BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 19, 2010

Kesihatan Yang Tidak Memberangsangkan...*

Salam...

Ari ni dah 20hb kan...kejap jer masa berlalu. Dah nak masuk tahun baru pun kan...ermmm...Minggu depan kita nak cuti...nak g settlekan yuran tadika Luqman...pastu nak ngabiskan cuti tahun yang masih berbaki lagi tuh...pastu awal tahun nanti nak ambik cuti gak...nak antar Luqman ke sekolah..x tau la camana nanti

Oh...nak cakap pasal kesihatan diri nih...amat la mengecewakan. Bukan la nak mengeluh..sekadar nak berkongsi ngan sape2 yang sudi jenguk kat sini jer.

Sejak tau peknen...mabuk memang x yah cakap la. Ngan x leh nak masak...x leh bau masakan jiran2...muntah2...sakit n pening kepala...yang ni dah jadi cam permainan harian.

Bulan lepas...dapat MC 2 hari sebab batuk, demam n selsema. Batuk tu yang x tahan. Kekadang sampai terkeluar air kencing akibat batuk yang terlampau. Lama gak la sengsara..hik3...ayat over di situ.

Sekarang nih..dah 4 ari menanggung batuk, demam n selsema. Hua3...kali ke dua dalam tempoh x sampai sebulan rasanya. Dari Khamis lepas, badan dan rasa semacam. Tapi biar la...Jumaat gagahkan datang keja sebab pagi tu rasa cam kuat lagi. Masuk tengahari..dah semacam badan nih. Kaki n tangan sejuk tp badan panas membahang. Rasa cam nak g klinik n ambik MC jer...tp nak g camana. X larat oiii nak menapak ke klinik tuh. Malas nak susahkan sesiapa kat ofis nih. Jadinya, bila rasa larat, wat la keja...bila x larat...melepek la kat meja nih.

Balik keja..hubby tanya nak g klinik x...ckp kat dia..malas...hik3..

Ari Sabtu..dok kat umah je la...pagi tuh goreng nasi jer. Tu pun sbb perut dah berlagu merdu. Hubby...hu3...x dernya dia nak wat benda2 ni semua. Gagah gak la masak nasi goreng. SIL ajak keluar pun malas...x larat..baik dok umah jer la.

Semalam...pepagi tu kuar bekpes...pastu ke klinik. Dapat la ubat, tp ubat batuk n selsema hanya boleh makan waktu malam jer. Kalau x...malam nanti mesti jadi burung hantu. Kite skrg ni pantang tido siang...kalau tido jer..mesti terkebil2 mata ni x nak lelap malam nanti. Sudahnya sakit kepala la esoknya.

Tengahari tu makan roti n telur jer. X larat nak masak beria. Luqman pun makan banyak. Ha3...sampai x cukup tau...sblm ni mana la dia suka makan roti n telo camtu...setakat roti goreng telo tu..biasa makan la.

Dah petang, masak telo masak kicap n goreng sayur jer....ha3...dasar pemalas kan...*

Sunday, December 12, 2010

Masak-Masak Ala Kadar...*

Ni penangan orang mabuk. Memang x daya nak masak beria. Masak la setakat yang termampu jer.

Ari Jumaat kan kite EL. Paginya bekpes kat kedai. Tengahari makan kat kafe GH jer. Petangnya..perut dah lapar. Ohhh...x tau nak makan apa la plak. Tekak ibu mengandung ni memang mengada skit. Perut lapar tp x tau nak masak apa. Masalah sungguh la kan.

Ajak hubby g kedai kat umah tuh. Beli telo (stok telo kat umah dah x der)..beli kcang panjang n kobis. Cadangnya nak beli timun..tp cam dah x bermaya plak timun tuh...Batalkan hasrat untuk itu.

Balik umah rahat jap...pastu start la masak ala kadar. Nak tau apa menu kitaorang....kacang panjang goreng + udang kering goreng belacan, telo dadar, ulam kobis + budu. Ha3....simple yang amat kan. Tapi alhamdulillah, mampu mengenyangkan perut kitaorang kat umah tuh.

Semalam...bersamaan ari Ahad..tekak terasa nak makan laksa la plak. Mengandung kali ni, kite lebih suka makan benda2 berkuah la plak. Manis x suka, masin yang terlampau x suka, masam x suka..apa yang suka pun x tau la. Benda manis yang kite mampu minum ialah air 100plus. Kite kurangkan la gas dulu...insyaallah, mampu mengeluarkan angin yang melampau2 dalam badan ni. Pas minum mesti sendawa yang kerap. Kelegaan yang amat dah kat situ.

Jadinya, untuk merealisasikan hasrat tekak yang mengada2 ni, g la kedai untuk beli keperluan2 membuat laksa. Sebelum tu pekena nasi berlauk dulu. Menepati selera tekak yer kengkawan.

Balik umah...rebus ikan dulu...pastu kemas la umah yang berhabuk itu. Penangan kali nih...melepek jer kejanya. Jadinya, time larat tu jer la mampu mengemas apa yang patut. Kalau x...redha jer la dengan keadaan umah yang berhabuk tuh.

Siap mengemas...asing isi n tulang ikan...di bantu oleh hubby. Pastu mula la bersilat kat dapur. Walaupun simple...penatnya cam hape jer. Ajak SIL datang umah...Luqman lak mengamuk2 nak g Melawati. Ibu x daya la Luqman...Luqman g ngan ayah je la yer. Dok la sengsorang kat umah...fuhhh...lega la dapat baring.

Terasa sunyi lak umah..tepon hubby tanya bila nak balik...siap cakap ngan Luqman lagi tuh...pujuk suruh balik..Tapi dia nyer ayat...kejap lagi yer bu...kejap je lagi...hu3...

Hubby dan Luqman balik dalam kul 8.30 malam. Baru la terasa berseri umah tuh. Ha3...nampak sangat umah tu x pernah sunyi dari suara Luqman. Yer la...mana la kitaorang nak lepaskan Luqman jenjalan ngan orang lain. Dia pun heret kitaorang sama kalau nak g memana. Awalnya suruh gak dia g umah SIL ngan diaorang...malam nanti kitaorang ambik...tp dia x nak la plak. Nak naik car ayah gak...

Perpun...alhamdulillah...kehendak tekak ni sudah dilaksanakan. Malahan, lebih dari mencukupi untuk tekak2 yang lain.

Kami ke GH...*

Minggu lepas...kite keja sehari jer. Hebat kan...sampaikan Luqman pun dah naik syok dok umah...nak minta cuti x nak g umah bbsitter dia. Ha3...lawak tuh.

Isnin kite ambik cuti..selasa PH...rabu pun kite apply leave. Dok umah jer pun..cuti pun sebab nak clearkan cuti tahun 2010 ni. Simpan 6 hari je untuk di bawa ke tahun depan. Khamis g keja dan Jumaat juga sepatutnya kite keja.

Jumaat pagi...dah siap mandi..Luqman pun nak mandi sama. Bawa ke toilet..dia kencing dulu...tetiba dengar dia cakap...Ibu...sakit la bu...sakit bu. Tengok la apa yang dia sakit sangat tuh...tanya kat mana dia sakit dan dia cakap kat tuttt dia. Huh...camana nih.

Angkat dia dr toilet bowl tuh...check kat situ. Tengok2 ada darah. Panggil hubby suruh hubby tengokkan. Pastu tanya apa yang nak buat nih. Hubby ckp g hospital je la. Cadangnya nak g Damai jer...tp hubby ckp kita g GH je la. Jadinya, bersiap2 la ke GH pepagi tuh.

Tapi, persinggahan pertama harus la untuk mengisi perut yang kosong. Singgah makan nasi kerabu...terus ke GH. Sampai ke sana..tengok2 parking penuh...berpusing la cari parking. Pastu ke bahagian pesakit luar. Punya la ramai orang. Sib baik la cepat jer gerak nombor tuh. Yer la...setakat nak bayar RM1 dan akan ditetapkan bilik doktor jer pun. Kalau benda camtu lambat gak..x tau la nak cakap apa.

Dah siap bayar...pegi jumpa doc. Luqman nak kencing..bawa g toilet...sikit je dia kencing sebab ckp sakit. X per la...menunggu lebih kurang 20 minit..nombor kitaorang dipanggil. Masuk la situ...dah doc suruh ambik air kencing. Aduiii..masalah gak nih sebab Luqman baru je kencing.

Suruh hubby g beli air mineral untuk membuatkan Luqman nak kencing. Paksa2 gak la dia minum air tu dengan banyak. Ha3..siap cakap kat dia.kalau Luqman kencing...ibu bawa g Jusco main games. Memula...tugas hubby mengambil air kencing Luqman. Kebetulan tandas lelaki dekat situ jer. Hubby la yang kena masuk toilet tuh kan. Lama gak menunggu..tup2 tengok hubby keluar dengan sedikit jer air kencing Luqman. Adehh...g ke makmal untuk hantar sample air kencing tuh...tup2 org tu ckp air kencing tu x cukup untuk wat test. Aduiii...camana nih.

Paksa Luqman minum lagi...dan memacam la alasan yang dia bagi untuk x nak kencing. Nak ngan ibu la..nak itu la..nak ini la. Bawa dia ke toilet pompuan..dalam banyak2 toilet kat situ..hanya satu je boleh digunakan. Air bertakung la..penuh ngan najis la...aduiiii...x sanggup yer kengkawan. Tapi terpaksa la. Lama giler kat dalam toilet tuh sampai penutup botol tuh pun terjauh ke lubang tandas...x kencing2 gak Luqma tuh. Dah naik tension dah nih...memacam cara dah wat untuk bagi dia kencing...sampai ke sudah x kencing2 gak.

Keluar toilet..g kat hubby ckp Luqman x nak kencing sebab dia ckp nanti sakit. Hubby pun naik heran pesal lama kat toilet tp satu hasil pun x der. Pastu minta hubby lak bawa Luqman ke toilet. Ha3...

Dok menunggu dalam 15 minit...tengok2 hubby keluar dengan air kencing yang penuh dlm botol dan Luqman lak merah mata. Ha3..menangis la tuh. Hubby ckp....memula tuh Luqman x nak kencing gak. Pastu hubby dah naik geram...dia g marah Luqman. Dan2 tuh gak terpancut2 air kencing hingga penuh botol tu. Rupanya Luqman dok menahan kencing sebab takut sakit. Aduiii..cam gitu pun boleh ke Luqman.

Dah settle hal tuh...g la ke makmal tuk bagi sample air kencing Luqman tuh. Ckp la elok2 kat pekerja kat situ...penutup botol dah x der sebab jatuh. Boleh dia g cakap kat kite...mana boleh macam tuh...kena ada penutup jugak...Kite dah sakit hati..cakap la...xkan la saya nak ambik penutup botol tu...dah jatuh dalam lubang tandas...camana nak ambik...terus orang tuh terdiam. Kite ni x der la nak marah2 orang. Selagi boleh sabar memang kite akan sabar. Last2..org tuh ckp cuba awak g tengok kat kaunter depan sana..Haaa...kan senang cakap camtu...kenapa x cakap awal2 g ambik kat depan sana..kenapa nak marah2 orang jer...bagi la suggestion awal2 sebab benda tu kan ada penyelesaian.

Pegi kaunter depan...tengok x der orang. Tunggu kejap pastu nampak nurse yang pakai baju biru (ada pangkat kot).Dia nampak kitaorang tercegat kat situ...boleh wat x tau jer. Aduiii...masalah lagi.

Dok melilau kat situ..nampak la sorang nurse. Cakap la kat dia nak minta botol kosong. Alih2 dia cakap...cuba tengok kat depan tuh. Hah...senang kan kalau gitu. X yah menunggu lelama..

Pastu pegi hantar air kencing Luqman..menunggu tuk ambik report...pastu g makan dulu. Kul 2.45 petang baru doc ada balik. 12.30 tengahari waktu rehat la plak. Menunggu la kat situ hingga Luqman pun tertido.

Kul 2.30 petang..menunggu kat depan bilik doc. Penat tau menunggu nih. Kul 2.45 petang...doc x sampai2 lagi. Apahal la ngan diaorang nih. Bukan sorang dua yang menunggu...ramai ok...

Kul 3 petang baru doc ada...masuk jumpa dia..alhamdulillah..Luqman x der apa2 pun. Cuma kencing dia kotor skit. kena perbanyakkan minum air. Fuhhh...lega yang amat. Akhirnya settle gak hal kat GH.

Kenapa x g private jer...sebenarnya medical kite dah abis dah. Cadangnya, kalau kena warded baru nak g private. Tp alhamdulillah...semuanya ok. Balik umah petang tuh..tiap kali nak kencing Luqman mesti takut2. Kite siap cakap, Luqman jangan tahan kencing...nanti meletup perut tuh. Ha3..punya la x nak bagi dia tahan kencing..terpaksa ugut camtu.

Semalam n pagi nih pun..mesti dia tanya..sakit x nanti bu. Kite cakap...dah baik la sayang...buat apa nak takut lagi...Luqman kan dah makan ubat..dah minum air banyak...x sakit dah...

Dan ari nih...kite dah masuk keja semula...Luqman pun dah g umah pengasuh dia. Walaupun mulut dok sebut nak cuti..Ikutkan hati ibu nih...nak jer cuti sebab badan memang masih x kuat...mabuk2 pun x ilang lagi. Tp nak wat camana...ibu kena ambik cuti masa Luqman nak masuk sekolah nanti...dan, akhir bulan ni gak kite akan ambik cuti..sesaja nak abiskan cuti...*

5 Tahun Sudah...*

Alhamdulillah....semalam 12/12/2010 genap la 5 tahun usia perkahwinan kitaorang. Dengan kehadiran Luqman dan pertengahan tahun depan...insyaallah akan hadir lagi seorang penyeri rumahtangga kami. Bahagia dengan kehidupan sekarang dan harapan semoga ianya terus berkekalan hingga ke akhir hayat kami.

Memang memacam ragam, pahit manis dan memacam la dugaan dalam menempuhi alam berumahtangga ni. Bagi orang lain, apa la sangat dengan usia perkahwinan yang baru mencecah ke angka 5 ini. Tapi bagi kita, alhamdulillah kerana angka 5 akhirnya menjengah dalam kehidupan berumahtangga kami. Sape sangka yang ianya akan mencapai usia ini. Yer la..kekadang terasa fobia dengan cerita2 daripada ahli2 keluarga dan masyarat sekeliling. Bukan nak doakan yang bebukan...tp kekadang fenomena semasa menjadikan kita lebih berhati2 dalam menempuh hidup ni.

Awal perkahwinan dulu...cam x yakin mampu menempuh alam rumahtangga. Dengan keadaan kakak kite yang sedang bergolak dengan suaminya. Hal2 cerai berai bukannya x pernah terjadi dalam keluarga kita. Tapi tu la..semua tu kuasa Allah. Kalau Dia kata itu la jodoh kita..insyaallah..jagalah rumahtangga itu sebaiknya.

Ingat lagi dulu..5 tahun lepas. Kami diijabkabulkan di masjid berhambiran umah kite. Wat majlis kecik2 je la. Setakat yang mampu jer...Kami disatukan dalam hujan yang x henti2 turun. Ha3...sape sangka kan...3 hari sblm majlis, cuaca elok jer. Tiba hari yang sepatutnya, bukan main rancak lagi hujan turun.

2 hari selepas tu, majlis di rumah hubby lak. Yang ni pun bukan main hebat lagi dugaan. X nak la citer..kisah yang lepas tu biar la lepas kan. Tapi tu la..siapa la kita untuk menduga benda2 seperti ni akan jadi. Tapi alhamdulillah, selesai gak majlisnya walaupun dalam keadaan yang x terjangka.

2 hari kat umah PIL...kami terus pulang ke KL. Isninnya dah start keja. Terus menapak kat umah sewa kitaorang. Sebenarnya, kite x tau pun kat mana hubby sewa umah tu. Yer la, kite dah kat kg waktu tu. Hubby ngan SIL yang tolong angkat barang2 kite kat umah bujang ke umah sewa tuh. Dengan x berkemas...masuk la umah sewa tuh. Barang berlonggok2 kat umah tuh. X der tikar getah sebagai alas lantai...yang ada cuma tikar plastik untuk alas toto. Sampai dah Maghrib..berkemas la ala kadar umah tuh. Esoknya nak keja...x leh la beria sangat mengemas sebab penat kenduri belum ilang..penat dalam bas belum ilang...x der la nak mengemas umah kan.

Senin g keja...dapat la beberapa hadiah daripada kawan2 sekerja. Alhamdulillah...rezeki. Maklum la..kitaorang masuk umah tu sehelai sepinggang. X der keperluan2 umah pun yang tersedia. Bertatih la dari mula.

Balik keja petangnya, pegi kedai untuk beli beberapa barang umah termasuk la tikar getah. Malam tu gak dapat. Malam tu juga la kami bentangkan tikar getah tuh..pasang katil...baru la ada rupa umah skit. Ha3...lawak plak bila kenang balik.

Kain baju terkumpul dekat seminggu gak la. Pegi kedai beli mesin basuh, peti ais dan kabinet dapo. 2 ke 3 ari baru dapat. Kemain seronok plak waktu tu sebab baru la rumah tu ada rupa rumah org. Sblm ni cam hape jer. Dengan x der langsir. Ha3....ingat2 balik...semua tu kenangan..pengalaman yang berguna untuk kami. Bagaimana kami bertatih untuk memulakan kehidupan berumahtangga.

Waktu ni...ke mana2 kami pergi...kenderaan awam menjadi pengangkutan utama. Keta x der..moto x der...tapi x per la...bukannya susah pun kan. Kenderaan awam banyak. Pegi keja jalan kaki kejap...pastu ambik LRT..turun kat Wangsa Maju...ambik feeder bus lak untuk ke tmt keja. Balik pun camtu gak la. Masa ngandungkan Luqman pun sama. Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya. X der alahan...x der mabuk2..amat senang sekali.

Luqman 7 bulan...kami akhirnya memiliki kenderaan sendiri. Semua ni rezeki anak. Kami pindah ke umah lain..kali ni ke Gombak. Jauh skit dari tmt keja...tp x per la. Janji jirang2 sekitar lebih ok dari sebelumnya. Terpaksa gak cari umah lain sebab nak jimatkan kos..Luqman pun di hantar ke pengasuh yang rumahnya di depan rumah kitaorang jer. X der la susah sangat sebab kite kekadang kena stayback. Menyenangkan urusan ambik dan hantar Luqman.

Dok situ sampai pertengahan tahun 2010. Rezeki kami lebih skit..kami beli umah kat Ukay Perdana nih. Alhamdulillah..makin bertambah harta sepencarian kami. Bukan nak bangga dengan harta yang sedikit itu...tp ianya sebagai inspirasi untuk kami terus berusaha memperbaiki taraf kehidupan kami.

Luqman sekarang pun sudah 4 tahun...tahun depan dah sekolah. Selalu cakap kat dia..ibu dan ayah x ada banyak harta. Luqman kena belajar rajin2 sebab ilmu jer yang ibu ayah mampu beri. Kalau Luqman pandai...insyaallah, Luqman akan berjaya..Luqman dapatkan la apa yang Luqman nak kalau dah berjaya nanti.

Ingat2 balik...sedih dengan liku2 kehidupan yang telah kami lalui. Bukan sedih dengan nasib diri...tp sedih dengan orang2 sekeliling yang bercakap memacam tentang kitaorang. Macamana keluarga sendiri mereka cerita..huh...x mampu nak cerita la.

Apapun...kite bersyukur dengan apa yang DIA anugerahkan pada kite. Walaupun tidak seperti yang kite harapkan pada awalnya..tp alhamdulillah..x boleh tamak haloba kerana semua ni adalah pemberianNya...

Moga ikatan ini terus berkekalan. Moga kami akan terus bersama selamanya. Semoga kami dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah. Semoga kami terus berada di landasan yang betul...Moga kami terus bersama denganNya selamanya...*

Wednesday, December 8, 2010

Sekadar Menconteng...*

Lama giler x menconteng kat sini kan. Citer tu banyakkkk sangat kalau rajin...tp disebabkan kemalasan tahap haper...bersawang la blog ni kejap. X tau la nape mood untuk menconteng di sini x der.

Citer pasal kerja..cam biasa jer la. X der apa yang nak di coretkan sangat. Lagpun..bukan menarik sangat pun citer pasal kerja kan. Masih kat MPC..department yang sama..kerja2 yang sama.

Citer pasal Luqman...alhamdulillah..budak tu dah makin besar. Dah nampak penerimaan dia terhadap adik yang bakal lahir tengah tahun depan. X tau la pas baby keluar nanti camana lak penerimaan dia. Tunggu dan lihat jer la nanti. Makin banyak kerenah..makin banyak cakap dan makin banyak peel. Huh...kekadang x terlayan perangai dia tuh. Tapi alhamdulillah..masih mampu bersabar.

Susu botol masih lagi nyot2. Tapi x der la sekerap dulu. Time nak tido baru la dia minta susu. Kalau keluar g memana...kite memang xkan bawa susu botol pun. Kalau dia minta susu..singgah la memana kedai belikan susu kotak.

Kalau dapat laptop..jangan harap la nak dapat kat kita. Dia la yang menjadi pengguna tetap. Apa yang dia main..mesti la games. Sebab tu la kat umah wat masa ni masih x der laptop/PC dan internet. X nak jadi gini la. Leka ngan games jer.

Waktu peel elok...suruh la apa jer..mesti dia wat. Tapi kalau peel x elok...guna suara paling lembut pun..x dilayannya. Itu la anak kite yer kengkawan...memang serupa peel ayahnya. Ha3...tp Luqman lagi rapat ngan ibunya ni yer.

Pasal pregnancy lak..alhamdulillah...dah melepasi usia 3 bulan..dah nak masuk 4 bulan pun (ikut scan la). Tapi, mabuk2 dan penat2 badan masih lagi x ilang. Peknen kali ni memang teruk dibandingkan ngan Luqman dulu yang serba serbi menyenangkan. Mungkin dugaan lebih peknen kali nih. Dah 3 kali scan dan due yang dapat ialah 15/6/2011. Ikut date last period lak 27/5/2011. X tau la tarikh mana yang jadi pilihan baby untuk keluar nanti. Cam Luqman gak la dulu...ada dua date..last2 dua2 x betul...Plan untuk bersalin kat mana nanti...belum diputuskan lagi. Masih mencari dan menunggu untuk membuat pilihan. Pantang nanti plak..mungkin sendiri2 je la..suruh la hubby cuti seminggu dok kat umah sementara menunggu kite bebetul kuat.

Masak memasak kat umah...boleh dikira la berapa kali seminggu dapur tu berasap. Kalau masak benda2 yang berkaitan udang..konpem kite akan mengalami mabuk yang sangat teruk. Masa masak mesti tutup idung...pas masak dok terbaring n ulang alik ke toilet mengelurkan isi perut. Loya memang x leh blah orang ckp.

Kalau jenjalan x...memang x tahan sangat. Mabuk keta la plak kali nih. Kalau kejap2 tuh..boleh tahan lagi. Kalau dok dalam keta yang memakan masa lebih 30 minit...mula la nak pecah kepala rasanya. Pastu..tanggung la seksa ulang alik ke toilet. Yang ni memang x tahan...Sampai ke ulu hati rasa sakit akibat muntah yang keterlaluan.

Apapun...semua tu dugaan...