BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 31, 2010

Idea....idea...meh sini...*

Bulan ni besday Luqman. Hu3...x sabar lak nak nanti detik tuh. Nak sambut besday dia..mungkin tidak la...tp dalam kepala ni ada la plan untuk dia.

Tahun lepas hanya sambut ngan sebiji kek kecik dan bertiga jer. X best kan. Yang bestnya, seronok tengok dia hepi masa potong kek tuh. Yer la..x pernah lagi potong kek masa besday dia kan.

Tahun ni cadangnya nak beli kek sebiji...wat goodies bag..bawa ke umah bbsitter dia...biar dia potong kek kat situ. Kengkawan pun ramai...mesti seronok skit kan. Nanti bg la kamera kat akak tuh suruh ambikkan gambar potong2 kek tuh.

Ari tuh dah cakap kat dia...nanti ibu beli kek..Luqman potong kat umah Ibu Sarimah eh. Boleh plak dia x nak. Ha3...dia nak kite ngan hubby ada sama. Ckp la kat dia..kat umah x best sbb x ramai. Kat umah Ibu Sarimah ramai kengkawan. Mesti seronok.

Apa2pun...satu hape pun x wat lagi. Hik3...*

Penangan Asam Pedas...*

Disebabkan oleh beberapa faktor ditambah dengan kemalasan...dapo kat umah tu jarang dan berasap. Seperti yang kite ckp sblm ni...kalau masak pun setakat yang simple2 jer. Disebabkan kemalasan dan kepenatan yang agak melampau...tekak ni nak makan memacam tetapi haruslah sedap.

Kalau kite nak makan kat restoran bawah ofis nih..siap request sape masakkan order kite tuh. Ha3...over kan. Masakan sorang tukang masak nih...memang kite x leh telan. Pernah try makan...akhirnya tekak ni meloya sampai ke malam. Sudahnya, tiap kali order harus la cakap kat tukang ambik order tuh...nak akak nih yang masak. Ha3...baru la masyukkk di tekak.

Ari Sabtu lepas...hubby ajak ke pasar tani Taman Melawati. Lama dah x g pasar tani. Sebabnya, kena bangun pepagi. Ha3....kan dah kantoi tuan punya blog ni suka melingkar di waktu pagi. Sekali sekala apa salahnya kan.

Disebabkan keinginan untuk memakan asam pedas di tahap maksimum...kite pun beli la beberapa keping ikan pari. Balik umah belum masak pun lagi. Dah cakap kat hubby...ikan ni nak masak esok. Ari ni x nak masak. Makan kat luar je la. Ha3...tengok la..punya la pemalas kan.

Ari Ahad..dalam kul 9.30 pagi...bersilat kat dapo untuk menyaipkan asam pedas ikan pari. Kali ni bawang2 semua tu malas tumbuk..masuk lam blender dan mesin jer. Cepat dan senang. Pastu tuang dalam periuk untuk keringkan air. Fuhhhh...waktu ni la cabaran untuk kite. X tahan ngan bau bawang dan kengkawannya kat atas dapur. Kepala dan sakit..tekak dan meloya..badan dah lesu dan bila ke toilet..terkeluar semua isi perut. Bukan sekali yer..berkali2 hingga lesu badan nih.

Bila air bawang tuh dan kering...baru letak minyak masak. Tumis2 sambil tutup hidung + menahan keloyaan melampau. Dah masukkan ikan pari....masukkan air....tiba masa untuk merasa. Mungkin silap kite....ikan x masak lagi tp kite gatal pegi try kuah. Fuhhhh...tekak yang loya bertambah loya. Terus kecikkan api dan masuk toilet. Terhambur keluar lagi isi perut. Dan2 tuh terus mandi bagi segar skit badan nih.

Keluar toilet...pakai baju baru g dapo. Dah jadi takut2 nak try lak. Hik3....

Dah masak...cepat2 senduk nasi dan ambik asam pedas. Sib baik boleh makan dan siap betambah lagi. Hik2...sib baik la teringin..kalau x memang x der maknanya nak masak. Ha3...sib baik hubby memahami kelemauan isteri dia nih.

Kali ni memang berbeza sangat dengan Luqman dulu. Kelamauan badan memang x dinafikan. Loya2 tu cam dah jadi kemestian. Perut x leh dibiarkan kosong. Tahap kemalasan pun di tahap kronik gak nih. Sib baik la masih kuat untuk mengemas umah...melipat kain baju..melayan Luqman. Hubby pun banyak gak la menolong..

Walaupun masih baru...perut dan buncit weh. Dah nampak. Baju2 kurung yang baru2 masih leh pakai. Yang lelama tuh boleh pakai tapi agak sendat bila duduk. Waktu Luqman dulu....6 bulan masih boleh pakai baju kurung.

Tido memalam memang susah nak lelap. Bila pagi tuh...mula la liat nak bangun. Pagi tadi sib baik Luqman kejutkan. Hik3...kalau x memang terbabas la walaupun jam tepon dah bunyi berkali2. Sampai kat ofis...ngantuk la kan. Tapi, nak g baring2 bukan pesen kite...tunggu balik keja nanti la tido yer.

K...x der idea dah...*

Wednesday, October 27, 2010

Makan Secara Tamak...*

Ohhhh..tajuk memang menggambarkan betapa rakusnya tuan blog yer. Nak wat camana...kekadang itulah hakikat yang terpaksa di terima oleh kite yang makin bertambah tembam ini.

Sekarang nih....perut x boleh dibiarkan kosong. Kalau di biarkan kosong...alamatnya kepala ni akan mengalami kesakitan yang amat sangat dan tekak la akan mengalami rasa loya yang x boleh di gambarkan camana. Huk3....ayat haruslah terlebih over yer...baru la orang dapat fahami kenapa tuan punya blog makan secara tamak.

Oleh itu, untuk menghalang kesakitan dan keloyaan yang amat tidak menyelesakan tubuh ini, haruslah makan yer kengkawan.

Pagi...harus la sarapan....x kisah la sarapan apa..janji perut jangan kosong. Walaupun dah makan, sebelum kul 1 tengahari, perut dah start berkeroncong. Apa petanda tuh yer...maknanya kena la diisi dengan makanan berat.

Pernah kite x makan makanan berat waktu tengahari nih...makan goreng pisang. Rasanya goreng pisang tu mampu menghalang perut dari masuk angin....rupanya sangkaan itu meleset sama sekali. Petang tuh...macam nak pecah kepala dibuatnya. Jadinya..sila ambik ini sebagai pengajaran yer.

Walaupun tengahari dah makan....harus makan lagi di waktu malam. Ohhh..sungguh menyeksakan jiwa raga sebab terpaksa makan memanjang. Seksa bukan apa...kalau waktu ada selera tuh..best la gak menyantap makanan...buatnya time x der selera..kena paksa makan ooooo. Seksa kan....hurmmmm...

Kalau x makan malam....kepala memang akan sakit....yang menyeksakan lagi ialah esok paginya. Confirm perut masuk angin dan muntah di tahap kronik....sampai sakit perut nih mengeluarkan muntah dan angin.

Pernah ari tuh...masa wat tender. Paginya tuh makan roti jer...balik umah...mandi dan tido. Itu adalah kemestian sebab badan dah letih lesu. Bangun tido...kemas umah..mop umah...mandi dan makan la 2 ketul roti untuk alas perut sementara menunggu hubby balik membawa bungkusan nasi kukus ayam goreng berempah yang dah makin kurang kick.

Badan yang lesu bertambah lesu bila semua roti dan air yang kite makan tu terhambur keluar. Seksa ok....

Disebabkan faktor2 ini la..tuan punya blog terpaksa memakan secara tamak...

Semalam kan....makan roti bakar sapu kaya sebanyak 4 keping. Tengahari tuh plak makan nasi kosong + sotong sambal dan semangkuk tomyam campo. Sementara menunggu untuk menikmati makan malam..kepala dan start berdenyut. Malamnya lak...KFC dan jagung rebus. Aduiiii..nampak x ketamakan di situ. Makan cam x sedar diri kan. Alhamdulillah, pagi ni x der la meloya tekak nih. Aduiii...xkan la hari2 nak makan camtu...Seksa ooo nak kuruskan badan nanti.

K la....nak kena fikir nak makan apa tengahari nanti. Pagi tadi dah makan bihun goreng..errrrmmmm...nak geleng kepala kejap...*

Tuesday, October 26, 2010

Sekarang..dan kini...*

Tajuk tah apa2 la...aduiii...nak dapatkan tajuk yang sesuai dengan isi cerita agak kebuntuan skrg nih..

Sebenarnya nak citer hal sekarang dan kini. Hik3..maksudnya sama kan...tp bunyinya lain la skit.

Sekarang ni kan...punya la susah nak tido malam. Guling2 dekat sejam baru la dpt lelapkan mata. Tu pun bila dah dpt posisi tido yang sesuai dan selesa dek badan yang teramat la lesu sekarang.

Bila dah tido tuh....teramat la geram bila tetiba mata ni terbuka...dengan kata lain..terjaga. X kisah la terjaga, yang buat kite geram...nak lelap balik pastu punya la susah. Ho3...nak mencari posisi tido yang selesa tuh sah susah. Disebabkan hal ni lah..pepagi bertambah lesu badan nih.

Sekarang ni, kalau tido wajib melumurkan kaki, betis dan lengan dengan minyak angin. Pastu berstoking. Sungguh la nikmat bila panas minyak tu memanaskan badan yang memanjang jer sejuk dan lesu nih. Dah cam hape dah...

Disebabkan kite pun masuk tido awal...hubby dah Luqman pun dah terikut sama. Kesannya pada Luqman la...bangun tido awal. Alhamdulillah, persediaan untuk ke sekolah tahun depan nih.

Dapo kat umah pun dah kurang berasap. Kalau setakat masak yang simple2 tu...kerap gak la berasap. Kalau masak benda2 berat dan agak remeh nih...memang la lama sangat x masak disebabkan kemalasan yang melanda.

Ohhh...malas dah nak berceloteh lelebih. Kebuntuan idea. Lagipun...tengah wat keja nih...ha3...x leh concentrate kat penulisan blog la plak.

Lain kali la yer...*

Tuesday, October 12, 2010

MPC Open House 2010 - Selamat Sudah....*

Alhamdulillah...majlis yang berlangsung pada 8/10/2010 lepas selamat dijalankan. Semuanya berjalan lancar dan tahniah kepada mereka2 yang terlibat dalam menjayakan majlis nih.

Ok...x nak bercerita panjang...tengok jer la pic yang dicilok dari FB kengkawan yer...





































Monday, October 11, 2010

Ulam oh Ulam...*

Cadangnya semalam nak menconteng kat sini. Tapi kemalasan tahap hape tah. Jadinya, berhabuk la blog ini buat seketika. Tapi apa nak dikisahkan...bukannya ramai benar pembaca blog ini. Jangan2...x der sape pun sudi menjenguk di sini. Ha3....x per la...tuan blog x kisah pun.

Nak cite hal ulam la nih. Sape yang suka makan ulam sila angkat tangan. Haaaa...ramai pun yang angkat tangan. Kalau nak diikutkan..kite ni bukan lah seorang penggemar ulam yang tegar. Hanya ulam2 tertentu yang dibenarkan dikunyah oleh mulut nih.

Tapi, kakak ipar kite memang la penggemar ulam yang cukup tegar. Bagi la apa2 je ulam..mesti dia makan. Kalau kite nih, jenis2 ulam yang baru diperkenalkan..susah skit nak terima dek tekak. Disebabkan was2 untuk mencubanya, sampai ke sudah x mencuba. Kakak ipar kite ni lain skit. Bagi je la apa jenis ulam..mesti dia cuba dan akhirnya akan menjadi kegemarannya.

Sabtu lepas...kite gi Sri Gombak untuk menikmati makanan tengahari. Bukan malas (hakikatnya ada skit malas)...tp disebabkan kat umah tu kehabisan stok barang2 basah. Makan kat restoran (yer ke restoran...x dapat dipastikan lak)...Sri Ayu. Fulamakkkk..bukan main mewah dengan lauk pauk...ulam2an la. Disebabkan nak makan ulam..kite ambik la pucuk gajus dan jantung pisang rebus. Jantung pisang tu khas untuk hubby sebab dia penggemar yang paling setia. Ambik skit budu dan ikan bakar tawar. Memang terangkat tau. Sedap la sangat dan sungguh menyelerakan. Puas hati makan kat situ.

Sudahnya...ari ahad pun kite mencadangkan pada hubby menuju ke tempat yang sama untuk menikmati makan tengahari. Ha3..memang dasar pemalas kan. Ketidakadaan barang basah itu hanyalah alasan semata2.

Cadangnya nak ambik ulam yang sama. Tetapi agak kecewa kerana jantung pisang rebus telah habis. Wahhh...ramai gak penggemar jantung pisang yer. Ohhhh...cite pasal jantung pisang, camana korang wat nak elakkan jantung pisang tuh putih bersih jer bila direbus. Apa petuanya eh..Sila la kongsi ngan kite yer.

Ok..berbalik pada kisah makan kat restoran tuh...kite ambik ulam pucuk gajus 2 ikat n seikat ulam pegaga. Budu dan ikan bakar tawar sudah semestinya. Benda2 ni la yang membuatkan selera makan terbuka tuh.

Kenyang perut..senang hati. Lepas makan, pegi la Melawati jap sebelum balik ke rumah untuk berehat...*

Tuesday, October 5, 2010

Cerita Baru Telah Bermula...*

Ohhh...ari ni baru sempat nak menjenguk blog. Boleh la menconteng sesikit untuk dijadikan hiasan blog yang x seberapa nih.

2 ari kite ke Kompleks SMS, Shah Alam. Wat Task Force untuk barangan bagi pihak SB, PDRM. Seronok sebab benda baru tp kat sana panas. Huk3...x der aircond. Ha3...demand la plak kan. Nak tmt yang beraircond aje yer. Nak wat guano...badan nih x berapa nak tahan panas la...

Sekarang ni tengah dok menghitung episod satu cerita. Episod 1 baru aje bermula. Harap2 akan ada sambungan la nanti. Dan, moga cerita ini akan menemui titik noktahnya...dengan kata lain..episod akhirnya la.

Harapan kite juga...episod2 akan datang nanti menjanjikan suatu kisah yang penuh dengan warna warni. Penuh dengan kisah manis dan boleh dijadikan kenangan untuk masa akan datang.

Kite nak mencorakkan episod itu. Tapi, apakah daya. Kite x mampu. Hanya Dia yang mampu untuk menentukan jalan cerita dan pengakhirannya nanti.

Dalam hati ada taman. Rasa seronok sangat dengan permulaan cerita nih. Tapi dalam masa yang sama...cam takut andainya cerita ni tidak sampai ke penghujungnya. Ramai atau tidak pelakonnya...itu belum dapat ditentukan lagi. Mungkin, setiap episod yang akan datang nanti pelakonnya berubah. Yang pastinya, pelakon utamanya telah ditentukan. Hero dan heroinnya juga telah melakukan tugas mereka dengan baik.

Kesudahan cerita ini belum tahu bila...ending ceritanya belum dapat diramalkan lagi....doakan cerita ini mempunyai pengakhiran yang mampu menggembirakan semua orang..*