BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 26, 2014

Wan Lanaa Haseefa...puteri yang dinanti...*

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dikelahiran ke tiga ini, Allah kurniakan zuriat perempuan sebagai penyeri rumahtangga kami. Seronok dan bersyukur sesangat atas kurniaanNya ini. Dan, kami namakan satu2nya puteri kami WAN LANAA HASEEFA yang bermaksud lembut serta bijak dan pandai. Insyaallah, moga Lanaa membesar seiring dengan maksud namanya ini.

Dari awal kehamilan, simpton2 pembawakan kite cukup berbeza berbanding anak2 sebelum ini. Hati kuat mengatakan kite mengandungkan zuriat perempuan tetapi akal tidak mahu terlalu mengharap. Takut kecewa aje.

Buat scan pun, doktor tidak berani nak bagi pengesahan sama ada kite mengandungkan anak lelaki atau perempuan. Memang nampak macam perempuan, tetapi dalam masa yang sama...ciri2 bayi lelaki tetap ada. Camana tu?

Tapi x per. Kami redha andai zuriat ke tiga ini masih seorang lelaki. Darah daging sendiri tu yer. Bukan senang nak membawa perut ke hulu ke hilir. Walaupun ini mungkin zuriat terakhir dalam keluarga kecil kami, kehadirannya tetap kami sambut dengan kesyukuran.

Disebabkan jantina bayi dalam rahim kite tidak dapat dipastikan jantinanya, pakaian yang dibeli adalah natural. X der pink pun. Kite menghadapi kesukaran untuk membeli pakaian dan peralatan bayi. Kali pertama ke kedai, niat memang nak beli pakaian bayi...tapi kite batalkan hasrat sebab mata ni asyik nampak pink...bunga2 adalah yang cantik.

Memasuki usia kandungan 8 bulan, beli aje la pakaian yang biasa. Hijau, putih, oren, kelabu dan coklat aje la yang kite pilih.

6 hari selepas kelahiran, Lanaa ditahan di hospital disebabkan jaundice. Seperti anak2 yang lain, WLHs memang x lepas dari terkena prolong jaundice. Jadinya, kena la kerapkan breastfeed.

Cerita pasal warded kat Hospital Ampang malas plak kite nak cerita. Buat sakit hati je.

Sekarang, diusianya yang hampir mencecah 3 bulan, x banyak kesukaran yang kite hadapi.

Lanaa sudah pandai senyum bila diagah. Amat suka senyum dan menampakkan lesung pipitnya yang nampak x nampak tu.

Alhamdulillah, hingga kini masih menyusu badan sepenuhnya. Kalau dalam pantang dulu, Lanaa adalah budak yang kuat menyusu. Tapi, sejak kite mula bekerja ni, dia agak kurang menyusu tapi beratnya masih lagi naik.

Jari2nya juga sudah mula belajar untuk mengenggam. Dia cukup suka pegang tangan kite time menyusu. Syahdu plak bila matanya memandang kite tanpa berkelip. Waktu ni rasa bahagianya bergelar seorang ibu

Sejak akhir2 ni, suka plak dia menghisap tangannya yang tembam tu. Nak hisap jari x pandai lagi gamaknya, Jadi tangan la yang jadi mangsa. Dah merah cam lovebite plak tangannya tu. Adoiiii Lanaa...

Kalau menangis, x der perlahan2 dah. Menangis dah cam menjerit sekali dengan air mata keluar. Bukan skit2 air mata tu. Dah cam sakit bebenar gayanya. Tapi, senang dipujuk. Dengar suara kite. Pastu kite usap2 kepala dia...confirm stop la nangisnya. Adoiii sayang. Ibu rindu kamuuuu

Abang2 cukup sayangkan Lanaa. Selasak2 Harraz, alhamdulillah..belum pernah lagi dia apa2kan Lanaa.

Sunday, June 1, 2014

Sudahhhhhh...

Adoiii la mak. Entry pasal pengalaman bersalin dah terdelete la.
Malas la plak nak menaip balik
Tp insyaallah, kalau rajin nanti kite taip la semula
Tunggu kerajinan menjengah