BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 30, 2010

Jom Mandi Manda..*







Kali ni nak citer kisah ari Sabtu plak.

Memandangkan x der idea nak g memana...jadinya plan la ke Sungai Congkak. Lagipun...dah lama x g beriadah ke sungai nih. Teringin gak la nak menikmati keindahan alam sambil2 merendamkan diri ke dalam air sungai yang sejuk itu.

Kitaorang pergi cuma 4 orang termasuk Luqman. Ajak kengkawan lain gak...tp cam x der respon. Tetapi, perancangan harus diteruskan. Walaupun x ramai...hasrat hati untuk berendam x boleh di biarkan.

Kite masuk nasi goreng cina, sandwich..pastu bawa puding mangga n air kotak. Kak Zati cuma masak mee goreng.

Gerak dari umah kul 8 pagi...ambik Kak Zati kat Ampang n terus gerak ke Langat. Sampai sana...harus la cari port dulu. Memula nak duduk kat tmt yang biasa kitaorang lepak kalau g sana. Tapi, kali ni hubby suggest cari port lain. Jadinya, kitaorang lepak kat tmt yang baikkkk punyer..

Luqman memang x naik2 dari awal. Asyik berendam n main pasir jer. Kite ni naik gak la tp naik untuk isi perut jer. Bila badan sejuk nih...perut pun asyik la lapar. Ha3...camana la badan ni nak mengecut.

Memang sakan la kitaorang berendam. Puas hati yang amat...dah la tmt kitaorang tu x der sape yang berani lepak sama. Lagi la syok...x der gangguan.

Kitaorang gerak untuk salin pakaian kul 2 lebih...gerak balik untuk hantar Kak Zati kul 3..n sampai umah kul 3 lebih...Mata dah rasa ngantuk tp tahankan ajer. Dah tekad x nak tido waktu siang. Hubby n Luqman dah lama belayar..he3...

Apapun...masa kat dalam sungai tuh..kite n Kak Zati dah siap plan apa menu kitaorang bila berkunjung ke sana lagi. Ha3...x boleh blah...*

Shrek : The FInal Chapter..*



Nak cite kunjungan kitaorang ke panggung wayang untuk sekian kalinya. Kali ni kitaorang pegi ke Wangsa Walk Mall ajer. Malas nak pergi ke Galaxy Ampang tuh.

Pegi sana pun bila dah petang. Ambik copule seat n bayaran yang kena ialah RM30. Ok la kan sebab couple seat nih luas. X yah la nak pangku2 Luqman lagi.

Dia tengok pun kejap jer...bila dah sampai pertengahan cerita...dia yang belayar bersama2 Shrek tuh. He3...

Citer dah abis...singgah ke Cold Storage jap. Beli skit barang2 dapur n gula yang dah kehabisan stok kat rumah. Sib baik la umah kite nih x banyak pakai gula. Sekilo tu boleh tahan lebih dari 2 bulan. Sila la percaya sebab kite bukan la penggemar makanan or minuman manis. Gula yang ada kat umah tu pun sekadar untuk wat air hubby atau sesiapa yang datang umah. Sebab tu la kite x kisah kalau tetiba TV cakap susah nak dapat gula or gula naik harga.

Dah siap shopping ala kadar...balik la umah..*

Wednesday, May 26, 2010

Sedih..Gembira...Semuanya Bersatu Dalam Satu...*

Tu la perasaan yang ada dalam diri kite sekarang. Sukar untuk ditafsirkan...kenapa perasaan ini berkecamuk dan bersatu di dalam diri ini. Dakah kerana kite masih tidak dapat menerima hakikat sebenarnya. Sedangkan..kite tahu, semua ini sudah ketentuanNya.

Semalam kite dapat satu berita. Awalnya amat2 terkejut. Dah lama lost contact..dah lama x berhubung...akhirnya persoalan selama ini menemui jawapannya. Kite sepatutnya gembira untuk orang lain. Tetapi kenapa lain pulak yang berlaku.

Setiap hari..kite berdoa dah berharap agar dia menemui kehidupan yang dia cari. Kalau selama ini dia pernah memaklumkan akan kekecewaannya...tetapi kini bila mengetahui kegembiraannya..kenapa kita tidak ingin berkongsi sesama. Auhhh..mementingkan dirikah kite ini.

Tetapi, sejauh mana kekecewaan kite ini akan pergi kerana kehidupan dia perlu diteruskan. Lumrah manusia..akhirnya akan membina keluarga sendiri..itu adalah hakikat...siapa kite untuk menafikannya. Oh Siti...tolong jangan pentingkan diri sendiri lagi..

Semalam mungkin kite terkejut n sedih...tetapi hari ini..kegembiraan melihat kebahagiaan seseorang yang pernah menjadi kawan baik kite itu akhirnya muncul sedikit demi sedikit. Kite gembira kerana dia jumpa apa yang dicarinya selama ini. Tp kekecewaan kite tetap ada kerana kite dapat tahu berita ini dari orang lain..bukan dari empunya diri. Tapi, camana dia nak sampaikan pada kite kalau kitaorang dah lost contact bertahun2.

Pernah kite ceritakan dalam blog lama..kite terlalu kerap mimpikan dia. Pernah gak terfikir...dia ingatkan kite ke..kenapa kite terlalu kerap mimpikan dia. Dia mencari aku ke..mencari aku untuk hari bahagia dia. Ermmm..

Akhirnya, jawapan telah kite temui. Moga dia gembira menempuh hari2 mendatang bersama keluarga yang baru dibinanya...Amin...*

Tuesday, May 25, 2010

Selamat Tinggal Langkawi...*

Akhirnya..temph cuti2 Malaysia berakhir jugak. Sedih pun ada sebab rasa cam x puas ronda2 Langkawi lagi.

Flight kul 3.40 petang...ambik masa 50 minit untuk sampai ke KL. Semasa flight nak naik..Luqman dah tertido. Kejutkan dia pun...dia dah x heran. Ha3..ngantuk sangat la kan. Bila dah landing...dia celik mata n ckp..esok kita naik lagi eh bu. Aduiii..ibu chop duit gamaknya yer.

Sampai KLIA...menapak pegi ambik bagasi.terus ambik KLIA Ekspress.Perjalanan mengambil masa 28 minit ke KL Sentral. Sampai sana...naik la train yang penuh ngan orang baru balik keja.

Sampai Taman Melati...zooomm balik umah. Ohhh..bestnya bila balik umah sendiri...

Tu la sedikit sebanyak catatan cuti2 Malaysia kite. Cam x menarik..nak mengarang lelebih malas lak. Jadinya..wat la pependek je...jadi la..*





Bermulanya Sebuah Kisah...*

Sampai kat Langkawi..van Awana Porto Malai dah sedia menunggu kitaorang. Naik van n singgah jap tapau makanan. Check in n bilik lum ready lagi. Menunggu la kami kat sini sampai mengantuk dibuatnya.

Luqman seronok bila tengok laut n bot tepi tuh. Hubby dok melayan tenet kat lobi n kite lak...melayan Luqman n menahan mata dari terlelap.

Bila dah dapat kunci..terus gerak ke bilik. Cadangan asal memang x der nak g memana hari pertama nih. Ingat nak layan Luqman mandi pool bila dah petang skit. Luqman plak..masuk je bilik terus masuk bath tub. Berendam la dia kat dalam tuh.

Ha3...bila masuk bilik hotel jer...terus datang mood honeymoon. Adehhhh..lawak tuh la...tetiba waktu ni la nak romantik bagai. Tp x kena ngan tempat la kan sebab Luqman ada. Ha3...

Bila dah petang tuh..boleh plak Luqman layan mata dia tuh. Di bantainya tido..jadinya, cadangan untuk merendamkan dia dalam pool terpaksa dibatalkan. Bila dah dekat maghrib..jenuh nak kejutkan dia. Malam tuh kitaorang ada dinner..nak x nak..kena keluar bilik gak la..sebab tu la berusaha mengejutkan Luqman.

Dinner biasa2 jer...x der la sedap sangat. Lagi seronok melayan mata melihat keindahan ciptaanNya.

DAY 2

Hari kedua...bangun jer pagi tu pegi bekpes dulu. Pastu lepak2 kat lobi sementara tunggu van pickup kitaorang untuk island hopping.

Bermula la episod menaiki bot yang amat la digemari oleh Luqman. Pastu ke Tasik Dayang Bunting. Kite x mandi. Hanya melayan Luqman mandi kat kolam yang dikhaskan untuk kanak2. Hubby plak melayan berenang kat tasik tuh.

Jenuh oh nak memanjat tangga. Dah la x berapa nak sihat...rasa nak cramp kaki nih memanjat tangga2 batu tuh. Kekadang terkejut dek monyet2 kat tepi2 tangga tuh.

Sejam lebih kat situ..gerak untuk melihat helang lak. Seronok nengok helang2 tuh menyambar perut2 ayam yang dicampak oleh pemandu2 bot.

Pastu..gerak lak ke Pulau Beras Basah. Kat sini best sesangat. Walaupun matahari tegak atas kepala...kite tetap layan mandi kat pantai. Pantai nya bersih sesangat...pasir halus mulus jer. Hubby x mandi plak kat sini. Kite la yang melayan Luqman mandi manda. Sesambil berendam lam air..ikan2 plak mengelilingi kitaorang. Luqman siap cakap geli lagi.

Dah puas berendam...gerak untuk ke daratan plak. Balik hotel...mandi2 dan siap untuk keluar jenjalan. Kitaorang sewa keta Viva jer..

Terima kasih kepada GPS kerana memudahkan perjalanan kami di sini. Isi perut pun kat KFC Kuah tuh jer. Malas nak mencari2 kedai makan plak. Pegi Ismail Group untuk borong coklat...pegi Idaman Suri untuk beli pinggan mangkuk. Sib baik la bawa duit x banyak. Kalau x...memang banyak abis duit kat sini. Rambang mata menengok pinggan mangkuk yang murah n cantik2...Kalau pegi lagi ke Langkawi..harus di terjah Idaman Suri nih.

Pastu kitaorang pegi ke Dataran Lang. Lepak2 kejap je kat sini. Orang boleh tahan ramai x badan pun rasa x best. Mood nak berjalan2 dah x der disebabkan kelemauan badan nih.

Balik hotel...lepak2 kat hotel n tido.

DAY 3

Hari terakhir kami kat Langkawi. Flight kul 3.40 petang. Pas bekpes, sempat lagi la ronda2 pekan Kuah..g beli coklat lagi skit. Pastu g Makam Mahsuri...pegi mana lagi eh..lupa la plak. Balik hotel dah kul 12.00 tengahari. Sib baik la dah kemas2 apa yang patut pagi tuh. Jadi x der la kelam kabut mengemas untuk check out.

Dah check out...sempat lagi lepak kat Pantai Chenang. Pastu gerak untuk makan Laksa Power n cendol kat tepi airport tuh. Lepak2 situ jap...gerak ke airport. Check in dan menunggu masa untuk terbang ke KL.
























































Bermulanya Sebuah Perjalanan...*

Tajuk mesti la poyo skit kan.

Meh nak bgtau korang...destinasi cuti2 Malaysia kami adalah ke Pulau Langkawi. He3..kalau orang lain dah banyak kali jejakkan kaki ke sini...bagi kami..ini adalah kedatangan kali pertama kami ke sini. Ni pun ehsan CEO MPC yang menghadiahkan kakitangannya voucher bernilai RM600. Dan, selebihnya..pepandai la top up.

Flight kitaorang kul 11 pagi..ari Sabtu. Jadinya, kami gerak ke Stesen LRT Taman Melati dalam kul 8 pagi. Tinggal je keta kat situ dan gerak ke KL Sentral. Sampai sana..ambik ERL ke KLIA. Ni adalah kali pertama kami menaiki ERL dan disebabkan kali pertama...cam terpingga2 jap. Apa sebabnya...haaa...rupa2nya ada 2 jenis. Pertama ialah KLIA Express yang mana mengambil masa 28 minit ke KLIA. Keduanya ialah KLIA Transit. Yang ni berhenti2 kat stesen2.

Rupanya2nya..kat KLIA Express nyer stesen...sesiapa yang naik flight kat KLIA ( LCCT x pasti ) boleh check in terus eh. Bagasi pun dah boleh register kat sini. Jadinya, kami berlenggang kangkung la ke KLIA pas daftarkan bagasi kat sini. He3..punya la jakun.

Sampai KLIA, kitaorang g makan dulu. Eh...kite x makan..hubby je yang makan. Luqman mengamuk2 nakkan coklat. Sib baik la bila pujuk..makan saman gak budak tuh. Tapi..memang memerlukan kesabaran yang tinggi la untuk memujuk dia.

Kul 10.30 pagi..kitaorang masuk dalam tuh..tunggu jap dan terbang la kami ke Langkawi dalam cuaca yang hujan kat KL.



















Friday, May 21, 2010

Masa Untuk Cuti-cuti Malaysia...*

Ari dah Jumaat kan...waaaa...sepat betul masa berlalu...pejam celik..pejam celik...dah abis ari untuk bekerja. Esok n lusa dah boleh dok umah...tp x boleh goyang kaki la kan...mesti bertimbun2 gak keja tuh.

Kite lak...senin n selasa nanti cuti dari bekerja..masa untuk bercuti2an la plak. Ke mana destinasi kitaorang..biarlah rahsia. Insyaallah..kalau kite rajin snap pic...ada la pic untuk santapan korang.

Insyaallah, esok bermula la cuti2 Malaysia kitaorang. Senin balik KL n selasa lepak2 kat umah jer. Saja nak rehatkan badan. X boleh nak jenjalan ke mana2 pun sebab hubby dah keja ari tu.

Per pun..doakan kitaorang selamat pergi dan selamat kembali...*

Monday, May 17, 2010

Luqman n Tepon...*

Ok..sekarang meh tengok pic Luqman yang sungguh la leka ngan tepon hubby. Kalah kite ni bab menggodek tepon hubby. Luqman lagi terror tau. Kekadang tuh dia yang ngajar kite camana nak wat itu ini pakai tepon hubby.

Kekadang tuh..dia yang sibuk2 nak pakai tepon tuh. Bila ayah dia nak..jangan harap la dia nak bagi. Tu waktu dia leka la..kalau x...heran x dipandangnya tepon tuh. Ha3...

K..malas nak citer lelebih....