BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 13, 2016

@@5@@

“Assalamualaikum”, sesampainya di sana, aku mematikan enjin motosikalku dan memberi salam

Salamku bersahut dan Nita menjengah di muka pintu sambil tersenyum

“Ha, sampai dah pun. Meh la naik”, pelawanya

Aku akhirnya melangkah naik ke rumahnya dan kami menuju ke ruang tamu rumah itu. Kelihatan Mak Melah, ibu Nita sedang menjahit pakaian di sudut ruang tamu itu.

Aku menghampiri Mak Melah dah bersalam sambil bertanya khabar.

Aku dan Nita kemudiannya mula menyiapkan kerja sekolah. Tugasku waktu itu hanya membantu Nita menyiapkan kerja sekolahnya itu.

Hampir sejam, kami akhirnya siap. Mak Melah sudah tidak kelihatan di situ. Yang ada hanya kami berdua.

“Mia, aku rasakan, budak tu suka kat kau la”, Nita akhirnya memecahkan kesunyian seketika tadi

Dahi aku berkerut. Kenapa pula budak ni tiba-tiba bercakap begini

“Budak mana pulak ni Ta”, aku menyoal Nita kembali
“Ala, takkan kau dah lupa kot. Budak kelas sebelah tu la”, Nita membuatkan aku tertelan liur. Tak habis-habis lagi edisi penyiasatan dia nampaknya

“Eeeee kau ni. Tak habis-habis lagi ke”, aku seboleh-bolehnya cuba mengelak dari  membincangkan tentang perkara ni

“Ye la. Aku perasan la kawan. Sejak Tingkatan 3 lagi dia asyik pandang kau”, Nita kembali bersuara

“Ada-ada je la kau ni Ta”, aku bungkam

“Betul. Aku perasan tapi waktu tu kelas kita dengan dia kan jauh. Jadi tak ketara sangat la. Cuma sejak masuk Tingkatan 4 ni..kelas sebelah-sebelah, makin ketara pulak aku tengok”, Nita kembali dengan hujahnya

“Dah la Ta. Malas la aku nak cakap pasal hal ni”, sungguh, aku malas melayan lagi

“Kau tak rasa apa-apa ke Mia”, Nita nampaknya tidak berputus asa

“ Rasa apa-apa apa pulak ni Ta”, aku kembali menyoal

“ Yer la, dia asyik pandang kau. Tadi kat koperasi, dia tegur kau. Rasa macam ada sesuatu la”, Nita bersuara lagi

“ Dah la Ta. Malas aku nak layan kau dah. Dengar dek budak tu, malu aku tau. Nanti dia cakap aku syok kat dia plak”, aku tidak mahu terus berfikir

Perbualan kami terhenti apabila Mak Melah menuju ke ruang tamu sambil membawa sedulang air dan kuih

“Buat susah-susah Mak Melah aje”, aku bersuara sambil tangan membantu meletakkan gelas berisi air oren di atas meja. Piring kuih aku letakkan di sisi

“Tak adanya susah-susah Mia oiiii….Mak Melah ni seronok tengok korang berdua belajar. Nita ni, kalau tak ada engkau tak tau la boleh siapkan tak kerja sekolah dia tu”, Mak Melah bersuara

Aku hanya ketawa sedangkan Nita sudah memuncungkan mulutnya

“Apa la Mak ni. Orang bukannya tak tahu buat cuma tak berapa faham aje”, Nita nampaknya tidak putus asa

“ Ye la. Mak dah faham sengat peel kau tu Nita oiii”, Mak Melah ketawa sambil berlalu ke dapur

Aku terus ketawa melihat telatah dua beranak itu yang sungguh mencuit hatiku

Kami membasahkan tekan dengan jus oren dan kuih keria.

Jam 6.30 petang, aku meminta diri untuk pulang kerana sudah berjanji dengan emak untuk pulang waktu itu.

@@4@@

Aku tersedar apabila azan Asar kedengaran daripada surau berhampiran rumahku. Badan yang masih keletihan aku pusing ke kanan dan ke kiri. Aku bangun menuju ke bilik air untuk mencuci muka dan berwuduk.

Sesudah solat, aku menjenguk emak yang berada di dapur.

“Mak, nak Mia tolong apa-apa ke?”, soalku pada emak yang nampaknya sedang mengupas labu

“Tak ada pun. Mia pegi la buat kerja sekolah tu”, emak memaklumkan

Aku melangkah kembali ke bilik.

Beg sekolah yang berada di atas meja aku capai dan aku kemudiannya leka dengan kerja sekolahku.

Nasib baik la tak banyak sangat kerja sekolah hari ni. Boleh la aku buat ulangkaji sikit malam nanti. Omelku bersendirian.

Telefon di ruang tamu berdering menyedarkan aku dari terus berada di duniaku. Perlahan aku bangun dan menuju ke arah telefon yang masih lagi bordering.

“Assalamualaikum”, aku memulakan perbualan

“Mia, aku ni. Kau dah siapkan ke kerja sekolah cikgu Azhar tadi?”, Suara Nita kedengaran di sebelah sana

“Apa la kau ni Ta. Aku bagi salam bukannya kau nak jawab. Terus kau sergah aku ek. Sib baik aku tak ada sakit jantung tau”, aku bergurau dengan Nita

“ Eh, sorry la kawan. Excited la”, Nita tergelak-gelak

“Lain kali jangan main sergah macam ni tau. Sib baik aku yang angkat. Kalau mak abah aku camana”, aku berpura-pura memarahi Nita

“ Weiii….kan aku dah minta maaf”, suara Nita kedengaran merajuk

Aku tergelak mendengar suaranya yang tak bermaya itu

“ Yer la, maaf kau aku terima. Dah, aku dah siapkan dah. Baru jap tadi siapnya. Kenapa?”, aku menyoal Nita

“Ala, aku baru cadang nak pegi umah kau buat sesama. Aku tak faham la Mia”, Nita bersuara lagi

“Ermmm..kau datang la rumah aku. Boleh aku ajarkan kau”, cadangku lagi

“Betul ni. Aku datang lepas maghrib ek?”, Nita seperti teruja mendengar cadangan aku itu

“Kau datang la sekarang. Malam nanti aku nak buat benda lain la”, aku terus membalas

“Aku nak pergi umah engkau dengan apa. Motor tak ada la. Abang aku dah kebas”, Nita seperti kecewa

“ Aku pergi rumah kau je la. Boleh tak?”, cadangku pula

“Betul ni?”, soal Nita lagi

“Iya la. Aku pergi jap lagi”, aku mengiyakan

“Ok..aku tunggu”, Nita membalas

“Ok..jumpa nanti. Assalamualaikum”, aku akhirnya menamatkan perbualan itu.

Aku ke bilik menyalin pakaian yang lebih sopan. Tudung ku sarung dan buku latihan Prinsip Akaun aku capai sebelum menuju ke dapur untuk memaklumkan kepada emak.


Setelah emak kumaklumkan, aku capai kunci motorsikal dan meneruskan hasrat ke rumah Nita yang terletak lebih kurang 2km dari rumahku.

Sunday, June 19, 2016

Menu Ramadhan ke 11, 12, 13 dan 14...

Ramadhan 11
- Bawal Emas Goreng Garing
- Kari Ayam
- Sayur Campur

Ramadhan 12
- Nasi Goreng Sardin
- Kuih Tepung Pelita
- Murtabak
- Popia Basah

Ramadhan 13
- Sambal Udang Petai
- Ikan Cencaru Bakar
- Air Asam
- Ulam Timun dan Pucuk Gajus
- Petola Masak Lemak campur suhun
- Telur Masin
- Ketupat Sotong versi Terengganu
- Mee Kuoh
- Puding Laici
- Roti John

Ramadhan 14
- Pulut Kuning
- Rendang Ayam
- Sambal Bilis Petai
- Kuih Sagupa
- Mee Kuoh

Ramadhan ke-13, en suami ajak abang ipar dan anak2 buah dia berbuka kat rumah. Sebab tu la menu macam banyak. Roti john en suami yang pegi beli kat bazar dekat dengan rumah ni. Alhamdulillah, dapat tapaukan sikit untuk diaorang bersahur. Sebenarnya, kakak en suami telah meninggal beberapa hari sebelum puasa hari tu. Kesian kat diaorang juga sebab x ada siapa yang dapat sediakan juadah berbuka dan bersahur. Harapkan beli kat kedai aje la.

Penat juga sebenarnya masak banyak2 bulan puasa ni. Hari sabtu tu, selepas solat subuh dapat lelap kejap. Lepastu pukul 7 bangun dan kejut orang2 di dalam rumah untuk mandi dan bersiap2 ke sekolah Luqman. Nak ambil report card exam pertengahan tahun hari tu. Settled hal sek Luqman, pegi pasar tani kat Tmn Melawati. Cari sayur dan lauk2 basah untuk stok bulan puasa ni. Tahun lepas borong stok sebulan kat Kuala Selangor siap2. Tahun ni malas pulak nak ke sana selain daripada x der masa untuk ke sana sbb byk hal yang nak kena settlekan sebelum puasa hari tu

Lepas zohor dah masuk dapur. Buat itu ini slow2 supaya x rushing sangat bila dekat2 waktu berbuka. Alhamdulillah, sebelum pukul 6 dah siap semua. Diaorang balik pukul 9 malam. Jadinya, kerja2 mengemas pun berlangsung. Kepenatan sangat sampai alarm pukul 4.00am, 4.30am dan 5.30am pun tak sedar. Sedar2 dah azan Subuh. Makanya, tak bersahur la kami bertiga semalam. Alhamdulillah, Luqman mampu bertahan walaupun pukul 11 pagi dia dah mengadu lapar.

Hari ni cadangnya nak masak nasi lemak aje. Sambal Udang, Sambal Bilis dan Rendang Ayam ada lagi. Balik ni rebuskan telur dan goreng bilis je. Senang keja..

Wednesday, June 15, 2016

Ramadhan 8, 9 dan 10 ...

Entry ni xkan jadi panjang berjela sebab tuan blog di tahap pemalas. Saja nak catatkan menu2 yang menjadi juadah keluarga tuan rumah untuk bulan ramadhan tahun ni

Ramadhan 8
- Sambal sotong
- Udang masak kicap + sayur


Ramadhan 9
- Sup Sayur Pecah Telur
- Ayam goreng sos tiram
- Sambal Ikan Mangga Muda

Ramadhan 10
- Udang Paprik + Sayur
- Telur Dadar
- Gulai Ikan Tongkol

Ramadhan ke 9, kami sampai ke rumah dah pukul 7. Jadinya, memang kelam kabut masak. Sebab tu la masak benda2 simple dan cepat.

Ramadhan ke 10, masa azan Maghrib kami baru sampai rumah. En suami lambat sebab hujan. Tu pun nasib dia redah. Memandangkan dah agak lambat, singgah beli murtabak dan kuih tepung pelita kat bazar. Alhamdulillah, habis licin 10 ketul tepung pelita, 3 keping murtabak.

Hari ni kebuntuan nak masak apa. Macam dah jemu mkn nasi tapi stok bihun x der kat rumah. Nak kena shopping sabtu ni nampak gayanya

Monday, June 13, 2016

Kenangan...

Rindu ketika masih belajar kat UKM dulu. Tak perlu fikirkan apa2 masalah pun kecuali fikirkan masalah untuk belajar jer.

Mendaftar ke UKM, kite ditemani oleh mak dan adik bongsu. Pegi naik keta kancil. Menumpang anak sedara ma yang kebetulan balik KB dan nak balik ke KL semula. Dari KB kitaorang bertolak awal malam. Sampai KL dah dekat subuh. Rehat sekejap lepas tu gerak ke UKM untuk mendaftar.

Pertama kaki jejakkan kaki ke UKM..rasa macam tak percaya. Kite tak pernah sampai ke KL sebelum2 tu. Sampai di Kolej Ungku Omar, mula la mendaftar. Dapat bilik dan mula bergerak ke sana. Dapat blok B..tingkat 3. Masa kite sampai, belum ada kawan lagi. Oh lupa...sebilik ada 2 orang. Ada 2 katil, 2 meja study dan 2 almari baju. Lepas letak barang, tinggal la kita sorang2 kat KUO. Ma kite dah nak gerak balik. Bila menumpang orang ni, kena la pandai2 bawa diri. X boleh nak manja2. Orang pun ada hal juga.

Tinggal la kite sorang2 kat sana. Kawan2 tak ada awal2 ni. Pegi beli baldi n pinggan mangkuk plastik kat koperasi kolej. Masuk bilik pun masih x der kawan. Sampai masa turun bawah untuk berhimpun. Kat sini la mula kenal Zaida, Nita, Elly n beberapa orang lagi. Hadap la dengan minggu orientasi yang penat tapi menyeronokkan itu.

3 tahun kat UKM..alhamdulillah kite masih menginap di kolej yang sama. Aktif dengan pelbagai program kolej...pegang beberapa jawatan dalam beberapa persatuan peringkat kolej. Kite memang x aktif peringkat kampus...hanya di kolej sahaja,

Ke fakulti hanya dengan berjalan kaki sahaja. X jauh mana pun kolej dengan fakulti. Sebab tu kadang2 terponteng kelas petang atau tengahari. Sebab, kite selalu balik kolej kalau kelas ada gap 3/4 jam. Bila sampai kat bilik..tau2 tertido. Alarm bunyi pun tak sedar.

Kawan2 zaman sekolah ada yang sama course dengan kite tapi kami lain2 kolej. Dia kat luar kampus..kite kat dalam kampus. Jadi hanya jumpa dalam kelas aje la. Kitaorang dah serapat seperti masa di sekolah dulu.

Tahun 1 dan 2, kite duduk di asrama 4 tingkat. Setiap bilik ada 2 katil. Setiap aras ada beberapa sayap. Kiri dan kanan. Setiap sayap ada bilik air dan bilik cuci baju sendiri. Tak mengganggu sayap lain. Jadi, tak ada masalah berebut bilik air pun

Tahun 3 pulak duduk di flatlet. Duduk sorang sebilik. Setiap blok ada 2 tingkat. Setaip tingkat ada 8 bilik. Bilik air kat tingkat 2. Ruang rehat, ruang menonton tv dan pantry kat tingkat bawah. Memang heaven la duduk flatlet ni. Kalau rasa nak berkurung kat bilik pun x der mslh.

Kat UKM la kite kenal en suami. Tapi dia bukan belajar sini pun. Kenal di alam maya aja. Masa ni la dah pandai guna internet. Dah pandai chatting. Dah ada handphone. Sanggup menunggu public phone kosong untuk bergayut. Nak tepon pakai HP mahal kot charge. Jadi, kumpul la duit syiling dan bergayut la kat public phone tu.

Bila kenal en suami, dah pandai pegi KL sorang2. Naik bas dan komuter sendirian. Sebelum ni kalau pegi KL atau mana2 pun mesti berteman. Kenangan betul la waktu ni. Macam x percaya pun ya juga. En suami bawa pegi rumah kakak dia kat Tmn Melawati. Jauh betul perjalanan waktu ni.

Apapun..semua kenangan tu hanya tinggal kenangan. Tak mampu nak undurkan masa untuk kembali ke saat2 itu walaupun hati ini teringin mengulangi kenangan2 lama itu. Berjumpa kawan2 lama juga agak sukar sekarang ni sebab masing2 sudah ada tanggungjawab sendiri.


Resepi Sambal Ikan Mangga Muda..

Kali ni nak bagi resepi yang senang tapi jarang2 orang makan. Kalau makan sambal ni...memang menaikkan selera makan nak2 waktu2 bulan puasa ni kan.

Bahan2 :
- Ikan kembung 2 ekor (direbus tanpa garam dan diasingkan isi dan tulang)
- Cili padi 6 biji ( kalau nak pedas boleh lebihkan)
- Mangga muda sebiji (diracik2)
- Belacan
- Gula
- Garam

Cara-caranya :
- Masukkan cili, belacan, garam dan gula ke dalam lesung batu. Tumbuk sampai lumat
- Masukkan isi ikan. Tumbuk hingga bahan2 tadi sebati dengan isi ikan
- Masukkan mangga muda. Tumbuk bagi hancur sikit2 je
- Siap

Cuba la ya. Rasa pedas, masin, manis dan masam

Sunday, June 12, 2016

@@ 3 @@

“Assalamualaikum”, aku memberi salam sesampainya di rumah

Kelibat motosikal abah tidak kelihatan. Mungkin tiada di rumah.

Terus aku ke bilik untuk menukar pakaian dan kemudian menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Selepas selesai menunaikan solat Zohor, aku menuju ke dapur untuk mengisi perut yang kosong. Kelihatan emak sedang membersihkan ikan bilis di meja makan.

“Mak, wat apa tu?”, aku sekadar bertanya

Emak memandangku sambil tangannya masih bekerja

“Ni ha, mak bersihkan bilis ni. Abah beli tadi”, emak menjawab

“Mak dan makan ke?. Abah mana?”, aku terus bertanya

“Dah…dengan abah kau tadi. Abah kau tu, ke mana lagi kalau tak ke kebun”, emak berterusan meneruskan kerjanya tanpa memandang ke arahku

Aku menuju ke arah rak pinggan. Nasi dari periuk nasi ku senduk dan terus melabuhkan punggung di sisi emak. Tudung saji ku buka dan terhidang ikan cencaru sumbat sambal, telur masin dan kangkung goreng belacan. Terus terbuka seleraku

“Ermmm…sedapnya mak”, aku terus menyuap nasi ke mulutku

Emak hanya tersenyum. Sedar akan kegemaran anak daranya seorang itu.

Kami terus berbual hingga nasi di pingganku habis. Aku kekenyangan dan mata terasa berat. Penangan perut kenyang.

“Mak, cikgu suruh beli buku esok”, aku memaklumkan kepada emak semasa sedang mencuci pinggan. Di meja makan tadi baru aku teringat Cikgu Azhar memaklumkan kepada kami supaya membeli buku Latihan Prinsip Akaun.

“Berapa harganya”,emak menyoalku

“Cikgu cakap lebih kurang RM20. Nak guna buku tu untuk buat latihan dalam kelas nanti”, aku memberitahu emak lagi

“Emmm…nanti mak bagitau abah”, putus emak

Aku hanya mengangguk. Tanganku ligat membantu emak membersihkan bilis yang berada di atas meja itu.

“Mia tak ada kerja sekolah ke?, emak menyoalku setelah agak lama kami membisu

“Ada, petang-petang sikit la Mia buat. Nak rehat jap”, aku menjawab. Badanku agak penat hari itu. Kebiasaanya, aku akan menyiapkan kerja sekolah sebaik sahaja selesai menjamu selera. Menjadi kebiasaanku menyiapkan kerja sekolah awal dan mengulangkaji pelajaran di waktu malam.

“Kalau gitu, pergi la masuk bilik rehat. Biar mak aje yang bersihkan bilis ni. Bukannya banyak pun”, emak nampaknya faham keadaan aku yang nampak agak keletihan petang itu

Aku bangun menuju ke sinki untuk mencuci tangan

“Mia masuk bilik dulu ye mak”, aku memaklumkan kepada emak

Emak hanya mengangguk


Sesampai di bilik, aku merebahkan badan sambil tanganku membelek jadul waktu persekolahanku. Lama ke lamaan, pandangan mataku kabur dan aku terlelap.