BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 14, 2010

Luqman Sudah 4 Tahun..*

Alhamdulillah..anak ibu nan sorang ni dah berusia 4 tahun pada 12 November lepas. Pejam celik...pejam celik...akhirnya dah memacam peel Luqman yang ibu dan ayah saksikan.

X der apa yang special pun Jumaat lepas. Kite n Luqman sesama x sihat. Jadinya, mood untuk meraikan besday Luqman x berapa ada. Jumaat tu kite ambik time off tender disebabkan ketidak laratan untuk dtg kerja. Jadinya, Luqman pun ada kat umah gak la.

Fikir gak nak beli kek untuk dia potong..tp setakat potong kat umah je la...

Petangnya hubby balik...ckp kat dia yang Luqman dah sebut nak potong kek. Hubby ajak g beli kek. Dlm masa yang sama, tepon kite kehabisan bateri. Satu charger pun x der kat umah. Satu dok kat tmt keja kite...satu hubby bawa g kerja. Jadinya, hubby ckp jom la g Melawati.

G beli kek kat Wangsa Melawati. Pastu terus ke Tmn Melawati..umah SIL. Masa nyanyikan hepi besday kat Luqman tuh...tersipu2 besday boy dibuatnya. Tp dia la yang bersungguh2 nak potong kek. Ha3...kena la tahan dia dr terus memotong. Kalau x...hancur jadinya kek tuh nanti.

Kite x lalu nak makan kek...sekadar menghabiskan saki baki kek yang Luqman makan jer.

Balik je umah terus kebommmm....ketidaklaratan...

Apapun...ibu nak ucapkan HEPI BESDAY untuk anak ibu yang tersayang. Semoga Luqman menjadi anak yang soleh...menjadi umatNya yang sebenar2nya. Ibu dan ayah x mampu nak berikan kemewahan untuk Luqman..hanya kasih sayang yang mampu ibu ayah berikan.

Ohhh...terus x der idea nak menconteng..*

Monday, November 8, 2010

Berjayakah..*

Jumaat lepas..x ke mana2 pun. Dok umah jer. Petangnya g umah kawan kat Tmn Bolton. Melawat bb dia yang dah berusia 3 bulan. Disebabkan kelesuan yang terlampau...Jumaat lepas gagahkan gak ke umah dia. Luqman hepi la sebab dpt jumpa kawan dia tuh.

Sblm tu pegi melawat mak mertua bbsitter Luqman yang terjatuh. Dah keluar hospital dah. Melawat kat umah jer. X lama sangat sebab ketidakselesaan badan ni dah melampau2. Pegi umah kawan tu nasib la ok skit. Sbb dok atas kerusi kot...jadi ketidakselesaan itu agak berkurangan. Ari ni berjaya memasak sup sayur campur yang di makan ngan mee kuning yang dah dicelur.

Ari Sabtu keluar g tengok wayang. Tu pun dah petang...makan tengahari kat umah SIL. Ni akibatnya bila badan x daya memasak..

Ari Ahad...gagahkan diri memasak. Untuk bekpes wat cekodok udang + sosej. Hu3..seksa ok nak menyiapkan hidangan nih. Siap tutup hidung n kejap2 ke toilet sebab x tahan baunya yang sungguh menusuk ke lubang hidung. Akhirnya hubby ambil alih tugas menggoreng. Kite lak melepek atas kerusi. Cekodok yang kite wat tu pun hanya hubby dan Luqman yang makan. Kite x leh bau pun benda alah tuh.

Disebabkan perut dah lapar..gagahkan diri masak tengahari. Lauk yang dirancang hanyalah ikan cencaru goreng tawar cicah air asam (dah siap sedia ada lam peti ais), ikan kerisi masak lemak kuning + daun kesom dan sotong masak kicap.Alhamdulillah...kali ni x la teruk sangat rasanya. Masih mampu menyiapkan 3 menu nih tanpa rasa seksa.

Makanya, berjaya la kite masak yer. Sesetengah masakan x leh masak...tp sesetengah masakan leh di masak. Pas2 nih kalau nak masak...kena la pilih jenis masakan yang akan di masak.

Tentang Luqman....*

Anak teruna kite tuh dah nak mencapai usia 4 tahun. Kejap je masa berlalu kan....Tahun depan dah nak masuk sekolah. Camana la peelnya nanti. Bercampur aduk perasaan ketika nih. Hu3....

Cerita pasal Luqman yang dah makin bam bam tuh...x tercerita rasanya. Budak2 besar tu dah terlalu banyak perkembangannya kan.

Bab makan...x memilih sangat. Tiap2 hari masa hantar kite g keja..siap pesan lagi...nanti belikan Luqman nasi tau bu. Luqman lapar la...kite angguk je la. X der la dia nangis ke apa bila kite turun dari kereta. Dah faham ibu dia nih nak keja cari duit untuk dia gak. Good boy sayang.

Selalu gak la cium2 perut kite n cakap2 ngan perut. Kononnya cakap ngan baby la. Pastu bahasakan diri dia Along. Hik3...comey kan. Dia x nak bahasakan diri dia abang..Along gak yang dia nak. Pernah gak tanya...Luqman x nak baby lain ke...dia mesti ckp x nak. Nak bb dalam perut ibu gak.

Penggemar nasi kerabu. Ha3....x tau la camanadia leh suka ngan nasi kerabu nih. Ari tu bawa dia g pasar malam...tetiba dia cakap Luqman nak nasi yang kaler blue ngan telur masin. Belikan sebungkus...Jangan x tau...dia mampu abiskan sebungkus tuh.

Pagi tadi pun sempat pesan kat kite nak nasi kaler blue n telur masin. Luqman nak makan tau bu..Luqman lapar. Kite angguk je la sambil ckp esok ada pasar malam. Nanti ibu belikan yer.

Pepagi kalau nak g umah pegasuh dia...kekadang mandi n kekadang x. Kalau dia mandi tuh...jenuh la nak melayan dia. X nak pakai baju2 biasa. Nak pakai jeans n t-shir cantik. Pakai bedak n minyak rambut. Selipar x nak pakai...kasut gak yang dia nak sarung. Sudahnya, kekadang hangin gak melayan karenah dia tuh. Ingatkan anak pompuan jer yang suka melawa nih..Anak lelaki pun sama gak yer...memacam la Luqman nih.

Kalau kaler lukisan...dah makin cantik dah kemas. Ada gak la skit2 yang terkeluar tp cecepat dia minta pemadam. Nampak gayanya dia cam excited nak ke sekolah. X tau la bila tiba harinya nanti camana peelnya.

Luqman sayang adik yer...hari2 dok cakap bb boy sambil tepuk perut kite...hik3..

Catatanku : Jumaat lepas dah start kena cramp kaki. Hu3...sib baik kejap jer dan x menyakitkan. Badan masih x kuat dan lesu. Muntah2 masih ada...alahan kepada hal2 masak memasak masih lagi ada....sebab tu la dapurku jarang berasap..*

Tuesday, November 2, 2010

6 Tahun Sudah..*

Alhamdulillah....6 tahun dah keja kat sini. Ha3...patutnya kite menconteng 1hb ari tuh...tp disebabkan keterlupaan yang melampau....ari ni la baru menconteng. X tau la nape sejak ngandung nih...hormon pelupa tu mencanak2 naik. Ha3...kekadang blur jer....

Kite masuk keja sini November 2004. Haaa...kira la berapa tahun kan.

Memula kat MPC, ofis kat Wangsa Melawati. Satu level jer. Bawah ada restoran Nasi Beriani Gam. Tp x der la selalu menjamu selera kat restoran bawah tu. Dok sana dalam 2 tahun jer kot. Ke x sampai eh...keterlupaan sekali lagi yer kengkawan. Masa tu, staff x ramai..beberapa orang jer. Sunyi sepi jer ofis.

Pertengahan tahun 2006, bos beli bangunan sendiri kat Taman Melawati. Maknanya, ofis sekarang ni la. Bos beli 4 tingkat. Tp, tingkat bawah sekali wat restoran. Tingkat 1 hingga 3 lak jadi ofis. Waktu pelancaran ofis baru ni + sambutan hari raya aidilfitri kite x der. Tengah pantangkan Luqman. Jadinya, x dapat la merasa kemeriahan majlis tuh.

Kali pertama wat Hari Keluarga kat Selesa Hill Homes. Staff kan x ramai. X der la cabutan bertuah ke apa. Kali pertama wat tahun 2006 bulan 2. Kite dah kawin waktu nih. Luqman pun x der lagi. Rentetan dari tuh, tiap2 tahun ada la Hari Keluarga. Kat Bukit Merah, A Famosa Resort, Equatorial Bangi, Port Dickson...tahun depan x tau la kat mana lak.

Tiap2 tahun memang akan ada open house ofis. Restoran bawah la jadi lokasinya. Tp, ada tambahan khemah la kat depan restoran tuh. Nak harapkan restoran jer..memang x cukup ruang la sebab tetamu2 yang datang agak ramai.

Sebagai staff kat sini, alhamdulillah...rezeki sentiasa ada. X kira la dari segi pemberian bonus, duit raya atau kenaikan gaji. Tiap2 tahun memang akan ada. Dato' dan Datin memang pemurah sesangat. Kalau diaorang pergi overseas, ada la habuan untuk staff2 kat sini. Alhamdulillah sesangat.

K la..nak stop menconteng la....x der idea dah....daaaaaa.........*