BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 8, 2013

Sanggup Ke?

Salam

Lama betul tak menconteng kat sini. Tak tau la kenapa mood dah menjunam ke laut. Kalau dulu blog ni dijadikan sebagai tempat untuk mencatatkan apa2 peristiwa sebagai kenangan...sekarang rasanya matlamat tu dah tak boleh pakai dah.

Semalam, balik keja kite singgah la ke pasar malam area ofis ni. Disebabkan nak cepat, pas beli lauk basah kite berpecah ngan hubby. Dia g cari barang yang dia nak, kite plak g cari barang2 lain.

Ramai je pengemis2 yang minta sedekah kat sini. Boleh dikatakan tiap2 kali pasar malam, aje je diaorang ni kat serata pasar malam. 3x seminggu pasar malam, 3x tu juga la ada je mereka2 ni kat sini.

Tapi, sekarang ni bukan nak bercerita pasal pengemis2 yang ada diserata ceruk pasar malam ni. Cuma nak cerita pasal pengemis pompuan yang bawa baby kecik ke tempat2 macam ni. Ya Allah, memang kesian sungguh tengok baby tu kat situ. Walaupun berpangku, tapi baby tu terdedah dengan asap2 dari generator yang dipasang, lopak2 air yang mungkin mengandungi bermacam2 kuman, asap rokok..macam2 lagi la. X sanggup rasanya menengoknya. Ni bukan baby yang umurnya dah setahun tu. Tapi baby yang mungkin masih dalam pantang tu.

Sampai sekarang kite terbayang2 lagi muka baby tu. Tengah tido dipangkuan sape2 entah. Kalau ya pun nak menagih simpati, kenapa la gunakan baby yang masih kecil sebagai umpan. Makin geram ada la bila fikirkan manusia2 yang tak berhati perut menggunakan baby sekecil tu sebagai umpan.

Cuba fikir secara logik la kan. Camana mereka yang kurang upaya..tidak berkaki datang ke pasar malam atau tempat2 untuk mereka meminta sedekah jika bukan kumpulan tertentu yang hantar. Mana la pemantauan daripada pihak2 berkenaan untuk menangani isu ni.

Malas dah nak menulis panjang2. Mood kemalasan sudah datang...

Monday, June 3, 2013

Yeayyyy...Harraz sudah 2 Tahun

Salam

Lama x menconteng. Kemalasan adalah berada di tangga yang teratas sekarang ni. Kekadang, perasaan jemu untuk menconteng melanda diri. Sebab tu la senyap sunyi aje blog picisan ni.

Alhamdulillah, 3/6/2013...2 tahun sudah usia anakanda ke-dua..WAN LUQMAN HARRAZ.

Rasa macam baru semalam melahirkan Harraz. Rasa macam sekejap aje menyusukan dia. Ya, Harraz masih fully bf lagi. Tapi sayangnya, dia hanya nakkan direct bf aje. x nak EBM. Demand sesangat kan. Ha3...

Cakap masih pelat..melasak adalah no. 1. Alhamdulillah...melasak la anak. Janji awak sihat dan aktif.

Betapa peritnya mengeluarkan bayi seberat 4 kg 2 tahun lalu. Betapa penat dan letihnya badan menjaga anak yang meragam sepanjang tempoh berpantang. Aduiii..kenangkan saat2 tu rasa macam serik nak beranak lagi. Tapi tu la, bila tengok kengkawan mengandung dan beranak, cam seronok plak ada baby kecik. Kalau la beranak dan baby terus besar..syok kan. Ha3...berangan.

Pe pun, Selamat Menyambut Hari Ulangtahun anak ibu. Ibu sayang Harraz banyak2 sama seperti ibu sayangkan abang Luqman. Moga Harraz menjadi anak yang mendengar kata, umat Muhammad s.a.w yang soleh dan penegak serta penyebar agama dan ajaran Allah. Moga terus membesar dan sihat walafiat. Insyaallah...

Thursday, April 4, 2013

Pilihanraya...Fenomena Sekarang...*

Assalamualaikum...

Parlimen dah bubar..yea...akhirnya setelah berjuta-juta rakyat Malaysia tertanya-tanya bilakah masanya. Disebabkan tertanya-tanya, maka ramai la rakyat yang resah gelisah kerana segala perancangan mereka terpaksa ditunda atau disekat sementara.

Sana sini..bendera parti galak berkibar. Media elektronik dan media cetak juga berlumba-lumba memaparkan pelbagai isu yang kadang kala kite lihat berat sebelah. Sorry yer kepada sapa-sapa yang membaca blog ini. X terniat pun untuk menimbulkan isu panas. Tetapi itu adalah kebenaran.  Kekadang, kite menyampah nak tengok berita disebabkan isu-isu yang berat sebelah. 

Ikhlas, kite akan pilih PAS tapi akan tolak PKR. Meh sama-sama sokong kite meh.

Balik kampung hari tu, bukan main meriah lagi bendera-bendera parti berkibar di tepi-tepi jalan. Rasanya lebih meriah dari KL ni. Tu belum bubar Parlimen. Ni dah bubar, mesti lagi meriah dengan bendera kan. Kekadang boleh mengganggu pemandangan pun ada.

Pembaziran juga ada di mana-mana. Kalau setakat bendera dan banner di bentang, kosnya x der la terlalu banyak. Tapi kalau sampai letak benda yang seperti signboard tu (x tau apa nama yang lebih tepat)..x ke membazir tu. Lepas pilihanraya dah kena buang.

Kempen pun bersepah-sepah kat TV. Bab ni x nak komen lelebih.

Tau la banyak dapat support dr VIP..tp berpada-pada la kan. Membazir sangat sebenarnya. Kan bagus kalau duit tu dilaburkan pada sesuatu yang lebih berfaedah.

Ok..malas nak melalut lebih-lebih. Nanti jadi isu panas plak.

Monday, April 1, 2013

Menulis...Itu Kegemaran Saya...*

Ha..kan dah kata. Kembali lagi dengan cerita yang lain. X nak dah sambung cerita tadi...

Menulis..itu kegemaran saya. Itu adalah kebenaran. Sejak dahulu saya pernah bercita-cita untuk menulis novel sendiri. Jangan gelak ok. Itu cita-cita dan cita-cita tidak semestinya menjadi kenyataan. Kalau tak, tidaklah saya mempunyai berbelas-belas cita-cita sejak Darjah 1 tetapi akhirnya cita-cita yang berbelas-belas itu tidak menjadi kenyataan. Itu adalah kenyataan.

Semasa sekolah dahulu, jika cikgu meminta pelajarnya membuat karangan, saya cukup seronok sebab di waktu itu saya boleh berimaginasi sendiri untuk menghasilkan karangan saya. Ha3...nampaknya saya memang seorang manusia yang suka berangan-angan. Jangan angan-angan mat jenin sudah la.

Pernah cikgu meminta saya membacakan karangan saya di dalam kelas untuk kawan-kawan sekelas dengar. Iya, karangan saya pernah menjadi karangan terbaik. Bangga jap walaupun ketika itu karangan itu hanyalah latihan biasa di dalam kelas dan bukannya soalan peperiksaan.

Mungkin sebab saya suka menulis, saya mampu meneruskan mata pelajaran sastera semasa Tingkatan 6. Sebelum ini, saya tidak pernah sekalipun belajar subjek berkenaan dan kerana itulah, saya ada ketikanya tidak yakin untuk mendapat keputusan yang baik setiap kali peperiksaan. Tapi, alhamdulillah...akhirnya keputusan peperiksaan tidak mengecewakan.

Semasa Tingkatan 4, saya pernah menggabungkan 2 buku tulis nipis untuk dijadikan sebagai medan untuk saya meluahkan imaginasi saya di atas kertas putih itu. Saya menulis ketika saya bosan dan ketika saya bersendirian di rumah. Dan, percayalah...hasil tulisan itu tidak pernah saya tunjukkan pada sesiapa sebab malu dan merasakan ianya hanyalah khayalan bodoh saya sahaja.

Dan, sejak itu, saya mula meninggalkan hobi saya yang suka berangan-angan itu. Itu juga adalah kebenaran.

Sejak itu juga, saya hanya suka membaca novel-novel yang ditulis oleh mereka2 yang mempunyai kreativiti yang tinggi berbanding diri saya sendiri. Tapi, saya malas nak beli novel la. Saya hanya suka baca novel dan Kak Zati merupakan peminjam novel yang setia meminjamkan novelnya kepada saya. I Love U la Kak Zati.

Sejak 2 bulan yang lepas, saya tergerak hati untuk kembali menulis. Bezanya kini, saya tidak lagi menjadikan buku sebagai tempat untuk saya berimaginasi. Skrin putih dan keyboard menjadi alat untuk saya berangan-angan. Tak tau la tulisan yang masih belum siap itu akan saya kongsi dengan kengkawan atau tidak. Segan sebenarnya. Sekarang hanya 50 muka surat lebih baru siap. Masih banyak lagi yang perlu saya lakukan. Dan, sudah lebih sebulan saya tidak menyambung imaginasi saya di skrin putih berkenaan. Insyaallah, jika rajin, mukasurat pada skrin itu akan bertambah. Jika malas, terbiarlah ianya di situ.

Nak stop dulu. Jumpa lagi yer

Salam.....*

Manusia...Tentunya Berbeza...*

Hari ni teringin untuk menconteng lagi. Mungkin sebab kepala tengah serabut dan hati juga tidak tenang. Aduiiiii...sabarlah wahai hati.

Bercakap tentang manusia, dah terbayang di mata ini tentang peel perangai mereka yang berbeza. Walaupun rambut sama warna, tapi hati sudah pasti lain warnanya. Nak2 sekarang ni kepala mereka yang bergelar perempuan juga sudah ditutupi oleh tudung yang bermacam fesyen dan coraknya. Yeahhhh..saya masih setia dengan bawal ye. Iyer, bawal sekarang sudah ada kombinasi warna. Eh...terlari tajuk pulak

Malas nak fikir tapi kekadang otak ni tidak mampu untuk menidakkan semua yang berlaku. Hati cuba untuk berfikiran positif tapi bila ianya membabitkan diri kita, apa yang difikirkan positif itu juga tetap akan menganggu fikiran ini. Macamana tu?

Sebagai seorang manusia juga, kite tidak mampu untuk mengawal manusia lain dari menilai diri kite. Penilaian yang baik mungkin menyeronokkan tapi penilaian yang bukan sebenarnya penilaian tetapi lebih kepada tuduhan dan hukuman itu yang membuatkan hati empunya diri tidak tenang walaupun telah sedaya upaya untuk menyingkirkan perasaan sedih dan geram itu.

Iya...saya manusia yang kekadang tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Tapi, cuba lihat dan kaji terlebih dahulu, kenapa dan mengapa ianya terjadi sebegitu. Adakah perlu empunya diri terbaring tidak bermaya barulah akal fikiran boleh menerima alasan dan sebab kenapa kesalahan itu berlaku. Fikir....fikirkah lah

Bukan menegakkan benang yang basah. Bukan juga ingin menutup kesalahan diri. Tetapi, dengan jari dan menunding kesalahan itu kepada kite, apa yang boleh kite buat lagi. Jangan disebabkan kesalahan diri sendiri, jari menunjuk kepada orang lain yang pada ketika itu tiada di situ. Itu tidak adil...sangat sangat tidak adil

Ok....tolong stop Siti. Lebih baik berhenti dari merapu meraban entah apa2. Nanti sambung lagi tentang cerita lain. Insyaallah...jika diizinkanNya....*

Sunday, March 31, 2013

Cuti Sekolah...*

Assalamualaikum...

Lama rasanya tidak menconteng kat sini. Kemalasan berada di tahap yang maksima.
Tapi, kali ni rasa nak merapu skit. Tak nak bagi bersawang sangat blog nih.

Seminggu sekolah bercuti, seminggu juga la kami balik ke kampung meninggalkan Kuala Lumpur yang sentiasa sesak dan melemaskan. Lega yang amat dapat keluar dari bandaraya yang tidak pernah kenal erti tidur dah berehat.

Gerak dari rumah pukul 6.30 pagi hari Sabtu. Memang kebiasaan kite untuk bergerak awal kalau nak pulang ke kampung. Yer la kan, kalau kampung dekat tak ada hal la nak gerak lewat. Kalau dah makan masa 6-7 jam atas jalan, pukul berapa nak sampai kalau petang baru nak gerak.

Anak2 yang tengah tido kitaorang angkat ke kereta aje. Sampai kat RnR baru mandikan diaorang. Bekal dah siap masak awak2 dari rumah. Senang macam ni. Tak payah la nak bersesak2 dengan orang ramai kat RnR. Lepak je kat mana2 pondok, makan la sampai kenyang kat situ.

Sampai Setiu lepas Zohor. 2 kali berhenti sepanjang perjalanan. Sekali untuk makan dan mandikan budak2. Sekali lagi untuk hubby lelapkan mata yang tetiba dirasakan berat.

Hari pertama kat kampung, x pergi ke mana2. Berehat aje kat umah.

Yer, Terengganu tersangat panas. Panas yang membahang dan menyilaukan mata. Berpeluh2 kat dalam umah. Hubby cakap, dok dalam rumah sama seperti dok dalam microwave. Tu perumpamaan yang hubby bagi.

Hari ke dua, pegi pantai. Itu adalah permintaan Luqman yang sedari hari pertama dok berzikir nak ke pantai. Pegi pun lepas Asar. Malas nak meredah panas matahari kalau pegi awal2. Luqman main pasir. Harraz duduk di atas riba ibu dia. Harraz amat penakut dengan ombak. Asyik nak berpeluk dengan kite aje. Haih la Harraz...kenapa la penakut sangat ni. Penggeli pun nombor satu. Tapi bab mengusik dan menyakat si ibu ni, dia la nombor 1.

Lepak kat pantai kejap aje. Pukul 6.45 petang gerak balik dah. Malas nak lepak lelama kat sana.

Pagi Isnin, x kemana2 pun. Cuma petang tu lepak kat kedai makan dengan kawan hubby. Sedap la plak sup ayam kat situ. Nasi goreng untuk bebudak ni pun sedap.

Selasa pagi, pegi Pasar Pagi kat Permaisuri. Geram nengokkan tudung yang lawa2 kat situ. Tergerak hati gak nak beli bebanyak n balik jual kat KL. Tapi.......sila la sambung sendiri ayat kat belakang tuh yer.

Petang plak hubby ajak g sungai. Kali ni kite berendam sekali. Syok sangat bila panas2 dapat berendam dalam air sungai yang sejuk. Luqman x nak balik. Harraz pun menangis2 x nak balik. Harraz tu dah start syok berendam. Masa memula masuk sungai, dia la yang menangis2 dan peluk kuat2.

Kite dok bersila dalam sungai. Letak atas riba dan peluk kuat2. Dia dah naik syok, abis percikkan air kat kitaorang pastu dok tergelak2. Dok sana dalam sejam lebih aje. Nengokkan langit cam mendung, terus bersiap untuk balik. Walaupun seronok, hati x tenang sebab terpampang AMARAN : FENOMENA KEPALA AIR. Tu la punca kenapa kitaorang x  nak lepak lelama kat situ walaupun best.

Rabu, gerak balik Kelantan. Balik umah mak kejap. Lepak2 sebentar n gerak g Chabang Tiga. Pegi supermarket kat situ. Hubby nak beli barang skit.Pastu berenti makan nasi kukus.

OTW balik umah mak, singgah jap Padang Tembak jumpa Pija. Kawan yang pernah bersekolah bersama, belajar bersama2 di UKM tapi kerja x sama la plak. Kite kenal Pija masa sekolah rendah tapi tak la kenal sangat. Masuk sekolah menengah, masih bersekolah di tempat yang sama tapi lain2 kelas. Tapi, kenal la muka dan nama tuh.

Masa Form 6 barulah kite sekelas ngan dia. Dah jadi kamceng dan digelar geng tangga oleh cikgu. Kawan yang sama2 suka menyakat. Sekelas la dengan dia selama 2 tahun di SMKKB tuh.

Abis STPM, belajar kat UKM sama2. Kursus sama..kolej aje x sama. Balik kampung dan pulang ke Bangi pun bersama2. Hari konvokesyen adalah hari terakhir kita jumpa dia. Walaupun tahu perkembangan masing2 melalui FB dan blog, x sama la dengan jumpa secara bersemuka ni. Memang lama gila la x jumpa dia. Konvo pun tahun 2003. Maknanya dah 10 tahun la kan.

Jumpa dia kejap aje. Kesian plak dia berkejar balik keja untuk jumpa kite. Pe pun, terima kasih untuk bubur jagung yang dihidangkan. Kite x larat nak makan sebab perut dah penuh. Harraz pulak layan melasak kat rumah Pija walaupun kali pertama ke sana.

Balik umah..rehat2 jap. Patu gerak ke stesen bas TESCO untuk hantar kakak2 kite yang nak balik Ipoh. Walaupun kali kedua ke sana dan dengan ingatan kite yang samar2 tentang jalan ke sana, alhamdulillah sampai gak tanpa sesat. Terima kasih kepada ingatan yang masih jelas walaupun dah beranak dua. Ha3

Cadangnya nak g pasar malam Padang Tembak. Tapi, impian tu hanya tinggal impian bila sampai ke sana, yang tinggal hanyalah gerai2 yang sedang dalam proses kemas mengemas oleh empunya gerai. Kecewa skit tapi x apa la. X der rezeki kan

Esok paginya, ke bandar Kota Bharu yang ku sayang. Pesat membangun bandar KB. Saya sayang Kelantan dan saya benci manusia yang suka memandang rendah pada negeri Kelantan walaupun dia sendiri x pernah sampai Kelantan. Saya sokong P........(sila isikan sendiri yer).

Shopping skit2 kat Pasar Siti Khadijah. Pastu ke Chabang Tiga lagi sekali. Belikan barang2 skit untuk anak2 buah. Sampai umah mak, lepak2 kejap sambil mengisi perut sebelum gerak semula ke Terengganu. Saya akan pulang lagi Kelantan. Kelantan sentiasa di hatiku.

Jumaat petang, gerak ke Bukit Payung umah kawan hubby. Lepak kejap aje pun sebab dah petang kan. Perjalanan nak ke sana pun nak makan masa 2 jam pergi dan balik. Jenuh ok dok dalam kereta.

Sabtu, g Pasir Putih, Kelantan kejap untuk settlekan hajat hubby. Cadangnya nak gerak balik KL hari ni tapi disebabkan jalan yang sesak diakibatkan kerja2 membaiki jalan oleh manusia2 yang tak reti membuat perancangan, rancangan kami akhirnya di tunda ke hari esok. Petangnya gi mencari keropok lekor untuk di bawa pulang ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

Ahad, masa untuk pulang ke Kuala Lumpur kembali. Gerak dari kampung pukul 6.30 pagi juga. Barang2 yang perlu telah dimasukkan ke dalam kereta malamnya. Anak2 angkat aje masuk ke kereta dan mandikan mereka di RnR nanti.

Sampai KL pukul 12.30 tengahari. Gerak ke Ampang umah BIL hantarkan keropok dan barang2 kiriman MIL. Dan, bermula la kembali hari2 bekerja untuk kami dan hari2 bersekolah untuk Luqman.

Sib baik Harraz ok bila hantar ke umah bbsitter.

Sekian sahaja cerita saya tentang cuti sekolah kali ini. Cuti sekolah akan datang x tau plak apa aktivitinya.

Tuesday, January 8, 2013

Cerita Sekolah Luqman...Part 2*

Assalamualaikum

Cam ngengada plak kan. Cerita sekolah pun nak wat entry sampai berpart2.

Ok, kali ni nak cerita pasal Hari persekolahan sebenar Luqman. Maknanya 2/1/2013 la kan.
Kali ni jadual kite memang agak kelam kabut. Nak biasakan diri dengan jadual baru memang agak payah la kan

Kalau sebelum ni, kunci jam kul 6 pagi..sempat lagi golek2 atas katil sampai la kul 6.15 pagi. Tapi sekarang tidak lagi ok.

Kul 5.30 pagi dah bangun. Tiada masa untuk bergolek2 lagi. Terus gerak ke dapur untuk buatkan bekal Harraz. Lepas tu mandi dan terus solat dan siap2 dengan pakaian kerja.

Kul 6.00 pagi, kejutkan Luqman pulak. Yang ni kekadang kite buat, kekadang hubby. Dah siap mandikan dia, siapkan dia pulak. Kelam kabut di pagi hari

Hari pertama persekolahan, kitaorang terlambat bangun sebenarnya. Jadinya, kul 7 pagi baru gerak untuk hantar Luqman ke sekolah. Tapi, kul 8.30 pagi baru sampai ok...sangat2 jammmmmm kat UK Perdana dan berhampiran sekolah Al Amin.

Jadi, ambik kejadian hari pertama sebagai ikhtibar, kitaorang memang akan keluar rumah paling lambat pukul 6.30 pagi. Walau seminit lambat, jalan akan jadi jammed. Hubby la yang stress yang dia yang bawa kereta

Lagi satu, kite akan prepare barang2 untuk buat bekal Harraz malam sebelum tido. Jadinya, pagi2 esok x der la kelam kabut. Keadaan akan menjadi pertambah kelam kabut jika Harraz tersedar awal2 pagi. Dah 2 hari dia bangun sebelum pukul  6 pagi. Kalau dok diam x per pulak. Ni x, dia akan menangis dan akan bertempek dengan kite. Ibu banyak keja Harraz oiiiiii.....

Oooo...nak selitkan sedikit cerita pasal Harraz. Dia dah 19 bulan. Dah besar dah kan. Dan masih lagi fully BF. Alhamdulillah, rezeki untuk Harraz Allah bagi lebih. Harap2 tercapai la impian kite untuk BFkan Harraz sehingga 2 tahun.

Bila gerak awal dari umah...jalan x jammed, sampai umah bbsitter pun awal. Sebelum pukul 7. X pernah2 dibuat kite sebelum ni. He3

Hantar Harraz dulu..baru gerak ke sekolah Luqman. Sebab masih awal, kitaorang akan breakfast kat kedai berdekatan sekolah Luqman. Hari2 Luqman nak makan roti canai telur kat kedai tu. Layankan aje la. Kul 7.30 pagi, hantar dia ke sekolah dan dia sangat la happy sebab ada masa untuk bermain2 dengan kengkawan sebelum loceng berbunyi. Kite pun senang hati tengok dia x buat perangai pepagi. Lega sebenarnya

Kul 4, bbsitter akan ambik dia kat sekolah dan tinggal la dia kat umah bbsitter hingga kitaorang ambik. Kat sekolah dah makan 3 kali, kat umah bbsitter makan sekali dan balik umah minta lagi makanan. Ha3, kuat makan dia sekarang. Start bulan depan, dia akan balik kul 5 sebab ada kelas ngaji

Jadual pembawaan buku ke sekolah dah dapat ari Isnin lepas. Jadinya lepas ni, kena la label siap2 kat buku2 berkenaan hari apa nak bawa. X susah2 nak pilih2 buku dah nanti. Bab susun buku, hubby yang uruskan. Kite banyak keja lagi kat umah tu.

Buat masa ni, Luqman ok lagi ke sekolah. Seperti yang kite cakap sebelum ni, kawan2 tadika dia ramai yang sekolah kat situ. Jadi, dia seronok sebab ada kawan.  Hari2 dok cakap nak bangun awal dan nak g sekolah awal. Adehhhh...boleh sayang. Jangan buat perangai ngengada tau. Mesti semuanya jadi cepat

Hari pertama sekolah, dia dah start belajar. Tapi, masih ada buku yang x sampai kat sekolah lagi. Masih ada 6 buah buku yang belum ada. Hari2 beg sekolah dia berat. Kesian pulak nengoknya. Sib baik ari tu belikan beg beroda untuk dia. Memudahkan dia nak bawa beg tu gak sebenarnya. Alatulis pulak, alhamdulillah..x seperti masa tadika dulu. Masih selamat di dalam beg sekolah Luqman.

Cerita Sekolah Luqman...Part 1*

Assalamualaikum

Alhamdulillah, masih mampu bernafas di bumi Allah ini.
Kali ni nak bercerita pasal sekolah Luqman pulak. Agak terlambat kan. Nak buat macamana, mood untuk berblog agak ke laut sejak akhir2 ini. Kekadang cam nak delete je blog yang x seberapa ini. Tapi sayanggggggg la plak

X ada gambar untuk ditempek di sini. Kite x suka ambik gambar dan x suka bergambar. Itu memang hakikat.

27/12/2012 - Hari di mana Luqman perlu ke sekolah untuk menghadiri orientasi Tahun 1. Masuk sekolah pukul 9 pagi. Jadinya, pukul 8 pagi kitaorang gerak ke sekolah Luqman. Sampai sana agak awal, jadinya lepak kedai makan dulu untuk breakfast. Harraz kite tinggalkan kat rumah bbsitter. Kite pulak ambik 1/2 day leave. Hubby cuti sepanjang hari tu.

Gerak ke sekolah dia...waktu masih awal. Pegi koperasi ambikkan buku-buku yang dah dibayar sebelum itu. Ambik juga t-shirt dan track sekolah yang sudahpun ditempah sebelum ni.

Lepas tu gerak ke kelas Luqman. Tahun ni ada 3 kelas untuk Tahun 1. Luqman ditempatkan dalam kelas 1 Al Biruni. Alhamdulillah, waktu ni dia x meragam. Mungkin kebanyakan kawan2 sekelas dia adalah kawan2 masa tadika dulu. Satu kebaikan yang kite nampak di situ. Luqman ni agak mengada2. Agak stress masa dia di tadika dulu. Memang memerlukan kesabaran yang cukup tinggi untuk melayan peel dan kerenah dia waktu tu

Kite gerak ke ofis dalam pukul 9.15 pagi. Agak terlewat untuk bekerja sebenarnya kan.

Kul 1.00 tengahari, hubby datang jemput. Sempat la kite siapkan kerja2 skit sebab malam nanti kite kena datang ofis balik untuk siapkan tender.

Memula g lunch. Kat area2 ofis juga. Malas nak pegi jejauh. Lepas lunch, kitaorang dah jadi blur..x tau nak g mana. Ibu bapa perlu datang semula ke sekolah untuk mendengar taklimat pada pukul 3 petang.

Last2, gerak juga la ke sekolah Luqman. Lepak dalam kereta jap, pusing2 sampai ke Batu 14, Gombak. Pastu gerak semula ke sekolah Luqman. Pun masih awal. Nak x nak kena la menunggu. Nak jenguk Luqman kat kelas cam x patut pulak sebab cikgu tengah mengajar. Nanti hilang pulak tumpuan budak2 kat dalam kelas tu. X suka la macam tu kan. Rasa cam mengganggu pulak.

Pukul 3, ibu bapa akhirnya masuk ke dewan untuk mendengar taklimat. Guru Besar hanya bercerita tentang KSSR. Lepas tu ada la sesi soal jawab antara ibu bapa dan guru besar tersebut.

Pukul 4, taklimat selesai dan kite gerak ke kelas Luqman untuk ambik dia balik. Alhamdulillah, nampak dia ceria aje kali ni. Lega sangat hati ni tengokkan keadaan dia tu.

Lepas ambik Harraz, gerak balik rumah.

Sambil sembang..sambik tengok TV. Tau2 Luqman dah terlelap kat kerusi. Penat sangat gamaknya tu. He3...*