BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 14, 2014

Tindik Telinga

Salam Jumaat semua

Korang tindik telinga masa umur berapa tahun?. Kite tindik telinga masa darjah 4 rasanya.

Lanaa plak tindik telinga masa umurnya 3 bulan. Tu pun bukan kite yang bawa g kedai...bbsitter yang bawakan

Sebelum tu, kite ada la sembang dengan akak tu bila tengok cucu2 pompuan dia semuanya dah bertindik. Sejak kecik lagi. Dia cakap...a'ah tie..anak2 n cucu2 pompuan dia semuanya bertindik di kedai yang sama dan dia yang bawakan. Sebab time kecik ni senang nak jaga. Dia x pandai makan macam2 lagi. Kalau Tie nak suruh akan bawakan Lanaa pun boleh.

Kite pun cakap la...boleh juga tu kak. Nanti akhir bulan yer.

Esoknya...kite balik keja n ambik budak2 cam biasa. Luqman pun cakap la...Bu, tengok la Lanaa ni. Kite tengok Lanaa tapi x perasan lagi telinganya yang dah bersubang tu. Pastu Luqman la yang cakap...Lanaa dah bertindik. Wahhh...comey je

Bbsitter cakap la..x nangis pun Tie. Cuma kepala n badanya x reti diam. Iyer...Lanaa memang agak lasak. Terpaksa 3 orang yang pegangnya. Ha3

Alhamdulillah..semuanya selesai n yang lagi best...bbsitter belanja Lanaa tindik. He3...

Lanaa Haseefa 9 Bulan...*

Assalamualaikum

Lama sungguh x menconteng kat sini. Mood sekarang ni memang ke laut sungguh. Niat nak update blog ada..tp disebabkan x der mood...bersawang la blog ni.

Nak citer pasal anak dara sorang nih. Wan Lanaa Haseefa yang sudah berusia 9 bulan pada 13/12 lepas. Sekejap aje rasanya. Rasa cam baru mengandungkan n bersalinkan dia. Tapi..bila tengok badan sendiri yang dah makin membesar ni...memang kite percaya yang Lanaa sudah 9 bulan

Sekarang ni...Lanaa dah pandai merangkak n duduk sendiri. Cuma bila duduk tu, dia masih ampu badan dengan tangan. Belum kuat lagi untuk duduk betul2. Gigi dah tumbuh 2 batang bahagian bawah. Sib baik x mengigit time menyusu. Kalau x, confirm kite menjerit. He3...Alhamdulillah...tiga2 anak bukan jenis mengigit.

Budak yang suka makan. Masih bekalkan bubur nasi ke umah bbsitter. Alhamdulillah..x pernah mengecewakan bab makan. Pantang tengok org makan, dia la orang pertama yang meluru untuk meminta ihsan org suapkan dia. x suka sangat air masak. Bila suapkan bubur ok lagi. Elok je makan. Bila bagi air..confirm menyembur2 air. Yang kelakarnya...bila air tersembur n terkena muka dia...dia pun terkejut n terkebil2 sama. Ha3...

Kalau nak tido..menyusu mesti ada gaya. Dia suka tido meniarap atas badan kite sambil menyusu sampai la tertido. Bila dia rasa nak baring..dia akan lentikkan badan dia. Suruh kite rebahkan badan dia kat atas tilam. Pandai anak ibu yer.

Pandai babai bila suruh babai. Comey jer tengok

Bila menangis...suaranya memang power. Vokal sepenuhnya di lontarkan. Adoiii...anak dara x elok gitu yer Lanaa. Sila sopan sikit

Anak manja kesayangan ibu. Pantang tengok ibu x der depan dia..mula la dia keluarkan vokalnya tu. Dah pandai gurau2. Suka sondolkan mukanya pada muka ibu. Geram kot.

Tuesday, September 23, 2014

Sedikit Cerita Tentang WLH's

Assalamualaikum

Lama tak menconteng di sini. Kemalasan yang amat ibu triple WLH  ni. Lagipun kerja kat ofis ni boleh tahan banyak juga. Jadi, dahulukan mana yang patut dulu yer x?. Kerja diberikan gaji. Tulis blog pula sekadar hobi dan aktiviti masa lapang sahaja.

Kali ni nak bercerita tentang anak2 yang tersayang. Luqman yang telah mencecah 8 tahun, Harraz yang kini berumur 3  tahun dan Lanaa yang sudah memasuki usia 6 bulan.

WAN LUQMAN HARITH. Makin besar makin banyak akal. Satu yang kita soal..berjela2 jawapan dari mulutnya. Kadang2 sakit hati..kadang2 mengeletek hati. Suka benar tido lambat waktu malam. Awak tu nak kena bangun awal untuk sekolah. Tapi awak tahan mata semata2 nak mengadap TV yang asyik dok ulang2 siarannya tak kira siang atau malam. Disebabkan tido pun lambat, bila kejutkan waktu pagi...liat la. Aduiii..mencabar betul la nak bentukkan budak ni.

Ibu kadang2 hilang sabar juga dengan peel Luqman. Apa yang kita cakap bukannya nak dengar dan buat. Kena sentiasa ingatkan dan bgtau dia. Kalau dibiarkan...memang makan hati la dengan perangai dia yang terlebih manja mengalahkan adik. Bergaduh dengan adik pun, dia yang menangis. Camno tu?. Kita dah la lelaki. Cer keras skit.

Bab sekolah, agak susah untuk membuat kerja sekolah. Kena paksa berkali2 baru la ambik buku dan buat homework dia. Jadi, camana nak suruh wat latihan. Redah je la kalau ada exam. X dernya dia nak study bagai. Tapi, nasib baik x pernah gagal setiap kali exam. Ibu ikutkan aje buat masa ni. Masuk tahap 2 nanti, kena kerahan yer kalau malas nak wat homework. Tiada lagi kompromi. He3

WAN LUQMAN HARRAZ. Budak yang cheeky dan friendly. Dia la budak yang lebih suka berdikari. Buat kerja sendiri dan kadang2 melelahkan ibu yang terpaksa menurut apa yang dia nak. Balik kerja, dalam kereta on the way nak balik rumah, ada aje permintaan dia. Nak beli aiskrim la. Nak mainan la. Takat aiskrim boleh lagi la ibu ikutkan. Tapi mainan, minta maaf la sayang. Tidak sama sekali.

Sayangkan adik sesangat. Pandai agah2 adik bagi budak kecik tu gelak. Tapi kadang2 ibu sedih bila tengok Harraz macam terlalu berdikari. Ibu kadang2 tak mampu nak luangkan lebih masa dengan Harraz. Dah anak 3, usia pun dah melebihi 30 tahun, badan ni penatnya semacam. Rumah tunggang langgang terpaksa ibu biarkan. Walaupun mata sakit melihat umah yang bersepah, tapi ibu x daya nak mengemas yang betul2 dinamakan mengemas. Setakat sapu2 dan susun sikit2 tu mampu la buat.

Budak yang suka sangat menjerit dengan pitching yang sungguh tinggi. Sakit telinga ni mendengarnya anak oiii. Suka tengok bila dia tido. Tapi, kecik2 dah ada resdung.

Al kisahnya, seminggu juga la kite dengar macam hidung dia tersumbat di waktu pagi time tido. Ingatkan dia selsema sbb sebelum ni pun dia memang selsema. Bila check hidung dia, macam x der apa2. Akhirnya g jumpa Dr. Wati. Kena neb n doc suluh dalam hidung, memang nampak ada bengkak di kedua2 belah hidung. Jadinya, tiap2 hari kena la sembur ubat untuk sinus. Alhamdulillah, dah x der bunyi dah.

WAN LANAA HASEEFA. Sudah 6 bulan 13/9/2014. Masih menyusu badan sepenuhnya dan sudah mula makan bubur blender. Kiranya, rutin kita makin bertambah sekarang. Menyediakan bubur untuk bekal di kecil di rumah pengasuh.

Kite bekalkan 2 bekas kecil bubur dengan harapan...dia akan makan 1 bekas untuk setiap kali waktu makan. Tapi, bbsitter cakap, 2 bekas tu adalah untuk sekali waktu makan sahaja. Hu3...makan banyak benar gegirl ibu ni. Sekarang ni, balik dari kerja kite memang akan suap dia makan. Tapi, x banyak la. 1 bekas kecik tu aje. Cukup untuk dia isi perutnya yang kecik tu.

Budak yang kalau menangis macam kena rotan. Menangis yang meleleh2 air mata tu. Lepas tu, menangis sambil menjerit2. Pitching tinggi juga ni. Kalau dia menangis, yang tukang pujuk adalah ibu. Bukan ayah yer. Dia akan diam bila dengan ayahnya hanya ketika keluar jenjalan.

X suka jenjalan rumah orang. Diam bila dalam kereta dan dalam stroller. Tapi akan gelisah dan menangis bila keluar pegi umah kengkawan ibu dan ayah. Sebijik macam ketika ibu mengandung. Berjalan suka tapi takat dok dalam kereta aje. Pegi umah orang kalau boleh x nak lelama sebab x dapat nak baring.

Suka senyum lebar. Senyum yang menampakkan lesung pipitnya yang nampak x nampak tu. Ibu geram nak picit2 awak la Lanaa. Kalau boleh ibu x nak awak besar2. Nak awak macam sekarang je. Boleh ibu uli sesuka hati ibu.

Headband dah x nak pakai. Ibu stress tau. Ibu x mampu pakaikan kat abang2 awak..kat awak pun ibu x mampu nak pakaikan. Kalau pakaikan juga, awak akan tarik2 dan masukkan dalam mulut tu. Lencun headband yang lawa lagi cantik itu dengan air liur awak. Kalau ibu paksa juga, menjerit2 awak dengan high pitch tu.

Tido nak berpeluk dengan ibu. Sakit2 badan dan leher ibu dibuatnya sebab suka benar menghimpit ibu. Awak rasa selamat yer bila ibu ada kat sebelah.

Masih meniarap. X der lagi tanda2 untuk merangkak. X per la. Ibu x kisah pun. Janji awak sihat walafiat.

Walaupun kepenatan dalam menguruskan hal2 kerja dan rumahtangga, badan kite ni  makin membesar plak. Niat untuk menguruskan badan tu ada, tapi hati x kuat la plak. Nak wat camana, perut asyik lapar, mulut asyik nak mengunyah. Pantang tengok makanan.

X tau la bila nak start diet ni. Risau juga kot2 susu kurang sebab memang niat nak susukan Lanaa sampai 2 tahun seperti Harraz dulu. Kena slow2 kurangkan pengambilan makanan nampak gayanya. Kena sayangkan badan ni. Nak pakai lama oiii. Nak jaga anak2 dan suami lagi ni. Badan x larat..camana nak uruskan hal2 ni semua dengan jayanya

Chaiyoookkk Siti. Yakin Boleh....

Thursday, June 26, 2014

Wan Lanaa Haseefa...puteri yang dinanti...*

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dikelahiran ke tiga ini, Allah kurniakan zuriat perempuan sebagai penyeri rumahtangga kami. Seronok dan bersyukur sesangat atas kurniaanNya ini. Dan, kami namakan satu2nya puteri kami WAN LANAA HASEEFA yang bermaksud lembut serta bijak dan pandai. Insyaallah, moga Lanaa membesar seiring dengan maksud namanya ini.

Dari awal kehamilan, simpton2 pembawakan kite cukup berbeza berbanding anak2 sebelum ini. Hati kuat mengatakan kite mengandungkan zuriat perempuan tetapi akal tidak mahu terlalu mengharap. Takut kecewa aje.

Buat scan pun, doktor tidak berani nak bagi pengesahan sama ada kite mengandungkan anak lelaki atau perempuan. Memang nampak macam perempuan, tetapi dalam masa yang sama...ciri2 bayi lelaki tetap ada. Camana tu?

Tapi x per. Kami redha andai zuriat ke tiga ini masih seorang lelaki. Darah daging sendiri tu yer. Bukan senang nak membawa perut ke hulu ke hilir. Walaupun ini mungkin zuriat terakhir dalam keluarga kecil kami, kehadirannya tetap kami sambut dengan kesyukuran.

Disebabkan jantina bayi dalam rahim kite tidak dapat dipastikan jantinanya, pakaian yang dibeli adalah natural. X der pink pun. Kite menghadapi kesukaran untuk membeli pakaian dan peralatan bayi. Kali pertama ke kedai, niat memang nak beli pakaian bayi...tapi kite batalkan hasrat sebab mata ni asyik nampak pink...bunga2 adalah yang cantik.

Memasuki usia kandungan 8 bulan, beli aje la pakaian yang biasa. Hijau, putih, oren, kelabu dan coklat aje la yang kite pilih.

6 hari selepas kelahiran, Lanaa ditahan di hospital disebabkan jaundice. Seperti anak2 yang lain, WLHs memang x lepas dari terkena prolong jaundice. Jadinya, kena la kerapkan breastfeed.

Cerita pasal warded kat Hospital Ampang malas plak kite nak cerita. Buat sakit hati je.

Sekarang, diusianya yang hampir mencecah 3 bulan, x banyak kesukaran yang kite hadapi.

Lanaa sudah pandai senyum bila diagah. Amat suka senyum dan menampakkan lesung pipitnya yang nampak x nampak tu.

Alhamdulillah, hingga kini masih menyusu badan sepenuhnya. Kalau dalam pantang dulu, Lanaa adalah budak yang kuat menyusu. Tapi, sejak kite mula bekerja ni, dia agak kurang menyusu tapi beratnya masih lagi naik.

Jari2nya juga sudah mula belajar untuk mengenggam. Dia cukup suka pegang tangan kite time menyusu. Syahdu plak bila matanya memandang kite tanpa berkelip. Waktu ni rasa bahagianya bergelar seorang ibu

Sejak akhir2 ni, suka plak dia menghisap tangannya yang tembam tu. Nak hisap jari x pandai lagi gamaknya, Jadi tangan la yang jadi mangsa. Dah merah cam lovebite plak tangannya tu. Adoiiii Lanaa...

Kalau menangis, x der perlahan2 dah. Menangis dah cam menjerit sekali dengan air mata keluar. Bukan skit2 air mata tu. Dah cam sakit bebenar gayanya. Tapi, senang dipujuk. Dengar suara kite. Pastu kite usap2 kepala dia...confirm stop la nangisnya. Adoiii sayang. Ibu rindu kamuuuu

Abang2 cukup sayangkan Lanaa. Selasak2 Harraz, alhamdulillah..belum pernah lagi dia apa2kan Lanaa.

Sunday, June 1, 2014

Sudahhhhhh...

Adoiii la mak. Entry pasal pengalaman bersalin dah terdelete la.
Malas la plak nak menaip balik
Tp insyaallah, kalau rajin nanti kite taip la semula
Tunggu kerajinan menjengah

Wednesday, May 28, 2014

Pengalaman Mengandung Kali Ke Tiga...*

Assalamualaikum

Tiba-tiba nak bercerita tentang pengalaman mengandung plak. Pengalaman bersalin dulu baru pengalaman mengandung menyusul. X kisah la kan. Mana2 dulu pun x per, janji terconteng juga sesuatu di blog nih.

Mengandung kali ini cukup berbeza berbanding anak2 sebelum ni. Hati kuat mengatakan...zuriat di dalam rahim kite adalah perempuan. Tapi, x berani nak beli apa2 kelengkapan bayi yang berwarna pink.

Jika dulu, bila mengandung...kite cukup aktif dan bergerak pantas..kali ni kite jadi manusia yang lembab. Berjalan perlahan. Kalau duduk, nak bangun pun susah. Nak solat pun mengah. Memang serba serbi lembab la. X sabar2 nak bersalin sebab x tahan dengan keadaan ni.

Bab makan, x der masalah. Semua bedal. Dulu x boleh makan udang. Kali ni, elok je melantak segala mak nenek makanan. Tapi kite tetap berjaga2 bab makan. Nasi cuma ambik sekali sehari aje. Pengalaman melahirkan Harraz yang seberat 4kg membuatkan kite beringat. x nak czer oiiii...takut

Makanan dan minuman manis kite x berapa suka. Yang  ni lebih kurang dengan pengalaman sebelum2 nih. Tapi kalau nak ikutkan, bila x mengandung pun memang x suka makan n minum benda2 manis pun. Jadi x jadi kepelikan di situ. Makanan pedas adalah kegemaran kite. Dedulu x tahan pedas.

Yang paling menyeksakan, bila duduk je, bontot mesti sakit giler. Celah kangkang pun sakit sesangat. Mcm ada benda je nak terkeluar kat bawah tu. Jadinya, kite banyak jugalah berbaring bila kat rumah.

Kalau kat tmt kerja, bila duduk jer..memang bercinta la nak bangun. Dengan bontot sakit. Celah kangkang pun sakit. Jadi, bila bangun..kite hold dulu. Berdiri tegak. Sakitnya memang x tertahan. Pastu melangkah perlahan2 sambil pegang meja atau kerusi. Dalam 15 langkah, baru la boleh berjalan laju skit. Tu pun kite dah rasa slow sangat sebab memang dah biasa jalan laju.

Nak naik tangga rumah pun bercinta. Mengahnya Ya Rabbi.

Bila melalui keadaan ni, memang kite dah x sabar nak bersalin. X larat dah nak g keja..nak duduk kat kerusi ofis tu yang kite rasa keras cam batu.

Pepagi sampai ofis dalam pukul 7.30 pagi. Misi pertama kita sesampainya di ofis ialah berbaring dan tido di surau. X pernah dibuat kite sebelum2 ni. Tapi, mengandung kali ni semuanya jadi je. Yang penting dapat lelapkan mata.

Malam2, cukup susah nak tido. Mengiring ke kanan x kena, ke kiri pun x kena. Terlentang lagi la. Tapi kite perasan, kalau mengiring ke kiri, lena la skit tidonya. Bila nak ubah posisi tido tue, wajib pegang kepala katil. Sakit giler dlm bontot dan celah kangkang.

MGTT kena buat 2 kali sebab ada sejarah baby 4kg. Tapi alhamdulillah, bacaan normal.

Scan banyak kali pun, baby x tunjukkan jantinanya. Doc nampak blur2 tapi x berani nak confirmkan jantina baby. Jadinya, x berani la kite nak beli baju pink. Tapi x per la. Kalau betul gegirl, pas bersalin boleh je g cari baju pink n bunga2.

Tapi, memang seksa time nak beli baju baby. Mata asyik dok nampak pink, bunga2, riben2..jadinya baju2 lain tu cam x camtik kat mata kite. Kali pertama nak beli...x jadi sebab mata ni bgtau x cantik. Yang pink tu juga yang cantik. Abis camna...

Alhamdulillah, Allah kurniakan juga anak perempuan kepada kami. Penyeri keluarga kecil kami. Dan, mungkin cukuplah bilangan anak2 kami ni. Fokus untuk besarkan mereka aje nanti. Insyaallah