BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 25, 2012

Makin Sayu...*

Salam semua

Tak tau apa yang sebenarnya kite nak bebelkan kat sini. Mungkin sekadar cerita kosong demi untuk menenangkan hati yang entah kenapa sejak akhir2 ini selalu resah dan gelisah.

Diri masih mencari2 jalan untuk berubah dan membina hidup agar lebih baik dari sebelum ini. Bukan kebaikan di dunia semata2 tetapi bekalan untuk akhirat kelak.

Nak menangis rasanya bila mengenangkan apa yang sudah kite buat selama ini. Rasa menyesalnya kite x mencari ilmu akhirat itu sedari awal. Betapa jahilnya kite yang dilahirkan sebagai orang Islam. Betapa ruginya kite kerana tidak mengejar dan mengumpul ganjaran2 yang sebenarnya ada di depan mata.

Errrmmm..maaflah kepada mereka2 yang rasa cam menyampah dengan kite sebab bercerita tentang perkara ini. Tapi, kite menulis dan menconteng di sini sekadar untuk bacaan kite.

Siapa sangka..seorang kawan yng dulunya amat seksi..kini berubah 200%. Menutup aurat yang sebenar2nya menutup aurat. Siap bersarung tangan. Terasa teruknya kite yang sedari dulu memang bertudung tetapi tidak menutup aurat sepenuhnya. Ya Allah..tetapkan la hati ini untuk terus menuju ke jalanMu.

Aku redha atas semua yang berlaku. Aku redha dengan perjalanan yang Kau aturkan untukku. Walaupun ianya tidak seperti yang aku inginkan...mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu yang telah Engkau tetapkan.

Sampai bila kita2 yang menutup aurat dengan tidak sempurna ini akan terus begini. Ohhhh...ini adalah peringatan untuk diri sendiri ya. Supaya kite buka mata dan hati kita untuk melihat betapa indahnya Islam.

Ok...nak stop dah. X mampu untuk terus menaip. Hati sebak...x nak menangis dah....*

Monday, September 24, 2012

Berbaur-baur...*

As salam

Hari ni macam nak menconteng skit. Tapi x tau la skit mana plak nanti jadi ni menaip. Maklum la...bila dah jari syok mengetuk keyboar ni...x sedar yang dah byk huruf di taip di sini

Selalunya kite dok bercerita pasal anak2 aje. Yer la...nak cerita pasal apa lagi kalau bukan pasal anak. Betul tak. Lagipun sape la yang nak baca kalau bukan anak2 kite bila diaorang dah besar nanti. Insyaallah.

Ohhhh..melalut plak.

Kite nak bercerita pasal banyak benda. Nak luahkan apa yang ada dalam hati ni. Tapi, banyak benar hati2 dan perasaan manusia keliling yang perlu dijaga. Iye....banyak sangat. Daripada hati2 mereka ini terluka..ada baiknya kite diamkan aje.

Tahun 2012 dah hampir ke penghujungnya. Bulan November pun dah hampir menjengah. Bermakna...umur kita ni pun makin lama makin meningkat. Mungkin kite tak sedar diri ini sudah hampir di mamah usia. Tapi, angka tidak mampu menipu.

Kekadang kite cuba merenung kembali. Di usia sebegini...apa yang dah kita buat. Apa yang dah kita ada untuk menuju ke dunia yang kekal abadi.

Sana sini kite baca dan dengar pasal kematian. Kematian yang kita tidak fikir akan berlaku kerana usia mereka2 ini masih muda. Masih kuat untuk mengharungi arus masa kini. Tapi siapa kita untuk menidakkan hukum Allah. Andai DIA kata sudah sampai masanya kamu meninggalkan dunia yang sementara ini...tidak boleh tidak. Tidak boleh kita menyekat takdirNya.

Sedar akan kekurangan diri ini. Sedar akan amalan2 kite selama ini. Ya Allah..takut pulak bila mengenangkan kekurangan diri ni. X cukup bekalan lagi untuk menuju ke dunia yang kekal abadi. Apa la balasan Dia di dunia itu nanti.

Mohon kite, adalah sinar yang mampu membimbing kite menjadi umatNya yang sebenar2Nya. Kite x nak menjadi umat yang hanya menghuni dunia ini semata2. Kite nak menjadi umat yang bersama2 menghuni syurgaNya. Mungkin ini seperti khayalan kite tapi itu yang kite inginkan. Semacam kite x layak ke SyurgaNya tapi kite seboleh2nya ingin menghindari NerakaNya.

32 tahun di Bumi Allah. Selama itulah kite mengsia2kan peluang yang Dia berikan. Selama itulah kite alpa dan leka. Selama itulah kite angkuh dan lupa diri.

Mohon moga kite dijauhkan dari sifat2 bongkak dan angkuh. Iri hati dan bangga diri. Moga Dia sentiasa memelihara anak2 kite walau dalam apa jua sekalipun. Moga impian kite untuk melihat mereka membesar sebagai anak2 yang soleh termakbul. Moga jalan untuk menuju ke jalan itu dipermudahkan olehNya.

Selalu Luqman bertanya pada kite. Kadang2 sampai dia menangis. Sebak hati ni bila dengar soalan dia tu. X tau nak jawab camana.

"Ibu, nanti ibu ngan ayah meninggal...Luqman nak dok dengan sapa. Sapa nak buatkan susu Harraz"

Dia akan peluk kite. Tenung kite sungguh2. Terkedu dan tersenyap kejap. Nak mencari jawapan kepada soalan tu sebenarnya.

" Luqman doakan la ibu dan ayah panjang umur "

Apa lagi yang mampu kite cakap pada kanak2 yang berumur 6 tahun. Nak terangkan panjang lebar....x faham plak budak tu.

Semoga Allah tunjukkan jalan yang sebenar2nya. Jalan yang ada jika tidak dicari tidak akan ditemui. Moga urusan untuk melalui jalan itu dipermudahkan olehNya kelak. Insyallah.....




Monday, September 10, 2012

Luqman Harith dan Luqman Harraz..*

Kali ni nak bercerita pasal budak berdua tu plak.

WAN LUQMAN HARITH
Usianya kini sudah mencapai 5 tahun 10 bulan
Bersekolah tadika di Gombak
Makin banyak perangai
Makin banyak cakap
Makin banyak helah dan alasan
Ha3..

Kadang2 kata2 dia tu buat kite geram
Kadang2 kata2 dia juga buat kite gembira
Kata2 dia juga kekadang buat kite sedih
Ada kalanya buat kite sedar yang kite masih belum cukup sempurna sebagai seorang ibu, isteri dan juga hamba Allah

Cukup sayangkan adik dia yang sorang tu
Alhamdulillah, hingga kini x pernah lagi la tengok dia buat adik dia tu
Selalu pesan kat Luqman...nanti tengok2kan adik kat umah Ibu Sarimah yer (bbsitter diaorang)

Tahun depan dah masuk Tahun1
Kejap jer rasanya
Dah nak sekolah rendah yer anak ibu nih

Makan ikut mood
Ada kalanya asyik minta makanan aje
Ada ketikanya, kena paksa makan
Ada juga terpaksa bersuap semata2 nak bagi dia makan

Mandi pun sama
Asyik dok sebut...Luqman x nak mandi sendiri
Tapi kalau tau Harraz pun nak mandi sama...laju je kaki dia melangkah ke bilik air
Nak mandi sesama ngan Harraz la tu
Seronok la si kenit tu
Sampai nangis2 bila kite angkat keluar bilik air

 

WAN LUQMAN HARRAZ
Umurnya sudah 1 tahun 3 bulan
Masih belum mampu berjalan sendiri
Bangun dan duduk sendiri dah berjaya
Memanjat sofa dan meja pun dah berjaya dengan cemerlang
Kita plak yang terjerit tengok dia memanjat meja

Mulut bising tp x boleh bercakap dengan betul lagi
Pandai geleng n anggukkan kepala kalau kita tanya apa2

Semalam hubby main lambung2 dia
Seronok sakan la ek sambil bergelak ketawa
Bila hubby stop menangis2

Kite la kena layan dia
Bagi susu...baru la x nangis dah
Bila tanya Harraz main apa ngan ayah tadi
Dengan lajunya dia bangun sambil wat gaya melompat
Tangan angkat tinggi2
Ha3...faham ek soalan ibu sayang
Nak bercerita tapi x pandai nak bercakap lagi

Makan adalah kesukaan dia
Bagi je la apa sahaja..pasti dia nganga je
Tapi, telo dia reject la..x suka kot ek
Kalau makanan tu pedas skit2 pun dia makan aje
X plak dia menangis kepedasan

Masih minum susu ibu sepenuhnya...tp bila kite ada je la
Dia masih x nak minum EBM yang dibekukan
Reject terus
Jadinya, sekarang kite sudah stop mengepam
Stok dalam peti ais sudah berkurangan dah banyak stok2 yang sudah expired dan terpaksa dibuang
Awal2 dulu sedih giler bila terpaksa buang EBM
Tapi fikir balik..buat apa nak simpan kalau benda tu dah expired
Nak masukkan dalam bubur dia plak..risau

Kite memang bekalkan bubur untuk dia tiap2 hari
Kite risau kalau2 bubur yang dah dimasukkan EBM diberikan pada budak lain
X pasal2 jadi anak susuan tanpa pengetahuan kite
Yer x..bahaya tuh

Harraz cukup manja dan mengada2
Sapa2 yang dia x kenal..memang dia x nak
Kalau kat umah pengasuh dia...dengan bbsitter je yang dia nak
Ngan orang lain dia x nak
Anak bbsitter yang dia tgk hari2 pun dia x nak

Kalau kite berdua je ngan dia kat umah....masakkkkk ok
Nak masak x boleh..nak masuk toilet x boleh
Jadinya, lewat petang la baru dapat nak masak dan mandi
Adehhhhh.....




Mereka berdua...


Jengah Jua...*

As salam

Akhirnya, terdetik juga hati tuk update. Tapi x tau la sudahnya camana nanti. Maklum la..tahap kemalasan tu amat la di tahap yang maksimum sekarang. He3 

Cerita pasal raya...sodihhhhh sesangat Tahun ni buat pertama kalinya dalam hidup..x balik kampung masa raya pertama. Sebabnya...seminggu lepas raya nanti kitaorang wajib balik kg. Jadinya, memikirkan kos serta jarak perjalanan yang agak lama...redha je la beraya kat KL. Dan, merasa la kitaorang beraya di KL untuk pertama kalinya Sungguh x best... 

Raya kedua g umah kawan kat Melaka. Jalan sungguh jammed dah membuatkan driver nekad...pasni x der maknanya nak jenjalan jejauh masa raya. Kalau la kena beraya kat KL lagi di lain kali. 

Persiapan raya ala kadar sahaja. Hanya baju anak2 yang kite beli Baju ibu dan ayah bebudak ni...tolak ke tepi. Pakai je la baju yang mana ada kat dalam lemari tu Jimat belanja kan... Ha3... 

29/8...kitaorang gerak balik Terengganu. Gerak pukul 4 pagi. Berhenti kejap kat R&R tuk buat apa2 yang patut Kali ni balik Setiu melalui Kemaman. Walaupun agak jauh perjalanan berbanding melalui jalan Jerangau-Jabur...pemandangan adalah sangat best. 

Sampai umah PIL lebih kurang pukul 1 tengahari.Rehat2 kejap. Pukul 3 petang lebih kitaorang gerak pegi pantai. Luqman la ni yang beria nak g pantai. Asyik dok sebut sepanjang perjalanan balik tu Seronok la kan bebudak ni Harraz takutkan ombak dan pantai. Menangis2 bila hubby masukkan dalam air 
Tapi, bila kite pangku dia..ok je la bila ombak datang . Pukul 6 gerak balik rumah. Masa untuk berehat la plak kan 

Esoknya, plan asal nak gerak ke Kelantan awal skit. Tapi, time nak gerak tu la ada hal.
Ermmmmm 
Orang yang nak pasang khemah plak sampai. Ada masalah skit..tp alhamdulillah, settled 

Akhirnya, gerak ke Kelantan dalam kul 1 dan sampai sana lebih kurang pukul 3.30 petang 
Duduk kejap aje...pastu gerak g Pantai Timur untuk cari buah2an 
Gerak balik Terengganu dan sampai sana lebih kurang pukul 9 malam. Penattttt... 

31/8...bersamaan hari Jumaat
Pegi kat Pasar Tani Mangkuk. Nak ambik kuih yang SIL order.
Melilau2 kat situ tp x bertemu yang dicari.
 Tp, teknologi kini memudahkan...selesai juga urusan di situ.
Pegi Pasar Tani Chalok Rahmat plak. Beli ayam. Balik umah...bersihkan ayam.
Pastu isikan telo kat bunga telo..
Pastu gerak ke bandar Permaisuri untuk cari barang2 yang masih x cukup 
Balik rumah..settlekan benda lain plak 
Malam skit..buat ayam masak merah
Lepas tu, siapkan doorgift yang masih belum siap.
Kemas2 umah skit..pakaikan inai kat SIL...iron baju2..x tau kul berapa masuk tido malam tu 

Bangun esok pagi...kemas2kan khemah. Buat touchup kat khemah, pelamin n meja makan beradab. Susun itu..susun ini.. Gerak ke bandar Permaisuri untuk beli ulam2an. Gerak balik umah balik Buat itu ini lagi..akhirnya pukul 12.00 lebih baru berkesempatan nak mandi dan bersiap 
Pengantin lelaki sampai..tinggalkan Harraz kat mak kite...sambut rombongan, buat itu ini...akhirnya majlis selesai 
 Baru berkesempatan nak menjamah ayam goreng 
Perut dah berkeroncong sejak tengahari tp x sempat nak makan 
X selera nak makan 
Tolong kemas2 mana yang patut 
Akhirnya, boleh berehat skit 
Harraz dah macam anak terbiar dah 
Nampak kelibat kite atau hubby, confirm dia hulur tangan nak suruh ambik dia
Sorry sesangat sayang..ibu x dan nak layan Harraz 
Sibuk 
Sib baik Luqman dah pandai layan diri sendiri 
Dan, sib baik la ada mak kite 
Tolong layan Harraz 
Lepas maghrib gerak ke umah sedara kite jap 
Mak pun ikut..lama dah x jumpa kan 
Niat nak dok kejap je..hantar lauk kenduri 
Badan dah penat..melekit dan masammmmm sebab x sempat nak mandi 
Malam tu, tido dengan lenanya 

Esok pagi, bangun dengan badan yang lenguh2 
Niat nak gerak awal hantar mak ke Kelantan 
Tapi ada je halnya 
Pukul 1 juga la baru gerak 
Sampai Kelantan..duduk dalam 30 minit aje 
Terus gerak ke Terengganu Sampai sana dalam kul 7.30 malam 
Penat sangat tp driver mesti lagi penat kan 
Kesian dia 

Hari isnin...masa untuk berehat 
Basuh baju yang bertimbun 
Petang skit pegi pantai lagi sekali atas permintaan Luqman Harith 
Malamnya plak basuh selimut, cadar dan sarung bantal yang digunakan oleh mereka2 yang balik kampung dan telah pulang ke kediaman masing2 

Selasa...masa untuk balik KL 
Masih menggunakan laluan Kemaman untuk perjalanan kali ini 
Bertolak balik dalam pukul 10.30 pagi 
Sampai KL lebih kurang pukul 7.00 malam 
Hubby bawa kereta x laju pun 
Selamat juga kitaorang sampai sini 

Dan, kepenatan masih lagi terasa 
Kain baju kat umah tu masih x berkemas 
Huwaaa...kenapa malas sangat ni 
X per...minggu ni 3 ari cuti 
Rumah akan dibersihkan nanti 
Insyaallah 
Mata ni dah sakit nengokkan bilik air tu 
Dah naik semak nengokkan kain baju yang bertimbun 

Ok la...itu la sedikit sebanyak kisah balik kampung kitaorang 
Jadinya, tau la kan sebab apa kitaorang x balik kampung masa raya tu 
Nanti nak bercerita pasal anak2 plak