BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 13, 2016

@@5@@

“Assalamualaikum”, sesampainya di sana, aku mematikan enjin motosikalku dan memberi salam

Salamku bersahut dan Nita menjengah di muka pintu sambil tersenyum

“Ha, sampai dah pun. Meh la naik”, pelawanya

Aku akhirnya melangkah naik ke rumahnya dan kami menuju ke ruang tamu rumah itu. Kelihatan Mak Melah, ibu Nita sedang menjahit pakaian di sudut ruang tamu itu.

Aku menghampiri Mak Melah dah bersalam sambil bertanya khabar.

Aku dan Nita kemudiannya mula menyiapkan kerja sekolah. Tugasku waktu itu hanya membantu Nita menyiapkan kerja sekolahnya itu.

Hampir sejam, kami akhirnya siap. Mak Melah sudah tidak kelihatan di situ. Yang ada hanya kami berdua.

“Mia, aku rasakan, budak tu suka kat kau la”, Nita akhirnya memecahkan kesunyian seketika tadi

Dahi aku berkerut. Kenapa pula budak ni tiba-tiba bercakap begini

“Budak mana pulak ni Ta”, aku menyoal Nita kembali
“Ala, takkan kau dah lupa kot. Budak kelas sebelah tu la”, Nita membuatkan aku tertelan liur. Tak habis-habis lagi edisi penyiasatan dia nampaknya

“Eeeee kau ni. Tak habis-habis lagi ke”, aku seboleh-bolehnya cuba mengelak dari  membincangkan tentang perkara ni

“Ye la. Aku perasan la kawan. Sejak Tingkatan 3 lagi dia asyik pandang kau”, Nita kembali bersuara

“Ada-ada je la kau ni Ta”, aku bungkam

“Betul. Aku perasan tapi waktu tu kelas kita dengan dia kan jauh. Jadi tak ketara sangat la. Cuma sejak masuk Tingkatan 4 ni..kelas sebelah-sebelah, makin ketara pulak aku tengok”, Nita kembali dengan hujahnya

“Dah la Ta. Malas la aku nak cakap pasal hal ni”, sungguh, aku malas melayan lagi

“Kau tak rasa apa-apa ke Mia”, Nita nampaknya tidak berputus asa

“ Rasa apa-apa apa pulak ni Ta”, aku kembali menyoal

“ Yer la, dia asyik pandang kau. Tadi kat koperasi, dia tegur kau. Rasa macam ada sesuatu la”, Nita bersuara lagi

“ Dah la Ta. Malas aku nak layan kau dah. Dengar dek budak tu, malu aku tau. Nanti dia cakap aku syok kat dia plak”, aku tidak mahu terus berfikir

Perbualan kami terhenti apabila Mak Melah menuju ke ruang tamu sambil membawa sedulang air dan kuih

“Buat susah-susah Mak Melah aje”, aku bersuara sambil tangan membantu meletakkan gelas berisi air oren di atas meja. Piring kuih aku letakkan di sisi

“Tak adanya susah-susah Mia oiiii….Mak Melah ni seronok tengok korang berdua belajar. Nita ni, kalau tak ada engkau tak tau la boleh siapkan tak kerja sekolah dia tu”, Mak Melah bersuara

Aku hanya ketawa sedangkan Nita sudah memuncungkan mulutnya

“Apa la Mak ni. Orang bukannya tak tahu buat cuma tak berapa faham aje”, Nita nampaknya tidak putus asa

“ Ye la. Mak dah faham sengat peel kau tu Nita oiii”, Mak Melah ketawa sambil berlalu ke dapur

Aku terus ketawa melihat telatah dua beranak itu yang sungguh mencuit hatiku

Kami membasahkan tekan dengan jus oren dan kuih keria.

Jam 6.30 petang, aku meminta diri untuk pulang kerana sudah berjanji dengan emak untuk pulang waktu itu.

0 comments: