BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 22, 2010

Sekadar Cerita Biasa...*

Agak lama gak tak menconteng. Waaaa...mood...ke mari la dikau. Siyes oooo...memang x der mood nak menconteng.

Sebenarnya..banyak cerita nak diceritakan tapi disebabkan mood x kunjung tiba...abaikan la cerita2 itu. Bukannya penting sangat kan. Lagipun...cam x der sape2 nak baca blog x seberapa nih. Ha3..jadinya, suka hati tuan punya blog la nak menconteng bebila. Orang kata..ikut mood..kalau mood ada...banyak la hasil contengan...kalau x..berjanggut la menunggu.

Ari tuh g tengok teater Uda dan Dara. Kat mana lagi kalau x kat Istana Budaya. Kitaorang g tengok ari Sabtu malam. Kebetulan dapat tiket free...pegi jer la. Ha3..kebetulan tuh..padahal setiap kali g tengok teater kat Istana Budaya...x pernahnya berbayar. Semuanya free...kalau nak kena bayar..minta maaf la hamba...x kuasa.

Pasal teater nih malas nak komen sangat. Ha3..mana la tau kot2 ada pihak yang berkecik hati bila baca komentar kite kat sini. Oleh itu..baik diamkan ajer...mana yang rasa x best..simpan dalam hati or sembang2 ngan hubby..

Ni la kali pertama dok kat Upper Circle kat dalam Istana Budaya. X berapa best sebab tinggi. Uhukkksss...kan best kalau dapat dok kat Grand Circle. Ermmm...tp jangan nak berangan yer tuan umah..dah namanya tiket free...dok la kat atas tuh..

Luqman memula tu excited bila tau nak jumpa ngan Abang Qayyum n Kakak Ain. Tapi, disebabkan oleh panjangnya teater ini ditambahkan lagi dengan waktu rehat selama 15 minit...budak kecik tu keboringan. Terpaksa la pujuk2 dengan kata2 ugutan. Ha3..camana tuh..Ok puan2..camni la caranya yer. Kite cakap kat dia...kiri kanan pintu masuk tuh ada security..kalau diaorang tengok Luqman dok bising n x dok dendiam..diaorang akan tepon police. Jadinya, dengan cara ini bolehlah kitaorang menyaksikan Uda dan Dara sehingga habis walaupun x berapa nak tenang disebabkan oleh pertanyaan2 daripada Luqman. Teater tamat kul 11.30 malam. Inilah teater pertama yang kite tengok yang ada waktu rehat. Hebat x..ha3..

Paginya sebelum g tengok teater..kitaorang pegi ke Hospital Ampang. Melawat kawan yang warded kat situ akibat denggi. Ni la kali kedua Kak Zati kena. Sebelum gerak..kite dah siap2 masak lunch. Ayam Goreng Kicap, Telur masin dan Sup Ketam. Sup n ayam tu bawa skit tuk Kak Zati. Dah orang cakap..sup ketam baik untuk sembuhkan denggi...gagah gak la mencari ketam balik dr keja Jumaat tuh. Tp..ketam x berapa fresh. Jenuh la rendam kat dalam air gandum nak bagi ilang bau n mana2 yang patut. Sib baik la Kak Zati cakap sedap. Kalau x...kesian dia terpaksa makan sup yang x best.

Rupa2nya...kanak2 di bawah umur 12 tahun x dibenarkan melawat ek. Baru ku tahu. HKL tu pun x camtuh. Pastu..waktu melawat ari Sabtu dan Ahad pun sama ngan waktu2 ari biasa. Aduyaiii..sian kat Luqman n hubby yang terpaksa menunggu kat bawah. Sib baik la pastu ada kengkawan yang sama2 ada anak yang datang melawat. Lepak la diaorang kat bawah sambil menunggu kaum2 wanita melawat kat atas.

Dah panjang berjela gak cite nih kan. Dalam x der mood...boleh la menconteng. Pedulikan..

Nak citer pasal Luqman lak. Budak tuh dah 3 tahun 8 bulan. Kejap kan masa berlalu. Tup2..budak ni dah pandai menjawab n memberikan alasan. Ha3...layankan jer la

Sekarang ni...tiap kali naik keta...mesti nyanyi lagu Ibu Ratu Hatiku n Kereta Merah. Kekadang dok kat bilik dia pun..dia suka nyanyi lagu ibu tuh. Syahdu jer ibu dengar sayang...

Ari tu masa g Hospital Ampang..kite pegang la anak buah kawan kite yang berumur 3 bulan. Baby boy. Bila nampak kite pegang..Luqman suruh kite duduk sebab dia nak kiss. Elok jer dia main ngan baby tuh (sama cam pengasuh dia cakap). Ikutilah perbualan singkat Luqman n ibu yer

Ibu : Luqman nak bb x
Luqman : Nak
Ibu : Ibu bawa balik bb Khalish eh
Luqman : Bb ni eh Bu
Ibu : Yer la..Luqman nak x
Luqman : X nak la Bu
Ibu : Nape pulak..Luqman x nak bb eh
Luqman : Luqman x nak bb nih...Luqman nak bb ibu ( sambil tepuk2 perut kite)
Ibu Luqman hanya mampu sengih jer

Luqman sayang..ibu tau Luqman suka bb. Tapi nak wat camana..belum ada rezeki untuk Luqman bergelar Abang Long. Satu hari nanti yer sayang.

Ari tu kan pernah cakap..kite dalam usaha pisahkan tempat tido Luqman. Korang nak tau..x berjaya la nak tidokan dia lam bilik sendiri. Tapi, apa yang kite wat sekarang ialah..asingkan tempat tido dia n kite. Kite tido atas katil..dia tido kat tilam kat bawah.

Ada satu malam tuh..dia tertido kat bilik dia. Awal lak tu. Jadinya...kite biarkan jer la dia kat bilik dia. X tau la kul berapa..tetiba dengar suara dia..Ibu... ibuu.. tengok2 Luqman dah masuk bilik kite sambil peluk bantal dia. Jadinya, tu la kisahnya.

Umah sekarang lum lagi susun atur bebaik. X sempat n belum lengkap lagi perabot kat umah tu. Cadangnya nak beli meja makan..pastu leh la deco2 setakat yang mampu...

Ok la yer..mood menconteng dah abis...dah x tau nak citer pasal apa lagi..babai..*

Monday, July 12, 2010

Pasar....*

Assalamualaikum

Lama betul x menconteng kat sini. X tau la nape mood untuk berblog x der tika dan saat ini. Ari ni ingat nak conteng sesikit. Ok la kan daripada terus berhabuk.

Pagi tadi..otw nak g keja...dengar la radio. Pilihan kami...Hot FM. He3...malas sebenarnya nak tukar2 channel radio lain. Ha3....tu la alasan utama nape kitaorang asyik la dengar radio tuh.

Oh...berbalik kepada topik yang dibincangkan pagi tadi. PASAR.

Semua sudah sedia maklum...pasar ni la tempat kita nak cari lauk2 basah..sayur2 dan yang berkaitan dengan pasar la. Jadinya, kita dah tau..kalau nak cari lauk2..sayur2...buah2...pasar la yang dituju. Dah x pelik sangat kan sebab dari kecik memang dah diajar camtu.

Cuma...sejak dok KL ni..baru la tau yang...kalau nak cari lauk2 basah..sayur2...kat supermarket pun leh cari. Senang kan. Tapi tuh la..kalau kat supermarket nih...ikan kekadang x berapa segar...kekadang ada yang letak ubat untuk bagi tahan lama. Ermmm...

Kalau kat kampung..pasar la yang kita tuju untuk cari benda2 yang kite sebutkan kat atas tuh. x der nya nak cari barang2 basah kat supermarket. Cuma...sekarang ni jer yang berubah. Biasa la kan..peredaran zaman dan pembangunan.

Ermmm..berbalik pada topik pagi tadi kat Hot FM..Fara Fauzana berada kat Pasar Borong Selayang. Wat per kat situ...haaaa...AG n FBI dah dera dia untuk menjual sotong kat sana. Mengapa sotong...sebab ada sangkut paut ngan PAUL SI SOTONG yang meramal kemenangan kat WC. He3...memacam kan.

Sesambik tuh..diaorang bacakan gak la SMS dr pendengar...terima panggilan dari pemanggil. Rata2 yang kite dengar...org pompuan yang dah kawin ni kebanyakkannya serahkan tugas membeli barang2 basah kat pasar kepada suami. Kenapa eh...

Alasan diaorang, pasar ni kotor n busuk. Jadinya...diaorang tunggu kat dalam kereta sementara suami lak masuk pasar. Nak komen lelebih x berani la plak..kot2 ada yang tersentap nanti. Tapi kalau fikir secara logik...patut ke camtu eh.

Ada yang ckp...saya x pernah masuk pasar. Saya x sanggup masuk pasar sebab pasar busuk..kotor...dah la berair2 atas lantai tuh. Jadinya, suami saya la yang beli semua lauk2 n sayur.

Bila AG n FBI tanya...kalau siang2 n bersih2 lauk2 tuh camana plak. Dia boleh cakap...kalau ikan suami saya yang siang n bersihkan sebab saya x makan ikan. Kalau lauk2 lauk2 basah lain...saya siang n bersihkan jer. Apa komen korang eh...

Ada yang cakap...saya pernah terjatuh atas lantai pasar di depan abang hensome. Dah la pakai heel. Sejak tuh saya x pernah jejak ke pasar tuh lagi. Memacam kan.

Ok...kali ni nak bgtau pasal kite n pasar lak. Yer la...tadi dok menconteng pasal orang lain kan.

Kat KL ni..kite selalunya beli lauk2 basah kat pasar malam kat ofis nih. Beli stok untuk seminggu terus. Kat sini...pasar malam setiap ari selasa, khamis dan sabtu. Jadinya memang x der masalah nak dapatkan lauk2 basah. Kekadang kite g pasar tani. Tapi...jarang la kan.

Kalau balik kampung..memang wajib g pasar. X kira la balik umah MIL atau umah mak kite. Memang akan pegi pasar. Jijik...errrmmm...x der la. Memang benda tu dah jadi satu keperluan. Nak ke supermarket...cam x berapa yakin dengan lauk2 basah kat situ. Ayam..ikan...x tau segar atau x..

Jadinya...semua ni ikut memasing nyer badan la. Ada yang lagi suka ke supermarket untuk cari barang2 basah sebab dalam masa yang sama boleh cari barang2 lain gak. Kiranya..sambil menyelam minum air la. Ada yang suka ke pasar sebab boleh dapat lauk2 yang segar. Tepuk dada...tanya selera....tp tolong la wahai kaum wanita..jangan la jijik untuk ke pasar...*

Wednesday, July 7, 2010

Wasiat Untuk Isteri Tersayang....*

Kali ni nak tempek email yang kite dpt...x der mood nak menconteng la skrg nih....

Salam, kisah yang menarik untuk dikongsi..

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarha m adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham- sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. "

"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah. Buat semua, pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawin nanti, kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa