BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 2, 2012

Check List Persekolahan Luqman Harith....*

Salam

Akhirnya, bulan Disember menjengah juga. Bermakna, tahun 2013 bakal menunjukkan dirinya. Kejap aje kan masa berlalu. Dah nak abis dah tahun 2012 nih.

Luqman Harith..2013 nanti merupakan tahun dimana dia akan memulakan persekolahannya. Cam x caya plak anak sulung kite dah nak memasuki Tahun 1.

Ok la...x nak berceloteh pepanjang sangat. Cuma nak listkan keperluan2 untuk persekolahan Luqman nanti. Sesaja nak buat rujukan atau panduan lepas2 nih.

Ni la keperluan2 untuk memulakan persekolahan di SRISAH, Gombak

YURAN

- Yuran Pendaftaran : RM600++ : Perlu bayar sebelum hb. Belum g bayar lagi nih. Tengok la esok atau lusa camana.

BUKU SEKOLAH
- Buku latihan, buku tulis akan mula dijual di koperasi sekolah bermula 10hb nanti.

KELENGKAPAN SEKOLAH
- Uniform sekolah : Cadangnya nak beli 3 helai. Belum beli lagi sebab uniform akan mula dijual di koperasi sekolah mulai 10hb nanti
- Kasut Hitam : Cadangnya nak beli 2 pasang. Sepasang dah beli. Sepasang lagi belum lagi
- Stokin Hitam : Belum beli juga
- Beg Sekolah : Done. Luqman request nak yang ada roda.
- Songkok. Satu dah ada. Satu lagi tengok dulu camana.
- Baju Melayu : Nak tengok kat koperasi sekolah dulu.
- Tali pinggang : Belum lagi

ALAT TULIS
- Pencil Box : Lama punya dah ada. Tapi mesti kena beli baru nih. Luqman dah hint nak yang camana
- Pensil : Balance tahun lepas punya masih ada. Tapi nak kena beli tambaj gak nih
- Pensil Colur : Tahun lepas punya ada lagi. Tapi nak kena beli spare gak.
- Pemadam : Nak kena beli spare
- Pembaris : Nak kena beli spare

 Apa lagi ek?

LAIN-LAIN
- Tag nama WAN LUQMAN HARITH untuk ditampal pada beg, kasut, songkok etc
- Botol air. Asyik hilang aje dibuatnya Luqman nih.
- Spender.

Keperluan2 lain akan ditambah kemudian. X der idea dah la....*

Tuesday, October 2, 2012

Alhamdulillah....Syukur...*

Assalamualaikum

Hari ni rasa gembira sesangat. Gembira atas berita yang diterima.
Tapi, dalam masa yang sama..terasa betapa kerdilnya kite. Betapa teruknya kite. Kenapa kite cakap macam tu..sebab Allah masih mahu mendengar doa kite..hamba Dia yang selama ini lalai dan leka dengan hal2 dunia.

Waaaaa..nak nangis nih....sungguhhhhhhh

Alhamdulillah...Luqman berjaya masuk ke Sekolah Rendah Agama Seri Al Huda. Yer...memang kite amat berharap Luqman dapat bersekolah di situ disebabkan oleh beberapa faktor. Yang tu x yah la citer ek.

Dan, sejak tahun lepas pun..Luqman memang bersekolah tadika di situ. Yer..Seri Al Huda memang ada taski untuk kanak2 berumur 4-6 tahun.

Dia dah pergi exam untuk membolehkan dia masuk ke situ tahun depan. Tapi, mungkin bukan rezeki dia dan bukan rezeki kami..dia x berjaya untuk kali pertama. Kite tepon sekolah dan dimaklumkan yang Luqman lulus cuma ada budak yang lagi terer dari dia. Kalau ada mereka2 itu menolak tawaran itu, Luqman akan dimasukkan sebagai calon yang berjaya. Kecewa sesangat tapi redha la kan. Yer....redha sebab aturan Allah adalah yang terbaik. Dia mungkin sudah merancang segalanya untuk kami semua. Tapi, tipu la kan kalau dalam hati kite ni masih mengharap agar Luqman berjaya juga.

Memang kite berdoa supaya Luqman berjaya. Berdoa semoga impian kami suami isteri untuk memastikan Luqman mendapat pendidikan berteraskan Islam termakbul.

Alhamdullillah...Allah perkenankan doa itu. Allah masih sayangkan hambaNya yang selama ini lalai.

Bila mengenangkan semua itu, kite jadi sedih. Jadi sebak sebab Allah x lupakan hambaNya ini. Kenapa sebelum ini kite lupa pada Dia. Macam x layak pulak kan...tapi siapa kite untuk menidakkan kuasaNya.

Rupa2nya perancangan yang Dia tetapkan sangat indah. Dia bagi kite rasa sedih dan kecewa supaya kite ingat akan Dia. Supaya kite menadah tangan berdoa daripadaNya. Bukannya hanya berserah 100% kepada takdir. Nampakkan betapa indahnya perancangan yang Allah buat. 

Ok....x nak melalut lagi dah. Cukup2lah tu yer

Per pun...syukur sesangat
Terima kasih Allah
Terima kasih Wan Luqman Harith
Tahniah sebab Luqman berjaya dan insyaallah, suatu hari nanti mungkin akan menjadi contoh kepada adik2
Terima kasih en suami

dan

Terima kasih pada semua...

Alhamdulillah.......*

Tuesday, September 25, 2012

Makin Sayu...*

Salam semua

Tak tau apa yang sebenarnya kite nak bebelkan kat sini. Mungkin sekadar cerita kosong demi untuk menenangkan hati yang entah kenapa sejak akhir2 ini selalu resah dan gelisah.

Diri masih mencari2 jalan untuk berubah dan membina hidup agar lebih baik dari sebelum ini. Bukan kebaikan di dunia semata2 tetapi bekalan untuk akhirat kelak.

Nak menangis rasanya bila mengenangkan apa yang sudah kite buat selama ini. Rasa menyesalnya kite x mencari ilmu akhirat itu sedari awal. Betapa jahilnya kite yang dilahirkan sebagai orang Islam. Betapa ruginya kite kerana tidak mengejar dan mengumpul ganjaran2 yang sebenarnya ada di depan mata.

Errrmmm..maaflah kepada mereka2 yang rasa cam menyampah dengan kite sebab bercerita tentang perkara ini. Tapi, kite menulis dan menconteng di sini sekadar untuk bacaan kite.

Siapa sangka..seorang kawan yng dulunya amat seksi..kini berubah 200%. Menutup aurat yang sebenar2nya menutup aurat. Siap bersarung tangan. Terasa teruknya kite yang sedari dulu memang bertudung tetapi tidak menutup aurat sepenuhnya. Ya Allah..tetapkan la hati ini untuk terus menuju ke jalanMu.

Aku redha atas semua yang berlaku. Aku redha dengan perjalanan yang Kau aturkan untukku. Walaupun ianya tidak seperti yang aku inginkan...mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu yang telah Engkau tetapkan.

Sampai bila kita2 yang menutup aurat dengan tidak sempurna ini akan terus begini. Ohhhh...ini adalah peringatan untuk diri sendiri ya. Supaya kite buka mata dan hati kita untuk melihat betapa indahnya Islam.

Ok...nak stop dah. X mampu untuk terus menaip. Hati sebak...x nak menangis dah....*

Monday, September 24, 2012

Berbaur-baur...*

As salam

Hari ni macam nak menconteng skit. Tapi x tau la skit mana plak nanti jadi ni menaip. Maklum la...bila dah jari syok mengetuk keyboar ni...x sedar yang dah byk huruf di taip di sini

Selalunya kite dok bercerita pasal anak2 aje. Yer la...nak cerita pasal apa lagi kalau bukan pasal anak. Betul tak. Lagipun sape la yang nak baca kalau bukan anak2 kite bila diaorang dah besar nanti. Insyaallah.

Ohhhh..melalut plak.

Kite nak bercerita pasal banyak benda. Nak luahkan apa yang ada dalam hati ni. Tapi, banyak benar hati2 dan perasaan manusia keliling yang perlu dijaga. Iye....banyak sangat. Daripada hati2 mereka ini terluka..ada baiknya kite diamkan aje.

Tahun 2012 dah hampir ke penghujungnya. Bulan November pun dah hampir menjengah. Bermakna...umur kita ni pun makin lama makin meningkat. Mungkin kite tak sedar diri ini sudah hampir di mamah usia. Tapi, angka tidak mampu menipu.

Kekadang kite cuba merenung kembali. Di usia sebegini...apa yang dah kita buat. Apa yang dah kita ada untuk menuju ke dunia yang kekal abadi.

Sana sini kite baca dan dengar pasal kematian. Kematian yang kita tidak fikir akan berlaku kerana usia mereka2 ini masih muda. Masih kuat untuk mengharungi arus masa kini. Tapi siapa kita untuk menidakkan hukum Allah. Andai DIA kata sudah sampai masanya kamu meninggalkan dunia yang sementara ini...tidak boleh tidak. Tidak boleh kita menyekat takdirNya.

Sedar akan kekurangan diri ini. Sedar akan amalan2 kite selama ini. Ya Allah..takut pulak bila mengenangkan kekurangan diri ni. X cukup bekalan lagi untuk menuju ke dunia yang kekal abadi. Apa la balasan Dia di dunia itu nanti.

Mohon kite, adalah sinar yang mampu membimbing kite menjadi umatNya yang sebenar2Nya. Kite x nak menjadi umat yang hanya menghuni dunia ini semata2. Kite nak menjadi umat yang bersama2 menghuni syurgaNya. Mungkin ini seperti khayalan kite tapi itu yang kite inginkan. Semacam kite x layak ke SyurgaNya tapi kite seboleh2nya ingin menghindari NerakaNya.

32 tahun di Bumi Allah. Selama itulah kite mengsia2kan peluang yang Dia berikan. Selama itulah kite alpa dan leka. Selama itulah kite angkuh dan lupa diri.

Mohon moga kite dijauhkan dari sifat2 bongkak dan angkuh. Iri hati dan bangga diri. Moga Dia sentiasa memelihara anak2 kite walau dalam apa jua sekalipun. Moga impian kite untuk melihat mereka membesar sebagai anak2 yang soleh termakbul. Moga jalan untuk menuju ke jalan itu dipermudahkan olehNya.

Selalu Luqman bertanya pada kite. Kadang2 sampai dia menangis. Sebak hati ni bila dengar soalan dia tu. X tau nak jawab camana.

"Ibu, nanti ibu ngan ayah meninggal...Luqman nak dok dengan sapa. Sapa nak buatkan susu Harraz"

Dia akan peluk kite. Tenung kite sungguh2. Terkedu dan tersenyap kejap. Nak mencari jawapan kepada soalan tu sebenarnya.

" Luqman doakan la ibu dan ayah panjang umur "

Apa lagi yang mampu kite cakap pada kanak2 yang berumur 6 tahun. Nak terangkan panjang lebar....x faham plak budak tu.

Semoga Allah tunjukkan jalan yang sebenar2nya. Jalan yang ada jika tidak dicari tidak akan ditemui. Moga urusan untuk melalui jalan itu dipermudahkan olehNya kelak. Insyallah.....




Monday, September 10, 2012

Luqman Harith dan Luqman Harraz..*

Kali ni nak bercerita pasal budak berdua tu plak.

WAN LUQMAN HARITH
Usianya kini sudah mencapai 5 tahun 10 bulan
Bersekolah tadika di Gombak
Makin banyak perangai
Makin banyak cakap
Makin banyak helah dan alasan
Ha3..

Kadang2 kata2 dia tu buat kite geram
Kadang2 kata2 dia juga buat kite gembira
Kata2 dia juga kekadang buat kite sedih
Ada kalanya buat kite sedar yang kite masih belum cukup sempurna sebagai seorang ibu, isteri dan juga hamba Allah

Cukup sayangkan adik dia yang sorang tu
Alhamdulillah, hingga kini x pernah lagi la tengok dia buat adik dia tu
Selalu pesan kat Luqman...nanti tengok2kan adik kat umah Ibu Sarimah yer (bbsitter diaorang)

Tahun depan dah masuk Tahun1
Kejap jer rasanya
Dah nak sekolah rendah yer anak ibu nih

Makan ikut mood
Ada kalanya asyik minta makanan aje
Ada ketikanya, kena paksa makan
Ada juga terpaksa bersuap semata2 nak bagi dia makan

Mandi pun sama
Asyik dok sebut...Luqman x nak mandi sendiri
Tapi kalau tau Harraz pun nak mandi sama...laju je kaki dia melangkah ke bilik air
Nak mandi sesama ngan Harraz la tu
Seronok la si kenit tu
Sampai nangis2 bila kite angkat keluar bilik air

 

WAN LUQMAN HARRAZ
Umurnya sudah 1 tahun 3 bulan
Masih belum mampu berjalan sendiri
Bangun dan duduk sendiri dah berjaya
Memanjat sofa dan meja pun dah berjaya dengan cemerlang
Kita plak yang terjerit tengok dia memanjat meja

Mulut bising tp x boleh bercakap dengan betul lagi
Pandai geleng n anggukkan kepala kalau kita tanya apa2

Semalam hubby main lambung2 dia
Seronok sakan la ek sambil bergelak ketawa
Bila hubby stop menangis2

Kite la kena layan dia
Bagi susu...baru la x nangis dah
Bila tanya Harraz main apa ngan ayah tadi
Dengan lajunya dia bangun sambil wat gaya melompat
Tangan angkat tinggi2
Ha3...faham ek soalan ibu sayang
Nak bercerita tapi x pandai nak bercakap lagi

Makan adalah kesukaan dia
Bagi je la apa sahaja..pasti dia nganga je
Tapi, telo dia reject la..x suka kot ek
Kalau makanan tu pedas skit2 pun dia makan aje
X plak dia menangis kepedasan

Masih minum susu ibu sepenuhnya...tp bila kite ada je la
Dia masih x nak minum EBM yang dibekukan
Reject terus
Jadinya, sekarang kite sudah stop mengepam
Stok dalam peti ais sudah berkurangan dah banyak stok2 yang sudah expired dan terpaksa dibuang
Awal2 dulu sedih giler bila terpaksa buang EBM
Tapi fikir balik..buat apa nak simpan kalau benda tu dah expired
Nak masukkan dalam bubur dia plak..risau

Kite memang bekalkan bubur untuk dia tiap2 hari
Kite risau kalau2 bubur yang dah dimasukkan EBM diberikan pada budak lain
X pasal2 jadi anak susuan tanpa pengetahuan kite
Yer x..bahaya tuh

Harraz cukup manja dan mengada2
Sapa2 yang dia x kenal..memang dia x nak
Kalau kat umah pengasuh dia...dengan bbsitter je yang dia nak
Ngan orang lain dia x nak
Anak bbsitter yang dia tgk hari2 pun dia x nak

Kalau kite berdua je ngan dia kat umah....masakkkkk ok
Nak masak x boleh..nak masuk toilet x boleh
Jadinya, lewat petang la baru dapat nak masak dan mandi
Adehhhhh.....




Mereka berdua...


Jengah Jua...*

As salam

Akhirnya, terdetik juga hati tuk update. Tapi x tau la sudahnya camana nanti. Maklum la..tahap kemalasan tu amat la di tahap yang maksimum sekarang. He3 

Cerita pasal raya...sodihhhhh sesangat Tahun ni buat pertama kalinya dalam hidup..x balik kampung masa raya pertama. Sebabnya...seminggu lepas raya nanti kitaorang wajib balik kg. Jadinya, memikirkan kos serta jarak perjalanan yang agak lama...redha je la beraya kat KL. Dan, merasa la kitaorang beraya di KL untuk pertama kalinya Sungguh x best... 

Raya kedua g umah kawan kat Melaka. Jalan sungguh jammed dah membuatkan driver nekad...pasni x der maknanya nak jenjalan jejauh masa raya. Kalau la kena beraya kat KL lagi di lain kali. 

Persiapan raya ala kadar sahaja. Hanya baju anak2 yang kite beli Baju ibu dan ayah bebudak ni...tolak ke tepi. Pakai je la baju yang mana ada kat dalam lemari tu Jimat belanja kan... Ha3... 

29/8...kitaorang gerak balik Terengganu. Gerak pukul 4 pagi. Berhenti kejap kat R&R tuk buat apa2 yang patut Kali ni balik Setiu melalui Kemaman. Walaupun agak jauh perjalanan berbanding melalui jalan Jerangau-Jabur...pemandangan adalah sangat best. 

Sampai umah PIL lebih kurang pukul 1 tengahari.Rehat2 kejap. Pukul 3 petang lebih kitaorang gerak pegi pantai. Luqman la ni yang beria nak g pantai. Asyik dok sebut sepanjang perjalanan balik tu Seronok la kan bebudak ni Harraz takutkan ombak dan pantai. Menangis2 bila hubby masukkan dalam air 
Tapi, bila kite pangku dia..ok je la bila ombak datang . Pukul 6 gerak balik rumah. Masa untuk berehat la plak kan 

Esoknya, plan asal nak gerak ke Kelantan awal skit. Tapi, time nak gerak tu la ada hal.
Ermmmmm 
Orang yang nak pasang khemah plak sampai. Ada masalah skit..tp alhamdulillah, settled 

Akhirnya, gerak ke Kelantan dalam kul 1 dan sampai sana lebih kurang pukul 3.30 petang 
Duduk kejap aje...pastu gerak g Pantai Timur untuk cari buah2an 
Gerak balik Terengganu dan sampai sana lebih kurang pukul 9 malam. Penattttt... 

31/8...bersamaan hari Jumaat
Pegi kat Pasar Tani Mangkuk. Nak ambik kuih yang SIL order.
Melilau2 kat situ tp x bertemu yang dicari.
 Tp, teknologi kini memudahkan...selesai juga urusan di situ.
Pegi Pasar Tani Chalok Rahmat plak. Beli ayam. Balik umah...bersihkan ayam.
Pastu isikan telo kat bunga telo..
Pastu gerak ke bandar Permaisuri untuk cari barang2 yang masih x cukup 
Balik rumah..settlekan benda lain plak 
Malam skit..buat ayam masak merah
Lepas tu, siapkan doorgift yang masih belum siap.
Kemas2 umah skit..pakaikan inai kat SIL...iron baju2..x tau kul berapa masuk tido malam tu 

Bangun esok pagi...kemas2kan khemah. Buat touchup kat khemah, pelamin n meja makan beradab. Susun itu..susun ini.. Gerak ke bandar Permaisuri untuk beli ulam2an. Gerak balik umah balik Buat itu ini lagi..akhirnya pukul 12.00 lebih baru berkesempatan nak mandi dan bersiap 
Pengantin lelaki sampai..tinggalkan Harraz kat mak kite...sambut rombongan, buat itu ini...akhirnya majlis selesai 
 Baru berkesempatan nak menjamah ayam goreng 
Perut dah berkeroncong sejak tengahari tp x sempat nak makan 
X selera nak makan 
Tolong kemas2 mana yang patut 
Akhirnya, boleh berehat skit 
Harraz dah macam anak terbiar dah 
Nampak kelibat kite atau hubby, confirm dia hulur tangan nak suruh ambik dia
Sorry sesangat sayang..ibu x dan nak layan Harraz 
Sibuk 
Sib baik Luqman dah pandai layan diri sendiri 
Dan, sib baik la ada mak kite 
Tolong layan Harraz 
Lepas maghrib gerak ke umah sedara kite jap 
Mak pun ikut..lama dah x jumpa kan 
Niat nak dok kejap je..hantar lauk kenduri 
Badan dah penat..melekit dan masammmmm sebab x sempat nak mandi 
Malam tu, tido dengan lenanya 

Esok pagi, bangun dengan badan yang lenguh2 
Niat nak gerak awal hantar mak ke Kelantan 
Tapi ada je halnya 
Pukul 1 juga la baru gerak 
Sampai Kelantan..duduk dalam 30 minit aje 
Terus gerak ke Terengganu Sampai sana dalam kul 7.30 malam 
Penat sangat tp driver mesti lagi penat kan 
Kesian dia 

Hari isnin...masa untuk berehat 
Basuh baju yang bertimbun 
Petang skit pegi pantai lagi sekali atas permintaan Luqman Harith 
Malamnya plak basuh selimut, cadar dan sarung bantal yang digunakan oleh mereka2 yang balik kampung dan telah pulang ke kediaman masing2 

Selasa...masa untuk balik KL 
Masih menggunakan laluan Kemaman untuk perjalanan kali ini 
Bertolak balik dalam pukul 10.30 pagi 
Sampai KL lebih kurang pukul 7.00 malam 
Hubby bawa kereta x laju pun 
Selamat juga kitaorang sampai sini 

Dan, kepenatan masih lagi terasa 
Kain baju kat umah tu masih x berkemas 
Huwaaa...kenapa malas sangat ni 
X per...minggu ni 3 ari cuti 
Rumah akan dibersihkan nanti 
Insyaallah 
Mata ni dah sakit nengokkan bilik air tu 
Dah naik semak nengokkan kain baju yang bertimbun 

Ok la...itu la sedikit sebanyak kisah balik kampung kitaorang 
Jadinya, tau la kan sebab apa kitaorang x balik kampung masa raya tu 
Nanti nak bercerita pasal anak2 plak

Sunday, June 3, 2012

Setahun Dah...*

Assalamualaikum.

Hari ni 4 Jun 2012...semalam hari Ahad, 3 Jun 2012.
Kejap aje masa berlalu kan. Dah setengah tahun kita menjengah tahun 2012. Dan, dengan kedatangan 3 Jun 2012, bermakna sudah setahun usia Wan Luqman Harraz.

Sudah setahun juga la kite menyusukan Harraz dengan susu kite ni. Alhamdulillah. Pas ni nak target 18 bulan plak. Harap2 dupermudahkan olehNya la. Insyallah

Semalam masak special skit. X la jemput orang. Kitaorang anak beranak aje. Untuk bekpes..masak mee goreng aje. X der la beria sangat kan. Cuma untuk alas perut sementara kita menjalankan misi seterusnya.

Tengahari tu masak rendang ayam. Pastu kukus pulut kuning. Alhamdulillah menjadi walaupun kali pertama wat pulut kuning. X la susah sangat rupanya ya. Ingatkan susah sangat la. Pas2 ni boleh la wat lagi. Kejap pun ya gak. X sampai setengah jam pun kite kukus. Pastu keluar kejap.

G cari kek. Balik umah...kelentang kelentung lagi kat dapur.

Masak nasi ujan panas, acar mentah n ayam masak merah. Alhamdulillah, tu la rezeki kami untuk hari semalam.

Walaupun Harraz x tau apa2 lagi, kurang2nya kite rasa seronok.

Luqman plak asyik dok tanya, Ibu..kek Harraz nanti gambar apa. Pastu tengok plain aje kek tu, senyum lebar. Ha3...sebab kek x cantik kata dia. Ha3....memacam la Luqman nih.

Harraz masih belum berjalan lagi. Aktif memanjat, meniti2 sambil pegang kat mana2 tempat yang dia boleh pegang. Masih makan bubur..kite blend kasar aje. Tapi cukup suka makan apa aje makanan yang kita makan. Kalau nampak kitaorang makan, bising mulut dia minta makanan. Dah suapkan dia, senyum sambil tunjukkan muka puas hati. Dah abis kat dlm mulut, minta lagi.

Apa lagi ek. X tercerita sebenarnya peel perangai dan perkembangan bebudak nih sebenarnya. Banyak sangat kalau nak diceritakan.

Ok la...nak stop dulu... Akhir kata, Happy Birthday Harraz. Moga panjang umur...dimurahkan rezeki. Ibu harap Harraz mampu menjadi seorang insan yang berdiri dan berjalan di atas landasan yang betul. Insyallah..

P/S : Ibu sayang sangat2 kat anak2 ibu...Wan Luqman Harith..Wan Luqman Harraz...permata hati ibu dan ayah...Nyawa kami berdua. Ibu x mampu nak bagi kemewahan kepada anak2 ibu...tp insyaallah...ibu akan limbahkan anak2 ibu dengan kasih sayang selagi ibu bernyawa.

Wednesday, May 2, 2012

Harraz 11 Bulan...*

Oooooo..anak saya sudah berusia 11 bulan pada hari ni. Kejap giler rasanya. Cam baru jer terasa2 nak bersalinkan dia. Hu3 Cerita pasal Harraz...cam malas plak nak taip pepanjang. Tapi yang pasti, seperti bebudak lain gak la. Alhamdulillah, masih bf ngan kite. Kite ni masih jadi pembekal susu yang utama untuk dia. Ha3..tp yang x syoknya, dia x nak minum susu yang dibekukan la. Agak susah hati kite ni tapi ambik benda ni sebagai sesuatu yang biasa. Harraz adalah pemakan yang tegar..jadinya x der la risau sangat dia lapar ke apa ke kan. Kurang2nya dia masih makan dan balik umah menyusu ngan kite seperti biasa. Lepas dia demam ari tu, dia cam x suka senyum, x suka gelak. Tapi, sekarang ni, sifat ceria dia tu sudah kembali. Ibu suka la Harraz gelak2..senyum2...comeyyyy aje rasanya. Ha3..mati la puji anak sendiri. Eh..nak citer apa lagi ek. Cam malas aje la.

Tuesday, April 3, 2012

Cerita Tentang Bubur Harraz...*

Ok...sekarang Harraz dah berusia 10 bulan. Maknanya, kite telah membekalkan bubur untuk Harraz selama 4 bulan. Dan..selain sebagai seorang ibu, kite juga telah bergelar seorang pembekal bubur dan susu yang berjaya buat Harraz. Ha3...kelakar plak rasanya.

Kite bekalkan bubur + sayur2an untuk dia dari dia berusia 6 bulan hingga la 9 bulan. Maknaya, 3 bulan la dia makan bubur dengan sayur2 semata. Sayur yang kite guna plak kentang, carrot, brokoli, butternut squash, labu, cauliflower, keledek. Eh...bukan semua la kite campo sekali dalam bubur tuh. Kekadang kentang + carrot + brokoli..ada kalanya butternut squash + brokoli + carrot + cauliflower. Eh...malas nak nak senaraikan. Ubah2 la gak sekali sekala. Tapi, carrot dan brokoli adalah wajib dalam bubur Harraz. Bubur dengan campuran labu membuatkan Harraz kembung. Jadinya, sekali tu je la bagi. Pastu belen labu tu kite wat masak lemak..ngan kite2 sekali kembung dan cirit birit selama seminggu (eh, ada kaitan ke ek). Butternut squash lak agak susah nak dapat. Kebetulan waktu tu g pasar malam. Ada akak ni jual buah2an dan sayur2an direct dari cameron. Jadinya, kite beli la.

2 minggu sebelum umur Harraz 10 bulan..kite baru perkenalkan ikan dan ayam untuk dia. Sawi dan bayam pun sama. Sebelum ni bukan x nak masukkan bayam n sawi tapi sebab kite ni jarang masak kalau ari keje, takut sayur2 tu rosak plak. Sayang oooo walaupun bukannya mahal mana sayur2 tuh. Dasar kedekut..he3

Tiap2 ari x pernah lupa bekalkan bubur dia ke umah bbsitter. Kite serahkan pada bbsitter pasal makanan Harraz bila kite kena stayback siapkan tender kat ofis. Kalau kul 7 pagi x balik lagi, kite akan sms akak tu maklumkan pada dia. Minta tolong siapkan bubur Harraz. Alhamdulillah, bbsitter pun faham.

Ada kalanya risau bila tengok Harraz x nak makan. Ada la 2-3 hari gak dia x nak makan. Kebetulan waktu tu dia demam. Oooohhh, lupa nak citer. Kami satu famili demam. Tempohnya, paling kejap seminggu (Luqman dan Harraz) dan paling lama 2 minggu (kite n hubby). Kite yang tua ni pun x lalu nak makan..apatah lagi bebudak kan. Masa kite demam, mulut makan tp rasa, bau makanan tu x dapat dirasa atau dihidu. Seksa ok. Rasa cam malas nak makan sebab x dpt menikmati kesedapan makanan tuh. Membazir pun yer gak. Adehhhh..melalut plak dah.

Camana kite sediakan bubur Harraz.

OK...kalau awal2 dulu, kite wat camni. Memalam sebelum masuk tido, basuh beras bersih2, potong2 sayur mana yang nak pakai. Letak dalam bekas n masukkan air bagi tenggelam semua tuh. Pastu simpan dlm peti ais. Pagi esoknya, celik2 mata je terus tuju ke dapo. Ambik beras + sayur2 tu semua, tapis n bilas lagi sekali. Masuk dlm periuk n masukkan air. Letak atas dapo n buka api perlahan. Pastu, wat la apa yang nak di buat. Mandi, solat, siapkan beg bebudak ni..bersiap g keja. Sekali sekala jenguk ke dapo n kacau2 bubur tuh. Sampai masa, siapppp. Senang tp abis la zat2 tu semua kan.

Sekarang ni, sejak dah bg lauk kat Harraz, kite wat camni plak.

Malam sebelum tido, kite akan basuh beras bersih2. Pastu masukkan dalam bekas dan masukkan air. Simpan dlm peti ais.Potong sayo yang nak pakai...letak dlm bekas n masukkan air. Simpan dlm peti ais gak. Ikan/ayam turunkan siap2 kat bahagian bawah.
Esok pagi, celik mata je terus tuju ke dapo. Ambik beras dan tapis. Bilas lagi sekali. Masukkan dlm periuk n masukkan air. Letak atas dapo dan buka api perlahan. Ayam/ikan keluarkan dr peti ais dan airkan bawah air paip. Buka perlahan je la air tuh. Oh, ayam tu kite sesiap potong kecik2. Ikan pun sama. Pastu, g la buat apa yang patut.

Sampai masa, pegi dapo balik. Kacau2 bubur yang kat atas dapo tuh. Potong bawang putih + bawang merah skit. Skit aje...x yah bebanyak. Letak kuali atas dapo, masukkan skit minyak zaitun. Tumis bawang n masukkan terus ikan/ayam tuh. Wangi betul waktu nih. Dlm masa yang sama, ambik sayo..bilas lagi sekali n campak masuk lam bubur tuh. Kacau2 la bubur tuh. Ikan/ayam tu biar aje masak dlm kuali. Bila dah masak, campak masuk dlm periuk bubur tuh. Kacau2 lagi. Tutup api la...Wangi ok bubur bila wat camni. Hanyir pun x. Kite sukeeeee...

Kite x blend pun bubur tuh. Urusan blend memblend kite serahkan pada bbsitter Harraz aje. Ha3...alhamdulillah di situ. Tapi kalau kat umah, kena la blend skit. Ohhh..carrot n brokoli adalah sayuran wajib untuk Harraz.

Gitu la caranya kite sediakan bubur Harraz tetiap hari. Kalau ari cuti..x der la potong sayo memalam. Masa nak masak tu baru kite siapkan bahan2 tuh.

Teringin nak watkan pasta tuk Harraz. Tapi tu la, tiap kali g shopping..asyik terlupa aje nak beli bahan2nya.

Ok la..stok menconteng dulu. Wat benda lain plak....daaaaaa...*

Sudah 10 Bulan..*

Yer...budak kecik tu sudah berusia 10 bulan pada hari ni. Kejap aje masa berlalu kan. Rupanya sudah 10 bulan Harraz bersama-sama kami.

Perkembangan dia sama la seperti budak2 lain.

- Gigi masih 2 batang
- Belum bertatih lagi
- Dah boleh duduk dengan sendirinya. Pastu tepuk2 tangan bila dah duduk tu
- Melasak je kejanya
- Merangkak dah..tp lagi suka melungsur. Lagi laju gamaknya
- Cukup suka main2 ngan abangnya. Luqman plak jenis yang biar je apa yang adik buat
- Alhamdulillah..masih menyusu sepenuhnya susu ibu
- Makan bubur 2x sehari. Ni memang hari2 kite gigih watkan bubur dia sebaik sahaja celik mata.
- Manja yang amat..lasak yang amat
- Peel menyusu...kite kena baring terlentang..dia berbaring atas kite..dia akan nyot2 sampai la tertutup2 mata. Bila dia dah lali tu, kite akan ubah kedudukan dia.
- Kat umah BS dah kurang nyusu. Jadinya, kat umah la dia balas dendam. Ha3
- Suka jenjalan Harraz ni. Dok umah suka benar nangis. Bila bawa jalan jer...x dengar skit pun dia nangis.

Dah la..malas dah nak pikir apa lagi nak tempek kat sini.

Undur diri dulu...daaaaaa.....*

Thursday, March 8, 2012

Harraz Lagi..9 Bln dah..

Waaaa...nape la malas sangat nak menconteng nih. Malas yang amat la sekarang ni. Kalau b/w tu selalu la gak. Ala2 SR gitu.

Meh nak cerita pasal Harraz plak.
Budak tu dah 9 bulan usianya. X reti bertatih lagi....asyik2 melunsur dengan jayanya ke sana ke sini. Merangkak pun cam malas aje. Setakat 2 3 step...pastu mula la dia melunsur.

Disebabkan ketidaklaratan kami mengutip dan mengejar dia yang syok sakan melunsur...maka kami telah menggunakan walker sebagai alternatif untuk mengelakkan dia melungsur entah kemana-mana. Penat ibu ni yer Harraz. Lagipun Harraz suka mengutip apa2 aje pastu ngap masuk mulut. Ohhh..tidak elok yer anakku

Alhamdulillah..masih menyusu badan sepenuhnya. Ari tu susu cam merundum gak la. Sekali pam dapat la paling banyak 4oz. Sodih aiii makcik. 2 kali pam x sampai pun 10oz. Sib baik stok kat umah banyak. Kalau x..nangis x berlagu la kite ni. Sekarang ni, penghasilan susu dah meningkat. Kite gunakan pil ASI..makan 3 kali sehari. Kekadang terskip gak. Ha3...kalau pam sekarang ni..paling skit boleh dapat 6oz...paling banyak 8oz. Alhamdulillah kan..bertambah la stok susu Harraz. Tp x nak la rasa selamat sangat. Dapat susukan Harraz setakat setahun pun dah syukur sesangat. Tapi kalau dapat sampai 2 tahun...memang bonus la kan.

Bab makan...pantang suakan makanan...sure dia akan nganga aje. Kalau kita makan...wajib suapkan dia makanan juga. Kalau x...x der nya dia nak dok dendiam main sengsorang. Bila perut dah kenyang n penuh...kami yang besar2 ni syok aje melantak tanpa gangguan Harraz. Ha3...Alhamdulillah juga sebab masih mampu membekalkan Harraz bubur setiap hari. Time ada tender tu...wallahuallam la..kite serahkan pada bbsitter dia la untuk sediakan makanan dia. Apa yang dia suap tu, kite x tau. Mungkin bubur atau mungkin juga nestum.

Bab makan, setakat ni kite baru kenalkan bubur yang berasaskan sayur2an dan ikan. Ayam belum lagi wat masa ni. X per la..slow2 la perkenalkan makanan2 lain kat dia. Tapi insyaallah, x der masalah kot untuk dia sebab dia tu x der pantang. Ngap aje selagi mau.

Cukup aktif dan cukup lasak. X larat OK nak pegang dia lelama. X reti dok diam sungguh kecuali time dia tido aje. Sebelum tido..harus melasak panjat2 badan kite sambil lompat2 dan gelak2. BIla dah penat...baru la nganga cari susu.

Nak nyusu pun kena ada gaya. Kekadang berpangku pun dia boleh nak meniarap sambil menyusu. Adoiii...apa gaya la Harraz ni.

Disebabkan kelasakan dia ni la..kite lagi suka susukan dia sambil baring. Kite terlentang..dia panjat badan. Pastu cari susu. Sambil merangkak pun boleh dia menyusu. Tapi kite akan perhatikan dia la kan. X der la biarkan dia menyusu dalam memacam posisi ni. Kekadang badan atas muka kite..ada ketikanya elok jer berbaring...memacam pesen la boleh dikatakan sekarang ni.

Gigi baru naik 2 batang. Sib baik la dia x asah gigi dia tu masa menyusu. Kalau x...menangis x berlagu la ibu ni.

Ok..stop sini dulu. Sambung wat keja plak.....*

Wednesday, February 15, 2012

Harraz...8 bulan...*

Adoiii la....

x tau la kenapa sejak akhir2 ni malas sangat nak menconteng kat sini. Mood dah terbang melayang dah sebenarnya ni. Ikutkan cam nak closed je blog nih...punya la x der mood kan. Tapi bila fikir2kan..cam sayang la plak sebab ada cerita2 yang kite boleh jadikan kenangan satu ketika nanti. Disebabkan sayang...x kisah la byk sawang kat sini pun.

K...kali ni nak cerita pasal Harraz. Harraz lagi?...cerita Luqman x der ke. Dah namanya malas...cerita pasal Harraz je la wat masa ni. Kalau bukan sebab Harraz beralih bulan..x der nya nak update kat sini.

3/2/2012..cukup budak kecik tu 8 bulan. Kejap jer rasanya masa berlalu. Tup2 dah pandai memacam dah...

Malas nak melalut panjang2...update ala kadar je la nih. Tgk je la senarai2 kat bawah ni :

- Meniarap dan melunsur mmg dah terer. Skrg ni pantang letak kat bawah. Laju je ke sana ke sini. Merangkak belum lagi..takat angkat bontot dan goyang2 tu dah lepas
- Bab makan mmg x tolak. Bagi je la apa je kat dia....mesti nganga je. Tah bila la kite ni nak kenalkan ayam dan ikan dalam bubur dia tu. Tunggu la dulu Harraz ye. Ibu bagi ayam n ikan lambat skit kat Harraz
- Pandai tepuk tangan, pandai babai
- Suka main air...
- Alhamdulillah, masih menyusu badan sepenuhnya. Tapi agak sedih sebab produktiviti dah makin skit sekarang ni. x per la Harraz, ibu akan cuba setakat mana yang ibu mampu...
- Gigi belum ada lagi...tp kalau dia menyusu..mesti dia gigit n tarik nipple guna gusi dia tuh...bila ibu menjerit...dengan muka x bersalah dia tengok ibu...ibu sedih la sayang bila tengok muka x bersalah awak tu...Ibu sayang Harraz
- Kalau g jenjalan...budak ni sangat susah nak diberikan susu. Dia nak susu tp bila bagi susu, dia isap kejap..pastu lepas...tengok keliling...sambung lagi nyusu...gitu la susahnya. Akhirnya dia akan meragam sbb ngantuk n nak menyusu. Ibu bagi nak main2 plak.
- Kenapa benda kat atas terjadi, sebabnya Harraz lagi suka menyusu sambil baring.
- Nak tido memalam, memang kena byk bersabar. Letak kat katil, baringkan dia...dia akan minum susu. Pastu lepas dan berpusing 360 darjah. Pastu mula la bunyi ekkk..ekkk..nak menyusu susah sebab dah jauh dari ibu ni
- Selalu gak dia suka menyusu sambil dok meniarap atas kite. Maknya kite kena terlentang la sementara dia menyusu. Adoiii...memacam pesen la anak

Nak citer pasal apa lagi ek..berat Harraz x diketahui buat masa ni sebab belum jumpa doc lagi. Tapi ada sorang abang ni pegang dia, katanya mesti dah lebih 10kg.

K..malas nak menceceh lelama...takat ni jer...*

Tuesday, January 10, 2012

Baby Girl Plak...*

Salam semua

Ni kisah sembang2 ngan Luqman masa otw ambik dia dari umah bbsitter. Kalau nak tahu, Luqman ni cukup sayangkan adik dia. Cukup pandai agah2 Harraz sampai tekekek2 gelak budak kecik tu. Kalau bab adik, cukup senang la minta tolong Luqman. Kalau bab lain, jawapan dia..."kejap eh bu..jap je". Tapi sudahnya, kite gak yang wat benda tu sebab kejap dia tu sampai kesudah x bergerak.

Dah 2 kali dia bgtau kite. Bosan la Harraz ni bu. Ibu mengandung la baby girl pulak.Luqman dah bosan la main ngan Harraz ni. Kali pertama kite wat x tau jer. Semalam boleh plak dia ulang benda yang sama...n tmt tu adalah di tmt yang sama masa dia bgtau kite kali pertama tu.

Memang la sah2 kitaorang dlm keta n atas jalanraya. Namanya lagi otw nak balik umah. Kawasan tu ada selekoh n di selekoh tu la Luqman luahkan perasaan dia tu. Ha3...

Bila kali kedua dia wat luahan perasaan ckp nak bb girl plak. Kite senyum n gelak. Hubby pun sama2 gelak. Bgtau je la dia..Harraz kecik lagi la sayang. Tunggu la adik besar dulu. Nanti Luqman juga yang susah nak kena tolong ibu jaga adik.

Adoiiii..memacam la Luqman ni.

Masa peknenkan Harraz dulu, dia ckp x nak bb girl. Nak bb boy sbb boleh main2. Dia la yang pilih nama adik dia dan kitaorang cari maksud. X der la sama betul ejaan tu, tp ada la bunyi tu sipi2.

Hubby dok ckp, bb dalam perut kite bb girl...ramai yang ckp gitu. Tapi kite sebagai ibu ckp bb boy. Luqman pun mati2 ckp bb dalam perut ibu bb boy. Bila scan, mmg sah bb dlm perut dok terkangkang dan nampak la anu dia tu.

Teringin nak baby lagi sebenarnya walaupun Harraz kecik lagi. Ha3...melampau kan. Tapi x tahan bila bb meragam sepanjang masa berpantang. Aduiiii..tension acik ok. Dua2 anak adalah mempunyai pesen yang sama masa berpantang. Serik kejap rasanya.

Tapi tu la, mana cukup 2 anak je kan. Kalau ada rezeki, insyallah...bertambah la bilangan ahli keluarga kami. Cepat atau lambat, bukan urusan kami sbb rezeki tu dari Dia. Pe pun, sama2 la berdoa ajar ada rezeki buat kami lepas2 ni. Umur pun dah meningkat ni...

Ok la...stop dulu...*

Thursday, January 5, 2012

Luqman Harith Yang Sudah Semakin Besar..*

Permata hati kami yang pertama sudah kembali ke sekolah. Walaupun masih ke tadika..tp peelnya x sama. Sblm buka sekolah..kite dah bgtau Luqman...abang dah 6 tahun..jangan buat perangai lagi pepagi. x nak nangis2 bila g sekolah. Abang dah besar kan...Dia iakan aje la...

Ari pertama sekolah..kitaorang suami isteri cuti. Kebetulan bbsitter bebudak ni pun nak cuti gak. Kejutkan dia pepagi x der masalah sangat. X der la nangis. Cuma perangai ngengada dia masih ada. Nak kite mandikan. Kite pakaikan baju.

Dah siap, gerak g antar dia ke sekolah. Sampai sekolah, alhamdulillah...tetap ok. Kite tengokkan dia 5 minit aje. Pastu gerak g bekpes n masuk KL jap tuk settlekan urusan sendiri. Ambik Luqman agak awal masa ari memula ni sebab kitaorang takut x sempat nak ambik dia kalau kitaorang gerak g settlekan hal kitaorang dulu.

Ari kedua pun ok. x banyak ragam dan karenah. Alhamdulillah sesangat bila dia x wat perangai ni.

Wahai anak ibu...ibu tahu satu hari nanti Luqman akan baca blog ni (kalau ibu x lupa password). Ibu dan ayah bangga ada Luqman sebagai anak kami. Ibu ayah belajar untuk hidup berkeluarga..ayah ibu bermula dengan merangkak terlebih dahulu..semua tu kami belajar bersama2 Luqman. Jatuh bangun kami dalam meniti hidup ni bersama Luqman. Luqman ada bersama kami ketika kami susah. Walaupun Luqman x rasa apa yang kami rasa...Luqman la yang menjadi kekuatan kami ketika tu.

Disebabkan kesusahan inilah, kami nak Luqman menjadi orang yang berjaya. Ibu x mampu berikan kesenangan seperti sesetengah kawan2 Luqman. Tapi, ibu dan ayah xkan biarkan Luqman turut merasai kesusahan kami ini. Ibu dan ayah hanya boleh berikan ilmu sebagai bekalan untuk Luqman. Ibu tahu, Luqman sayang ibu dan ayah. Luqman belajar la rajin2 yer sayang. Ibu ingin Luqman banggakan ibu dan ayah.

Ibu tahu, Luqman punya cita2. Ibu sentiasa berdoa..moga cita2 Luqman itu mampu direalisasikan suatu ketika nanti.Luqman anak sulung ibu...Luqman ada adik atau mungkin adik2. Jadilah contoh untuk diaorang yer sayang.

Note : Bila bercerita pasal anak...sensitip sungguh hati ni. ermmm...

Harraz 7 Bulan...*

Assalamualaikum

Makin lama cam makin malas nak menconteng.
Meh la nak citer pasal Harraz skit. Wat kenang2an bila dia dah besar nanti. Wan Luqman Harraz..yang dulunya dilahirkan seberat 4kg kini sudahpun seberat 9kg++. Ha3...kitaorang sebagai ibubapa ni rasa cam biasa la bila tengok size dia tu. Tapi, bila orang keliling tanya berapa kg..umo berapa...bila ckp berat n umur dia...semua ckp semangatnya. Dan, bila orang lain pegang atau dukung dia..baru la kitaorang nampak kesemangatan dia tuh.

Kite memang serahkan 100% kat hubby bab2 nak dukung Harraz kalau g memana. Kejap tu boleh la...sib baik la Harraz ni jenis senang nak handle. Dok dlm stroller pun x banyak ragam kalau nak dibandingkan ngan Luqman dedulu. Asyik nak berdukung n x nak dok dlm stroller.

Dedulu masa awal2 ajar dia makan...cam nak x nak je dia nganga mulut. Siap tutup mulut n larikan muka bila nak bagi makan. Kite naik risau bila dia x nak makan sangat waktu tu. Sekarang ni, ambik ko. Lambat bagi makan mula la meragam. Lambat suap...mulut tu akan bunyi. Semangkuk penuh bubur habissss...hubby plak yang risau kot2 overload. Ha3...

Kite masih belum kenalkan ayam atau ikan pada Harraz. Tunggu la dia besar skit lagi. Sekarang ni buatkan bubur yang sama jer ari2. Kalau ada beza pun setakat bayam atau sawi. Bahan2 lain masih sama. Carrot + brokoli + bunga kobis + kentang. Tu la menu Harraz hari2..kekadang tambah ngan sawi atau bayam.

Bab menyusu, alhamdulillah..hingga kini kite masih menjadi pembekal susu yang berjaya untuk Harraz. Sila bangga dengan diri sendiri...

Harraz masih meniarap. Tapi dah angkat badan n goyang2 ke depan n kebelakang. Menyusur ke depan x berapa cekap lagi...tp kalau ke belakang n pusing 360 darjah...cukup la cekap. Dan, kalau masuk dalam kereta, cukup gilakan stereng. Ha3...

Ok..nak stop sini dulu...