BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 10, 2012

Baby Girl Plak...*

Salam semua

Ni kisah sembang2 ngan Luqman masa otw ambik dia dari umah bbsitter. Kalau nak tahu, Luqman ni cukup sayangkan adik dia. Cukup pandai agah2 Harraz sampai tekekek2 gelak budak kecik tu. Kalau bab adik, cukup senang la minta tolong Luqman. Kalau bab lain, jawapan dia..."kejap eh bu..jap je". Tapi sudahnya, kite gak yang wat benda tu sebab kejap dia tu sampai kesudah x bergerak.

Dah 2 kali dia bgtau kite. Bosan la Harraz ni bu. Ibu mengandung la baby girl pulak.Luqman dah bosan la main ngan Harraz ni. Kali pertama kite wat x tau jer. Semalam boleh plak dia ulang benda yang sama...n tmt tu adalah di tmt yang sama masa dia bgtau kite kali pertama tu.

Memang la sah2 kitaorang dlm keta n atas jalanraya. Namanya lagi otw nak balik umah. Kawasan tu ada selekoh n di selekoh tu la Luqman luahkan perasaan dia tu. Ha3...

Bila kali kedua dia wat luahan perasaan ckp nak bb girl plak. Kite senyum n gelak. Hubby pun sama2 gelak. Bgtau je la dia..Harraz kecik lagi la sayang. Tunggu la adik besar dulu. Nanti Luqman juga yang susah nak kena tolong ibu jaga adik.

Adoiiii..memacam la Luqman ni.

Masa peknenkan Harraz dulu, dia ckp x nak bb girl. Nak bb boy sbb boleh main2. Dia la yang pilih nama adik dia dan kitaorang cari maksud. X der la sama betul ejaan tu, tp ada la bunyi tu sipi2.

Hubby dok ckp, bb dalam perut kite bb girl...ramai yang ckp gitu. Tapi kite sebagai ibu ckp bb boy. Luqman pun mati2 ckp bb dalam perut ibu bb boy. Bila scan, mmg sah bb dlm perut dok terkangkang dan nampak la anu dia tu.

Teringin nak baby lagi sebenarnya walaupun Harraz kecik lagi. Ha3...melampau kan. Tapi x tahan bila bb meragam sepanjang masa berpantang. Aduiiii..tension acik ok. Dua2 anak adalah mempunyai pesen yang sama masa berpantang. Serik kejap rasanya.

Tapi tu la, mana cukup 2 anak je kan. Kalau ada rezeki, insyallah...bertambah la bilangan ahli keluarga kami. Cepat atau lambat, bukan urusan kami sbb rezeki tu dari Dia. Pe pun, sama2 la berdoa ajar ada rezeki buat kami lepas2 ni. Umur pun dah meningkat ni...

Ok la...stop dulu...*

Thursday, January 5, 2012

Luqman Harith Yang Sudah Semakin Besar..*

Permata hati kami yang pertama sudah kembali ke sekolah. Walaupun masih ke tadika..tp peelnya x sama. Sblm buka sekolah..kite dah bgtau Luqman...abang dah 6 tahun..jangan buat perangai lagi pepagi. x nak nangis2 bila g sekolah. Abang dah besar kan...Dia iakan aje la...

Ari pertama sekolah..kitaorang suami isteri cuti. Kebetulan bbsitter bebudak ni pun nak cuti gak. Kejutkan dia pepagi x der masalah sangat. X der la nangis. Cuma perangai ngengada dia masih ada. Nak kite mandikan. Kite pakaikan baju.

Dah siap, gerak g antar dia ke sekolah. Sampai sekolah, alhamdulillah...tetap ok. Kite tengokkan dia 5 minit aje. Pastu gerak g bekpes n masuk KL jap tuk settlekan urusan sendiri. Ambik Luqman agak awal masa ari memula ni sebab kitaorang takut x sempat nak ambik dia kalau kitaorang gerak g settlekan hal kitaorang dulu.

Ari kedua pun ok. x banyak ragam dan karenah. Alhamdulillah sesangat bila dia x wat perangai ni.

Wahai anak ibu...ibu tahu satu hari nanti Luqman akan baca blog ni (kalau ibu x lupa password). Ibu dan ayah bangga ada Luqman sebagai anak kami. Ibu ayah belajar untuk hidup berkeluarga..ayah ibu bermula dengan merangkak terlebih dahulu..semua tu kami belajar bersama2 Luqman. Jatuh bangun kami dalam meniti hidup ni bersama Luqman. Luqman ada bersama kami ketika kami susah. Walaupun Luqman x rasa apa yang kami rasa...Luqman la yang menjadi kekuatan kami ketika tu.

Disebabkan kesusahan inilah, kami nak Luqman menjadi orang yang berjaya. Ibu x mampu berikan kesenangan seperti sesetengah kawan2 Luqman. Tapi, ibu dan ayah xkan biarkan Luqman turut merasai kesusahan kami ini. Ibu dan ayah hanya boleh berikan ilmu sebagai bekalan untuk Luqman. Ibu tahu, Luqman sayang ibu dan ayah. Luqman belajar la rajin2 yer sayang. Ibu ingin Luqman banggakan ibu dan ayah.

Ibu tahu, Luqman punya cita2. Ibu sentiasa berdoa..moga cita2 Luqman itu mampu direalisasikan suatu ketika nanti.Luqman anak sulung ibu...Luqman ada adik atau mungkin adik2. Jadilah contoh untuk diaorang yer sayang.

Note : Bila bercerita pasal anak...sensitip sungguh hati ni. ermmm...

Harraz 7 Bulan...*

Assalamualaikum

Makin lama cam makin malas nak menconteng.
Meh la nak citer pasal Harraz skit. Wat kenang2an bila dia dah besar nanti. Wan Luqman Harraz..yang dulunya dilahirkan seberat 4kg kini sudahpun seberat 9kg++. Ha3...kitaorang sebagai ibubapa ni rasa cam biasa la bila tengok size dia tu. Tapi, bila orang keliling tanya berapa kg..umo berapa...bila ckp berat n umur dia...semua ckp semangatnya. Dan, bila orang lain pegang atau dukung dia..baru la kitaorang nampak kesemangatan dia tuh.

Kite memang serahkan 100% kat hubby bab2 nak dukung Harraz kalau g memana. Kejap tu boleh la...sib baik la Harraz ni jenis senang nak handle. Dok dlm stroller pun x banyak ragam kalau nak dibandingkan ngan Luqman dedulu. Asyik nak berdukung n x nak dok dlm stroller.

Dedulu masa awal2 ajar dia makan...cam nak x nak je dia nganga mulut. Siap tutup mulut n larikan muka bila nak bagi makan. Kite naik risau bila dia x nak makan sangat waktu tu. Sekarang ni, ambik ko. Lambat bagi makan mula la meragam. Lambat suap...mulut tu akan bunyi. Semangkuk penuh bubur habissss...hubby plak yang risau kot2 overload. Ha3...

Kite masih belum kenalkan ayam atau ikan pada Harraz. Tunggu la dia besar skit lagi. Sekarang ni buatkan bubur yang sama jer ari2. Kalau ada beza pun setakat bayam atau sawi. Bahan2 lain masih sama. Carrot + brokoli + bunga kobis + kentang. Tu la menu Harraz hari2..kekadang tambah ngan sawi atau bayam.

Bab menyusu, alhamdulillah..hingga kini kite masih menjadi pembekal susu yang berjaya untuk Harraz. Sila bangga dengan diri sendiri...

Harraz masih meniarap. Tapi dah angkat badan n goyang2 ke depan n kebelakang. Menyusur ke depan x berapa cekap lagi...tp kalau ke belakang n pusing 360 darjah...cukup la cekap. Dan, kalau masuk dalam kereta, cukup gilakan stereng. Ha3...

Ok..nak stop sini dulu...