?”, aku terus bertanya

“Dah…dengan abah kau tadi. Abah kau tu, ke mana lagi kalau tak ke kebun”, emak berterusan meneruskan kerjanya tanpa memandang ke arahku

Aku menuju ke arah rak pinggan. Nasi dari periuk nasi ku senduk dan terus melabuhkan punggung di sisi emak. Tudung saji ku buka dan terhidang ikan cencaru sumbat sambal, telur masin dan kangkung goreng belacan. Terus terbuka seleraku

“Ermmm…sedapnya mak”, aku terus menyuap nasi ke mulutku

Emak hanya tersenyum. Sedar akan kegemaran anak daranya seorang itu.

Kami terus berbual hingga nasi di pingganku habis. Aku kekenyangan dan mata terasa berat. Penangan perut kenyang.

“Mak, cikgu suruh beli buku esok”, aku memaklumkan kepada emak semasa sedang mencuci pinggan. Di meja makan tadi baru aku teringat Cikgu Azhar memaklumkan kepada kami supaya membeli buku Latihan Prinsip Akaun.

“Berapa harganya”,emak menyoalku

“Cikgu cakap lebih kurang RM20. Nak guna buku tu untuk buat latihan dalam kelas nanti”, aku memberitahu emak lagi

“Emmm…nanti mak bagitau abah”, putus emak

Aku hanya mengangguk. Tanganku ligat membantu emak membersihkan bilis yang berada di atas meja itu.

“Mia tak ada kerja sekolah ke?, emak menyoalku setelah agak lama kami membisu

“Ada, petang-petang sikit la Mia buat. Nak rehat jap”, aku menjawab. Badanku agak penat hari itu. Kebiasaanya, aku akan menyiapkan kerja sekolah sebaik sahaja selesai menjamu selera. Menjadi kebiasaanku menyiapkan kerja sekolah awal dan mengulangkaji pelajaran di waktu malam.

“Kalau gitu, pergi la masuk bilik rehat. Biar mak aje yang bersihkan bilis ni. Bukannya banyak pun”, emak nampaknya faham keadaan aku yang nampak agak keletihan petang itu

Aku bangun menuju ke sinki untuk mencuci tangan

“Mia masuk bilik dulu ye mak”, aku memaklumkan kepada emak

Emak hanya mengangguk


Sesampai di bilik, aku merebahkan badan sambil tanganku membelek jadul waktu persekolahanku. Lama ke lamaan, pandangan mataku kabur dan aku terlelap.

Menu 5 hingga 7 Ramadhan...

Saja mengabadikan menu-menu ini untuk rujukan pada masa akan datang

Jumaat lepas kite cuti. Ada hal sikit. Jadinya, boleh la berpencak silat kat dapur awal sikit. Maka, terhasillah menu berkenaan sebagai hidangan berbuka puasa keluarga kami

10/6/2016
- Ketam Bercili pecah telo
- Tongkol rebus goreng
- Gulai lemak udang + labu + pucuk paku
- Sayur kobis + sawi goreng
- Sagu gula melaka

11/6/2016
- Tomyam seafood
- Telur Dadar
- Kepah Masak Cili

12/6/2016
- Asam pedas ikan
- Ayam goreng
- Sayur Campur Goreng
- Pengat Pisang Tanduk

Alhamdulillah, masih mampu memasak lagi walaupun badan penat. Sabtu lepas dah mengerjakan keperluan-keperluan untuk memasak selama seminggu. Lauk-lauk basah dah siang, cuci dan packkan untuk sekali masak. Bawang dan cili dah siap blend. Sayur-sayur dah di potong-potong untuk mempercepatkan urusan berkaitan. Yang x bestnya, bawang merah dan bawang putih kite dah blend semua. Selabu pun tak tinggal. Jadinya, x dapat la nak masak singgang ikan bila x der bawang putih ni. Maknanya, kena la beli sikit sebagai persediaan.


Wednesday, June 8, 2016

@@ 2 @@

Bahagian 2

Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa pagi ini riuh rendah dengan pelajar-pelajarnya. Biasalah, hari Ahad merupakan hari perhimpunan di perkarangan sekolah itu. Sudah pastinya pelajar-pelajarnya riuh bercerita tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang cuti hujung minggu kepada kawan-kawan.

Aku tidak terkecuali. Sambil berjalan bersama kawan-kawan, mulut rancak bercerita sambil bergelak ketawa. Sesampainya di kawasan perhimpunan, kami mula berada di dalam barisan seperti kebiasaannya.
Pengawas bertugas pula mundar mandir di sekitar kawasan perhimpunan itu untuk memantau keadaan sebelum bermulanya perhimpunan.

Akhirnya, perhimpunan pagi itu bermula dengan ucapan daripada Puan Pengetua. Kami yang berada di situ mendengar dengan tekun apa yang diperkatakan.

Dari hal berkenaan disiplin pelajar hinggalah kepada aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang tahun. Sekali sekala kawasan itu hinggar disebabkan oleh lawak jenaka yang diperkatakan oleh guru-guru semasa memberikan ucapan. Kami yang hanya mendengar ini tidak bosan untuk terus mendengar taklimat dan amanah oleh guru berkenaan.

Jam 8.30 pagi, perhimpunan akhirnya selesai juga. Pelajar-pelajar bergegas ke kelas masing-masing untuk memulakan sesi pembelajaran pertama untuk minggu ini.

Aku melangkah menaiki tangga untuk ke kelas yang tidak jauh dari kawasan perhimpunan itu. Melalui kelas 4 Sains, mataku tiba-tiba terpandang kelibat seorang pelajar lelaki yang sedang berdiri di pintu belakang kelasnya. Hatiku bergetar melihat renungan matanya yang tajam. Terus aku larikan mataku dari memandang ke arah itu. Aku kenal pelajar itu, cukup mengenalinya.

“Mia, kenapa dengan kau ni..kau sakit ke”, teguran Nita itu membuatkan aku tersedar. Kembali ke alam realiti.

“Tak la Ta, aku teringat pasal semalam jer”, aku terdalih. Tidak mahu Nita mengesan riak mukaku tadi.

“Yer ke kau ni, aku tengok semacam jer masa kat tangga tadi. Kau tengok apa tadi hah!”, Nita terus bertanya.

Nasib baik la kawan-kawan yang lain tidak mendengar perbualan kami. Jika tidak, pasti lagi kecoh jadinya. Bukan aku tak kenal kawan-kawan aku yang seramai 6 orang tu.

“ Tak ada apa la Ta”, aku terus mengelak dari menjawab. Tidak mahu keadaan menjadi kecoh disebabkan mulut kepoh Nita.

Nita ingin terus membuka mulut untuk bertanya. Nasib baik ketika itu Cikgu Aisyah masuk ke dalam kelas. Aku menarik nafas lega. Tapi tidak pada Aznita. Dia memandangku seperti tidak puas hati. Aku membiarkan renungan itu dan terus menumpukan perhatian kepada matapelajaran Bahasa Melayu yang telah bermula sebaik kami memberikan salam kepada Cikgu Aisyah.

Kami tidak mempunyai masa untuk terus berbual selepas itu kerana guru-guru yang bertugas masuk memulakan tugas mereka mengikut masa yang ditetapkan.

Pukul 10.30 pagi. Loceng berbunyi menandakan waktu rehat.

Aku bangun malas ke arah meja kawan-kawanku yang lain. Kelas kembali bising dengan suara pelajar-pelajar seramai 25 orang itu.

“Weh Nita, engkau nak makan tak nih”, Nani bertanya sebaik sahaja kami berada di mejanya.

“Entah la, aku tak lapar sangat. Engkau nak makan tak Mia”, Nita bertanya kembali kepada aku.

“Aku ikut korang la, kalau korang nak pegi kantin aku ikut aje”, aku menjawab. Nak diikutkan, perutku belum lapar lagi.

“ Jom la kita pegi koperasi, beli gula-gula dan snack aje la”, Elly akhirnya memutuskan.

Kami melangkah menuju ke koperasi sekolah yang terletak di tingkat bawah. Bukannya jauhpun dari kelas 4 Perdagangan.

Hatiku kembali berdebar apabila terpandangkan pelajar itu. Ya, pelajar lelaki yang sama ku lihat pagi tadi. Kaki aku jadi kaku. Tidak mampu untuk terus melangkah mendekati kaunter yang menempatkan gula-gula dan snack.

“Eh Mia. Kenapa dengan engkau ni”, suara Nita itu mengejutkan aku. Aku hanya mengeleng kepala.

“Ta, engkau tolong belikan aku gula-gula Hutson purple dan Apolo snack ek”, aku meminta pertolongan daripada Nita.

Nita terus memandangku tapi aku malas melayannya. Terus aku hulurkan RM1 kepadanya. Sementara menunggu Nita di sudut koperasi itu, aku melayan perasaan ku. Perasaan berdebar itu masih belum hilang.

Aku terasa seperti ada seseorang di hadapanku. Sebaik kepalaku diangkat, terkejut bukan kepalang aku dibuatnya. Pelajar lelaki itu berdiri dihadapanku sambil tersenyum kepadaku. Aku tergamam dan tidak mampu bersuara. Mataku melilau mencari kelibat sahabat-sahabatku yang nampaknya leka memilih.

“Awak, saya nak kawan dengan awak boleh tak?, akhirnya dia memulakan perbualan.

Aku terus senyap. Tidak mampu untuk berkata-kata disebabkan terkejut. Aku menunduk tanpa memandang dia.

“Saya  Adam Haikal. Awak panggil aje saya Adam,” dia terus berkata-kata.

Aku mendongak, memandang wajahnya dan tersenyum. Masih tidak mampu mengeluarkan suara.

Senyumanku itu membuatkan dia terus tersenyum.

“Ok, saya pergi dulu yer. Kawan saya dah siap tu,” akhirnya dia berlalu meninggalkan aku di sudut itu.

Kembali ke alam nyata, aku sedar yang aku berada di koperasi sekolah. Terus mataku mencari kelibat sahabat-sahabatku yang masih berada di kaunter. Aznita ku lihat memandangku pelik. Terus ku larikan pandanganku ke arah lain.

“Masak la aku nak menjawab nanti”, aku mengumam sendirian

Telahan ku benar kerana kurang seminit dari saat itu, Nita menghampiri aku dengan tidak sabar.

“ Mia, sapa tadi tu, apa yang dia nak dari engkau. Budak kelas sebelah kan?”, soalnya bertubi-tubi

“Budak mana Nita?”, Miza mencelah.

Aku terdiam. Malas nak menjawab kerana jika aku jawab, nescaya makin panjang la ceritanya. Tetapi, Nita tidak putus asa. Sepanjang kami menapak menuju ke kelas, dia tidak henti-henti cuba mengorek rahsia dariku. Kali ini, aku tidak berani untuk memandang ke kelas sebelah. Takut bertemu mata dengan Adam Haikal untuk kali yang ke tiga. Cukup-cukuplah hatiku terdera hari ini.

Sebaik meletakkan bontot di bangku, Nita di sebelahku terus bersuara.

“Mia, sapa yang tegur engkau tadi tu”, tanyanya

“Adam”, jawab aku sepatah

“Wah, dah tau nama eh. Dia nak apa?”, tanyanya lagi

“ Dah dia bagitau nama, mestilah aku tau. Entah la, mana la aku tau dia nak apa. Tak sempat nak tanya la plak”, aku menjawab malas

Aku masih terkenangkan kejadian yang berlaku di koperasi sekolah sebentar tadi. Terkejut dan terkedu. Kejadian yang berlaku sekelip mata itu membuatkan aku hilang arah.

Nita nampaknya masih cuba mengorek rahsia. Tetapi kelibat guru Bahasa Inggeris yang menuju ke aras kelas kami membantutkan hasratnya itu. Aku menarik nafas lega kerana tidak perlu lagi mencari ayat yang sesuai untuk diberikan kepada Nita.

“Mia, budak tu nak apa dari engkau hah”, Nita nampaknya masih tidak melupakan kejadian yang dilihat di koperasi sekolah itu. Masih cuba untuk mengorek daripada aku.

“Tak ada apa la Ta. Dia tanya aku sorang aje ke”, aku terus cuba menyembunyikan hal yang sebenarnya daripada Nita. Malas nak melayannya.

Elly, Nani, Sue, Zatul dan Yus hanya memerhatikan kami dari jauh. Memang sudah menjadi kebiasaan kami yang berada di kelas 4 Perdagangan ini, jika guru tidak masuk ke kelas, kami tetap akan berada di meja masing-masing. Bercakap juga dengan nada yang cukup perlahan.

“Yer ke tak ada apa. Aku tengok muka kau macam udang kena bakar aje”, Nita terus mencuba

Aku terpana. Sampai macam tu sekali dia memandang aku.

“Apa la kau ni. Sampai macam tu kau tengok aku yer”, aku tersenyum dan cuba menyembunyikan rasa gugupku

“ Yer la, maunya aku tak perasan kalau budak lelaki tu tengok kau macam nak telan”, Nita terus juga bercerita

Aku hanya tergelak.

“Mia, engkau cerita la apa yang budak tu cakap dengan kau. Takkan benda tu pun kau nak sorok dari aku”, Nampaknya dia masih belum berputus asa

Aku tarik nafas dan kemudiannya melepaskannya perlahan-lahan. Cuba mencari ayat yang sesuai untuk diberikan kepada Nita.

“Dia nak kawan dengan aku”, akhirnya itu yang terkeluar dari mulutku

Nita terdiam dan memandangku tiba-tiba

“Dia nak kawan dengan kau?...betul ke ni”, Nita kembali menyoalku

Aku tidak berdaya untuk menjawab. Hanya mampu mengangguk

Nita tergelak dan reaksinya itu membuatkan sahabat-sahabatku yang lain memandang ke arah kami dengan seribu persoalan

“Ta, dah la tu. Nanti diaorang tanya memacam la. Kau jangan la cakap pulak. Rahsia tau”, aku akhirnya bersuara untuk menghentikan ketawa Nita

“Yer la…yer la…tapi kau janji dengan aku. Kalau ada apa-apa perkembangan, jangan lupa bagitau aku pulak”, Nita bersuara

“Ish kau ni, perkembangan apa pulak. Tak ada apa-apa la”, aku malas melayan Nita dan kembali menatap buku Sejarah yang terletak di atas mejaku

Nampaknya, cara itu berkesan untuk menghentikan Nita daripada terus bercakap

Pukul 1.30 petang loceng berbunyi memandakan sesi persekolahan sesi pagi pada hari itu berakhir. Aku mengemas mejaku dengan malas. Untung kelas 4 Perdagangan ini tidak dikongsi dengan kelas sesi petang. Jika tidak, pasti kami perlu keluar dari kelas ini secepat mungkin untuk memberikan laluan kepada pelajar sesi petang. Itu untungnya menjadi kelas harapan sekolah. He..he..he

Kawan-kawanku yang lain sudah bergegas keluar dari kelas untuk mengejar bas sekolah yang telah menunggu mereka. Nasib baik aku dan Nita naik bas biasa. Tidak perlu aku berkejar untuk pulang dari sekolah.

Nita menghilang ke tandas. Katanya sakit perut. Terpaksa la aku menunggu dia di kelas sebelum kami sama-sama menuju ke perhentian bas yang terletak tidak jauh dari perkarangan sekolah kami

Dalam pada ada mengelamun, aku seperti ada pelajar lain yang memasuki kelas aku. Aku menoleh ke pintu belakang dan terpandang Adam Haikal di samping seorang pelajar lelaki kelas aku di situ. Dia tersenyum ke arahku tetapi aku biarkan sahaja. Berderau darahku apabila terpandang susuk tubuh itu.

Mereka berbual seketika sebelum Adam berlalu meninggalkan kelas aku.

Ayie, pelajar lelaki itu mendekati aku dan meletakkan sesuatu di atas mejaku. Aku memandang dia tetapi dia hanya tersenyum dan berlalu dari situ tanpa sempat aku tanya apa-apa. Sampul surat itu aku ambil dan dengan was-was, aku letakkannya ke dalam beg sandang di sisiku. Tidak mahu Nita melihat dan berterusan bertanya. Bukan boleh percaya kat budak sorang tuh. Aku tersenyum mengenangkan sahabat yang telah aku kenali sejak berumur 5 tahun itu.

Aku masih menunggu Nita. Apa la plak budak ni buat lama sangat ni. Dah naik kematu bontot aku menunggu. Tidak lama kemudian, Nita masuk ke kelas dengan senyum simpul

“Sorry, aku singgah kat kantin tadi. Beli ni. Kau nak?, tanyanya sambil menghulurkan plastic berisi keropok lekor. Aku hanya mengeleng kepala. Nita dan makanan memang tidak boleh dipisahkan.

Kami kemudiannya meninggalkan kelas dan perlahan-lahan menuju ke perhentian bas yang tidak jauh dari pintu utama sekolah. Tidak menunggu lama, bas yang ditunggu menampakkan bayang dan membawa kami pulang ke rumah setelah hampir 7 jam berada di sekolah.

@@ 1 @@

Bahagian 1

Aku tersenyum bahagia melihat suami dan anak-anakku bergurau riang di halaman rumahku. Perut boyotku menghalang aku untuk turut serta bersama-sama mereka berlari riang di laman itu. Hatiku tercuit melihat kebahagiaan mereka. Hatiku pilu mengenang kembali saat-saat lalu yang amat perit aku rasakan.

Aku seorang perempuan. Yang punya hati dan perasaan yang cukup halus. Andai ianya terluka, terlalu payah untuk diubati.

Mengimbau kenangan lalu, aku sendiri tidak sangka bahawa sudahnya kisah hidupku begini. Tidak terjangkau dek fikiranku..aku akan punya suami dan anak-anak yang comel. Siapa sangka, dalam deritaku meniti hari-hari yang berlalu, sinar bahagian akhirnya menjengah. Bahagia yang tidak pernah aku duga.

Kadang-kadang aku berfikir, mampukah aku melalui hari-hari mendatang dengan tabah seandainya kisah laluku kembali menjengahku. Mampukah aku kehilangan seorang suami dan anak-anak yang melengkapkan hari-hariku. Mampukah aku terus tersenyum tanpa mereka disisiku lagi. Aku mengeleng dalam tidak sedar. Tahu akan setakat mana kemampuan diriku kini.

“Ibu, jom la join kitaorang”, suara anak sulungku menganggu imbauan kisah silamku. Aku tersenyum melihat Hana berlari-lari mendapatkan aku yang berada di bangku kayu itu.

“Jom bu, ayah dan abang dan tunggu ibu kat sana. Kami tengah siapkan puzzle ni.”, anak sulungku terus berusaha menarik minatku untuk turut serta bersama-sama suami dan anak keduaku.

Aku yang kasihan melihat kesungguhan Hana mengajakku akhirnya bangun dan melangkah mendekati mereka di halaman itu. Langkahku agak berlahan akibat membawa perut yang sudah mencecah 8 bulan itu.

Sesampainya di sana, aku lihat suamiku dan Luth leka menyiapkan jigsaw puzzle yang terpampang lukisan pemandangan yang amat cantik. Akhirnya, Lana juga turut serta bersama mereka.

Suamiku yang sedar akan kehadiranku menggamit aku mendekatinya. Aku tersenyum dan akhirnya menuju ke arah suamiku yang tidak lepas memandang diriku.

Tanganku diraih dan perutku dikucup. Aku tersenyum bahagia bila dilayan sebegitu. Ya, bahagia itu akhirnya menjadi milikku.

Ramadhan 1437H

Assalamualaikum

Lama sungguh tak menulis kat sini. Kemalasan memang menebal la sekarang ni. Tak boleh nak buat apa-apa kalau dah namanya malas tu

Alhamdulillah..dah 4 hari Ramadhan 1437H kita lalui. Semoga kita berjaya menempuh segala dugaan sepanjang tempoh ini.

Setakat ni, masih lagi berjaya menyediakan juadah berbuka dan bersahur untuk keluarga. Walaupun simple aje menunya, puas hati tengok diaorg makan dengan berselera. Sikit pun tak ada pembaziran. Alhamdulillah

Kalau nak ikutkan, kite balik keja pukul 4.30 ptg tapi terpaksa tunggu en suami menjemput. Pukul 5.45 baru dia sampai dan ambil budak-budak kat Gombak dulu sebelum balik rumah. Sampai rumah dah pukul 6.45 petang. Jadinya, masuk je rumah..campak tudung dan bersilat la kat dapur. Nasib baik la sempat siap menu2 simple untuk hidangan berbuka puasa. Nasib dah solat siap2 kat ofis.

Buat masa ni, antara hidangan yang dah berjaya dihidangkan untuk keluarga kite

Pertama
- Fillet Ikan Sweet Sour
- Ikan Tongkol Gulai Kuning
- Bendi Goreng Pecah Telur

Kedua
- Ayam Goreng Serai
- Ikan Goreng
- Sup Sayur

Ketiga
- Ayam Paprik
- Telur Dadar

Sebenarnya, kite dah prepared siap2 sebelum puasa untuk pastikan mampu masak dalam kadar yang pantas.

Lauk-lauk basah kite dah cuci dan packing untuk sekali masak siap2. Malam lepas buka puasa, letakkan kat bawah untuk pastikan lauk2 ni dah lembut. Sayur2 pulak kite dah potong dan cuci dan masukkan dalam tupperware. Nak masak main ambik aje. Bawang dan cili kering pun kite blend dan masukkan dalam bekas asing dan letakkan dalam peti ais. Alhamdulillah, cara ni memang banyak membantu.

Luqman buat masa ni masih berpuasa penuh. Setakat ni tak ada lagi la bunyi penat atau lapar. Lagipun dia dah besar kan. Harraz, masih tak berpuasa. Ingatkan nak bagi dia puasa separuh hari tp macam susah aje. Lagipun sekarang masih cuti sekolah. Jadi waktu tido dan bangun dia tu tak menentu. Kejut pagi2 nak g rumah bbsitter pun bukan main susah. Camana la nak kejut bangun sahur kan

Harap2 azam untuk tidak jejakkan kaki ke bazar Ramadhan akan terlaksana. Doakan