BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 15, 2011

Dugaan Brestfeeding...*

Salam

Nak menconteng barang seminit dua. Ermmm...

Kite sebenarnya dah merancang untuk BFkan Harraz sejak dia dalam perut lagi. Rasa cam menyesal je x menyusukan Luqman selama yang boleh dedulu. Rugi kan...kejap aje dia menyusu badan.

Bila Harraz dah lahir, kite terus berikan susu badan dan alhamdulillah...ianya berterusan hingga kini...di usianya yang hampir mencecah 6 bulan.

Awal2 dulu, memang ada kalanya rasa nak bg susu formula atas sebab Harraz yang cukup kuat melekat dan bergayut kat kite. Dengan kite yang x cukup rehat..Harraz plak asyik la nak menghisap dan x nak tido. Huwaaaaa....penat yang amat. Tapi, alhamdulillah..semua tu hanya sementara. Kite kuatkan hati..gagahkan diri demi anak yang masih kecil itu. Nipple yang melecet dan berdarah pun kite wat x tau je. He3...sakit mmg sakit tp kejap je. Nikmat menyusukan badan tu lagi penting.

Alhamdulillah, Spectra 3 yang kite gunakan untuk mengepam di ofis banyak membantu. Ada kalanya hasil yang diperolehi agak kurang dan mula la kite risau. Awal2 tu kite hanya guna single pumping disebabkan x der shield. Bila dah jadi gini, baru la terhegeh2 beli satu lagi shield dan wat double pumping. Alhamdulillah, hasilnya meningkat walaupun x sebanyak sesetengah org yang kite tengok bukan main meriah lagi hasilnya. Jelous I tau...

Sekali pam dapat la 10oz. Kekadang kurang dari tu. Kat umah sempat pam sekali aje. Kat ofis paling banyak dapat la pam 3 kali. Kalau ada tender, banyak la hasil yang kite dapat sbb sehari semalam kat ofis kan. Semua tu rezeki untuk Harraz dan kite akan tersenyum lebar melihat hasil torehan tu. Ha3...cam bangga dengan diri sendiri pun ada gak.

Kali ni, dugaan lagi sekali..Spectra 3 dah antar servis daaaa. Adoiii...seksa jiwa raga ni mencari pam gantian. Sesi mengepam kat ofis pun x berjalan dengan lancar sebab x der pam. Terpaksa la guna tangan tuk keluarkan susu bagi mengelakkan cik B membengkak. Dpt la dlm 3oz ke 4oz. Sedih dan down sesangat rasanya. Nak bercakap pun x der mood.

Tengah berkira2 nak beli pam manual aje nih. Wat sementara waktu ni pinjam kengkawan nyer pam manual. X dapat byk..skit pun jadi la. Dah dpt Spectra 3 nanti, kena berusaha dengan lebih kuat untuk mengembalikan hasil torehan. Harap2 Harraz mampu BF selama yang boleh.

Moga Allah bermudahkan segala urusan menyusukan Harraz dan Harraz mendapat yang terbaik dari kite kerana susu ibu adalah rezeki untuk anak2. Bukan untuk dibuang begitu sahaja. Jangan jadikan alasan penat bekerja atau alasan2 lain sbg sbb untuk tidak menyusukan anak. Nikmat menyusukan anak x sama dengan nikmat memberikan anak susu formula.

Tepuk dada tanya selera...*

Sunday, November 13, 2011

Wan Luqman Harraz sudah 5 Bulan...*

He3..patutnya cerita ni dah lama kite tempek kat sini. Tapi disebabkan kemalasan..maka ari ni la baru berceloteh kat sini.

Harraz..pada 3/11 lepas dah mencapai usia 5 bulan. Alhamdulillah, setakat 3/11 lepas, berat budak ini adalah 8.3kg...Tapi Harraz sambut ulangtahun kelahiran yang ke 5 bulan di spital. 3 ari 2 malam tu check in kat Hospital Damai.

Semuanya sebab demam n ubat. Ohhh...mungkin takdir sudah tersurat di usia 5 bulan, Harraz perlu masuk spital.

Memula Harraz demam...tp kite kena kerja. Siapkan tender. Hati ni jadi risau memikirkan Harraz yang dijaga hubby kat umah. Bukan x percayakan hubby, tapi pepaham la kan. Sebagai seorang ibu, hati kita mesti la risau.

Hari Rabu pagi sms bbsitter Harraz. Kalau demam Harraz makin teruk, col jer kite. Pas hantar tender kite terus pegi ambik dia. Tapi, hingga petang..x der col atau sms dr bbsitter yang memaklumkan demam Harraz makin teruk. Tapi hati kite masih risau.

Kite pun tido dalam 2 jam je kot ari Rabu sebaik balik keja tu. Suruh hubby ambik kite dulu baru ambik Harraz. Mmg Harraz masih lagi demam. Malamnya kite bagi ubat. Kalau sebelumnya kite akan buka baju n seluar Harraz, kali ni kite x wat gitu. Mungkin memikirkan dia masih batuk dan selsema. Kite hanya letak towel je kat kepala dia sesambil lap2kan badan.

Khamis..kite x kerja. Harraz masih demam. Kite yang menjaga Harraz ni x leh nak buat apa. X mandi, x makan..sebabnya Harraz wat hal. X nak dok bawah...asyik nak bergayut n beriba. Aduiiii...amatla penat n sakit2 badan.

Satu lagi...pas minum susu jer..Harraz mesti muntah. Hubby bgtau kalau muntah lagi..bagi je ubat tahan muntah yang dah sedia ada kat umah tu. Tapi, kite x bagi pun lagi sbb bila tengokkan dia pas tu, cam dah makin ok. Tapi, x lama pun dia cam gitu. Lepas tu bersambung plak muntah. Kite bagi je la ubat tahan muntah tu...Alhamdulillah..ok..

Sejam lebih lepas tu...kite tgk Harraz cam dah lain. Mata dia dah naik ke atas dan badan dah kejang. Aduiii...kenapa plak ni. Col hubby suruh balik cecepat. Kite nak g sendiri ke klinik, x mandi lagi. Kite ambik ais dan air...lap2 kat badan n kepala Harraz. Masih camtu gak. Ke hulu ke hilir kite bawa Harraz..x nak tinggalkan dia gitu jer. Hubby sampai umah jer...masuk bilik air n mandi ala kadar..terus berdesup ke klinik Dr Wati.

Sampai sana terus masuk ubat bontot n lekatkan coolfever kat dada n belakang badan. Menangis2 budak tu sbb sejuk. Ha3..pastu doc ckp kena warded. Sebak kejap kite ni. Hu3...leleh je yang lebih...

Mata Harraz dah makin ok..badan n tangan pun dah x kejang2 dah. Satu hal lagi..bab nak cari urat tuk drip. Kat klinik Doc Wati dah dekat 10 kali cari line tapi x dapat. Pegi Damai...dekat 10 kali gak cucuk baru la berjaya dapat line. Kesian tengokkan Harraz yang menangis2 sebab sakit bila kena cucuk. Hu3

Lepas dah masuk air, masuk ubat dan bagi ubat tido...dia masih x nak tido. Kite terpaksa dokong dan dia akan terlena kat bahu. Bila kite letak kat katil, sedar plak. Last2, kite sesama naik katil dan baru la dia lena.

Ari2 kena ambik oksigen n ubat. Tapi alhamdulillah, Harraz makin ok. Demam dia pun dah x der. Doc tahan sebab ada infection kat paru2 dia. Ari kedua sebelah petang, Doc Wati ckp esk dah boleh baik sebab Harraz dah ok. Cuma, selsema n batuk masih ada lagi. Just continue ubat aje la kat umah.

Keluar spital ari sabtu, sehari sblm raya haji.

Beraya pun kat sini aje. Kite masak kat umah dan bawa ke umah SIL aje. x der yang special pun untuk dikongsi pasal raya haji.

Cepatnya Masa Berlalu....5 Tahun Sudah...*

Assalamualaikum semua..

Lama tul x menceceh kat sini. Malas la nak menconteng walaupun cerita tu banyak. X tau la nape mood nak memblog semakin lama semakin menjunam turun. Mungkin faktor utama, ada mata2 yang memerhati..jadinya cam x bebas sangat nak bercerita. Ermmm..

12 November 2006...zuriat pertama hasil perkahwinan kami suami isteri telah lahir ke dunia. Seronok dan teruja...mungkin itu perkataan yang sesuai digunakan kerana ianya merupakan cahaya mata yang pertama bagi kami suami isteri. Debaran untuk melahirkan bayi ini ke dunia tidak la terasa sangat. Mungkin itulah kelebihan yang ada pada kite.

Kami suami isteri mula membina hidup berkeluarga dalam serba kekurangan. Pergi keja pun naik LRT dan bas. Kami tidak ada motosikal atau kereta untuk bergerak ke sana ke sini. Bayi ini la yang berada dalam rahim kite dan sama2 merasakan kesusahan itu. Bayi inilah yang kite usung ke hulu ke hilir. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Walaupun agak sukar...tetapi kehadiran benih di dalam rahim kite tidak sedikitpun mengubah apa2 rutin harian kite baik di tempat kerja atau di rumah.

Walaupun dalam keadaan yang sarat..kite mampu lagi pulang ke kampung hubby di Terengganu untuk bersalin. Hari ni sampai kampung...esok petang dah bersalin. Hu3...sunggup hebat aturan yang ditetapkan oleh Allah kan.

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit kami mula merangkak membina hidup berkeluarga. Kehadiran permata hati yang kami namakan WAN LUQMAN HARITH sedikit sebanyak memberi curahan rezeki kepada kami.

Andainya blog ini masih wujud satu ketika nanti, akan ibu tunjukkan pada Luqman. Andai Luqman baca blog ini, percayalah yang ibu sangat sayangkan Luqman. Ibu sanggup gadaikan nyawa ini untuk Luqman. Ibu nak Luqman ingat semua ni. Ibu nak Luqman tau yang suatu ketika dulu, kite bukan seperti sekarang.

Ermmm...tiada kata yang mampu ibu coretkan selain perkataan sayang untuk Luqman. Selamat Menyambut Kelahitan ke 5 Tahun sayang ibu. Moga Allah merahmati Luqman selamanya. Moga Luqman menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. Belajar rajin2 kerana hanya ilmu yang mampu ibu berikan untuk Luqman. Ibu tiada harta yang bernilai untuk diberikan kepada Luqman selain dari kasih sayang yang tiada hadnya.